Sunday, December 11, 2016

Konvensyen I Amanah: Semua Kepimpinan PH, PPBM Hadir.

Barisan kepimpinan kanan Pakatan Harapan, PPBM yang hadir sempena Konvensyen Pertama Amanah hari ini. Barisan kepimpinan kanan Pakatan Harapan, PPBM yang hadir sempena Konvensyen Pertama Amanah hari ini.
Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pemimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir ialah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat/Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri parti Amanah.
Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Bersih 2,0 Maria Chin Abdullah, Dr Nasir  dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia aktivis sosial Hishamuddin Rais, Datuk A Samad Said dan Datuk Zaid Ibrahim.
Konvensyen hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti nyanyian Lagu Amanah dan diakhiri dengan alunan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Qayim Nizar pada jam 9.30 pagi ini yang diadakan di SACC, Shah Alam  bermula hari ini dan esok.
Pemimpin kanan Amanah (dari kiri) Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Presiden Mohamad Sabu, Penasihat Ahmad Awang dan Setiausaha Agung Anuar Tahir ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan parti Amanah.Pemimpin kanan Amanah (dari kiri) Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Presiden Mohamad Sabu, Penasihat Ahmad Awang dan Setiausaha Agung Anuar Tahir ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan parti Amanah.
Setiausaha Parti Amanah Negara Mohd Anuar Tahir  menyampaikan ucapan aluannya pada jam  9.50 pagi ini.
Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran Dr Mahathir dan berkata, jika tempat lain tidak menyediakan kerusi kepada Mahathir, Konvensyen Amanah sedia memberikan kerusi untuk bekas perdana menteri itu.
"Di konvensyen parti Amanah tiada kesipuan untuk Tun. Kita sediakan kerusi di sini untuk Tun dan isteri dikasihi," katanya yang mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan perwakilan.
Beliau turut memberitahu Presiden Datin Seri  Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir dalam konvensyen hari ini kerana mengiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat keizinan Jabatan Penjara untuk membenarkan menziarahi adiknya  Rosli Ibrahim yang kini sedang sakit di Hospital Selayang  pagi ini. Justeru PKR hari ini diwakili Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, laungan Reformasi berkumandang beberapa kali.
Anuar memberitahu  kini Amanah mempunyai 154 kawasan dan 100 cawangan seluruh negara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penggerak kerjasama Amanah dan penyokong parti-parti pakatan pembangkang terhadap penubuhan Amanah sejak lebih setahun lalu. 
Manakala Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang dalam ucapan aluannya pula berkata ada pihak yang terlalu sukar  menyebut Amanah  sebaliknya disebut "Pan" jika dalam bahasa Inggeris maknanya "kuali" dan "Pan" dalam Arabnya bermakna  "hancur musnah" .
Sejak penubuhan Amanah telah  membuktikan jati diri ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan ahlinya untuk teruskan usaha menegakkan keadilan untuk negara menentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat inginkan negara ini menikmati rahmat Allah.
Sebagai sebuah negara merdeka, ujarnya, Amanah lahir meneruskan jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Rakyat dan bertukar kepada Pakatan Harapan.
Beliau bersyukur menyaksikan seluruh pimpinan semua peringkat hadapi ujian, fitnah, tohmahan, tuduhan buruk ke atas pimpinan parti Amanah sejak ditubuhkan.
Kata beliau lagi, ada yang kata Amanah parti pengkhianat yang halal darahnya, untuk menjatuhkan hukuman pimpinan Amanah dengan fatwa mereka yang kemudian menjadi pegangan dikalangan pengikut mereka yang taksub.
Beliau bersyukur Amanah didokong semua warga negara. Sebahagian  mereka bukan beragama Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan mereka yang beragama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat.
Beliau juga yakin dengan kehadiran Dr Mahathir dan Pakatan Harapan benar-benar mampu mencapai harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan hak sebenarnya sebagai sebuah negara merdeka yang mana rakyat tertekan dengan tekanan ekonomi dan politik. Ini kerana  apabila sistem demokrasi digunakan untuk menjalankan pemerintahan 'kuku besi' kerana ada sebahagian rakyat berasa senang dengan sedikit 'dedak' yang diberikan yang tidak memberikan kesan apapun melainkan tipu daya ujarnya.
Justeru katanya lagi, dengan bekas perdana menteri 22 tahun tiada siapa pertikai Umno-BN mesti ditentang dan ditumbangkan.
"Parti pembangkang mesti bersatu dalam hanya satu pakatan. Kita tidak mahu dua tiga atau empat pakatan. Oleh itu konvensyen kali ini beliau percaya akan diikuti mesyuarat pakatan harapan akan m emastikan parti pembangkang boleh bersatu. Apabila bersatu bersatu pakatan harapan akan benar-benar rakyat juga boleh bersastu hadapi Umno-BN," ujarnya.
Perwakilan seluruh negara yang hadir dalam Konvensyen Amanah pertama yang diadakan di SACC di Shah Alam hari ini.Perwakilan seluruh negara yang hadir dalam Konvensyen Amanah pertama yang diadakan di SACC di Shah Alam hari ini.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kanan sekali) dan Teresa Kok (dua dari kiri) turut hadir.Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kanan sekali) dan Teresa Kok (dua dari kiri) turut hadir.
 Presiden Mohamad Sabu sedang menyampaikan ucapan  pada jam 10.30  dan berakhir jam  11.45 pagi ini. Beliau merasmikan Konvensyen Pertama Amanah dengan disusuli tayangan video.
Kemudian acara di teruskan dengan Penyerahan Dokumen Rahsia Gerakan Politik Islam Kontemporari Generasi Kedua yang disampaikan Pengarah Pilihan Raya Dr Dzulkifli Ahmad kepada Presiden Mohd Sabu yang diiringi Setiausaha Agung  Anuar Tahir.
Majlis diteruskan dengan penyampaikan beberapa ANUGERAH.Anugerah pencapaian terbaik  dalam empat kategori itu yang diserahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai  mengakhiri majlis perasmian Konvensyen Amanah Pertama hari ini.
1.Anugerah Kawasan Paling Ramai : Ahli dari Amanah Kota Raja yang  diterima oleh Cikgu Jaafar Ketua Amanah Kota Raja.
2. Anugera Paling Banyak Cawangan Berdaftar : Amanah Kawasan Hulu Langat yang diterima oleh Ketua Amanah Kawasan Hulu Langat, Shamsul.
3.Anugerah Peratusan Keahlian Paling Tnggi: Amanah Kawasan Kuala Selangor yang diterima oleh Ketua Amanah Kawasan Kuala Selangor.
4. Anugerah Khas Parti Amanah Negara :  Diterima oleh Gobalan Krishnan Gobachan
Pada jam 2 petang ini hingga esok akan berlansung konvensyen penuh.
Barisan penerima Anugerah bergambar kenangan dengan pimpinan tertinggi Amanah.Barisan penerima Anugerah bergambar kenangan dengan pimpinan tertinggi Amanah(MD)

No comments:

Post a Comment