Saturday, January 09, 2016

Pemuda PKR, Bermula Dengan ..'menutup buah dadanya...'

Rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pemuda PKR (AMK) dengan ahli majlis pimpinan pusatnya, Halimah Nasoha yang digugurkan diheret kepada beberapa siri perbualan yang dianggar berbaur seksis di media sosial.
Paparan skrin WhatsApp Pemuda PKR menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Zainol Abidin Mohamed meminta Halimah "menutup buah dadanya sebelum nak mencabar".
Zainol membuat ulasan itu sebagai respons kepada rakan-rakan Pemuda PKR yang berkongsi gambar Halimah memakai baju putih tanpa lengan bersama tiga rakannnya.
Perbualan mengenai Halimah dalam kumpulan itu bermula selepas dia menuntut lembaga disiplin parti untuk memanggil Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan ahli PKR yang lantang membidas parti itu sendiri, Badrul Hisham Shaharin untuk menamatkan konflik terbuka mereka.
Ketika dihubungi kemudian, Zainol mengakui dia membuat kenyataan itu dan berkata kumpulan berkenaan ‘panas’ ketika membincangkan kenyataan Halimah.
“Dalam kumpulan Whatsapp itu memang hangat perbincangan pasal isu dia (Halimah). Dalam itu kan, macam-macam ada.
“Dalam tulisan itu kita kata, suruh dia jaga aurat dulu sebelum sibuk nak tegur orang pula," katanya kepada Malaysiakini.
“Dan dalam sambungan perbualan itu pun, kita sebut bahawa menutup aurat adalah satu tuntutan syariat,” tambahnya.
Zainol bagaimanapun mengakui tidak mempunyai idea mengenai siapa yang membocorkan perbualan WhatsApp mereka.
Katanya, terdapat lebih daripada 100 ahli dalam kumpulan berkenaan.
“Tak boleh nak syak sesiapa, dalam itu (kumpulan) banyak kem.
“Penjelasan saya, saya tidak menyerang dia secara peribadi atau menggunakan kenyataan seksis tetapi lebih kepada syariat,” katanya.
Halimah kemudiannya dipetik portal Selangor Post sebagai berkata perbualan di kumpulan Whatapp itu sebagai 'menjijikkan'.
Halimah hari ini dipetik oleh akhbar Sinar Harian sebagai berkata bahawa Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard hendaklah mengemukakan bukti dakwaannya terhadap Azmin yang didakwa meluluskan konsesi pembalakan kepada sebuah syarikat tanpa tender terbuka.
Katanya, Azmin boleh mengheret Chegubard ke mahkamah kerana memfitnahnya dan melihat jika sama ada dia mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mengesahkan bahawa Halimah telah digugurkan daripada majlis pimpinan pusat dan kenyataannya tidak mewakili sayap parti.
Afif berkata Halimah secara automatik digugurkan daripada jawatankuasa itu mengikut Perkara 7.14 peraturan tetap AMK.
Peraturan itu menyebut ahli majlis pimpinan pusat AMK yang gagal menghadiri mesyuarat sebanyak enam kali tanpa sebab munasabah dianggap telah meletakkan jawatan.
Sambil mengakui bahawa dia digugurkan kerana tidak aktif, Halimah, bagaimanapun, mempersoalkan masa tindakan itu kerana dia dipecat 24 jam selepas membuat kenyataan berkenaan. (MK)

Hubungan Majapahit, Pallawa Dan Nabi Ibrahim

Hubungan Majapahit, Pallawa dan Nabi Ibrahim



Sebagaimana kita ketahui, Dewawarman I berasal dari Dinasti Pallawa di India. Melalui kewujudan Dinasti Pallawa inilah, pada akhirnya penyelusuran genealogy, sampai kepada Nabi Ibrahim ...
Mari kita ikuti, silsilah berikut ...

Silsilah R. Wijaya (Pengasas Majapahit)

01. Raden Wijaya bin
02. Rakeyan Jayadarma bin
03. Prabu Guru Darmasiksa bin
04. Darma Kusuma bin
05. Rakeyan Jayagiri bin
06. Lalang Bumi bin
07. Darmaraja bin
08. (puteri Kahuripan) binti
09. Dharmawangsa Teguh bin
10. Sri Makuta Wangsa Wardhana bin
11. Sri Isyana Tunggawijaya bin
12. Mpu Sindok bin
13. (putera Mpu Daksa) bin
14. Mpu Daksa bin
15. Rakai Watuhumalang bin
16. Pramodawardani binti
17. Samaratungga bin
18. Samaragwira bin
19. Rakai Panangkaran bin
20. Sanjaya bin
21. Brata Senawa bin
22. (Prabu Galuh II) bin
23. Wretikandayun bin
24. (cicit Suryawarman) bin
25. (cucu Suryawarman) bin
26. (puteri Suryawarman) binti
27. Suryawarman bin
28. Candrawarman bin
29. Indrawarman bin
30. Wisnuwarman bin
31. Purnawarman bin
32. Dharmayawarman bin
33. Dewi Minawati (suaminya Dewi Minawati, bernama Jayasingawarman, pengasas kerajaan Tarumanagara) binti
34. Sphatikarnawa Warmandewi binti
35. Dewawarman VII bin
36. Dewawarman VI bin
37. Mahisasura Mardini Warmandewi binti
38. Dewi Tirta Lengkara binti
39. Dewawarman III bin
40. Dewawarman II bin
41. Dewawarman I (berkahwin dengan puteri Pohaci Larasati binti Aki Tirem bin Ki Srengga bin Nyai Sariti Warawiri binti Sang Aki Bajulpakel bin Aki Dungkul bin Ki Pawang Sawer bin Datuk Pawang Marga bin Ki Atengba bin Datuk Waling bin Datuk Bandar Seri bin Nesan)
.
Berdasarkan kajian sejarah, Pengasas kerajaan Salakanagara (Dewawarman I), yang merupakan leluhur Raja Majapahit, berasal dari Dinasti Pallawa (Pallava) di India ...

Beliau datang ke Pulau Jawa, pada sekitar abad pertama Masehi, dan memerintah kerajaan Salanagara bersama isterinya Pohaci Larasati, pada tahun (130M-168M) ...

Pengasas Salakanagara, Dewawarman adalah duta keliling, pedagang sekaligus perantau dari Pallawa, Bharata (India) yang akhirnya menetap karena menikah dengan puteri penghulu setempat ...

Tokoh awal yang berkuasa di sini adalah Aki Tirem. Konon, kota inilah yang disebut Argyre oleh Ptolemeus dalam tahun 150, terletak di daerah Teluk Lada Pandeglang ...

Adalah Aki Tirem, penghulu atau penguasa kampung setempat yang akhirnya menjadi mertua Dewawarman ketika puteri Sang Aki Luhur Mulya bernama Dewi Pwahaci Larasati diperisteri oleh Dewawarman. Hal ini membuat semua pengikut dan pasukan Dewawarman menikah dengan wanita setempat dan tak ingin kembali ke kampung halamannya ...
Dinasti Pallawa:

Berdasarkan tulisan yang berjudul "Origins of the Pallava Dynasty", Dinasti Pallawa, mempunyai keterikatan sejarah dengan Bangsa Parsi dan Dinasti Maurya ...

The word Pallava meaning branch or twig in Sanskrit is delivered as Tondaiyar in Tamil language ...

Dinasti Maurya dan Cyrus II "The Great":

Salah seorang ahli keluarga Dinasti Maurya yang popular adalah Sundari Maurya of Magadha. Beliau terhitung sebagai salah seorang leluhur dari King George I of England ...

Silsilah Sundari Maurya sampai kepada Cyrus II "The Great" adalah ...

Sundari Maurya of Magadha binti (Princess of Avanti) binti Abhisara IV of Avanti bin Abhisara III of Pancanada bin Abhisara II of Taxila bin Abhisara I of Taxila bin Rodogune Achaemenid of Parsi binti Artaxerxes II of Parsi bin Darius II of Parsi bin Artaxerxes I of Parsi bin Xerxes I "The Great" of Parsi bin Atossa of Parsi binti Cyrus II "The Great" of Persia ...
.
Silsilah Sundari Maurya (Magadha) sampai kepada Abhisara II (Taxila)

Silsilah Abhisara II (Taxila) sampai kepada Darius II

Silsilah Darius II sampai kepada Atossa of Parsi binti Cyrus II "The Great"

Dinasti Maurya sangat indentik dengan keturunan Cyrus II "The Great" di India. Pertemuan kedua keluarga ini, bermula jauh sebelum masanya Sundari Maurya (sekitar 200 SM). Interaksi antara kedua keluarga ini, diawali oleh perkahwinan antara cucu Cyrus II "The Great" yang bernama Candravarnna of Parsi binti Atossa of Parsi bin Cyrus II "The Great", dengan Maurya I of Taxila, pada sekitar tahun 500 SM ...

Cyrus II "The Great" dan Nabi Ibrahim

Cyrus II "The Great" (590 SM-529 SM), adalah pengasas dinasti Achaemenid. Beliau berjaya menyatukan dua suku besar bangsa Iran: Media dan Parsi. Beberapa ahli sejarah berpendapat, bahwa Cyrus II "The Great" indentik dengan Zulqarnain (QS. Al Kahfi ayat 83-98) ...

Melalui penyelusuran genealogy, diperoleh maklumat, bahwa Cyrus II "The Great" mempunyai hubungan keluarga dengan Nabi Ibrahim ...
.
Nabi Ibrahim, berdasarkan catatan ahli genealogy, menurunkan bangsa Media (Madyan), melalui anaknya Midian (Madian) bin Nabi Ibrahim. Bangsa Media (Madyan) merupakan bangsanya Nabi Syu'aib, yang menjadi mertua Nabi Musa ...
.
Beberapa catatan Genealogy, yang menghubungkan, Cyrus II "The Great" dengan Nabi Ibrahim ....

Melalui Jalur Pouru Chishti
Silsilah Atossa of Pesia binti Cyrus II "The Great" sampai kepada Kuras

Silsilah Kuras sampai kepada Pouru Chishti

Silsilah Pouru Chishti sampai kepada Vaedesht

Silsilah Vaedesht sampai kepada Midian bin Nabi Ibrahim
Click to expand ...
Melalui Jalur Vishtaspa I (suami Pouru Chishti, di dalam rekod genealogy lain, suaminya bernama Jamaspa, yang merupakan adik dari Vishtaspa I)

Silsilah Atossa of Pesia binti Cyrus II "The Great" sampai kepada Kuras

Silsilah Kuras sampai kepada Vishtaspa I (adiknya yang bernama Jamaspa)

Silsilah Vishtaspa I (adiknya yang bernama Jamaspa) sampai kepada Kay Apiveh

Silsilah Kay Apiveh sampai kepada Dora Sharoob bin Midian bin Nabi Ibrahim
Click to expand ...
Nabi Ibrahm sebagai Leluhur Bangsa Parsi, di dukung beberapa fakta sebagai berikut:

1. Nama Nabi Ibrahim (Abraham) di dalam naskah Parsi Kuno

"When the Persians will do such deeds, a man from among the Arabs will be born whose followers shall overthrow and dissolve the kingdom and religion of the Persians.

And the arrogant people (Persians) will be subjugated. Instead of the temple of fire and the house of idols they will see the House of Abraham without any idols as their Qibla ... "

Source: http://www.cyberistan.org/islamic/parsi1.html

2. Pendapat Cendikiawan mengenai asal usul Bangsa Parsi

Rasulullah Saw bersabda, "Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagian lagi di laut? Mereka (para sahabat) menjawab: Pernah wahai Rasulullah. Beliau Saw bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70.000 orang dari Bani Ishaq ... "
[HR. Muslim, Kitabul Fitan wa Asyratus Sa'ah]

Siapakah yang dimaksudkan dengan Bani Ishaq pada riwayat di atas?

Bani Ishaq adalah keturunan Al Aish bin Ishaq bin Ibrahim as. Pendapat ini dipilih oleh Al Hafidz Ibnu Katsir [An Nihayah fil Fitan Wal Malahim]

Keturunan Aish ini, menyebar di wilayah Khurasan (Afghanistan, Pakistan, Kashmir, Iraq dan Iran).

Imam Nawawi dalam syarahnya tentang 70 ribu Bani Ishaq berpendapat bahawa, "Penduduk (Farisi) Parsi adalah orang-orang yang dimaksudkan dengan keturunan Ishaq".

Al-Mas'udi dalam kitabnya yang berjudul Muruj adz-Dzahab berpendapat, "Orang-orang yang mengerti tentang jalur-jalur nasab orang Arab dan para hukama menetapkan bahawa asal-usul orang Parsi adalah dan keturunan Ishaq putra Nabi Ibrahim"

WaLlahu a'lamu bishshawab (IH/kanzunqalam.com)

Dakwaan Serius Dr Zuhdi, DAP Perlu Buktikan Tak Salah..

Apa yang Dr Zuhdi katakan adalah dakwaan serius telah dibuat terhadap DAP (lebih serius daripada apa yang Chong Zhemin katakan) dan DAP tidak pernah menafikan mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali. Jadi, dakwaan itu tidak terjawab dan menimbulkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.
DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk memenangi PRU13, bina kem tentera Israel sebagai ganjaran, dakwa Pengarah Penyelidikan PAS,” lapor The Rakyat Post semalam (BACA DI SINI). Dakwaan itu memulakan rempuhan kritikan terhadap Dr Mohd Zuhdi Marzuki, sedangkan beliau bukanlah orang yang membuat dakwaan itu.
Inilah masalahnya apabila kebanyakan orang sekadar baca tajuk dan tak baca pun beritanya, berita diputarbelit dan apa yang dilaporkan sebenarnya tak pernah diutarakan.
Saya cukup faham keadaan yang dialami Dr Zuhdi kerana saya juga mengalami perkara sama dan walaupun selepas tujuh setengah tahun, saya masih dituduh mengatakan sesuatu yang tidak pernah saya kata. Kemudian, apabila saya terangkan yang saya tak kata bahawa Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh, dia orang tuduh saya buat u-turn dan tarik balik kata-kata saya, walhal saya tak pernah cakap begitu pun.
Anda boleh baca kenyataan penuh Dr Zuhdi (di bawah) yang diterbitkan Harakah dua hari lalu.
Sebenarnya, Dr Zuhdi kata bahawa kenyataan Chong Zhemin dari DAP Perak tentang pengharaman kemasukan atlet lelaki/wanita Israel ke Malaysia tak seserius kenyataan Mohamed Razali Abd Rahman, bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, empat tahun lepas.
Dr Zuhdi kemudian hanya menyebut apa yang didakwa Mohamed Razali. Dr Zuhdi kemudian menambah bahawa jika tuduhan Mohamed Razali itu benar, maka ia lebih serius daripada kenyataan Chong Zhemin. Kata Dr Zuhdi lagi, walaupun dah empat tahun, DAP tak pernah menafikan dakwaan Mohamed Razali.
Dr Zuhdi menambah bahawa jika tuduhan itu palsu, DAP sepatutnya ambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali (kerana ia tuduhan yang sangat serius, seperti yang boleh anda baca di bawah). Kegagalan menafikan dakwaan ini membangkitkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.
Itulah yang sebenarnya berlaku. Jadi, betulkah Dr Zuhdi buat tuduhan itu, seperti yang dilaporkan? Nampak sangat bahawa ini satu lagi serangan terhadap PAS dan bertujuan membuatkan orang PAS nampak macam badut bodoh.
Satu-satunya jalan keluar untuk DAP adalah dakwa Mohamed Razali, malah mereka sepatutnya melakukannya empat tahun lalu. Lagipun, bukankah mereka mendesak perkara sama dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (iaitu kalau memang betul PM tak curi RM42 bilion wang 1MDB, maka samanlah orang yang menuduhnya mencuri)?
Apa yang Dr Zuhdi katakan adalah dakwaan serius telah dibuat terhadap DAP (lebih serius daripada apa yang Chong Zhemin katakan) dan DAP tidak pernah menafikan mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali. Jadi, dakwaan itu tidak terjawab dan menimbulkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.
DAP mengatakan perkara yang sama tentang Najib, iaitu jika Najib tak bersalah, maka samanlah orang yang menuduh itu. Kalau dia tak saman, maka kita mesti anggap dia bersalah. Kalau ‘standard pembuktian’ yang dikenakan terhadap Najib dikenakan juga terhadap DAP, maka itu bermakna DAP juga bersalah.
Najib diminta membuktikan dia tak bersalah, dan sehingga dan melainkan dia berbuat begitu, itu bermakna dia bersalah. Jadi, DAP juga mesti membuktikan mereka tak bersalah, dan sehingga dan melainkan mereka berbuat begitu, itu juga bermakna mereka bersalah.
Penulis asal Raja Petra Kamarudin
Penafian: Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Lemahnya Fatwa Di M'sia, Umat Islam Tidak Tertakluk Kepada Majlis Fatwa..?

Peguam Fahri Azzat berkata, fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengikat umat Islam kecuali pihak berkuasa fatwa di peringkat negeri masing-masing menerima pakai keputusan mengharamkan rokok elektronik atau vape.

BEGITU lemahnya sistem fatwa di Malaysia, contohnya dalam kes vape haram, fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan menghisap rokok elektronik atau vape haram bagi umat Islam adalah semata-mata berbentuk nasihat. 

Ini adalah kerana hal-ehwal berkaitan agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri, kata peguam perlembagaan. Mereka berkata fatwa itu tidak mengikat umat Islam kecuali pihak berkuasa fatwa di peringkat negeri masing-masing menerima pakai keputusan itu. 

Begitu pun, mereka berkata, ia tertakluk kepada cabaran undang-undang atas alasan diskriminasi, jika orang bukan Islam dibenarkan untuk menghisap vape.


Peguam Fahri Azzat berkata, keputusan majlis itu, di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak mempunyai kedudukan undang-undang.

"Ia semata-mata nasihat melainkan sehingga sekiranya ia diterima pakai jawatankuasa fatwa negeri. Hanya selepas itu ia terpakai kepada orang Islam di negeri itu," katanya.

Peguam itu berkata demikian mengulas keputusan 7 negeri yang mengharamkan vape bagi umat Islam berikutan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember.

Begitu bila sistem perundaangan Islam tidak didaulatkan di dalam perundangan dan perlembagaan sesebuah negara sekular, seperti Malaysia. (IH/TMI)

Friday, January 08, 2016

Wanita Tiruan Robot Seks Pemuas Nafsu Trend 2016? Perlukah Ulama M'sia Siap Sedia..

ROBOT seks merupakan satu hasil ciptaan teknologi yang bertindak sebagai tempat pemuas nafsu bagi mereka yang masih ‘kesunyian’ dan ingin melakukan hubungan seks. 

Alat pemuas nafsu sebegini telah lama berada di pasaran dan ianya mendapat permintaan yang mengalakkan. Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi ini, pelbagai versi robot seks kini boleh didapati di pasaran dan ianya diramalkan akan menjadi hits pada tahun ini.

Terkini, terdapat pelbagai versi robot seks yang dicipta dengan teknologi yang membolehkan ‘mereka’ memberi respon ketika berbual. Pembaharuan ini adalah untuk menaik taraf robot sedia ada daripada menjadi tempat pemuas nafsu semata-mata.

Menurut seorang pakar psikologi sex dan perhubungan,  Dr. Helen Driscoll berkata, penghasilan robot sebegini akan menjadi satu trend yang biasa di masa depan dan mungkin manusia akan lebih cenderung memilih untuk melakukan seks dengan robot berbanding manusia.
Intelligent-Sex-Dolls
Sex-robotSelain itu, CEO Love Doll, Matt McMullen di California, Amerika Syarikat, berkata, syarikatnya kini sedang membangunkan teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya. Syarikatnya kini memfokuskan kepada penciptaan robot yang boleh membuka mulut dan bercakap seperti manusia biasa.


