BAITULMUQADDIS – Parlimen Israel kelmarin memberikan kelulusan menyemak semula rang undang-undang yang membenarkan penempatan Israel dibina di tanah persendirian milik penduduk Palestin di Tebing Barat.
Tebing Barat merupakan wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis.
Rang undang-undang itu mengundang kecaman dan mengakibatkan hubungan masyarakat antarabangsa dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tegang.
Rang undang-undang itu diluluskan Parlimen Israel, Knesset bulan lalu. Ia mengandungi fasal mencabar keputusan Mahkamah Agung bahawa berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi perlu mengosongkan rumah mereka yang dibina di tanah milik warga Palestin di Bukit Amona, Tebing Barat selewat-lewatnya 25 Disember ini.
Parlimen Israel meluluskan semakan semula rang undang-undang itu dengan undi 60-49.
Semakan itu menyebabkan fasal berkaitan Bukit Amona telah digugurkan bagi memberi laluan kepada kelulusan rang undang-undang itu di Parlimen.
Israel membina kira-kira 120 penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin sejak 50 tahun lalu. –Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penjajah Israel tetap benarkan bina rumah di tanah Palestin yang dirampas, namun masyarakat antarabangsa masih diam membisu seribu bahasa dari tindakan. Itulah Yahudi zionis yang sentiasa dipaparkan kisahnya dalam Al-Quran.
No comments:
Post a Comment