Wednesday, December 28, 2016

Hina Quran: Mahkamah Indo Sebulat Suara Tolak Gugur Kes Ahok



JAKARTA – Mahkamah Indonesia akan meneruskan perbicaraan terhadap Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok kerana menghina kitab suci al-Quran, kata seorang hakim semalam.
Panel hakim Mahkamah Negeri Jakarta Utara sebulat suara menolak permintaan pasukan peguam Ahok supaya dakwaan terhadap anak guam mereka digugurkan. Mereka sebelum ini berkata, dakwaan tersebut melanggar prosedur dan mencabuli hak asasi ahli politik berketurunan Cina itu.
“Permohonan defendan dipertim­bangkan dan diputuskan oleh mah­kamah selepas semua bukti disemak.
Permohonan defendan untuk menggugurkan kes ini tidak diterima,” kata Hakim Abdul Ros­yad.
Ahok menafikan pertuduhan terhadap dirinya semasa kes itu pertama kali disebut di mahkamah pada 13 Disember lalu.
Perbicaraan Ahok disifatkan beberapa penganalisis sebagai ujian terhadap isu kebebasan agama di Indonesia, negara yang memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia. – Reuters

3 comments:

  1. http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

    Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu

    KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

    “Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

    “Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

    Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

    “Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

    “Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    ReplyDelete
  2. Balaci DAP terutama yang mengaku Islam, sila jawab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami (balaci dap) dgn ini mengisytiharkan bahawa dap tetap di hati.. korang nak kata apa pun kat kitaor lantaklah.. asalkan dap sedar bahawa kami tidak akan tergamak merobek perasaan lge/lks. Kami juga berikrar akan bersama mufti (dlm bilik air cond) serta bekas mufti (yg kesipuan bila tghh mengusahakan damai puak bertelingkah di syria tapi tak pula kesipuan jadi adun BN yg cukup kami benci) utk terus menyerang tghh..

      Delete