Thursday, December 15, 2016

Hentikan Penyembelihan Di Aleppo, Jumaat Ini, Himpunan Seluruh Rakyat. -KUIS



Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyeru dunia agar menghentikan penyembelihan beramai-ramai di Aleppo dengan serta-merta dan mengumumkan hari Jumaat depan sebagai ‘hari perhimpunan seluruh rakyat’.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia turut mengutuk sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa serta menyatakan kebimbangan dengan keadaan yang berlaku di Syria secara amnya dan Aleppo secara khusus.

Demikian menurut kenyataan rasmi bersama yang dikeluarkan oleh Presiden serta Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi.

Memetik kenyataan sama, KUIS memandang serius isu itu dengan mengemukakan beberapa seruan kepada pihak berautoriti demi menyelesaikan ketegangan yang semakin meruncing di Aleppo.

Tegas mereka, para pemimpin Arab dan umat Islam mestilah menunjukkan pendirian terhadap pencerobohan kejam yang dilakukan ke atas rakyat Syria dan bangsa Arab Islam.

Selain itu, seruan turut ditujukan kepada Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC), Liga Arab, dan umat Islam seluruh dunia supaya campur tangan dan bertindak segera.

KUIS dalam masa sama menyeru pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar memikul tanggungjawab untuk melindungi orang awam daripada serangan dan pembunuhan secara sistematik, dan melaksanakan undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa ke atas jenayah perang yang berlaku di Aleppo oleh rejim serta sekutu-sekutunya.

“Kesatuan merayu kepada pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan agar melakukan segala usaha memberikan bantuan bencana dan kepada pelarian yang terdiri daripada kanak-kanak Aleppo.

“Kesatuan menyeru agar kesatuan ulamak Islam di seluruh negara dan penyokong mereka di seluruh dunia, agar berhimpun bersama-sama Aleppo dan mengeluarkan fatwa sebagai tanda sokongan, dan menjadikan hari Jumaat depan sebagai hari tanda sokongan dan kemarahan ke atas apa yang sedang berlaku kepada mereka.

“Kesatuan bersungguh-sungguh memberikan sokongan, rasa simpati serta bersolidariti penuh, begitu juga seluruh ahli-ahlinya, institusi-institusi, universiti-universiti akan bersama-sama dengan rakyat Aleppo. Semoga Allah SWT akan memberikan balasan terhadap musuh-musuh mereka dan sekutu-sekutu mereka,” demikian penegasan dibuat KUIS melalui kenyataan sama. (ulamasedunia.org)


 Agensi - PENUNJUK perasaan membawa gambar kanak-kanak Aleppo semasa mengadakan demonstrasi aman di London kelmarin.

Hasil carian imej untuk Penyembelihan di Aleppo  Rusia kirim tentera khas ke Suriah untuk membunuh rakyat..

No comments:

Post a Comment