Thursday, December 01, 2016

DAP Bersama Imam Masjid Al Aqsa, Apa Rahsia Politiknya?


lge3Mohd Luttfi Abdul Khalid – Sebagai seorang Muslim, saya merasa bangga dan gembira dengan kedatangan salah seorang Imam di Masji Al Aqsa ke Tanah Melayu/Malaysia. Ini merupakan satu penghormatan kepada negara ini untuk menerima kunjungan seorang alim dari bumi yang diberkati, Palestin.
Sebagai seorang tetamu, beliau tentulah akan beradab sopab terhadap tuan rumah dan sudah tentulah akan mengeluarkan kata-kata sanjungan dan penghargaan terhadap layanan tuan rumah kepada beliau.
Ini adalah kunjungan biasa dari seorang alim, bukan kunjungan seorang ahli politik.
Kunjungan dari seorang Imam masjid Al Aqsa tidak akan merubah walau secebis manapun hakikat dan ideologi DAP, sebuah parti politik cauvinis berideologikan fahaman sosialisma.
Agenda parti ini tidak berubah sedikitpun, sikap dan pendiriannya terhadap kedudukan Islam, Syariah Islam, umat Islam/bangsa Melayu, Bumiputera dan sebagainya sama sekali tidak pernah berganjak. Prinsip parti ini tidak pernah tergadai walau satu perenggan atau sebaris ayat.
Maka silaplah sesiapa yang berhasrat menjadikan progrem ziarah ini sebagai modal politik atau untuk menonjolkan sisi ‘kebaikan’ parti ini kepada Islam atau perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.
Ini hanya helah yang memalukan dan propaganda murahan semata-mata.
Sisi ‘gelap’ pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sudah tentu tidak akan dikhabarkan kepada sang Imam ketika menikmati pemandangan negeri ini dari bangunan KOMTAR.
Statistik pembaziran, diskriminasi, projek mega dan penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri, penindasan terhadap kakitangan Melayu, pilih kasih dan dasar perumahan yang terlalu menguntungkan para kapitalis/pemaju sudah menjadi rahsia umum.
Parti rasis cauvinis ini tetap berkeras dalam penentangan mereka terhadap RUU 355 yang hanya melibatkan umat Islam sahaja tetapi begitu lunak dengan RUU penternakan babi yang turut melibatkan kepentingan umat Islam dan berpotensi sebagai ancaman kesihatan kepada seluruh penduduk di negeri itu.
Barangkali inilah penterjemahan kepada nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan sebagai satu aspek Rahmatan Lil Alamin dari seorang Ketua Menteri yang pada satu ketika dahulu pernah memperdayakan segelintir umat Islam dengan hasrat ‘mulia’ kononnya ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Umat Islam tidak pernah lupa bahawa lelaki bernama Joseph Lim ini jugalah yang mendesak supaya penganut Kristian dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Malaysia yang di dalamnya kalimah Allah menggantikan kalimah God/Tuhan!
Saya percaya sudap pasti para pengikut, penyokong, pemuja dan penjilat Joseph Lim dan DAP akan mempertahankan beliau dari dikritik atau diserang ekoran gimik politik dan sandiwara membawa Imam Masjid Al Aqsa ‘menikmati’ keindahan negeri Pulau Pinang.
Status Facebook Ketua Menteri ini pun penuh dengan pujian melambung para penjilat dan budak-budak suruhan serta tentera-tentera upahan maya yang lebih dikenali sebagai Red Bean Army.
Tentera-tentera upahan alam maya ini jugalah akan menyerang habis-habisan apa sahaja berbau Islam dan umat Islam atau institusi-institusinya bilamana timbul isu melibatkan kepentingan umat Islam dan juga Melayu.
Lebih menyedihkan apabila kita menyaksikan terdapat segelintir umat Islam bermati-matian membela tokoh-tokoh DAP yang cauvinis ini dalam banyak kes apabila majoriti umat Islam menyuarakan bantahan dan penolakan mereka terhadap keceluparan mulut sesetengah pemimpin DAP di dalam banyak kes.
Sosok tubuh DAP dan pemimpin mereka digambarkan semolek mungkin, atau dirasionalkan dengan pilihan nas-nas tertentu atau justifikasi yang memualkan.
Mereka hanya menjadi ‘Fortress Of Defence’ (Kubu Pertahanan) yang terbaru bagi DAP, barangkali sebagai imbalan atau balasan kepada pertolongan DAP dalam hal-hal tertentu kepada mereka.
Mereka terbuai dengan Illusion Of Grandeur (Ilusi Kehebatan) kononnya mereka sedang membawa agenda Islam yang asli dan murni sebagai satu kaedah berdakwah dan bermu’amalah dengan orang-orang kafir/musyrik.
Hakikatnya DAP adalah DAP. Dalam sesetengah kes, jatidiri parti ini tidak jauh berbeza dari zat yang terdapat pada entiti haram Israel – dari segi sikap, layanan dan pendirian abadi untuk tidak berganjak dari prinsip keras terhadap kaum Muslimin dan berlemah lembut sesama sendiri, menjaga kepentingan sejenis dan tidak malu atau berdosa memperkudakan orang lain atau mengkhianati apa-apa perjanjian, sekiranya itu semua dapat menjayakan cita-cita besar mereka.
Maka, ziarah Imam Masjid Al Aqsa hanya membuka pekung di dada parti rasis cauvinis ini, yang hanya mereka yang sudah hilang deria bau dan sensitiviti sahaja yang ingin selalu berdampingan dengan kebusukan parti ini.
Hipokrasi ini tidak akan bertahan lama. (AIDCNEWS)

