Sunday, December 04, 2016

Tarik Balik Hadiah Nobel Kepada Suu Kyi -Dr Rosni Adam



KL: Hadiah Nobel Keamanan yang disandang oleh Aung San Suu Kyi harus ditarik semula.

Wakil Pertubuhan Saidatina Khadijah (Peramah), Dr Rosni Adam berkata demikian pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

"Hati wanita mana yang sanggup melihat rakyatnya sendiri ditindas sebegitu rup sehinggakan United Nation (UN), PBB mengiktiraf bahawa penindasan yang berlaku di Rohingya adalah yang terburuk dalam dunia hari ini," ujar beliau.


Hasil carian imej untuk Aung San Suu Kyi

Pada kesempatan itu, beliau juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar bermuhasabah dari apa yang berlaku serta mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan. 

Turut berucap pada himpunan anjuran NGO-NGO Islam Malaysia itu ialah Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  - HARAKAHDAILY 4/12/2016

1 comment:

Anonymous said...

Piiiiirah!!!! Masa di Parlimen, speaker menolak usul untuk membahaskan pemasalahan kaum rohingnya. Apabila penolakan usul telah ditentang oleh yb2 dari Amanah, Pkr dan Dap, yaaaaa Dap juga menentang penolakan usul Rohingnya di Parlimen.

Yang senyap dan bisu sokmo adalah yb2 Umno dan Pas. Kedua2 seakan-akan telah menjadi kaku dan lemah untuk membahaskan isu Rohingya ini dengan lebih berkesan. Alasan penolakan usul ini oleh speaker adalah kerana ianya seperti mencampuri urusan negara lain.

Yang pelik tapi ajaibnya, tiba2 Umno dan Pas beria2 mengadakan demo di Stadium Titiwangsa. Masa dalam Parlimen taknak buat apa2, tapi diluar bukan main lagi syok sendirinya. Apa semua ini? Persoalan adalah, betul ke yang Umno dan Pas ni benar2 kesah tentang nasib saudara kita disana? Rasanya ada sebab lain.

Nak gabung ke nak bersatu ke nak apapun buat sajalah. Cukup lah main wayang, rakyat bukan buta, jauh sekali bodoh. Demo ni sebenarnya sengaja diadakan untuk menunjukkan betapa Umno dan Pas sebenarnya sangat akrab kebelakangan ini. Mungkin mereka fikir sekiranya hendak diterangkan kepada akar umbi, seeloknya penyampaian berupa visual akan dapat menguatkan penerangan melalui audio. Pendek kata, kalau disampaikan semasa ceramah mungkin orang tak faham, jadi sekarang sedikit demi sedikit akar umbi sedang di basuh kepala supaya menerima kemungkinan Umno dan Pas akan menjadi satu. Caranya ialah dengan menunjukkan kedua2 pemimpin Tertinggi duduk atas satu pentas dalam majlis yang sama, kononnya menyokong perkara yang sama. Selepas ini akan ada lagi majlis2 yang sedemikian, dimana keakraban Najib dan Hadi akan menjadi lebih ketara. Cuma tak comolot je kot. Tunggu dan lihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails