Thursday, December 08, 2016

Seorang Wanita Tua Meninggal Akibat Sekatan Kemanusiaan..



Seorang wanita tua meninggal dunia di atas sebuah kerusi roda setelah suaminya tidak dapat menghantarnya ke pusat perubatan ataupun hospital terdekat di kawasan timur bandar Aleppo akibat sekatan kemanusiaan tentera rejim Bashar al-Assad dan sekutunya.

"Saya cuba mencari hospital ataupun pusat kesihatan untuk rawatan isteri saya Sabah Mohammad di persekitaran timur Aleppo. Akan tetapi semuanya tutup akibat serangan udara kejam yang dilakukan tentera rejim dan sekutunya," ujar Abu Mohammad.





Perlu diketahui bahawa sebelum Sabah Mohammad meninggal dunia, Abu Mohammad dan isterinya telah kehilangan 7 orang anaknya selepas tempat tinggal mereka hancur dihujani bom pesawat pejuang rejim Assad dan Rusia.

Selama 3 minggu lamanya bandar Aleppo menjadi sasaran pengeboman kejam pesawat pejuang rejim Assad dan Rusia yang telah menyebabkan beratus-ratus orang awam terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera.

Hingga Selasa (6 Dis) malam tentera rejim Assad dan sekutunya dikhabarkan telah berjaya menguasai 70% persekitaran timur Aleppo, dan terus mendesak kumpulan mujahidin Syria hingga ke pinggir bandar. (Eramuslim)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails