Tuesday, December 06, 2016

Gara-gara Zina, Lelaki 70 Tahun Tipu Polis..

Hasil carian imej untuk gara-gara Pelcur muda
JEMPOL – Tembelang seorang peneroka dari Felda Raja Alias dekat sini yang membuat laporan palsu mengatakan dia disamun terbongkar apabila dia sebenarnya takut dimarahi isteri kerana telah menghabiskan duit untuk melanggan pelacur atau berzina.
Lelaki berusia 70 tahun tersebut dikatakan telah tersilap menyerahkan wang sebanyak RM500 kepada pelacur muda berusia 26 tahun selepas melakukan hubungan seks di sebuah hotel di pekan Bahau dekat sini pada 24 November lalu.
 Inilah Stesen Bas Bahau tempat seorang peneroka Felda bertemu dengan seorang pelacur pada 24 November lalu.
Rahsia itu terbongkar selepas polis memanggil lelaki itu bagi membantu siasatan kelmarin setelah menahan wanita yang didakwa menyamunnya pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, laporan palsu itu dibuat untuk dijadikan alasan kepada isterinya selepas kesemua wang yang dikeluarkan daripada bank telah dihabiskan.

Najis Zina...


Ada tiga (3) ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebagai hukuman atas mereka yang berbuat zina, samada pelacur atau pelanggannya.
  1. Hukuman mati merupakan hukuman paling hina yang diberikan kepada pelaku zina. Hukuman ini dijalankan dengan rajam(dilempari batu) sampai mati. Atau bagi mereka yang belum menikah, diganti dengan hukum sebat atau cambuk rotan sebanyak 100 kali serta diasingkan selama satu tahun.
  2. Allah SWT telah menyebutkan bahawa jangan berbelas kasihan pada mereka yang berbuat zina. Perbuatan ini merupakan dosa besar sehingga sekalipun orang terdekat atau keluarga yang berbuat, janganlah terbawa faktor kasihan maka hukuman tidak dilaksanakan. Bagaimana pun juga, mereka yang berbuat zina harus dihukum berat akibat daripada perbuatan tersebut.
  3. Allah SWT memerintahkan agar hukuman terhadap mereka yang berbuat zina supaya disaksikan dihadapan orang mukimin di khalayak ramai agar dijadikan sebagai pengajaran atau mendidi serta memberi efek jera.
Kalau solat itu wajib dilaksakan oleh orang Islam, maka melaksana hukum jenayah seperti di atas itu pun wajib dilaksanakan oleh kerajaan Islam. Memang asalnya hukuman fardhu kifayah, tetapi kalau masih belum terlaksana dalam negaranya, maka seluruh individu Islam di negara itu menanggung dosanya. Kerana hukum sudah bertukar menjadi fardhu 'ain.
Wallahu 'aklam. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Baca ini Yidin!

lebai belai said...

zina mata? atau membuatkan org lain menghampiri zina seperti penyebaran gambar2 atau artikel2 lucah?.

Anonymous said...

Zina mata kena hukum rajam ke?
Kalau begitu orang yang tengok tv kena hukum?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails