Friday, December 16, 2016

Syria, Rusia Lakukan Jenayah Perang – PBB

 AFP - PENDUDUK awam meninggalkan kejiranan Fardos di Aleppo pada 13 Disember lalu.


GENEVA – Tentera Syria dan sekutunya mencabuli undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang kerana mengebom penduduk awam yang menunggu untuk dipindahkan dari timur Aleppo, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zeid Ra’ad al Hussein kelmarin.
“Kerajaan Syria mempunyai tanggungjawab untuk memastikan rakyatnya selamat, namun gagal berbuat demikian.
“Rejim Syria turut bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa untuk menyediakan bantuan perubatan kepada mangsa yang sakit dan cedera tanpa me­ngira sama ada mereka ialah orang awam atau pejuang kumpulan penentang,” kata Zeid.
Tambahnya, beliau terkejut kerana perjanjian untuk memindahkan beribu-ribu orang awam dari timur Aleppo gagal dan menyifatkan rejim Pre­siden Bashar Al-Assad kejam kerana merampas harapan penduduk awam untuk terus hidup.
Proses perpindahan di sebuah daerah yang dikuasai kumpulan penentang dan di kepung oleh tentera Bashar itu diumumkan Selasa lalu tetapi tergendala selepas sekutu Bashar, Iran mengenakan syarat baharu.
Iran mahu kumpulan penentang membenarkan perpindahan serentak melibatkan penduduk di dua buah perkampungan Syiah di daerah itu.
“Tindakan tentera Syria dan sekutunya kembali mengebom kawasan yang sarat dengan penduduk awam hampir pasti melanggar undang-undang antarabangsa sekali gus jenayah perang,” jelas Zeid. – Reuters

Ads by Kiosked

AFP - PEJUANG kumpulan penentang Syria melepaskan tembakan di timur laut Aleppo, Syria pada Selasa lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap Syiah dan Iran? Di Beirut, apabila pejuang-pejuang kumpulan penentang melancarkan cubaan terakhir mematahkan kepungan ke atas bandar Aleppo pada Oktober lalu, mereka dikalahkan oleh militia Syiah Hizbollah dari Lebanon dan bukannya tentera Syria.
Usaha terakhir untuk menguasai Aleppo minggu ini turut menyaksikan beratus-ratu militia Syiah Iraq terbunuh dalam pertempuran selama dua hari, kata komander sebuah kumpulan lain yang berjuang bagi pihak Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Malah, militia Syiah Iraq terus bertempur di barisan hadapan bersama pejuang Hizbollah beberapa jam sebelum Aleppo jatuh ke tangan Bashar.
Di Teheran, Presiden Iran, Hassan Rouhani menelefon rakan sejawatnya dari Syria, Bashar al-Assad semalam untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau menewaskan kumpulan penentang di bandar bergolak Aleppo, kata kenyataan di laman web rasminya.
Syiah dan negara-negara lain, saperti serangan udara Rusia juga menjadi faktor penting dalam menentukan kemenangan Bashar. Serangan udara bertubi-tubi oleh Moscow membolehkan tentera Bashar meneruskan kepungan ke atas kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di timur Aleppo, melemahkan mereka dan seterus­nya menawan bandar penting itu.
Dalam perkembangan terbaharu semalam, militia Syiah melepaskan tembakan ke arah konvoi penduduk awam yang baru bersiap sedia untuk me­ninggalkan Aleppo, mengakibatkan seorang terbunuh. (IH)

1 comment:

  1. masih sukarkah umat islam nk sedar yg semua kekejaman itu berppunca dpd PERMUSUHAN TEBAL SYIAH KEPADA ISLAM.

    bukankah iran masuk campur urusan dalaman Syria? sebab laknat iran adalah syiah. sedangkan persengketaan hnya diantara bashar dgn rakyat yg dizalimi.

    bagi yg masih menganggap siu seperti Syria adalah ISLAM BERPERANG SESAMA ISLAM.. insaflah.

    isu ditimur tengah adalah KEKEJAMAN DAN PERMUSUHAN SYIAH LAKNAT KEPADA ISLAM.

    berapa byk peristiwa kecil kekecohan dilakukan syiah di Saudi sehingga Saudi menghukum pancung puak syiah yg hendak memberontak.

    Ingat! musuh dlm selimut islam yg paling bahaya adalah SYIAH LAKNATULLAH.

    syiah adalah agenda halus dajjal yg menyusup utk menjahanamkan islam dr dalam.

    ReplyDelete