TOKYO, para peragawati menggayakan hijab pelbagai gaya anggun dan warna serta pakaian menarik yang menutup aurat dalam satu acara pentas peragaan di ibu kota Jepun baru-baru ini.
Menurut para penganjur kepada agensi berita Reuters, program yang julung kali itu melibatkan sebuah pertunjukan fesyen Muslimah seumpamanya diadakan khusus untuk wanita Muslim di negara matahari terbit tersebut.
Corak bermotifkan bunga merupakan antara rekaan yang dipaparkan pada pakaian-pakaian labuh dan panjang serta tudung yang diperagakan dalam pertunjukan fesyen Muslimah yang pertama kali berlangsung di Jepun itu.
Ia diadakan sebagai sebahagian daripada acara yang kononnya 'Ekspo Halal Jepun' berlangsung selama dua hari. Sekitar 10 jenama, termasuk dari Singapura, mempamerkan rekaan masing-masing di Pertunjukan Fesyen Sopan Tokyo.
Selain itu, sebahagian rekaan juga banyak menyuntik elemen tradisional Jepun, menurut laporan portal berita fesyen terkenal AJ+. Antara jenama Singapura yang menyertai pertunjukan fesyen itu ialah MeemClothings.
Sementara di Washington DC, seorang remaja Muslim berusia 19 tahun dari St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) menjadi gadis berhijab pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.
Halima Aden, seperti semua peserta lain terpaksa mengharungi beberapa cabaran dalam pertandingan tersebut antaranya mengenakan pakaian mandi.
Menerusi acara berkenaan, Halima diberi kelonggaran apabila mengenakan burkini iaitu pakaian mandi khusus untuk golongan Muslimah.
Halima antara peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir pertandingan pencarian ratu cantik tersebut dan mahu menggunakan platform berkenaan untuk merubah persepsi serong terhadap imej Islam.
Menerusi satu wawancara di stesen tempatan WCCO-TV, Halima berkata, “Sebelum ini saya menganggap ia sesuatu yang negatif untuk berbeza daripada orang lain.
“Tetapi semakin saya dewasa, saya menyedari kita semua ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita menyerlah.
“Tidak sesiapapun sepatutnya tenggelam. Bayangkan betapa membosankan dunia ini jika semua orang sama?”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Fesyen dan Ratu Berhijab adalah trend baru melanda umat Islam. Sebenarnya mempamerkan diri wanita dan tidak menutup aurat kerana 'mempamerkan bentuk tubuh' adalah dilarang dalam Islam. Bagaimana ia boleh dikategorikan dalam 'Ekspo Halal'?
Menganggap pemaparan fesyen dan ratu cantik berhijab adalah sesuai menurut Islam, sama dengan menganggap ada pelacuran yang tidak salah di sisi Islam? Ada pelacur Islam? (IH)
Menganggap pemaparan fesyen dan ratu cantik berhijab adalah sesuai menurut Islam, sama dengan menganggap ada pelacuran yang tidak salah di sisi Islam? Ada pelacur Islam? (IH)
3 comments:
langkah awal sebelum berjubah
kita patut sokong benda yang kecil untuk yang lebih besar
contoh
sokong ruu355 sebelum datangnya hudud
kalau tak sokong....... tanam jirat cina
wakakakakakakakakakkakakakkakakka
bersatu kita bercagu
DIA TANGUUUUUUUUUUUUUH LAGIIIIIIIIIIIII
kena tunggu babi terbang
baru boleh bentang
atau ayam turun menyelam
baru orang faham
atau harimau tinggalkan belang
baru berpolitik matang
walau nampak bangang
aku sokong hadi marang
wakakakkakakakakkakakakakakak
bersatu kita bercagu
Hahahaha.kalau xsokong ruu355 nk tanam kat jirat.Kahkahkahkah.ajer gampang modal walaun pas yg kasi ceramah tu mintak maap balik.kahkahkah
Post a Comment