Tambahnya lagi, teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya juga akan memastikan setiap robotnya akan memberi tindak balas yang baik sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka. (Daily Mirror)
KOMEN WEBLOG IBNU HASYIMNampaknya trend robot seks atau wanita tiruan pemuas nafsu ini benar-benar akan menjadi satu kegilaan masyarakat dunia pada masa kini. 
Apakah trend ini juga akan melanda umat Islam di negara ini pada 2016 atau seterusnya? Ulama penyelamat umat perlu bertindak canggih, apakah yang perlu disiapkan sekarang dalam menghadapi satu lagi banjir maksiat yang akan melanda negara?

Marilah kita fikir sama-sama untuk menyelesaikan masalah ummah, yang menjadi suatu tuntutan menyelamat manusia dunia-akhirat.

Oh Jumaat, Tiba Lagi. Ini Peluang Dapat Syafaat Nabi SAW..

TANPA terasa kita bertemu kembali dengan malam Jumaat.. Ingat pesan Nabi SAW..


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا مِنَ الصَّلَاةِ عَلَيَّ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ ولَيْلَةِ الْجُمْعَةِ فَمَنْ فَعَلَ ذَالِكَ كُنْتُ لَهُ شَهِيْداً وَ شَفِيْعاً يَوْمَ الْقِيَامَةِ –البيهقي
Ertinya: 

  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,”Banyaklah bershalawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barang siapa melakukan hal itu, maka aku menjadi saksi dan pemberi syafa’at baginya di hari kiamat. (HR. Al Baihaqi, dihasankan oleh As Suyuthi.
Ini bacaannya, mudah saja..
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّد
Mari kita perbanyak shalawat untuk Nabi Muhammad Shallalahu alaihi wa sallam!
Contoh keindahan alam, Puncak Bogor merupakan pegunungan yang memiliki pemandangan indah serta udara yang sangat sejuk apalagi di malam hari.


Sedikit Imbasan Selawat Nabi.. Jenis dan Makna Selawat Nabi

Bismillahirahmanirahim, semoga Allah menjadikan kita orang2 yang suka berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sungguh, beruntung kita menjadi umat baginda SAW, dianugerah bermacam pahala atas perbuatan kita yang kecil-kecil.

Makna perkataan “Selawat”
Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat (bahasa Arab: الصلاة ), doa, pujian].

Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Dan salawat malaikat ialah doa.
Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

  • Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Lafaz Selawat
Terdapat pelbagai lafaz selawat sama ada ucapan selawat yang asal dari Hadith Sahih atau ucapan selawat yang dinukil oleh para alim ulama’.
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

  • Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid

  • Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Dari hadith: [Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid

  • Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Lain2 lafaz selawat sila lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Selawat
Selain itu terdapat Selawat yang dinukil oleh para alim ulama, antaranya
Salawat Munjiyat
اللهم صل عل سيدنامحمد صلاة تنجنا بها من جميح الاهوال والافات وتقضى لنا بهاجمي
الحاجات وتطهرونا بها من جميع السيأت وترفعنابها اعل الدرجات وتبلغنابها اقصى
الغايات منجميع الخيرات في الحياة وبعدالممات انك على كل شيى قدير

Alloohumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammadin shalatan tunjinaa bihaa min jamii’il ahwaali wal aafaati wataqdhii lanaa bihaa jamii’il haajaati, watuthahhirunaa bihaa minjamii’is sayyi-aati, watarfa’unaa bihaa a’lad darajaati wa tuballighunaa bihaa aqshal ghaayaati minjamii’il khairooti fill hayaati waba’dal mamaati innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir.

  • “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW., yang dengan (melalui) rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kami dari semua keadaan yang mendebarkan dan semua cobaan, yg dengan rahmat itu (juga) Engkau, ya Allah, akan mendatangkan semua hajat, yang dgn rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan menyucikan kami dari semua kesalahan, yang dgn rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan mengangkat derajat kami setinggi tingginya. Yang dengan rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan menyampaikan kami kepada puncak segala maksud, dari semua kebaikan pada waktu hidup dan sesudah mati. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Shalawat Badar (Agar terhindar dari bencana)
Shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Semoga shalawat dan salam selalu kepada Thaaha, Rasulullah
Semoga shalawat dan salam selalu kepada Yasin, Rasulullah
(Thaha dan Yaasin adalah gelar untuk Rasulullah)
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Kami bertawasul* dengan bismillah, petunjuk Rasulillah,
dan dengan seluruh mujahidin Badar, ya Allah
Ilahi sallimil ummah, minal afaati wa niqmah )
wa min hammin wa min ghummah, bi ahli badri, ya Allah
Tuhanku, selamatkanlah umat ini, dari derita dan bencana
dan dari belenggu serta kebekuan, demi ahli Badar ya Allah
Ilahi-ghfir wa akrimna, binaili mathalibi minna (dikabulkan
Wa daf’i masaa-atin ‘anna, bi ahli badri, ya Allah
Tuhanku, ampuni dan muliakan kami, dengan dikabulkannya permohonan kami,
dan dijauhkannya kami dari tragedi yang memilukan, demi ahli Badar ya Allah
(Shalawat ini merupakan bentuk doa tawasul, klik jika ingin mengetahui ttg. tawasul)
Sebaik baik salawat adalah yang ikhlas. Allahu a’lam
Jumat waktunya perbanyak shalawat
Lafadz Muhammad Qudwatuna


Lihat juga..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Tahniah! Jabatan Pendakwaan Syariah K'tan Ditubuhkan.. -Mumtaz Md. Nawi.


Alhamdulillah setelah sekian lama usaha memartabatkan undang-undang Islam dibawah kuasa negeri dibuat, kini cahayanya kian menampakkan sinar terang.
Hari ini dalam sejarah perundangan Islam Malaysia pada 28 Disember 2015 sebuah entiti baru Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya.
Kelantan adalah negeri pertama yang menubuhkan jabatan ini secara berasingan demi melancarkan pentadbiran kehakiman dan undang-undang Islam di negeri Kelantan dan negara ini.
Kendatipun kita telah merdeka 58 tahun yang lalu dan agama Islam telah diberikan satu kuasa yang tersendiri dalam perlembagaan Malaysia, perkembangan dan evolusi status dan struktur serta bidang kuasa perundangan syariah tidak berpadanan dengan sisten undang-undang sivil.
Pengasingan jabatan dan pentadbiran diantara Mahkamah dan bahagian pendakwaan secara 'in toto' dibuat di dalam sistem kehakiman sivil sejak awal merdeka lagi.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sekian lama menjadi badan pelbagai dimensi yang diletakkan dengan pelbagai tugasan termasuk pendakwaan undang-undang syariah.
Kini dengan semakin banyak kes yng dibicaakan dan semakin kompleks yng dikendalikan dengan pelbaga isu baru maka beban dan konflik kepentingan antara dua entiti induk pendakwaan dan Mahkamah menjadi kian ketara dan kadangkala berupaya menggugat imej dan integriti keadilan dan perundangan Islam itu sendiri.
Juteru inisiatif pengasingan jabatan ini menjadi makin kritikal dan relevan kini bila mana Kanun Jenayah Syariah  2015 Kelantan diluluskan pada Mac 2015.
Satu kod undang-undang yang lebih lengkap dengan mengambil kira pengalaaman penggubalan Enakmen Jenayah Syariah 1993 dan rujukan kepada Acheh dan Brunei yang telah memulakan langkah melaksanakan undang-undang jenayah yng lebih komprehensif berbanding jenayah takzir dalam bidangkuasa di Malaysia.
Usul Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Parlimen bagi mewakili kerajaan Kelantan untuk meminda bidangkuasa Akta 355 yang bersifat undang-undang bertukar menjadi polemik politik antara parti di Malaysia bila mana semua pihak cuba menjadi juara dan jurucakap kepada undang-undang jenayah Islam berbanding untuk membantu kelicinan dan keperluan pentadbiran perundangan Islam.
Satu akta yang hakikatnya perlu dipinda lantaran tidak lagi sesuai dan sepadan dengan massa dan masa.
Semoga dengan usaha yang tampak kecil di mata ramai namun sangat penting dari sudut undang-undang dan pentadbiran kehakiman negara. InsyaAllah akan melebarkan lagi sayap dan keberkesanan keadilan undang-undang jenayah Islam secara tuntas.
Walaupun dengan penuh sedar nun disepanjang jalan pembesaran dan perkembangan Jabatan ini pelbagai rintangan terpaaksa ditempuhi namun itulah sifat undang-undang ilam yng fleksible dan mesra uruf dan illlah asalkan tidak melanggar usul syarak.
Tidak ada hukuman yang lebih adil berbanding undang-undang Islam. Mabruk Kelantan! Allahu Akbar! (IH/MD)

Setahun Pasca Insiden, Charlie Hebdo Makin Gila, Merekalah Memulai Perang Hina Agama Di Eropah!

Lapor dari Paris.. 

JALAN di depan bekas bangunan majalah penghina Nabi Muhammad, Charlie Hebdo kelihatan sepi. Ada sebuah plakat untuk memperingati wartawan tewas hampir setahun yang lalu yang sedang diperbaiki. 

Seorang wanita muda dengan jas hujan kuning menatap lekat-lekat bangunan. Dua gadis bersandar keluar dari jendela menatap pejabat majalah.

Ada satu pemerhati, Isabelle (56 tahun), yang sedang bercuti bersama suaminya, telah melakukan perjalanan ke Paris dari pulau La Reunion, wilayah Perancis di Lautan Hindi. 

"Sangat penting bagi kami untuk datang ke sini," katanya. "Kita hidup 10,000 km dari sini, tapi kami adalah Perancis! Dan emosi itu masih ada. "

Serangan duo jihadis pada 7 Januari ke pejabat Charlie Hebdo membunuh editor berpengalaman yang juga meragut nyawa pegawai polis dan pembeli di pasar raya.

Beberapa hari kemudian, pada 11 Januari, dianggarkan 3.7 juta orang, termasuk para pemimpin dunia, berbaris menembus jalan-jalan Paris, dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, untuk melakukan aksi solidariti terhadap wartawan yang tewas. Presiden Perancis Francois Hollande menyatakan bahawa "semangat 11 Januari" menyatukan rakyat Perancis.

Tapi banyak yang berubah kini.

Ahli politik Perancis meluluskan undang-undang pengawasan terhadap rakyat, 130 orang terbunuh dalam satu siri serangan yang diselaraskan pada 13 November. 

Perubahan perlembagaan Perancis telah dicadangkan, yang antara lain.. 
  • Kelahiran dengan kewarganegaraan berganda akan dihukum sama dengan terorisme, 
  • kewarganegaraan Perancis mereka dilucutkan, 
  • dan Perancis berada di tengah-tengah keadaan darurat. 
Muslimah Perancis ini, di tengah kerumunan rakyat negaranya.

Menariknya, Datuk Bandar Beziers, Perancis, Robert Menard mengecam sikap simbolik Muslim yang berjaga di gereja Katedral selama perayaan malam Natal baru-baru ini.. Ia juga menyebut mereka dengan julukan 'predator' dan 'pyromaniak'.  



Tuduhnya, Muslim yang dimaksudkan itu adalah bahagian dari radikal Islam. Mereka tidak mendapat sokongan dari komuniti Muslim kota secara keseluruhan. 


"Ini merupakan dua komuniti Muslim yang sangat dekat dengan fundamentalis Islam, dan mereka merupakan salah satu yang saya protes. Salah satu di antara mereka mengganti simbol Perancis, kepala patung Marianne, dan menggantikannya dengan Alquran di laman Facebook." Tuduhnya lagi.


Ia mendapat balasan dari Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve yang mengatakan, "Harga Muslim yang melinduding gereja semasa hari Natal... Harmoni dan persaudaran, di Republik ini."

Mengapa Dikatakan Makin Gila?
Dikatakan makin gila, kerana Charlie Hebdo buat karikatur tuhan pula. Ini adalah cover yang memuat karikatu tuhan itu.

Vatican, Rabu (6/01), mengecam majalah penghina Nabi Muhammad Charlie Hebdo, yang menggambar Tuhan pada sampul edisi khas peringatan satu tahun serangan pengganas ke redaksinya.

L'Osservatore Romano, media rasmi Vatican, menyelar majalah penebar kebencian ini mencari cara memanipulasi iman. Dalam edisi khas peringatan serangan ke redaksinya, Charlie Hebdo menggambar Tuhan sebagai pembunuh, dengan Kalashnikov di punggung.

Bagi orang beragama apa pun, menurut surat khabar itu, gambar itu sangat tidak sopan.

"Charlie Hebdo lupa betapa semua agama menolak penggunaan agama dan Tuhan untuk membenarkan kebencian, pencabulan, dan kekerasan," tulis komen singkat dalam akhbar itu.

Charlie Hebdo, masih menurut akhbar itu, sangat menyedihkan. Mingguan sindiran itu tidak menghargai keimanan orang kepada Tuhan. Tahun lalu, duo jihadis yang berani menyerbu pejabat redaksi majalah yang beribu di Perancis ini, memberondong tembakan dan membunuh 12 redaksi dan pimred Majalah penebar kebencian ini.

Serangan itu dicetuskan kerana mereka memuatkan karikatur penghinaan kepada Nabi Muhammad atas nama kebebasan bersuara. Charlie Hebdo terus menebar kebencian kepada semua agama. Tahun lalu mereka menghina Nabi Muhammad dengan karikaturnya, kini ia menggambar karikatur Tuhan. 

Siapakah sebenarnya mereka? Tidak jerakah mereka dengan terbunuhnya puluhan pekerja penting mereka? Merekalah sebenarnya yang memulakan perang hina agama di Eropah!
(IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Thursday, January 07, 2016

Projek ‘Gila’ K'jaan DAP P.Pinang.

lane
Tiada masuk akal laluan basikal dibina betul-betul melalui tempat orang menunggu bas (gambar di atas), ia seumpama ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang ‘gila’, kata Lim Lian See.
“Tidak boleh percaya terdapat lorong basikal betul-betul di hadapan perhentian bas. Letakkan kaki anda ke bawah untuk dilanggar oleh penunggang basikal pelumba, “ulasnya.
lane2
Menurutnya, apabila lorong berbasikal dibuat secara bengkang bengkok, ia menunjukkan kerajaan negeri sedikit gila.
“Tetapi lorong basikal ini yang hanya betul-betul di hadapan perhentian bas adalah benar-benar gila.
“Mungkin CAT (haiwan) adalah orang mengecat lorong itu. Atau ‘C’ dalam CAT bermaksud gila (crazy) dan tidak cekap (not competent),”ulasnya.
Azizi Safar pula mempertikaikan siapakah dalang di sebalik projek ini kerana ia pernah dinafikan kelulusannya oleh pihak MBPP sendiri.
“Dilaporkan dalam media bahawa MBPP mendakwa tidak meluluskan projek ini. Jadi siapa yang meluluskan projek ‘mengecat laluan pejalan kaki hijau ini?,”soalnya.
lane1
Hafizi Harris pula bertanya adakah projek laluan basikal itu kehendak rakyat atau kehendak DAP.
“Adakah projek laluan basikal sepanjang 12km dan berjumlah RM 30 juta yang rakyat Pulau Pinang mahukan? Atau ‪DAP‬ melalui Lim Guan Eng dengan sengaja menggunakkan duit rakyat untuk kepentingan DAP?,”soalnya.
Memetik kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri yang dilaporkan baikbike.com, beliau mempertahankan kos projek ini dan mencabar sesiapa yang tidak berpuas hati agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).
“Laluan 1.55km yang beliau (Lim Guan Eng) lancarkan berhampiran dengan Komtar adalah sebahagian daripada pautan 12 km dan ia dibiayai kebanyakannya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kos sebanyak RM4.6 juta,” laporan baikbike.com dipetik.
“Bayangkan 1km laluan basikal kosnya lebih kurang RM 3 juta, untung lah DAP perah duit rakyat,” ulas Hafizi lagi.
(AIDCNews – 07/1/16 )

Melayu Marah DAP Meningkat, Perkauman Cina. Responden Melayu 72% "Ya", 12% "Tidak", 16% "Tidak pasti"


Kemarahan orang Melayu khasnya di kawasan luar bandar terhadap DAP semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, sesuatu yang dianggap penganalisis, kejayaan besar kempen Umno memburukkan parti itu sejak sekian lama. 

Perasaan panas hati terhadap DAP kini boleh dikesan di mana-mana, hatta melalui komen di laman sosial termasuk Facebook dan kajian ilmiah pengkaji. 

Kempen membenci DAP semakin berkesan apabila PAS bekerjasama dengan Umno dan mula menyerang parti demokratik itu daripada perspektif agama pula sejak kebelakangan ini. 



Menurut kajian Institut Darul Ehsan (IDE), badan yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor, ketakutan bercampur kemarahan orang Melayu terhadap DAP adalah tinggi di negeri itu, dan sentimen sama juga dipercayai berlaku di seluruh negara. 
"Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS. 

"Hanya di kawasan yang dimenangi DAP saja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu," kata Timbalan Pengerusi IDE Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider. 

Beliau berpendapat, kebencian berkurangan di kawasan yang diwakili DAP menunjukkan ia boleh diselesaikan jika penerangan diberikan dan rakyat mendapat maklumat betul, bukan berdasarkan kempen dan propaganda. 

Ini kerana, kempen kebencian ini kelihatan gagal di kawasan DAP apabila penduduk di kawasan berkenaan mengenali parti itu yang sebenarnya melalui pemimpin mereka sendiri. 

Redzuan yang kini naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata demikian berdasarkan kajian dijalankan IDE pada 13 - 15 November, 2015 lalu. 

Dalam kajian melibatkan 1,716 responden di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor itu, IDE mendapati sentimen anti DAP sangat tinggi di kalangan Melayu, khasnya luar bandar. 

Bagi soalan "DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina", 72% responden Melayu mengatakan "Ya", 12% berkata "Tidak" dan 16% lagi "Tidak pasti". 

Bagi soalan "DAP adalah parti yang anti Melayu dan anti Islam", 64% pengundi Melayu di Selangor berkata "Ya", 18% berkata "Tidak" dan 19% lagi "Tidak pasti". 

"Namun, kami dapati angka anti DAP ini rendah di kawasan wakil rakyat Cina seperti Parlimen Serdang yang diwakili Dr Ong Kian Ming dan Subang Jaya diwakili Hannah Yeoh," kata Redzuan. 

Kini, selepas kira-kira 2 bulan kajian itu berlalu, kemarahan terhadap DAP dikatakan meningkat ekoran serangan terhadap parti itu juga dibuat PAS, parti yang selama ini didakwa Umno sebagai kuda tunggangan DAP. 

Baru-baru ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohamad Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan mendakwa DAP akan bekerjasama dengan Israel, negara yang diklasifikasikan haram oleh gerakan Islam seluruh dunia, termasuk PAS. 

DAP didakwa menerima tawaran RM1.2 bilion sebagai balasan membenarkan Israel membina pangkalan tentera di Port Dickson jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum lalu. 

Serangan Zuhdi dibuat berdasarkan kenyataan Mohamad Razali Abdul Rahman, yang mendakwa pernah bertugas sebagai bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. 

Susulan itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata parti itu akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa ia ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, tanpa menyebut nama. 

Bagi sesetengah pihak, serangan Zuhdi terhadap DAP, dengan mengaitkannya dengan Israel, adalah usaha terancang memburukkan DAP dan rakannya, termasuk Parti Amanah Negara (Amanah). 

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, sasaran sebenar PAS ketika mengaitkan DAP dengan Israel adalah Amanah, yang kini mengadakan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan. 

"Dalam strategi peperangan, kawan kepada musuh kita adalah musuh kita, manakala musuh kepada musuh kita adalah kawan kita," kata Dzulkefly mengulas tindakan Zuhdi itu, merujuk kepada Amanah yang dianggap PAS pengkhianat kerana ia ditubuhkan bekas pemimpin parti itu. – 7 Januari, 2016. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails