Tuesday, December 13, 2016

Iman Dalam Hati Bukan Penampilan -Sahara Yaacob. Komen Anda?


HALAMAN HIBURAN

PENYANYI veteran, Sahara Yaacob terbuka dengan segala kritikan dan kecaman masyarakat apabila tampil dengan imej tanpa tudung pada Anugerah Melodi 2016, di Kuala Lumpur, malam tadi. (10/12/2016).
Sahara, 60, berkata, tindakan itu adalah atas pilihan sendiri memandangkan dia dipilih menjadi penyanyi jemputan.
"Saya pernah mendapat kecaman lebih teruk sebelum ini. Malah, saya pernah digelar 'Jeneral Syaitan' oleh seorang pendakwah terkenal.
“Jadi, kalau selepas malam ini saya dikecam lagi, itu bukan masalah besar buat saya.
"Dalam perkara ini masyarakat tidak sepatutnya menghakimi seseorang dengan penampilan luaran.
“Tetapi, biarlah perkara ini antara saya dengan Allah. Iman seseorang itu terletak dalam hati dan bukannya pada penampilan semata-mata," katanya kepada Harian Metro.
Sahara yang digelar Tina Turner Malaysia pada era 1980-an enggan mengulas sama ada itu adalah imej kekalnya selepas ini.
“Hanya Allah saja yang tahu. Lagipun selama dua tahun saya bertudung tak ada siapa pun yang masuk meminang. Saya tak berani nak kata ini imej kekal atau tidak.
"Lagipun pada malam ini (tadi) saya nak memberikan persembahan terbaik. Kata orang malam ini (tadi) saya jadi 'show girl'," katanya. (MYMETRO)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginikah caranya pihak-pihak tertentu membantu Sahara dalam menghadapi masalah kemelut ekonomi dan peribadinya?

Hasil carian imej untuk SAHARA YAAKOB

Sila lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

4 comments:

Anonymous said...

Kongsi ilmu sikit,

Sekurang kurang seorg muslim itu, tidak meninggalkan solat solat fardhunya, kerana batasnya Islam dan kufur itu adalah dgn meninggalkan solat. Baiknya atau sempurnanya keIslaman seseorg muslim pula terlihat pd ketaatannya kpd hukum hakam agama atau syariat.

Sekurang kurang seorg mukmin itu, tidak meninggalkan membaca dan mentadabburkan Al Quran, dan sempurna imannya itu terlihat dgn sifat syukur dan sabarnya.

Sekurang kurangnya seorg muttaqin itu pula, tidak meninggalkan bahkan sentiasa dlm keadaan berzikrullah, dan sempurna taqwanya terlihat dgn sikap tenang, tawaddu' dan bersopan santun serta berlemah lembut.

Seorg muttaqin tentulah seorg mukmin yg sempurna imannya, seorg mukmin pula tentulah seorg muslim yg sempurna dan baik amalan syariatnya.

Seorg muslim yg tidak sempurna amalan syariatnya, sudah tentulah bukan seorg yg sempurna imannya, atau disebut cacat imannya. Tp jgn dituduhkan tidak beriman langsung, kerana yg mengetahui akan sekecil kecilnya iman itu hanyalah Allah swt.

WaAllahua'lam !

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillh, baik komen anda. T.kasih!

Anonymous said...

Komen yg bagus

Lelakidicermin said...

2 TAHUN SY BERTUDUNG TAPI TAKDE SIAPA MASUK MEMINANG.. makcik sahara.. kalau makcik pergi pasar.. makcik nak daging baru ke daging lama...fahamkan soalan saya.. itu lah lelaki..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails