Thursday, December 29, 2016

Tidak 'Amanah', Mengapa 'PAN'? Menurut Iskandar


AIDCNews -28/12/16 – Parti Amanah Negara tidak layak dipanggil Amanah kerana sikap pimpinan parti itu suka mencuri kerusi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
“Jadi sebab itu kami panggil mereka PAN, kami tak panggil Amanah” katanya ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada PRU depan.
Menurut Iskandar, sekiranya PAN menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.
“PAN akan bertanding 40 kerusi dan dia nak bertanding kerusi PKR dan kerusi PAS. Ini dengan sendirinya menunjukkan sikap PAN.
“Sebab mereka bersama dalam Pakatan Harapan. PAN dengan PKR. Tetapi sekarang ini mereka (PAN) nak curi kerusi PKR
“Bermakna, segala apa yang kami cakap sebelum ini tentang PAN adalah benar sama sekali,”katanya lagi.

9 comments:

Anonymous said...

Sekutu Amanah, PKR tidak bersuara... yang PAS menyibuk, mengapa? Dah lupa, PRU lepas... Mengapa PAS bertanding di kerusi2 PKR? Bukan 1... Bukan 2...

Siapa yang tandatangan surat tauliah? Mengapa tidak tegur Presiden PAS sendiri yang tak jujur!

Podah... Ngata orang, kita yang lebih!

Ir Anonymous said...

Kalau pan nak tahu, kerusi2 pkr yg pas tanding tu adalah kerusi pas asalnya. Pas bg pkr bertanding adalah dgn bersyarat. Syarat2nya mudah shj iaitu antaranya jgn letak calon parti sosialis dan calon yg bermasalah termasuklah masalah dari segi terlibat dlm urusniaga yg haram termasuk jual dadah dan sebagainya. Kini dah fahamkan?

Anonymous said...

Ada ke tulis nama Pas kat kerusi2 tu? Semua yg wujud di dunia ni milik Allah. Dia berhak beri kpd siapa yg dikehendaki dgn izinnya. Biol betul walaun ayahtollah hadi sekor ni..

Anonymous said...

yb Iskandar samad janganlah jadi macam orang yang kelihatan tak pandai.. malu lah..

Anonymous said...

Alahai PAS takkanlah semua kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihan raya hanya milik PAS hingga hari kiamat.Setiap kerusi ditentukan oleh rakyat dan rakyat sekarang ni dah rasa ragu2 tentang komitmen PAS sebagai parti pembangkang akibat dah rapat sangat dengan UMNO.

Ir Anonymous said...

Kengkadang malas jugak nak layan ketidakcerdikan pan tapi nanti sampai kiamat tak faham2... kerusi pas bermaksud kerusi yg ditandingi oleh pas pd pru atau prk yg lepas tapi di sebelah pihak umno begitu juga lah.. kalau pan nak bertanding dipersilakan.. nanti di pru 15, pan pun boleh kata tu kerusi pan begitu juga pas dan umno.. tapi isu wujudnya kerusi pas atau kerusi sesiapapun hanyalah utk dijadikan panduan membahagi2 kerusi di kalangan pihak yg bergabung.. oleh kerana pas kini tidak bersama dgn bn atau ph tapi hanya dgn gs dan juga jika ph mahu satu lawan satu maka kerusi pas perlulah dielakkan.. kalau pan nak lawan juga sekali lagi dipersilakan..

Ir Anonymous said...

Kalau kita tanya org melayu sekarang siapa yg mereka suka nak berbaik samada dgn dap (@ pap di singapore) atau umno (yg kini ada bersatu sbg alternatif) agak2 apa jawapan diorang?

Anonymous said...

Dorang akan jawap asal bkn parti penyamun Umno dan parti jual agama Pas. Satu parti kafir dan satu lg parti ajaran sesat.

Anonymous said...

Ternyata Pas ni bkn berjuang utk Islam tp utk kerusi. Betul2 biol punya walaun. Umno pun tak gila kuasa mcm Pas. Bermusuh dgn org Islam dlm Amanah sbb berebutkan kerusi yg takde tanda nama mana2 parti pun. Buat malu Islam je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails