Saturday, December 17, 2016

'Skandal Seks'nya Lumrah Kehidupan Ahli Politik -Anina Saadudin

 'Tuduhan skandal seks lumrah politik'
SHAH ALAM - Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin menganggap skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.
Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.
“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia.

“Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab: “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks.
“Saya kira bekas anak murid saya yang mengenali saya bertahun-tahun dan kini ahli perniagaan berjaya ini, lebih memahami keperibadian saya dari khalayak politik yang baru mengenali saya sejak setahun lebih.
“Apa yang penting bagi saya, kepercayaan anak-anak, ahli keluarga, anak-anak murid dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang perihal saya sejak dahulu, yakni sebelum saya bergelar seorang ahli politik,” katanya.
Anina mengulas tuduhan skandal seks terhadapnya.
Beberapa laman web didapati menyebarkan transkrip perbualan WhatsApp lucah didakwa melibatkan Anina bersama seorang lelaki.
Anina berkata, sebagai ketua srikandi, beliau bersedia dengan cabaran dan dugaan bakal ditempuhi.
“Saya menerima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab dan sedar amanah ini bakal dipersoalkan sesudah matinya saya.
“Memimpin satu bala tentera sayap wanita sebuah parti ditunjangi Tun Dr Mahathir (Mohamad) adalah penghormatan besar bagi saya, namun lebih besar dari itu, tanggungjawab ini menuntut pengorbanan jiwa dan raga bukan hanya saya seorang, malah anak-anak, keluarga besar saya, beribu anak murid yang sayangkan saya di seluruh negara serta sahabat-sahabat terdekat saya,” katanya. (SH)

Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

3 comments:

Anonymous said...

Kalau ikut formula tolol molol puak2 PAN...... Wajib saman! Jika tidak automatik dikira bersalah... Ada berani?

Anonymous said...

Memang dah banyak pun yang saman dah dapat duit pun macam nizar jamaudin.. razman aje yang menggigil bila nizar saman.. kelam kabut di buat budak razman tu..

Anonymous said...

Kalau cerita2 ngentot ni Ibnu Hasyim bukan main lagi seronok betul.Foto bogel pun selalu dipamerkannya.Selalu makan viagara ke Ibnu Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails