Tuesday, December 13, 2016

Perbicaraan Ahok Bermula Hari Ini. Satu Teladan Baik. Tahniah!


Beratus-ratus ribu penduduk Islam mengusung bendera Indonesia gergasi ketika himpunan aman untuk membantah tindakan penghinaan yang dilakukan oleh Purnama di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

JAKARTA – Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama akan dihadapkan ke mahkamah Indonesia hari ini atas pertuduhan menghina agama Islam.

Basuki yang popular dengan gelaran Ahok merupakan Gabenor Kristian pertama yang mentadbir Jakarta sejak 50 tahun lalu.
Ahok akan membela diri berhubung tuduhan beliau menghina kitab suci al-Quran sekali gus menepis tekanan masyarakat yang mahu beliau dipenjarakan.
Ahok mencetuskan konflik undang-undang selepas beliau menyindir lawannya kerana menggunakan ayat suci al-Quran untuk menipu orang ramai supaya jangan mengundinya.
Versi ucapan kontroversi Ahok yang telah disunting itu menjadi viral di internet dan mencetuskan kemarahan penduduk di Jakarta dan lebih jauh.
Ahok mentadbir Jakarta selepas Joko Widodo menjadi Presiden Indonesia lewat 2014.
Gabenor itu telah memohon maaf, namun badan ulama tertinggi di Indonesia dan kumpulan-kumpulan Islam lain mengisytiharkan kenyataan Ahok sebagai penghinaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.
Ahok dijangka memenangi pilihan raya Gabenor pada Februari depan tetapi sokongan kepadanya merosot teruk selepas kontroversi tersebut.
Beberapa penganalisis berkata, perbicaraan tersebut akan memberi impak negatif jangka panjang terutamanya jika Ahok dijatuhi hukuman lima tahun penjara seperti yang dibenarkan undang-undang Indonesia.
“Pemerintah tidak harus membiarkan perbicaraan ini dipengaruhi kemarahan orang ramai kerana ia akan menjadi teladan yang tidak baik dalam sistem demokrasi kita, “ kata pengerusi kumpulan hak asasi manusia di Institut Setara, Hendardi. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya orang yang menghina agama Islam perlu diberi pengajaran, samada dia Islam atau bukan Islam. Apa lagi sebagai pemimpin negara umat Islam terbesar di dunia. 
Maruah umat Islam tidak boleh dicabar. Syabas umat Islam Indonesia, masih bersabar berdemontrasi secara aman. Ini suatu teladan yang baik. Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment