Friday, December 02, 2016

Menarik Himpunan UMNO! RUU 355 K'jaan Ambil Alih -Najib.

AIDCNews – 1/12/16 –Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 akan diambil alih pihak kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, beliau berharap cadangan yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak dipolitikkan kerana ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.
“Kepada yang bukan beragama Islam usahlah bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.
Katanya kerajaan telah membuat ketetapan bersejarah, dengan memberi laluan kepada RUU Persendirian yang dibawakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.
RUU itu bertujuan membolehkan pindaan dibuat ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk memperkasakan mahkamah berkenaan.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan RUU itu selepas usul itu diluluskan di Parlimen.
Menurutnya, Presiden PAS, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu selesai membentangkan usul tersebut sebelum ia akan dibahaskan dan undian dilakukan.
“Kerajaan kemudian akan mengambil alihnya, akan ada penyata dan menteri yang bertanggungjawab akan membacanya sebagai Rang Undang-Undang Kerajaan (di Parlimen),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah yang menarik pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis semalam..

4 comments:

Unknown said...

La...KESIAN HAJI HADI.
Dah takda apa nak diperjuangkan dalam PRU14.
Apa nak buat, dah ini KETENTUAN ALLAH.

Anonymous said...

Eh apa yg kesiannya Cik Minah? Yang penting RUU tu dipertimbang kearah pelaksanaannya. Tak kira la thru politik atau gov. Cubela jgn cetek benor cara berfikir tu...ke tak faham cerita...

Anonymous said...

Yang penting kebas dulu balak kelantan.. Dan lahap 90juta.

Anonymous said...

Masih ada yang mahu terus tertipu dengan mainan dua ekor penyamun ini. Sama2 menipu dan menjual agama semata2 untuk kesinambungan nyawa politik dan dedak lebihan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails