Saturday, December 03, 2016

Hukum Bogel Tengah Bandar, Bolehkah Undang Ini Mendidik Rakyat?

Kantoi Mencuri, Tiga Gadis Diarah Bogel Tengah Bandar

GARA-GARA dituduh mencuri, tiga gadis dipaksa berjalan di tengah bandar dalam kedaan berbogel di Huatabampo, sebuah bandar di Mexico.

Mirror.co.uk melaporkan, kejadian tersebut berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial negara itu dengan memaparkan gelagat tiga gadis berjalan tanpa pakaian dengan hanya memakai sarung kaki.
Ketiga-tiga gadis tersebut yang terpaksa menutup payudara dan kemaluan masing-masing menggunakan tangan, dipaksa berjalan di tengah bandar pada waktu malam. 

Berita tempatan melaporkan, gadis tersebut dipaksa berjalan bogel kerana dituduh menyamun. Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Konflik ini bermula apabila ada wanita muda yang terbabit dalam kerja haram (maksiat) telah merompak individu yang juga terlibat dalam kerja haram itu,” Datuk Bandar, Heliodoro Soto kepada media tempatan.

Jelasnya, sehingga kini tiada laporan yang dibuat kerana mungkin mangsa mahu melindungi keluarga dan malu dengan kejadian itu. Ketiga-tiga gadis terbabit termasuk individu yang memaksa mereka berjalan dalam keadaan bogel masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada laporan polis dibuat.

Tiga Wanita Berbogel Di Tengah Bandar Kerana Mencuri

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah undang-undang begini mendidik rakyat? Bandingkan dengan sistem perundangan Islam, berperanan menjadikan hukuman jenayah sebagai alat mendidik rakyat menjadi baik, yang tidak boleh ditukar ganti dengan hukuman wang atau kebendaan. 

No comments:

Post a Comment