Guan Eng menyampaikan cenderahati kepada Sheikh Ali Al Abbasi.Guan Eng menyampaikan cenderahati kepada Sheikh Ali Al Abbasi. Imam Besar Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Sheikh Ali Omar Yacoub Abbasi semalam berkunjung ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, Georgetown.
Turut menyambut kunjungan Sheikh Ali Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim. Sheikh Ali Al-Abbasi meluangkan hampir 30 minit bertukar-tukar pandangan bersama pemimpin kerajaan negeri, malah turut memuji usaha Pulau Pinang dalam memartabatkan Islam serta berlaku adil terhadap rakyat di negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.
Sheikh Ali Al Abbasi sambil diiringi Guan Eng melihat bandar Georgetown dari menara Komtar.Sheikh Ali Al Abbasi sambil diiringi Guan Eng melihat bandar Georgetown dari menara Komtar.


Ada seorang kawan daripada PAN/IKRAM hantar whatsapp gambar Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbas,  Imam Masjid al-Aqsa  membuat lawatan ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. Dia buat caption "Tak pergi melawat Naib Ketua Persatuan Ulama?"

Saya jawab "Beliau ada di Qatar, mesyuarat Persatuan Ulama Dunia dengan Sheikh Qardawi"

Kawan PAN/IKRAM saya membalas. "DAP hentam Islam ke? Kenapa Imam boleh datang?"

Satu kelemahan puak-puam PAN @ IKRAM ini adalah memahami politik dan tidak banyak belajar bagaimana politik dalam Islam. Kelemahan ilmu politik menyebab  Abu Musa Al-Asya'ari yang mewakili Saidina Ali ditipu oleh Amr al-Aas bagi pihak Muawiyah dalam perjanjian selepas perang Siffin.

Abu Musa Al-Asya'ari orang yang wara' tetapi tidak mahir ilmu politik. Dia bukanlah pilihan pertama Saidina Ali yang mahu melantik Abdullah bin Abbas atau Al-Ashtar sebagai wakil, tetapi ada sesetengah pihak tak setuju sebab waris Ali.

Kalau kita lihat perangai orang-orang dalam kumpulan Saidina Ali lebih kurang macam puak-puak PAN dan IKRAM sekarang, membantah tidak tentu pasal atas hujah sempit.

Kalau ikut hujah puak-puak PAN @ IKRAM, UMNO lagi hebat Islamnya. Bukan sekali Imam Masjid al-Aqsa  datang jumpa Najib.


Sebenarnya DAP dan UMNO bukan nak Islam. Mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Janganlah buat kerja membazir dengan menunjukkan tentang gambar tersebut. Kalau saya posting imam, ulama yang jumpa Tok Guru Haji Abdul Hadi nanti berjela-jela muka surat artikel ini.

Saya nasihatkan puak PAN @ IKRAM tak payah main hujah-hujah bodoh dalam menyerang PAS.


Imej yang berkaitan

1 comment:

Anonymous said...

Kalau yg sambut muslim pun tapi..merompak..membunuh...menipu.....rasuah.. menindas rakyatnya sendiri...pun TAK GUNA.
MALAH LEBIH HINA DARI ANJING

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails