Thursday, December 22, 2016

Polis Indonesia Bunuh 3 Suspek Militan.


Ads by Kiosked
Polis Indonesia berkawal di hadapan kediaman yang menjadi lokasi pertempuran antara polis dan tiga suspek militan di Tangerang Selatan semalam.


JAKARTA – Polis Indonesia menggagalkan komplot pengebom bunuh diri pada Hari Krismas selepas membunuh tiga suspek militan dan menemui sejumlah bom semalam, kata pihak berkuasa.
Pertempuran senjata api tercetus di sebuah rumah di Tangerang Selatan, 25 kilometer dari Jakarta dengan polis berkata, suspek-suspek militan itu melepaskan tembakan terhadap pasukan polis.
“Kami meminta tiga lelaki itu menyerah diri tetapi mereka mahu bertempur. Seorang daripada mereka membaling bom ke arah anggota kami.
“Nasib baik bom ini tidak meletup. Kami mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” kata jurucakap Polis Indonesia, Rikwanto.
Katanya, kumpulan itu merancang untuk menikam seorang anggota polis di sebuah balai dengan menunggu orang ramai datang berkumpul sebelum melancarkan pengeboman pada musim cuti Hari Krismas.
Komplot itu didedahkan seorang militan itu yang ditangkap awal semalam. Dia juga mendedahkan lokasi persembunyian tiga konconya kepada polis.
Serbuan semalam berlaku kurang dua minggu selepas polis menangkap empat militan termasuk seorang pengebom bunuh diri wanita di Bekasi, timur Jakarta.
Mereka berkomplot untuk mengebom sebuah pos pengawal di Istana Presiden.
Militan-militan di Tangerang Selatan ini mempunyai hubungan dengan kumpulan di Bekasi, kata Rikwanto. – AFP

Tawaran baru kerja di Korea Selatan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails