BANGI, 12 Rabiulawal 1438H, Isnin – PAS ingatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk turut menasihatkan rakan sekutunya dalam pakatan harapan supaya tidak cuba menjatuhkan parti itu di Kelantan.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang menasihati parti tersebut supaya berfikir kembali untuk bertanding semua kerusi di Permatang Pauh.
“Kalau nak nasihat PAS, nasihat sekali ‘kawan dia’ DAP, PAN.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan.
“Kami (PAS), tetap fokus lawan BN, jadi jangan hentam PAS sangat… PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.
Izzah sebelum ini berkata, PAS perlu fokus menentang Barisan Nasional (BN) berikutan sekiranya mereka mahu meneruskan hasrat itu (bertanding di Permatang Pauh), ia dibimbangi akan mengelirukan pengundi. (IH)
Amanat yg berminat RM90juta:
ReplyDeleteSaudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Lobai Hardy, 7 April 1981.