Wednesday, December 14, 2016

'kawan makan kawan' Nasihat PAS Pada PKR..

Hasil carian imej untuk kawan makan kawan
KL: Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sebuah parti `kawan makan kawan’ yang perlu dibimbangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, PKR sepatutnya membuatkan pertimbangan untuk memutuskan kerjasama dengan PAN dalam Pakatan Harapan supaya tidak menyesal di kemudian hari.
“Ketua Pemuda PAN dalam Konvensyen Nasional PAN semalam menyatakan bersedia meletakkan calonnya di Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua dari PKR jelas menunjukkan sifat sebenar PAN yang tidak semangat setiakawan sebaliknya mengamalkan sikap ‘kawan makan kawan’.
“Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan PAN ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nurul Islam berkata, Ketua Pemuda PAN turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama PAN sebelum ini untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS.
Kata beliau, sikap PAN tersebut jelas menunjukkan bahawa parti itu sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS.
“Jka benar PAN mempunyai kekuatan untuk menang di Parlimen Batu dan sungguh-sungguh tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua tentang keperluan sokongan PAS untuk memenangi Parlimen Batu, saya mencabar agar PAN segera mengumumkan calonnya yang akan menandingi kerusi tersebut pada PRU14 akan datang,” katanya. 

7 comments:

Anonymous said...

Dasar pengkianat mmg perangai mcm tu.sama la mcm makluk yg dimakan tokong pujaan mereka itu.semua nak main sondol.geng kuali ni bising sj lebih.hidupun dgn berpaut pd tahi dap lg nak sembang kencang.sekali dap kata kerusi bg bersatu.pandir kata yes sir kami suka dpt jd hulubalang sj.fitnah dap x boleh,fitnah org lain dialu alukan.

Anonymous said...

Disebabkan gila kerusi perangai jd mcm anjing.tuannya dap sendiripun akan digigitnya nanti.org lain tak payah ckp la.baik kita hapuskan sj kump ini sebelum penyakit anjing gila merebak lg.patut le pinang kena byk sgt anjing gila kerusi disana sampai sangup jd hulubalang barua segala takut hilang kerusi kpd bersatu.

Anonymous said...

Anon 3:23. Setuju pandangan tuan. Tapi sedikir teguran ttg 'tokong' tu. Jgn sebut tokong. Klu kita sebut tokong, serupalah kita spt Dap yg tidak sensitif agama anutan orang lain..

Anonymous said...

yang pakai macam dewa cina tu orang parti lobailah..

Anonymous said...

Oh yg tak tahu hal budaya kaum lain tu? Bodoh lobai tu.

Anonymous said...

Last2 jadi kera sumbang ....TIADA kawan ,kawan semuanya lari tak percaya lagi ....

PARTI APAKAH ITU ...?????????????????

Anonymous said...

Parti.Ajaran.Syirik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails