Friday, December 30, 2016

Datin Didakwa Cuba Bunuh Pembantu Rumah Indonesia.

 ROZITA Mohamad Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini, atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop dan payung hingga mangsa parah, minggu lalu


PETALING JAYA - Seorang Datin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia berusia 19 tahun dengan menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop dan payung sehingga mengalami cedera parah di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Rabu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Rozita Mohamad Ali, 43, yang merupakan suri rumah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Suyanti Sutrinso hingga menyebabkan kecederaan termasuk pada kedua-dua belah mata, tangan dan kaki, organ dalaman, pendarahan beku di bawah kulit kepala, patah tulang serta patah belikat kiri.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 62, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Disember lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara 20 tahun dan jika cedera, dihukum dengan hukuman mati, jika disabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak mendekati saksi sepanjang perbicaraan kes ini.
Mahkamah menetapkan 7 Februari ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes.
Pada Rabu lalu, mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan di tepi longkang sebelum dimaklumkan kepada seorang penduduk di kawasan berhampiran. - K! ONLINE
Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.

  • Peluang Kerja Di Korea Selatan, Sila Hubungi Ibnu ...
  • Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
  • No comments:

    Post a Comment