Wednesday, December 14, 2016

Aleppo Jatuh Ke Tangan Penzalim Bashar Kecuali Luar Bandar..

 AFP - PENDUDUK meninggalkan keganasan kejiranan Al-Salihin di Aleppo, Syria kelmarin.


ALEPPO, Syria – Tentera Syria dan sekutunya menguasai­ semua daerah di Aleppo yang ditinggalkan oleh kumpulan penentang ketika mereka berundur, kata sumber tentera Syria semalam.
Pertahanan kumpulan penentang musnah kelmarin dengan tentera Syria menguasai lebih separuh kawasan yang mereka tinggalkan. Kumpulan penentang berundur ke beberapa da­erah di tebing barat sungai di bandar itu.
Menguasai semula semua kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di Aleppo menjadi kemenangan paling besar untuk Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan pakatan tenteranya yang disertai tentera udara Rusia, Iran dan militia Syiah.
Bagi kumpulan pembe­rontak pula, kekalahan di Aleppo amat menyedihkan, manakala mereka kini tidak mempunyai kekuatan di ­mana-mana bandar utama di Syria.
Kumpulan pemberontak bagaimanapun masih me­nguasai kebanyakan kawasan luar bandar di barat Aleppo dan Wilayah Idlib, barat laut Syria.
Selepas kawasan dikuasai penentang Bashar dibom selama beberapa hari, kadar serangan udara menurun lewat kelmarin, kata seorang wartawan agensi berita Reuters di bandar itu.
Tentera Syria pula me­ngadakan sambutan sepanjang malam kelmarin dengan pemberita sama berkata, bedilan peluru kelihatan se­perti hujan ketika askar-askar Syria melepaskan tembakan ke udara untuk meraikan kemenangan mereka. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan pihak pemerintah Bashar itu zalim? Kerana pemerintah Bashar membunuh dan menyerang rakyatnya sendiri yang lemah, dengan bantuan kuncu-kuncu penjajah dan kuasa besar dari luar negara. 
Jahannam Bashar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails