Sunday, December 11, 2016

Lepas Hina Rasul, Dr M Kata Allah Tak Suruh Semua Orang Peluk Islam.



Selepas bertindak menghina Baginda Rasulullah SAW semasa di Konvensyen Kebangsaan DAP 2016, hari ini bekas Perdana Menteri itu sekali lagi membuat kenyataan provokasi agama yang berisiko untuk dimanipulasikan pihak-pihak tak bertanggungjawab.


Mahathir dilaporkan berkata, Allah tidak mengkehendaki semua umat manusia memeluk Islam dan agama itu mengajar sifat kesederhanaan serta menolak ekstremis agama. Dia berkata demikian semasa di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (PAN) di SACC, Shah Alam pada Sabtu.

“Kalau kehendak Allah seperti itu, semua jadi Islam. Tetapi dia tidak menyuruh semua orang menjadi Islam.
“Sebaliknya mereka ada berbangsa-bangsa sulaya mereka akan dapat hidup dalam keamanan dan bersikap persahabatan dengan semua kaum,” katanya.

Selain itu, Mahathir juga bertindak memuji Pengerusi PAN, Mohamad Sabu yang berani memperkatakan tentang ajaran Islam terutamanya dalam konteks di Malaysia dan dunia Islam.

“Dalam ucapan Presiden (PAN) tadi amat jelas bahawa hakikat dalam dunia ini terdapat bukan sahaja orang Islam tetapi juga ada orang bukan Islam.

Dalam masa sama, veteren DAP, Lim Kit Siang juga turut hadir dalam majlis itu dan menyatakan bersetuju dengan kenyataan Mahathir.

“Saya setuju apa yang Tun katakan,” ujarnya kepada media.

Tun Mahathir ini telah banyak menghina agama Islam dan kenyataan-kenyataannya yang sangat menghina Islam semenjak dia menjadi PM lagi.

Sangat setuju dengan kenyataan Nik Abduh, Tun Mahathir sepatutnya memilih tikar sembahyang untuk sewaktu begini. (TKO)

7 comments:

kiedentech said...

Sesungguhnya Allah menguasai langit dan bumi dan jika Allah mahu semua orang menjadi islam tentulah ia perkara mudah bagi Allah tetapi tetap juga orang menjadi kafir kerana Allah telah menutup pintu hati mereka, perkara ini banyak di ceritakan dalam al quran, sila rujuk sendiri dan ayat ini lebih banyak daripada cerita tentang hudud, yang penting hati kena bersih dan faham sesiapa yang memilih untuk memperjuangkan islam sebagai cara hidup ganjaran yang amat besar Allah sediakan bagi diri orang itu

Anonymous said...

PAS lebih memilih duit dari menentang Najib iaitu pemimpin rasuah,pencuri dan perompak duit rakyat dan negara.

Anonymous said...

Anon 11.27. Kalau nk buat cerita fitnah tanpa bukti. Jangan menyibuk lah. Pergi jahanam la...

Anonymous said...

Bila pak haji lebai nak saman Sarawak Report?

Anonymous said...

Mari2 semua saya Pemimpin PAS nak bagi sedekah tetapi untuk ahli PAS saja.Kepada bukan ahli PAS diam saja ya.he..he...he....Kalau tak dapat duit jangan marah ya.Derma dari Najib mungkin tak cukup banyak,Rm 90 juta saja.

Anonymous said...

Takde tikar tak boleh solat ke?

Anonymous said...

Apa maksud mahathir ni?? Klu ikut maksud dia ni Islam tu tak perlu la didakwahkan. Mahathir ni suruh je la dia tukar agama.... Sbb Allah tak nak semua org masuk Islam betul tak mahathir? Jadi masuklah agama lain yg tak terikat dgn byk peraturan hidup mcm Islam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails