Wednesday, December 28, 2016

Jom Terus Sampaikan Islam Di Korea Selatan.


Hasil carian imej untuk kota ais di korea
Sekarang musim sejuk di Korea..

CATATAN SANTAI IBNU  HASYIM

"SAYA sekarang berada di Korea Selatan.. Dah kira-kira sebulan." Kata Muaz kepada saya sebentar tadi. 

Muaz, ialah regu  saya dalam perniagaan. Dia ke sana adalah dalam usaha meninjau tempat-tempat kerja kosong yang banyak di Korea Selatan. Al-hamdulillah, banyak maklumat kerja kosong yang diperolehi di sana. Boleh kalau kawan-kawan kita nak hubungi dan kongsi maklumat dengannya sekarang. Tapi elok wasap pada waktu malam saja.

"Ya.. Ada apa berita penting yang boleh saya bantu untuk meninggikan kalimat Allah SWT, dan membangunkan ekonomi umat Islam. Walaupun sikit-sikit? " Kataku. Saya tanya.

"Begini bang.." Kata dia mula membuka perancangan.

"Sepanjang saya berada sebulan di sini, saya membuat kesimpulan bahawa untuk melancarkan perjalanan dakwah Islam di sini ialah dengan cara cuba mewujudkan pusat himpunan dan rujukan umat Melayu/Islam, Malaysia, Indonesia dan sekitarnya, di Sequl Korea Selatan. Bukan saja himpunan dan rujukan, bahkan sebagai pusat penyanbung dan penyebar agama Islam ke peringkat global dan mendunia. 

"Di tempat saya tinggal sekitar beberapa kilometer dari ibu negara Sequl terdapat ramai pekerja-pekerja Malaysia dan Indonesia tinggal di sana. Tapi masjid atau surau masih belum ada. Di situ sudah jadi tempat berhimpun bagi orang Melayu/Indonesia yang beragama Islam di sana.

"Maka baik sangat kalau diusahakan supaya ada masjid atau tempat solat, restoran atau kedai makan halal orang Islam dan barangan halal dari Malaysia atau Indonesia di sana.

"Cara mudahnya, mula-mula sewa bilik saja dulu dan terus beroperasi, walau sikit-sikit dulu." Kata Muaz dengan yakin.

"Eh, baik cadangan itu." Sambutku. "Biar sampai boleh jadi penyalur penyebaran barangan halal dari Asia ke sana. Membawa pekerja-pekerja Islam sambil memperkenalkan Islam di sana."
Hasil carian imej untuk islam di korea selatan
Eh, bila Islam masuk ke Korea? Islam masuk ke Korea pada pertengahan abad ke-7M oleh pedagang muslim. 


N Seoul Tower Korea
Hasil carian imej untuk pemandangan indah di korea

Akhirnya...

Aku membuat kesimpulan..

1. Mengusahakan memberi maklumat untuk peluang kerja di Korea Selatan kepada rakyat Malaysia. Boleh mengurangi masalah pengangguran di negara ini. Bererti juga, membawa duit luar negara masuk ke negara ini melalui pergi bekerja di sana. Kita membantu ekonomi kerajaan kita sekarang.

2. Bukan sahaja menyalur maklumat untuk agama dan negara, tetapi menjadi penyalur ekonomi barangan dari Asia di sana. Bagaimana produk Malaysia /Indonesia /Thai, produk halal cuba dimasukkan ke sana, seperti makanan halal dalam tin dan lain-lain.

3. Usaha wujudkan perusahaan berkaitan dengan Islam ke sana. Seperti perlancongan Islam, pusat pengajian Islam, walaupun berpusatkan di masjid dan lain-lain.

4. Yang perlu ditumpukan sekarang, bagaimana untuk membangunkan sebuah masjid yang memjadi pusat pengkayaan pengembangan Islam sekarang. Peringkat awal Nabi SAW berhijrah ke Madinah, beliau membangunkan Masjid Quba.

5. Kita masih memerlukan idea bernas dari pembaca budiman untuk membangunkan pengembengan Islam seperti yang disebutkan.
Sekian.

Sila hubungi..

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL)       
26 Dis 2016

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.


Antara artikal mengenai Korea..

9 comments:

Anonymous said...

LAND ROVER, MERS, ALHPARD, DAN VELFIRE ITU PENTING, DAHI KASI HITAM JUGA PENTING BIAR ORANG FELDA PERINGKAT 1 HINGGA 10 TAHU...SIAPA AKU....!!!!

Anonymous said...

mengapa nak pergi jauh sangat? pergi buat di sabah dan sarawak ... ramai lagi yang Islam waktu pagi, petang malam jadi kapir semula....bahkan di semenanjung ni pun bersepah lagi... mungkin tak cukup masa seumur hidup

Anonymous said...

Maaf tuan rumah lari topik. Cuma nak say alhamdulillah akhirnya Dr Wan Azizah menyatakan Brim itu bukan dedak/rasuah seperti apa yg diwarwarkan PanDap dan Tun Mahathir. Menunjukkan kematangan Dr Wan didlm politik subur dan sihat. Perkara baik itu tetap baik. Tahniah Dr Wan. Sy pernah beri pandangan ttg Brim sblm ini tapi teruk dibantai penyokong Pan. Sbnrnya bantuan Brim ini berganda ganda lebih baik berbanding program2 ekonomi seperti yg dicadang beberapa pemimpin walaupun ada yg gagal dan berjaya . Cuma bezanya program spt Brim dpt memastikan semua peruntukan yg disediakan tetap sampai kpd rakyat yg memerlukan berbanding program2 ekonomi yg lebih byk berlaku kebocoran. Brim memang bantuan yg baik. Namun hutang negara yang meningkat tetap juga wajib ditangani. Selagi ianya gagal diatasi, BN tetap relevan untuk ditentang oleh pembangkang. Syabas Dr. Wan Azizah kerana bersama menuju kearah politik matang dan sejahtera!

Anonymous said...

Apa yang matang sejahteranye ente...brim tu kata arwah TGNA, "bn bagi ambil, bila ngundi pangkah pas". Sekarang ni lain..... cakap nak tentang bn.....tapi dalam waktu yang sama berpeluk sedondon.....macam mana nak suruh orang tentang bn bro, sedang yang dilihat tuang presideng macam bersekongkol jer. Apa2 pun hanya yang pendek akal jer yang suka dengan ayat matang sejahtera nih. Pis!

Anonymous said...

Dr masitah lbrahim kata,dibolehkan suami mengurut kemaluan isteri guna lidah....

Betul ke ustaz..??
mohon pencerahannya...ustaz...

Anonymous said...

BRIM tu maknanya Beri Rasuah 1Msia. Ibaratnya..untung secupak rugi segantang. Dibaginya ciput dikaut balik byk melalui gst dll..

Anonymous said...

Anon 6:59 kena banyakkan membaca dan tingkatkan pemahaman juga melalui pembacaan. Fahamkan maksud politik matang dan sejahtera. Saya cuma boleh ringkaskan. Klu nak detail kena rujuk penulisan2 Pas dan penjelasan oleh pimpinan2 mereka.

Pas membawa prinsip memperjuang, mempertahan dan membangunkan Islam dlm landscape politiknya. Ianya tidak boleh lari drpd konsep dakwah. Didalam menjalin kerjasama, Pas akan menyokong tindakan2 yang baik oleh pemerintah, namun akan tetap menentangnya melalui kuasa politik jika kerajaan melakukan kesalahan dan penyelewengan yang merugikan rakyat serta bercanggah drpd Islam.

Sebagai contoh, jika kerajaan mendirikan hospital. Takkanlah rakyat yang menyokong pembangkang akan cakap, jangan gunakan hospital kerajaan ini sebab itu rasuah/dedak kerajaan. Sudah tentunya tidak bukan. Sebaliknya kita akan gunakan perkhidmatan tersebut. Jadi secara adabnya, kita berterima kasihlah kerana kerajaan telah membelanjakan wang cukai rakyat kearah kebaikan dan kita menyokong usaha itu. Namun sekiranya kos membina hospital itu amat luar biasa disebabkan ketirisan dan rasuah, maka perkara itu WAJIB kita tentang. Didalam hal begini, Pas melakukan penentangan tersebut melalui kuasa politik yang mereka ada. Ini kerana penentangan melalui kuasa politiklah yang paling subtance. Disebabkan membawa nilai2 Islam, Pas perlu menjaga khemah dalam perjuangan. Kalau perkara yang baik pun ditentang, apakah rupanya sesebuah perjuangan Islam itu. Contohnya kerjasama bagi isu Rohingya.

Sekiranya Pas diperingkat atas menunjukkan permusuhan yang mutlak dan sembrono, bagaimanakah rupa bentuk masyarakat Melayu yang seharian hidupnya perlu bercampur dibawah ini? Itulah yang pernah berlaku dahulu sehingga wujudnya 2 Masjid Umno dan Pas. Dimanakah akan berlakunya tarbiah dan dan dakwah sekiranya itulah nilai contoh yang diberikan oleh pemimpin? Namun hari ini, kita boleh melihat especially di Selangor, Imam dan jemaah Pas boleh dengan mudah membantu menguruskan pengurusan jenazah, pengebumian, kenduri arwah dll walaupun mereka tahu keluarga yang meninggal atau ditimpa musibah itu bukanlah daripada keluarga yang menyokong Pas. Tarbiah dan dakwah Pas berjalan seperti biasa dan istiqamah demi semua ummah&masyarakat. Namun kiranya wujud unsur penindasan yang bertentangan dengan Islam seperti rasuah, GST, penyelewengan & ketirisan oleh pemerintah, Pas diperingkat atas akan tetap menjaga amanah drpd masyarakat2 ini dengan menentangnya melalui saluran yang paling tepat iaitu saluran politik. Hasilnya, masyarakat Melayu akan lebih mudah bersatu. Inilah yang ditakuti Dap. BUKAN yang ditakuti oleh masyarakat Cina tapi Dap.

Sebab itulah amat hairan sekali bagaimana Pan boleh tidak habis-habis menuduh Pas bersatu dengan Umno dalam usahasama politik? Tengoklah didalam website2 mereka. Sentiasa berpusing pada cerita yang hampir sama. Tidak tahulah kalau mereka cuba menggunakan method Joseph Goebbels untuk mecipta persepsi.

Sebenarnya sedar atau tidak sedar, Pas ini telah ter'design' atau men'design' satu jalan yang sihat untuk membuka ruang masyarakat India, Cina dan Melayu BERSATU. Namun formula ini dirosakkan sendiri oleh blok pakatan pembangkang. Perkara ini hanya boleh kita fahami jika kita berfikir secara kritikal dan kaji kelok-kelok sejarah apa yang berlaku kepada ketiga-tiga kaum ini semenjak awalnya kedatangan kaum Cina dan India ke tanah Melayu. Tapi takpelah lain kali shj kita borak-borakkan sebab takut tuan rumah marah pulak nanti kalau tulis panjang sangat..:-)

Anonymous said...

PAS Parti Ajaran Syiah mengamalkan politik NATANG bkn matang. Walaun2 biol silap tafsir.

Harez said...

Daripada mempersoalkan dan merungut baik ambil jalan sebagai iniasiatif utk membawa islam ke sana,itu usahanya membawa islam kesana...pahala dapat islam terbela....sbb tu setiap org patut ambil peranan masing2. Silalah sdr buat blog promote sabah n sarawak sebagai destinasi..kumpulkan sekumpulan yg dapat ziarah kesana dan mungkin buat bisnes sana sambil dakwah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails