Wonder Women
HALAMAN HIBURAN
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Watak heroin komik dan filem, Wonder Woman yang dilantik menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan digugurkan 16 Disember nanti, kurang dua bulan selepas ia dilantik.
Menurut laporan CNN, pelantikan penuh kontroversi berkenaan yang diumumkan pada 21 Oktober lepas dengan tujuan 'pemerkasaan kaum wanita' untuk kempen feminis telah di bangkang oleh ramai pekerja PBB.
Jurucakap PBB, Jeffrey Brez mengatakan pengguguran bukan dibuat berdasarkan kepada protes.
"Objektifnya adalah untuk mendekati peminat Wonder Woman dan meningkatkan kesedaran mengenai Pembangunan Lestari PBB, Goal No. 5," kata Jeffrey kepada CNN.
Sasaran untuk Goal No. 5 adalah kesaksamaan jantina dan pemerkasaan semua wanita pada tahun 2030.
Sebelum ini, pekerja PBB yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut bergabung dan membuat sebuah petisyen yang meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyemak semula pelantikan tersebut.(IH)
No comments:
Post a Comment