12 model di Iran telah dihukum penjara hingga enam tahun selepas didapati bersalah kerana menyebarkan budaya barat iaitu berbogel dan menggalakkan pelacuran.
Mereka yang terdiri daripada lapan wanita dan empat lelaki itu juga dilarang daripada bekerja dalam industri fesyen selepas menamatkan hukuman dan tidak dibenarkan meninggalkan bandar Shiraz.
Kesemua mereka tidak mengaku salah dan akan mengemukakan rayuan.
Mereka dikenakan hukuman penjara antara lima bulan hingga enam tahun. Menurut laporan, mereka yang ditangkap termasuk Melikaa Zamani, Niloofar Behboudi, Donya Moghadam, Dana Nik, Shabnam Molavi, Elnaz Golrokh dan Hamid Fadaei.
Awal tahun ini beberapa model telah ditangkap kerana memuatnaik gambar tidak bertudung di dalam media sosial.
Salah seorang daripadanya adalah jelitawan Elham Arab, yang terkenal sebagai model untuk gaun pengantin. Dia telah disiasat kerana menyebarkan budaya barat.
Begitulah sepatutnya, suatu pengajaran kepada mereka yang menjadi talibarut budaya barat sesat, berperanan untuk memusnahkan Islam. (IH)
9 comments:
http://www.beritasemasa.com.my/pesta-sukan-bogel-di-teluk-bahang-pulau-pinang-penang
Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang Pulau Pinang Penang. Malaysia Nude Sports Games 2014. Manusia VS Haiwan?
Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang Pulau Pinang Penang : Tuhan campakkan manusia ke Bumi ini dengan satu kelebihan berbanding binatang yang ada di muka bumi ini yang mana dibekalkan akal fikiran supaya manusia mampu berfikir secara waras, mana yang baik mana yang tidak baik.
Mana yang mampu menaikkan maruah kita sebagai manusia dan begitulah sebaliknya…..Tetapi tindakan yang dilakukan sekumpulan manusia pelik yang dikesan baru-baru ini di sekitar Teluk Pahang, Pulau Pinang Penang.
Penang Nude Sports Games Malaysia
Tepuk dahi kami dibuatnya apakah di tahap ini tahap pemikiran manusia di Malaysia dan kebebasan yang diperjuangkan selama ini?
Ini semua dek kerana gara-gara tersebarnya video “Malaysia Nude Sports Games 2014” yang telah memuatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh peserta bogel seramai 10 lelaki dan wanita bogel di Teluk Bahang Pualau Pinang Penang.
Berita Semasa sangatlah berharap Jabatan Agama Islam malaysia (JAKIM) turun padang dan menyiasat serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kumpulan yang menganjurkan aktiviti seperti ini. Dikhuatiri ia akan menjadi satu pengaruh kuat kepada kalangan muda-mudi sekarang yang begitu “cepat cair” dan terpengaruh dengan budaya negatif seperti ini sekaligus menjadi budaya dan “barah baru” dalam masyarakat kita hari ini.
Berita Semasa tegaskan di sini, Berita Semasa mengutuk sekeras-kerasnya program dan aktivit pesta sukan bogel Teluk Hahang Pulau Pinang Penang seperti ini. Andaikata Tuhan mahu turunkan bencana bukan setakat ke atas mereka sahaja tetapi tok bilal, tok imam, noja, pemimpin politik, ulama, ilmuwan dan rakyat Malaysia turut akan terkena tempiasnya seperti yang berlkau pada tragedi maha dahsyat Tsunami Acheh 2004 sebagai peringatan kepada seluruh umatNya. Masih ingat lagi? Dan tidak lupa juga (TSUNAMI JEPUN 2011)
ISMA membuktikan PAN diresapi Syiah. Patutla PAN menggantung cita2 ahli Sunnah di Malaysia menjadi khadam Ahok Penang
http://www.ismaweb.net/2016/07/hari-al-quds-sedunia-pan-diresapi-syiah/
Hari al-Quds Sedunia, PAN diresapi Syiah?
July 1, 2016 Berita Utama, Utama 4
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Jumaat – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh penganjuran Himpunan Selamatkan Al-Quds yang diadakan hari ini di Kedutaan Amerika Syarikat menimbulkan seribu persoalan.
Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohamad Ismail berkata, beliau pelik apabila PAN menyokong ‘Hari al-Quds Sedunia’ yang digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah, Khomeini.
“Tidakkah PAN tahu asal usul penganjuran Hari al-Quds ini? Atau sebenarnya PAN sudah diresapi Syiah?,”soalnya dalam kenyataan ringkas kepada Ismaweb.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir yang mengajak orang ramai untuk bersama-sama dalam himpunan al-Quds selepas solat Jumaat petang tadi.
PAN 1
Mengulas lanjut Ustaz Mohamad berkata, puak Syiah ini hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengaburi mata umat Islam kononnya merekalah yang mempertahankan bumi Palestin.
Hakikatnya ramai orang tertipu dengan slogan “Hari al-Quds Sedunia” yang dilancarkan Khomeini pada hari Jumaat terakhir setiap kali bulan Ramadan.
“Itu hanya sekadar manipulasi untuk membebaskan Masjd Al-Aqsa demi mendapat sokongan orang awam yang tertipu dengan slogan tersebut.
Katanya lagi, jika kita mengkaji akidah Syiah imam 12, mereka (Syiah) ini sebenarnya tidak beriman dengan kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin dan tidak ada pun asas agama untuk mereka membebaskan Masjid Al-Aqsa.
“Ini kerana, bagi Syiah jihad tidak wajib kecuali setelah kemunculan al Mahdi al Muntazar. Syiah juga tidak beriman dengan kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin sebaliknya mereka beriktikad ia berada di langit.
“Bahkan mereka beriktikad bahawa masjid di Kufah dan Karbala lebih suci dari Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Jadi apa guna slogan tersebut digunakan?
Hadi yg sokong syiah tetiba pan plak kena.ajer bunguk walaun malaon pas sekor ni.Kahkahkah
Peristiwa islam kelantan rompak balak tindas org asli xnk komen ke. Kahkahkahkau
Anon 5:11 tak tau baca. Yg cakap tu Isma bukan PAS
Yg copy paste kat sini mesti walaun Pas..
Najib seorang ulamak. Ahli pas wajib taat dan walaq kepadanya...
ANON 222222.28 PM.. HADI KATA INI MASANYA AHLI SUNNAH WALJAMAAH BERSATU DENGAN SYIAH
Kah kah kah depa pun confuse bro. Hari ni cakap lain, esok cakap lain, lusa cakap lain, tulat cakap lain. Confuse depa bro...level sekolah pondok kan? Kah kah kah
Post a Comment