SHAH ALAM, 4 DIS: Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung hari ini menerima kejutan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Beliau ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
Turut hadir adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
3 comments:
Err... Mengapa PAS tak dijemput ke PAU? UMNO malu ke... atau PAS segan.
Madey pergi juga akhirnya kat Dap wlpun ada prwakilan Dap telah cop Madey dgn gelaran yg memalukan. Madey buat ok je demi kepentingan politiknya.
Nama pun politik mana ada rakan selama-lamanya? Dan mana ada musuh selama-lamanya? Pas pun sama jugak. Semasa arwah tgna masih ada, jangan haraplah nak lihat dia berkawan dengan musuh. Tapi si Hadi ni lain pulak kan? Ok je kan? Apa? Demi kepentingan politiknya?
Post a Comment