Ads by Kiosked
|
Pelan tersebut bertujuan untuk memperluaskan gencatan senjata di bandar Aleppo yang ditaja oleh Turki dan Rusia awal bulan ini bagi membolehkan pemindahan orang awam dilakukan di seluruh Syria pula, demikian menurut agensi berita Anadolu.
“Seperti pelan gencatan senjata sebelum ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan Rusia, persetujuan ini mengecualikan kumpulan pengganas,” kata Anadolu.
Sumber kumpulan penentang Syria yang enggan identitinya didedahkan memberitahu agensi berita AFP bahawa pihaknya belum memberikan kata putus berhubung gencatan senjata itu ekoran masih belum menerima butiran terperinci mengenainya.
Sekiranya berjaya, pelan itu akan membentuk teras rundingan damai antara rejim Presiden Bashar Al-Assad dan kumpulan penentang yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Rundingan damai itu akan berlangsung di ibu kota Kazakhstan, Astana dan dipantau oleh Rusia serta Turki.
Turki menyokong kumpulan penentang Syria, manakala Rusia pula merupakan sekutu rapat rejim Bashar selain Iran.
Walaupun menyokong pihak bertentangan, kedua-dua negara itu mula meningkatkan kerjasama untuk menyelesaikan konflik Syria sejak beberapa bulan lalu setelah hubungan Ankara dan Moscow pulih susulan insiden pesawat Rusia ditembak jatuh oleh Turki pada tahun lalu. – AFP
Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.
No comments:
Post a Comment