Friday, December 02, 2016

Isyarat Lucah. Nak Buat Baik, Tapi Jadi Tidak Baik Begini, Wajarkah?

Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah


SATU video yang dirakam oleh seorang penunggang motosikal memaparkan pemandu kereta berwarna perak yang tercicir dompet selepas selesai isi minyak di sebuah stesen minyak.

Kejadian yang berlaku itu tidak disedari oleh pemandu kenderaan tersebut. Malah sebuah telefon bimbit juga dilihat turut berada di atas bumbung kereta itu.
Penunggang berkenaan yang berada di belakangnya berhenti dan ambil dompet itu sebelum cuba memulangkan dompet dengan bertindak mengejarnya dan membunyikan hon agar lelaki itu memberhentikan keretanya.
Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah
Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah
Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah
Malangnya, lelaki itu telah menunjukkan isyarat lucah terhadap penunggang motosikal berkenaan.
Terkejut dengan kelakuan pemandu itu, dia sekali lagi mengejar pemandu berkenaan dan memberitahu bahawa dompet milik lelaki itu terjatuh.
Menyedari dompetnya di tangan penunggang berkenaan, lelaki itu memberhentikan keretanya dan berkata “Thank you so much bro,”.
Bagaimanapun penunggang itu bertindak ‘balas dendam’ kepada pemandu tersebut dengan hempaskan telefon bimbit ke atas jalan kerana memberi isyarat lucah kepadanya sebelum memecut lalu meninggalkan tempat tersebut.
Tidak pula dinyatakan di manakah lokasi dan bilakah insiden tersebut berlaku tetapi dipercayai ia berlaku di luar negara baru-baru ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam hal berbuat baik kepada orang lain pun, kita kena bersabar dan berhemah, seperti cerita di atas. Seperti juga pemimpin-pemimpin politik, terutama pemimpin pembangkang, kerana media tiada di pihaknya. Perbuatan baik boleh ditakrif menjadi buruk.

Contoh dekatnya seperti pemaparan blog ini, untuk menyampaikan kebenaran dan dakwah, bermottokan 'Sampaikan.. walau 1 ayat'. Tetapi ditakrif atau dituduh sebagai blog lucah. Kita siarkan kritik dan komen sebebasnya, tetapi digunakan untuk mencarut, memaki hamun editornya.

Di situ perlunya berhemah dan fatanah.

Ibarat kita membimbing orang buta melintas jalan raya yang merbahaya. Walaupun dia memarahi kita pembimbingnya dengan berbagai alasan, namun tugas kita ialah memastikan dia menyeberang jalan itu dengan selamat.

Itulah tugas para Nabi dan Rasul, sampaikan.. walau 1 ayat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails