SHAH ALAM: Penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar berpunca dari sikap perkauman dan kepuakan yang menyalahi sifat kemanusiaan, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Demikian itu katanya, wajib menyeru tindakan atas kemanusiaan, lebih-lebih lagi atas nama Islam yang meletakkan hubungan persaudaraan Islam umpama anggota satu jasad di mana apabila satu anggota sakit, semua anggota juga sakit, berjaga dan demam.
Malah jelasnya, Islam mengajar lebih dari kemanusiaan di mana turut memelihara hak binatang dan lain-lain.
“Penindasan berlaku di Myanmar kerana kelas dan darjat, yang dianggap berbeza di antara orang bukit dengan orang lembah. Setiap manusia mesti menyedari bahawa manusia adalah masyarakat Madani. Ibnu Khaldun mengatakan, “Manusia itu semulajadinya bermasyarakat Madani”, dengan makna mesti bertolong menolong dan berhubung di antara satu sama lain.
“Orang bukit tidak boleh hidup tanpa orang lembah. Orang lembah tak boleh hidup tanpa orang bukit. Orang darat tak boleh hidup tanpa orang di laut. Orang laut tak boleh hidup tanpa orang di darat. Kerana sifat kejadian manusia mesti bertukar-menukar kebolehan dan pendapatan di antara satu sama lain.
“Orang bukit tak boleh makan kayu, tak boleh makan batu di atas bukit, mesti ada hasil-hasil lembah. Orang lembah memerlukan rumah kediaman dan alat-alat hasil daripada bukit. Begitulah laut dan darat. Maka Islam menetapkan manusia adalah bermasyarakat Madani, walaupun mereka berbeza agama, berbeza bangsa dan kaum, mestilah berhubung di antara satu sama lain.
“Di atas sifat ini, sehingga hari ini orang-orang Islam termasuk di Malaysia ini, boleh hidup masyarakat majmuk. Seorang Cina, seorang India boleh berkedai di kampung Melayu. Orang asing boleh hidup dalam masyarakat Pakistan yang beragama Islam. Ini adat yang diajar oleh Islam,” ujarnya pada Himpunan Peduli Ummah “Pray 4 Rohingya” di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini malam semalam.
Tegas beliau, dalam masalah kemanusiaan mesti bersatu dan mengambil tanggungjawab, biarpun saling berbeza pendapat kerana berbalah perlu ada batas dan sempadan.
Kerana itulah terangnya, beliau dari parti pembangkang boleh duduk bersama kerajaan, kerana penindasan yang berlaku ke atas pihak minoriti sangat mendukacitakan termasuk orang Islam digambar sebagai melakukan keganasan.
Turut disentuh adalah mengenai pemergiannya ke Iran di mana menurut beliau, peperangan sesama Arab di Iraq, Syria dan Yaman menyebabkan ummah terlupa kepada masalah Palestin dan saudara sendiri.
Sedangkan jelasnya, apabila dirujuk kenyataan George H. W Bush, George W Bush, Colin Powell, Condoleezza Rice, Hillary Clinton dan lainnya didapati mereka itu menyebabkan peperangan antara Sunni dan Syiah serta menolong di satu pihak.
“Lepas itu barulah ada fatwa-fatwa ulama. Sangat malang, ulama bercakap lepas Amerika bercakap. Apa kerja macam ini? Sepatutnya kita tumpukan kepada masalah umat Palestin, masalah Myanmar, masalah Rohingya dan masalah-masalah yang lain.
“Esok saya akan ke Indonesia, lepas Iran pergi Indonesia, nanti (orang kata) jadi Jawa pula. Nak bincang rakan-rakan Indonesia tentang Rohingya. Lepas Indonesia, nak pergi ke Thailand, nak jumpa rakan-rakan di Thailand. Ini tanggungjawab bukan nak tunjuk ek (berlagak), kewajipan kita sebagai manusia dan sebagai orang Islam,” terang beliau.
Menurutnya, penganjuran sedemikian dapat meluahkan rasa hati namun tidak memadai di mana perlu disusuli dengan tindakan.
Perkara yang terjadi juga katanya, adalah ujian ke atas umat Islam sejauh mana menunaikan tanggungjawab sesama Islam dan sebagai manusia.
“Walaupun Allah maha berkuasa untuk mengubah dunia dalam sekelip mata, “kun fayakun”, mengapa Allah Taala tak turunkan bencana di Myanmar? Allah Taala nak uji kita manusia ini, sejauh mana kita sabar, sejauhmana kita menunaikan kewajipan, syukur kesenangan kita untuk membantu saudara kita yang susah, yang menderita,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 24/12/2016

Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.
13 comments:
pergilah selalu keluar negeri...berlakon saja...ikut tektik najib
Pergi la ke mana saja, tiada yang melarang... Cuma jangan ponteng sesi parlimen, sudah la!
Baguslah, puak kuda tunggangan DAP nampaknya macam takmeroyan lagi.
Ramli Ali bersuara lagiiiiii......
macam biasa...mukadimmah Ramli ALi tetap dengan mengeji dan memaki, kami dah lali,,hihihihi
biar dinamakan kuda, jangan membabi buta, percaya semboro segala
ni ke luar negara wakil KUIS atau wakil parti?
Cakap biar tegak, atau nampak mcm mabuk pil kuda
tanya salah ke? ke taubat nasuha juga?
wakakakakakakkakakakakakakkakakakaka
semakin pening aku tgk PASPISPUS ni
masuk angin keluar asap
walaunta redha membabi buta
YAP AH LOY ITU ADALAH ORANG YG MEMBUKA TANAH RANCANGAN FELDA.....
MENGERTI KAMU ANAK2 SEKALIAN....
FAHAM...
FAHAM ATAU TIDAK.....JAWABBBB...!!!!!!
JANGAN TERCENGANG CENGANG....
Anwar yg rekomenkan kalau tak nganga...lagi nak x....
Push....pusyy...piss...puss...protttt...
Tak tahulah kenapa anon 7:43 dah 2 3 kali tepek cerita ttg yap ah loy ni. Sbb sejarah yap ah loy 1880 an. Felda 1950an. Mungkin ada msg yg ingin disampaikn...
After I did some studies about yap ah loy ni antara kesimpulan penting ialah ''Kita dapat lihat daripada sejarah bagaimana Yap Ah Loy menggunakan tipu helah, kekejaman dan penipuan dalam memastikan penguasaan kongsi gelap Cina terhadap Tanah Melayu''. Pencetus pergaduhan Raja Mahadi dan Tengku Kudin dll. Tapi ianya merupakan ringkasan drpd penulisan 6 buah buku.
Klu ada msg lain sila bg pencerahan. Saya amat berminat nak tahu detail..
Sampai ke luar negara si munafiq ni pergi, kononnya nak mempromo perpaduan Islam la, penyatuan umat la dan macam2 wayang lagi la. Tapi di negara sendiri, dia galakkan perpecahan, kalau tak setuju boleh sila berambus, bila dah blah gelar pulak mereka pengkhianat la, jebon la, dsbgnya. Bila di Parlimen tak bertindak sebagai pembangkang, ponteng je keje dia. Elaun ambil tapi tanggungjawab pada pengundi diabaikan. Bila patut bangkang dia berkecuali. Hipokrit sungguh perjuangan dan pimpinan sosok munafiq bernama Hadi Awang ni.
Jangan kata orang sampai gitu,kelak makan diri..
Aduhai la anon 12:09....sempitnya pemikiran...byk betul loophole dlm point2 yang kamu beri...dlm halaman lain kamu mungkin boleh kotak katikkan....mereka yang kurang/malas membaca bolehlah mudah percaya....kena fikir out of the box then only you can fairly analize siapa pemecah pembangkang, siapa pemakan dedak, siapa puppet dan puppet master dll....cuma satu lah nak remind kpd kepemimpiman yang dah keluar Pas atau masih bersembunyi dlm Pas. Kalau nak jadi pemimpin tu jauhkan skandal2 dan dugaan2/umpanan2 nafsu dripada mana2 pihak...ini kerana kamu ialah pemimpin...klu tidak mampu mengelakkan perkara2 brgitu baik jadi rakyat biasa shjlah... Tidak ada org ambil peduli apa shj scandal yg kamu nak buat...Kelemahan2 kamu hanya bakal menjadi bahan ugutan dan menyusahkan rakyat dibelakang hari. Sekurang kurangnya takutkanlah ''teknologi'' hari ini kalau pun kamu tidak takut kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat...
Tapi Alhamdulillah sebahagian besar dah keluar dan buat parti baharu..itulah PAN...
Kamu ni bercakap tentang pemimpin Pas ke? Bunyi memang macam tu. Janganlah kelirukan kami yang memang dah keliru ni. Ke kamu yang sebenarnya keliru? Jagalah iman sendiri dulu.
Betul...kepada pemimpin Pas yg tidak jujur kepas perjuangan Islam...Pas disokong oleh rakyat kerana prinsipnya. Sbb itulah kpd pemimpin yg bermasalah, jemaahnya tiada ragu2 untuk meminggirkan mereka drpd kepimpinan. Sbb itulah majoriti of the what they call 'parasit' telah di tendang keluar. Hasilnya Pan ditubuhkan...Harap boleh membantu mengurangkan confuse. Klu still confuse sila maklumkan which part, sy sentiasa sedia berkongsi pandangan...
Post a Comment