Wednesday, December 07, 2016

Tahniah! Mudahkan Nikah Di Siam, Mengapa Tidak Di M'sia?

Hasil carian imej untuk gadis Islam di thailand
Muslimah di Pattani, Thailand.
Hasil carian imej untuk KAHWIN THAILAND
PASANGAN dari Perlis yang berkahwin di luar negara termasuk di Thailand hanya perlu bayar kompaun sebanyak RM2,000 bagi daftar semula perkahwinan.


KANGAR – Kerajaan ne­geri Perlis kini dalam proses akhir untuk memudahkan prosedur perkahwinan umat Islam terutama melibatkan pasangan dari negeri ini yang berkahwin di Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Khairi Hassan berkata, pasangan tersebut tidak lagi perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah di sini sebaliknya hanya perlu membayar kompaun RM2,000 setiap seorang.
“Proses itu bertujuan memastikan umat Islam yang telah bernikah di luar negara atau negara jiran kerana pelbagai sebab termasuk poligami tidak terbeban dengan urusan mendaftar semula perkahwinan mereka di negara ini.
“Kerajaan negeri memandang serius hal ini supaya dapat mengelakkan masalah pada masa akan datang terutama berkaitan urusan waris, dokumentasi anak, harta, persekolahan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Khairi berkata, prosedur baharu itu dicadangkan oleh Majlis Agama Islam dan 
Adat Istiadat Melayu (MAIPs) untuk dilaksa­nakan pada tahun depan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kerajaan negeri Perlis! Tetapi kenapa mudahkan nikah di Siam sahaja, tidak mudahkan di negara sendiri? Apakah tidak sama undang-undang syariat di negeri Perlis dengan negeri-negeri lain di Malaysia? Kelantan, tak inginkah nak mudahkan perkahwinan di Siam seperti Perlis? 

Oleh itu jangan tunggu lagi, sokonglah untuk meninggikan dan menaikkan taraf Undang-undang Syariah di Malaysia. (IH)

Lihat sebelum ini..

20 Sep 2013 ... Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand.
www.ibnuhasyim.com
29 Jun 2012 ... “Sediakan RM1,500 dan proses akad nikah di Betong, Thailand, selesai dalam masa ... Penyanyi Aishah KahwinDi Thai, Daftar Di M'sia, M..
www.ibnuhasyim.com
13 Nov 2008 ... Begitu juga di Thailand, Indonesia dan lain-lain. Saya pernah ... 'Jom kahwin ramai-ramai dengan wanitaa-wanita di negara China.' Begitulah ...
www.ibnuhasyim.com
28 Nov 2007 ... Beliau sering berulang-alik dari negaranya melaluiThailand ke Malaysia .... Sayapun berminat untuk kahwin dengan perempuan kemboja ni, ...
www.ibnuhasyim.com

2 comments:

  1. Di Malaysia cerai senang lah..nikah susah.....

    ReplyDelete
  2. USTAZ SAYA INGIN BERTANYA...HARAP USTAZ dapat memberikan pencerahan .....

    1. APAKAH HUKUMNYA seseorang ITU pergi mencandat sotong DALAM
    Keadaan berhadas besar yakni belum mandi junub .?????
    2, APAKAH HUKUMNYA sotong2 yg di perolehinya .????


    MOHON JAWAPANNYA USTAZ yg SAYA MULIAKAN ...

    Terima kasih ....USTAZ..

    ASSALAMUALAIKUM...

    ReplyDelete