Thursday, December 29, 2016

Seks Haram Di Balik 'khidmat' Sosial Cuti Luar Negara. Sila Ambil Tindakan!


KUALA LUMPUR – Hari ini, Kosmo!Online mendedahkan sindiket pelacuran 'khidmat' seks yang menawarkan khidmat pengiring sosial untuk bercuti ke luar negara bagi golongan atasan.
Aktiviti tidak sihat itu dikesan apabila beberapa gambar wanita berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan boleh diakses menerusi laman sosial.
Hasil penyamaran wartawan Kosmo! mendapati, promosi maksiat yang disediakan lengkap dengan maklumat terperinci seperti lokasi tempat mereka beroperasi berserta nombor telefon bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan.
Mereka menggunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka de­ngan menyiarkan gambar wanita seksi sebagai modus operandi bagi mendapatkan pelanggan.
Difahamkan, pengiklanan se­perti itu mampu menarik ramai pelanggan kerana pelanggan najis zina tersebut tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari lokasi pemuas nafsu mereka. Ini disebabkan kecanggihan komunikasi pada hari ini mampu menghubungkan mereka terus bagi tujuan itu.


Editor Weblog Ibnu Hasyim.

"Pihak berwajib seperti menteri jaga internet, pelancongan, jaga agama dan lain-lain berkaitan, juga perlu bertindak canggih dan cepat dalam menghapuskan kemungkaran samada di dalam dan luar negara." Jelas editor weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim.

"Tahniah dan syabas kepada Kosmo!Online dalam usaha mencegah kemungkaran." kata Hj. Mohd lagi.

Sedikit tentang cegah mungkar..

Dari Abu Sa’id Al Khudri RA. dia berkata, 
  • “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)
(IH)

Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.

4 comments:

trainer fitness said...

Macam teruk sangat lah akhir zaman ni

Anonymous said...

Mempertahankan sebidang tanah dirantau panjang itu adalah sebagian jihad dan huddud yg sangat dituntut ....

MENGERTI KAMU ANAK 2 SEKALIAN..
FAHAM...
FAHAM ATAU TIDAK....JAWABBBB...!!!!

JANGAN TERCENGANG CENGANG......

Anonymous said...

Business kena creatif pak. Mana blh dgn satu jln ja. Mana cukup makan asyik kena kejar saja. Kita pun nak hidup jugak. Kami pun nak senang jugak.

Ir Anonymous said...

Harap diampun ya.. Ayat pertama tu pun dah menyerlahkan keBANGANGan si penulis.. maaf sekali lagi yea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails