Saturday, January 23, 2016

PKR, DAP Hipokrit! -Dedah PSM.

KL: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mendedahkan sikap hipokrit Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Jurucakapnya Sivarajan berkata, PKR dan DAP paling kuat menentang TPPA di dalam negara tetapi enggan menyertai protes besar-besaran yang bakal mendapat perhatian masyarakat dunia. Beliau mendedahkan PKR dan DAP enggan menyertai perhimpunan itu kerana khautir akan menyinggung perasaan Amerika Syarikat.

“PSM telah berjuang melawan perjanjian perdagangan bebas sejak 2006. PSM telah menganjurkan bantahan di Kedutaan Amerika Syarikat membantah kepentingan korporat AS.
“DAP dan PKR masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu dan lebih suka untuk tidak menyinggung perasaan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sivarajan berkata, PSM akan meneruskan perhimpunan tersebut walaupun tanpa penyertaan PKR dan DAP bagi membantah TPPA. Beliau turut menyifatkan pimpinan DAP dan PKR terutama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai individu yang tidak matang.

PSM sebelum ini memohon PKR dan DAP yang sering mewar-warkan tentang keburukan TPPA menyertai perhimpunan esok tetapi kedua-dua parti itu sekadar membisu. (IH)

Perhimpunan Berakhir, Tolak TPPA Fatwa Menentang Perlu Dikel‎uarkan .

Presiden PAS.

Kumpulan yang menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016.
Kumpulan yang menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016. 


Dalam cubaan terakhir memberi tekanan kepada Putrajaya bagi menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), beberapa kumpulan mula berkumpul di ibu kota pada 2 petang hari ini, 2 hari sebelum sidang khas Parlimen mengenai perjanjian perdagangan bebas itu.
Antara kumpulan kaum Melayu yang kuat mengkritik TPPA termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang akan bersatu dengan orang ramai di bawah panji Bantah TPPA.
Kumpulan lain, Kongres Rakyat adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) PAS yang disokong manakala sayap kanan kumpulan pribumi Melayu, Perkasa dijangka turut mengambil bahagian.
Kumpulan Melayu bimbang perjanjian perdagangan antara 12 negara yang direka Amerika Syarikat akan menghakis kedaulatan Malaysia dan melumpuhkan syarikat tempatan daripada membela diri terhadap tindakan undang-undang daripada pelabur asing.
Kumpulan lain yang turut menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian.
Seorang pakar ekonomi juga berkata, perjanjian perdagangan bebas itu boleh membawa kepada ketidaksamaan dan kehilangan peluang pekerjaan yang lebih besar dalam tempoh 10 tahun.
Kebimbangan ini, bagaimanapun, turut disokong seperti persatuan perniagaan yang mendakwa persaingan yang lebih besar akan membantu syarikat menjadi lebih kukuh dan meminta pengkritik untuk menyediakan lebih banyak fakta.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga berkata perjanjian itu mengandungi pelbagai mekanisme yang melindungi syarikat Malaysia dan kerajaan apabila menghadapi tindakan undang-undang pelabur.
Secara keseluruhan, kerahsiaan mengenai rundingan perjanjian dan ketidakupayaan Putrajaya menjelaskan terma dengan jelas hanya menyemarakkan kebimbangan kesannya kepada Malaysia.
Kumpulan lain yang mengkritik TPPA dan dijangka menyertai perhimpunan hari ini adalah NGO Islam, Isma, Parti Sosialis Malaysia, Parti Amanah Negara dan Bersih 2.0.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengkritik TPPA, berkata ia adalah "sepenuhnya khusus untuk mengawal selia perdagangan" apabila Malaysia sudah bebas untuk berdagang dengan sesiapa sahaja yang ia mahu. 
Peserta perhimpunan hari ini pada mula dijadualkan berkumpul di Dataran Merdeka, tetapi sebaliknya sudah dimaklumkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya berkumpul di Padang Merbok.
Pihak polis sudah mengepung Dataran Merdeka dan penunjuk perasaan dijangka mula berkumpul di 5 tempat pertemuan seperti di Masjid Negara, Masjid India, Masjid Jamek, Sogo dan Maju Junction.
TPPA yang melibatkan 12 negara, dijangka akan ditandatangani di New Zealand bulan depan. 
The Malaysian Insider akan membawa liputan langsung perhimpunan ini:
5 pm: Peserta himpunan menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan perhimpunan ditutup dengan bacaan doa dipimpin Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Peserta mula bergerak meninggalkan Padang Merbok.

4.50 pm: Pengacara majlis mengumumkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan berucap dan merupakan personaliti yang akan menutup pesta ucapan petang ini.
"Kita harap Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan membantah TPPA.
"Jangan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan tentang makan dan minum sahaja," kata Tuan Ibrahim.
4.41 pm: Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh mengumumkan Koordinator Suaram Amir Abdul Hadi ditahan polis.
4.40 pm: Pengerusi Kongres Rakyat Azmi Abdul Hamid berkata, mereka akan terus menyampaikan bantahan kepada kerajaan agar tidak menandatangani TPPA menerusi ahli Parlimen.
"Kalau kita jadi hamba Amerika, ini adalah dosa  mereka," kata Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi.
4.30 pm: Langit kelihatan mendung di Padang Merbok seperti hujan akan turun dan ini mendorong sebilangan hadirin mula bersurai dan bergerak ke arah Dataran Merdeka.
Sayangnya, mereka beredar sewaktu orang kuat penentang TPPA Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar baru memulakan ucapannya.
4.09 pm: Haji Khalid Abdullah,55, seorang ahli perniagaan dari Sungai Buloh, berkata masih tidak jelas tentang TPPA.
“Kita memerlukan lebih banyak masa untuk memahaminya. Saya membaca ulasan pakar mengenai TPPA, kita dapat melihat kesan buruk misalnya bagaimana ia akan menyebabkan harga ubat naik dan persaingan perniagaan semakin sukar.
“Sudah tentu perniagaan kecil di Malaysia tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari Amerika Syarikat.
“Ahli perniagaan seperti saya, orang Bumiputera, akan terjejas. Orang Cina lebih stabil tetapi mereka juga mungkin akan terjejas,” katanya.
4.05 pm: Kumpulan diketuai PSM yang berhimpun di persimpangan Jalan Parlimen-Jalan Raja Laut kerana ia paling hampir dengan Dataran Merdeka, sudah bersurai.
Jalan yang ditutup kembali dibuka kepada trafik.
Setiausaha agung PSM Sivarajan Arumugam memberitahu kumpulan itu akan menyambung bantahan di Padang Merbok
Penunjuk perasaan berjalan ke arah Padang Merbok semasa Bantah TPPA di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016.
Penunjuk perasaan berjalan ke arah Padang Merbok semasa Bantah TPPA di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016.
Kira-kira 3,000 orang dianggarkan menyertai perhimpunan hari ini.
3.39 pm: Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai demonstrasi membantah TPPA sebentar lagi.
3.30 pm: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengambil alih pentas di Padang Merbok.
 Ibrahim merujuk booklet TPPA terbitan Miti yang mempunyai gambar Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Peserta berhimpunan anti TPPA berkumpul di Padang Merbok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Peserta berhimpunan anti TPPA berkumpul di Padang Merbok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Beliau memberitahu orang ramai yang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyertai perhimpunan itu sebentar lagi.
Ibrahim kemudian sempat berjenaka tentang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan menasihatkan beliau meminum jus produk Qu Puteh keluaran ahli kosmetik terkenal tempatan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida, yang baru-baru ini menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan.
Mustapa juga berasal dari Kelantan.
Sementara itu kumpulan di Jalan Parlimen, PKR Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata TPPA akan membuka pintu kerana ia tidak akan memberi perlindungan terhadap ekonomi Malaysia.
"Malah Amerika Selatan menutup pasaran semasa kemelesetan pada 1990-an. Lihatlah data, jika data yang begitu buruk, bagaimana kita boleh membenarkannya," katanya.
3.20 pm: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah (gambar) menyertai kumpulan di persimpangan Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut.

Beliau berkata TPPA akan memberi kesan kepada perniagaan kecil.
"Demonstrasi ini adalah suara rakyat. Kami berharap kerajaan akan mendengar dan tidak 'rubber-stamp' TPPA di Parlimen.
"Kami berharap Ahli Parlimen akan mengundi mengikut suara hati, tidak mengikut parti."
Sementara itu, peserta perhimpunan Letchumanan, 52 dari Perak, berkata Miti, kementerian yang bertanggungjawab dalam rundingan perjanjian perdagangan untuk Malaysia, tidak boleh mengadakan taklimat di hotel sahaja.
"Mereka harus turun padang, bertemu rakyat yang bekerja sebagai petani atau pekerja ladang. Miti perlu menjelaskan TPPA kepada rakyat."
3.15 pm: Naib Presiden PKR Chua Tian memanaskan pentas ucapan di Padang Merbok.
Dalam ucapannya Chua memaklumkan orang ramai yang Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan menolak TPPA di Dewan Rakyat.
Hadirin yang sebahagian besarnya merupakan penyokong PAS memakai baju T hijau menyorak Chua dengan laungan "boo" sewaktu nama Amanah disebut - parti serpihan PAS yang kini berada dalam gabungan pembangkang.
Orang ramai yang melintasi berhampiran Dataran Merdeka di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman seolah-olah tidak mahu berganjak.
Peserta perhimpunan berkumpul di persimpangan Jalan Raja and Jalan Tuanku Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Bagaimanapun,pihak polis meminta mereka untuk bergerak dari jalan raya.
Ahli PSM termasuk S Arutchelvan dilihat sedangn berbincang dengan pihak polis.
3.00 pm: Ahli Unit Amal PAS mengarahkan peserta perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka untuk bergerak ke Padang Merbok, di mana kira-kira 2,000 orang sudah berkumpul.
Kebanyakan mereka dilihat merupakan ahli parti Islam itu.
2.49 pm: Seorang peserta warga emas Cik Kalsom Ibrahim (gambar), 80, dari Terengganu tampil bersemangat dalam himpunan membantah TPPA ini.
"Saya bayar RM30 untuk mari ke sini. Saya dah jadi ahli PAS sejak saya mula mengundi," katanya memberitahu yang RM70 lagi dibiayai seorang pemimpin PAS setempat.
Ibu kepada 7 orang anak ini juga sudah menjadi ahli PAS selama kira-kira 60 tahun.
"Saya mula mengundi sejak anak sulung saya umur 9 bulan sekarang anak saya umur 62 tahun," katanya. 
2.40 pm: Peserta perhimpunan dari Sogo bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka.
Ketua kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman hadir dan berkata kebanyakan ahli jawatankuasa berada di sini.
"Apabila keputusan besar dibuat untuk negara ini, anda perlu mengkajinya dengan teliti sebelum membuat keputusan," katanya.
Ahli Otai Reformis, kumpulan bukan kerajaan yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyertai perhimpunan tolak TPPA.
2.26 pm: Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj ketika berucap di depan peserta perhimpuna, berkata TPPA mencerminkan "masalah dunia hari ini, di mana 1% individu terkaya mempunyai lebih banyak wang daripada 50% mereka yang berpendapatan rendah".
"Kami tidak mengatakan Malaysia tidak boleh berdagang. Kita mesti, tetapi bukan dengan cara ini. TPPA akan membuatkan golongan 1% itu lebih kaya dan menyebabkan golongan yang lain terbeban," katanya.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Amanah berkata: "Kita mempunyai ramai Ahli Parlimen yang tidak faham kehidupan rakyat dan tidak tahu bagaimana rakyat menderita."
Sekumpulan warga emas, wanita bongkok dilihat berjalan perlahan-lahan menyertai perhimpunan itu.
‎2.20 pm: Jah Omar, 60 tahun yang datang bersama 44 orang ahli PAS Terengganu menaiki bas ke perhimpunan ini berkata sanggup datang walau apa jua keadaan.
"Saya datang bersama kawan saya berumur 79 tahun.
"Kami akan datang walaupun dalam apa jua situasi kesihatan kami untuk beri sokongan," katanya sambil berjalan bersama rakannya yang sedang berjalan terbongkok-bongkok.
Di Sogo, Presiden Amanah Mohamad Sabu berucap di depan peserta, dengan berkata TPPA hanya menguntungkan kapitalis.
Beliau berkata Malaysia tanpa menandatangani perjanjian perdagangan itu sudah dikawal kapitalis seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dikenali sebagai "Raja Gula" manakala Tan Sri Robert Kuok pula mengemudi kumpulan Genting.
"Dengan TPPA, orang bimbang kapitalis dari Amerika Syarikat akan datang. Malah di Amerika Syarikat, syarikat kecil menentang TPPA, katanya.
Di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja, peserta perhimpunan berarak dari Jalan Tuanku Abdul Rahman disertai kumpulan dari Masjid Jamek.
Pihak polis dan DBKL memasang benteng di sekitar Dataran Merdeka. Lapan trak polis ditempatkan di dataran tersebut.
2.12 pm: Mohd Azman Mohd Izwan, 25, dari Taiping, Perak, berkata, beliau tiba di ibu negara pada 8 pagi untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan bantah TPPA.
Peserta perhimpunan mengibarkan bendera kebangsaan sewaktu berarak ke Dataran Merdeka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Penyokong PAS itu berkata beliau berharap Putrajaya akan menolak TPPA selepas perhimpunan hari ini.
"Saya tidak mahu negara asing mengawal ekonomi kita," katanya ketika ditemui di luar kompleks beli-belah Sogo.
Peserta perhimpunan yang berarak dari Maju Junction, sementara itu, tiba di Sogo.
Kedua-dua kumpulan itu kini bersedia untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Ramai yang mengibarkan bendera kebangsaan.
2.08 pm:  Mohd Azman Mohd Izwan, 25, dari Taiping, Perak, salah seorang penyokong PAS hari ini tiba di Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan Bantah TPPA seawal 8 pagi.
Azman yang berkumpul di Sogo bersama seorang rakannya mengharapkan Putrajaya membatalkan penyertaan dalam TPPA selepas bantahan menerusi himpunan ini dilakukan.
”Saya datang berhimpun untuk bantah TPPA. Tak nak negara luar kawal ekonomi negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tujuan berhimpun dan pengertian perjanjian itu walaupun menjawabnya dengan kurang pasti.
1.57 pm: Orang ramai yang berkumpul di Maju Junction kini berjumlah sekitar 200 orang yang mula berarak ke arah kompleks membeli-belah Sogo.
Mereka melaungkan "Hidup rakyat", "Tolak TPPA" dan "Korprat untung, rakyat Mangsa". 
Penunjuk perasaan dijangka mula berkumpul di 5 tempat pertemuan seperti di Masjid Negara, Masjid India, Masjid Jamek, Sogo dan Maju Junction. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
150 orang sedang menunggu untuk berarak, dan kumpulan hak asasi manusia, Suaram memperuntukkan 8 ahli untuk memberikan bantuan dalam kes tangkapan.
1.48 pm: Kira-kira 200 Unit Amal dari PAS Terengganu, Pahang dan Kelantan mengawasi di kawasan sekitar Sogo
Aktivis Nor Akmar dari PKKIM Ikhlas Chow Kit berkata kumpulan itu membawa kira-kira 100 orang bagi perhimpunan tersebut, sesetengah daripada mereka merupakan gelandangan dan mereka yang mengambil berat tentang peningkatan kos perubatan.
Nor Akmar berkata PKKIM pergi kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur yang menjelaskan kesan TPPA.
PKKIM adalah sebuah NGO di bawah Majlis AIDS Malaysia.
1.27 pm: Kawasan Masjid Negara dipenuhi dengan orang ramai memakai baju T berwarna hijau dengan sebahagian besarnya bertulisan "Himpunan Fastaqim 60K". Kumpulan ini dipercayai penyokong-penyokong PAS yang ikut serta himpunan membantah TPPA hari ini.
Gerai-gerai menjual makanan ringan juga sudah kelihatan di kawasan berhampiran Masjid Negara.
Polis trafik menutup jalan dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka dan melencongkan kenderaan ke bulatan berhampiran Jalan Parlimen dan Kelab Diraja Selangor.
Jalan Parlimen berhampiran dengan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga ditutup dan kenderaan yang lalu dilencongkan ke Jalan Raja.
Berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman pula, kelihatan penguat kuasa DBKL bertugas mengawal aliran kenderaan di kawasan puncak ibu kota itu.
Di sekitar kawasan Jalan Tun Perak, peserta himpunan memakai baju T hijau sudah mula meniup- vuvuzela, satu suasana lazim sewaktu himpunan-himpunan sebegini sebelum ini. (TMI)

Suami Paksa Isteri Lakukan Hubungan Seks Dengannya, Dipenjara. Gila?

Mahathir dibawa ke Mahkamah Tinggi Kangar di Arau semalam.

KANGAR – Seorang penjual sate di Arau dekat sini dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya pada 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar menaikkan hukuman penjara setahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen ke atas Mahathir Abu Bakar, 25, kepada empat tahun kerana menakut-nakutkan serta mengancam untuk mencederakan isterinya sebelum melakukan hubungan seks dengan isterinya itu.

Abu Bakar bagaimanapun melepaskan Mahathir daripada pertuduhan bersubahat membenarkan seorang remaja ber­usia 15 tahun merogol isterinya selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 29 Jun 2015.

Lapor Kosmo!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa gilanya? Dalam Islam sepatutnya tiada istilah rogol terhadap isteri dan tidak dikategorikan sebagai jenayah. Permasalahan keganasan rumah-tangga itu adalah permasalahan berbeza. Tetapi itulah kekeliruan yang berlaku di Barat dan membawa kepada perjuangan hak-hak wanita mereka demi kebebasan mengikut takrif mereka sendiri.

Jika sekiranya masing-masing suami maupun isteri mengamalkan ajaran Islam, nescaya tidaklah berlaku perkara-perkara pelik dan ajaib diakhir zaman ini. Al-Quran mengajar antara hak dan tanggung-jawab suami mahupun isteri dalam memberi dan menunaikan nafkah batin mereka. Firman Allah Swt



نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ

  • Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Al-Baqarah : 223
Keperluan batin suami itu merupakan tuntutan yang perlu diselesaikan bahkan seorang isteri dituntut agar tidak melakukan puasa sunnah sedangkan suami berada di rumah kecuali dengan izinnya, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
  • Tidak boleh bagi isteri melakukan puasa (sunnah) sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya.” [Mutaffaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/295 no. 5195), Shahiih Muslim (no. 1026)]
Ia diperintahkan demikian kerana kerana dibimbangi kalau-kalau suaminya berhajat untuk melakukan hubungan jenis dengannya. Tidak sepatutnya isteri menolak jika suami mengajaknya melakukan hubungan intim kerana Rasulullah SAW bersabda:
  • Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tapi ia menolak untuk datang, lalu suami marah sepanjang malam maka para Malaikat melaknatnya (isteri) hingga datang waktu pagi.” [Muttafaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/294 no. 5194), Shahiih Muslim (II/1060 no. 1436), Sunan Abu Dawud (VI/179 no. 2127)]
Dan di dalam hadis yang lain baginda bersabda,
  • Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, maka hendaknya isteri melayaninya meskipun ia sedang berada di atas unta.” [Shahih: Shahiih al-Jaami' as-Shaghiir 534, Sunan at-Tirmidzi (II/314 no. 1160)]
Adapun persoalan tuntutan berakhlak baik terhadap isteri mahupun manusia hatta binatang adalah suatu yang tidak dipersoalkan. Bahkan Rasulullah Saw model dan qudwah dalam hal ini. Arahan Allah SWT sangat jelas dalam firmanNya:


وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

  • Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.” (Surah an-Nisaa, 19)
Bahkan Nabi sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya. Baginda SAW bersabda sebagai berikut, 
  • Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!”
Imam Nasa'i meriwayatkan dalam bab ini dari Aisyah r.a. sebagai berikut,
  • Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya sama sekali; dan baginda sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah) atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka baginda menghukum kerana Allah.”
Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan al-Baihaki dari Ummi Kalsom r.a,
  • " orang-orang yang baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya." 
Yang penting agar kita tidak membezakan keizinan Islam yang menyebabkan kita mengikut peraturan barat secara membabi-buta sehingga menghalalkan apa yang diharam Allah atau mengharamkan apa yang dihalalNya. Tetapi kalau yang jelas haram tu.. hukumlah menurut syariah Islam sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Swt dan RasulNya.

Suami Rogol Isteri 

DrMAZA.com menyebutkan..

Isu rogol suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut;

1. Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah telah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.

2. Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa.

3. Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain. Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19).

4. Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam. Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak.

5 Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan bahawa walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan. Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumahtangga.

5. Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap aids dan penyakit -penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.

6. Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya.

7. Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21. Maka semua hadis berkaitan suami dan isteri hendaklah ditafsirkan dalam konteks dan panorama cinta dan kasih. Mana-mana tafsiran yang tidak berlatarkan konsep ini maka akan membawa maksud yang salah faham terhadap maksud hadis-hadis Nabi s.a.w tentang hubungan rumahtangga.

Sekian.

Kerjasama: UMNO Perlu Beri Kerusi Kepada PAS Bentuk K'jaan Di S'gor. -Dr. Mohd Azizudin


PENGANALISIS politik, Dr. Mohd Azizudin Mohd Sani (gambar) berpendapat, perbalahan perebutan kerusi AMANAH dan PAS akan memberi kelebihan kepada UMNO berikutan perpecahan undi sekiranya ketiga-tiga parti itu bertanding di kawasan sama.

Bagaimanapun, jika PAS dan UMNO berhasrat mahu bekerjasama, kelebihan akan memihak kepada mereka bagi merebut kerusi yang ditandingi PKR dan AMANAH.

“Cabaran kepada UMNO-PAS untuk rebut kerusi yang diduduki PKR dan AMANAH, kerana PAS juga mempunyai sokongan yang baik sama seperti DAP di Selangor, mungkin jika bekerjasama, UMNO perlu beri kerusi kepada PAS untuk membentuk kerajaan di Selangor.

“Namun di kawasan bandar dan pengundi campuran, DAP dilihat sukar untuk ditandingi dan kita sudah jangka DAP tidak akan mengalah dengan mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan apatah lagi di kawasan yang majoritinya adalah kaum Cina,” katanya.

Pendapat ini dikemukakan Dr. Mohd Azizudin apabila penganalisis politik, Profesor Madya Dr. Mohd Noor Yazid berkata, perebutan kerusi antara PAS dan AMANAH di Selangor bagi Pilihan Raya Umum (PRU14) hanya akan memberi kelebihan kepada DAP untuk menambah bilangan kerusi mereka di Selangor.

Menurut Dr. Mohd Noor, di dalam konteks suasana politik di Selangor, bilangan kerusi DAP dijangka tidak akan berkurangan daripada 15 kerusi seperti yang dimenanginya pada PRU13. Sebaliknya jumlah itu akan bertambah di kawasan milik PAS jika PAS meletakkan calon di kawasan yang sama.

“Setakat ini DAP ada 15 kerusi di Selangor, mereka dijangka akan menambah bilangan kerusi yang lebih besar.
“PAS sebelum ini memenangi 15 kerusi juga dan mereka menang di kawasan yang bukan pengundi Melayu yang besar peratusannya yang masa itu memilih kerana membenci UMNO, jadi sudah tentu apabila PAS tidak bersama DAP lagi, undian akan diberikan kepada Pakatan Harapan,” kata Dr. Mohd Noor Yazid kepada BNBBC.my. seperti dilaporkan utaranews.com

Lebih jelas, AMANAH yang dahulunya mewakili parti PAS bersetuju untuk bersama DAP berbanding PAS akan memberi kelebihan kepada mereka meraih undi pengundi di Selangor.

“Sebagai contoh di Shah Alam, meskipun dahulunya adalah PAS kini milik AMANAH, jika PAS meletakkan calon mereka di kawasan itu, saya kira AMANAH lebih kukuh dan berpeluang menang kerana pengundi bukan Melayu akan memilih parti yang ada kerjasama dengan DAP,” katanya.


Sebelum ini Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS negeri tidak akan beri muka kepada parti AMANAH dengan menyerahkan mana-mana kerusi milik mereka pada PRU14 akan datang.

Tindakan itu katanya, adalah selari dengan tindakan DAP yang tidak berhasrat untuk memberikan kerusi mereka kepada AMANAH di kawasan majoriti pengundi Cina. (IH)

Ini, Calon Paling Kredibel Pegang Jawatan No 1 Negara?

cmPortal pro DAP, Malaysiakini mengubah perang saraf daripada menafikan cita-cita Lim Guan Eng mahu menjadi Perdana Menteri kepada calon yang paling kredibel untuk memegang jawatan nombor satu dalam negara. 
Apa yang begitu buruk tentang Guan Eng jika menjadi Perdana Menteri ?“, soal bekas bekas Duta Malaysia, Dennis Ignatius dalam portal itu.
Dennis Ignatius mendakwa Lim calon yang kredibel menjadi PM kerana beliau dikenali sebagai ‘Mr Clean’
“Lim sememangnya telah lulus ujian integriti dengan memegang teguh kepada komitmennya kepada keadilan, kesaksamaan dan tadbir urus yang baik melalui jatuh bangun kehidupannya sebagai pembangkang di Malaysia – walaupun menderita dipenjarakan kerana prinsipnya. Beliau tidak pernah berkompromi atau menjual (prinsip) sepertimana orang lain yang telah lakukan,”ulas Ignatius.
lim-ignatius
Beliau turut mendakwa Lim telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang terbaik berbanding dengan Ketua Menteri dan Menteri Besar di negeri lain.
“Oleh itu, Lim mungkin juga akan menjadi PM yang jauh lebih boleh dipercayai daripada apa yang kita ada sekarang ini. Beliau (Lim) adalah jauh dari sempurna, tetapi pastinya beliau tidak boleh menjadi lebih teruk?
“Malah, dengan Lim sebagai PM, kita mungkin sebenarnya mempunyai yang terbaik dari dua dunia: kita akan mempunyai seseorang yang mempunyai prestasi yang baik di Putrajaya dan kita akan mempunyai BN sebagai pembangkang yang menjaganya, pemerhati bagi salah laku, menyaring melalui kontrak untuk pekerjaan buruk, mencabar sebarang penyalahgunaan kuasa, menentang sebarang cubaan menodai hak-hak perlembagaan kita atau melemahkan perpaduan nasional di negara kita,”katanya lagi.
Ignatius berkata demikian sebagai mengubah mengubah pendekatan penafian Lim sebagai PM yang dilakukan Parti Amanah Negara sebelum ini.
Pada 16 Januari lalu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menuduh hanya orang gila sahaja percaya bahawa Presiden PAN, Mohamad Sabu menyokong Lim menjadi PM Malaysia.
Sokongan Mohamad Sabu tehadap Lim untuk menjadi PM itu telah menjadi viral di media sosial.
mat-lge
Dennis Ignatius, seorang graduan dalam hubungan antarabangsa dari Universiti Malaya, berpengalaman 36 tahun dalam Perkhidmatan Luar Malaysia.
Sebelum menyertai Perkhidmatan Luar, beliau berkhidmat sebagai penyelaras silang budaya dengan Amerika Peace Corps di Malaysia.
Beliau telah berkhidmat di London, Beijing dan Washington dan seterusnya dilantik duta ke Chile dan ke Argentina.
Beliau juga telah ditauliahkan serentak sebagai Duta Besar Malaysia ke Colombia, Ecuador, Peru, Paraguay dan Uruguay.
Dari tahun 2001 hingga Jun 2008 beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi (Duta) bagi Malaysia ke Kanada.
Pelantikan beliau yang lain termasuklah sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Pengarah) bagi Asia Timur, Setiausaha Hal Ehwal Eropah dan Setiausaha Hal Ehwal Amerika Syarikat.
kit1
dap ret
global bersih
(IH/AIDCNews)

Kejatuhan Kelahiran Tahun Kambing, K'jaan Komunis Pun Tahyul..

Seorang wanita yang prihatin menghulurkan derma kepada ibu tiga anak itu di luar sebuah stesen kereta api di selatan China. AGENSI


Akhbar China hentam 'kepercayaan tahyul' kerajaan 

BEIJING: Sebuah akhbar rasmi China, hari ini menghentam 'kepercayaan tahyul' pihak berkuasa mengenai jumlah penduduk selepas mereka menyalahkan Tahun Kambing sebagai punca kejatuhan jumlah kelahiran pada 2015 walaupun dasar satu anak sudah dilonggarkan. 


Biro Perangkaan Negara minggu ini melaporkan jumlah kelahiran jatuh sebanyak 320,000 tahun lalu kepada 16.55 juta. Ramai ibu bapa enggan mempunyai lebih ramai anak kerana kosnya tinggi walaupun dasar dua anak mula diperkenalkan di negara itu, awal bulan ini. 


Pihak berkuasa Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan (NHFPC) mengaitkan penurunan itu dengan Tahun Kambing dalam zodiak China. Menurut kepercayaan tradisional itu, kebanyakan bayi yang dilahirkan pada tahun itu tidak akan gembira dalam hidupnya. 




Akhbar harian yang diterbitkan kerajaan komunis itu menyelar NHFPC menerusi ruang lidah pengarangnya. Akhbar itu sebelum ini jarang mengkritik pihak berkuasa. Ia menyebut penjelasan NHFPC berhubung pengurangan jumlah kelahiran pada 2015 adalah tidak masuk akal dan bukan usaha ikhlas untuk menghadapi cabaran demografi semasa yang menekan itu. - AFP

Imam Dengan Kucing Terkenal Seluruh Dunia, Ini Sebab..

ISTANBUL – Seorang imam masjid di Turki (gambar) dipuji ramai dan menjadi terkenal menerusi media sosial kerana sering buka pintu masjid untuk membenarkan kucing jalanan masuk dan berlindung daripada musim sejuk.


Menurut laporan akhbar tempatan, Daily Sabah, Mustafa Efe, imam Masjid Aziz Mahmud Hüdayi di daerah Üsküdar, terkenal bukan sahaja sebagai seorang rajin dan gemar berjenaka, tetapi juga sayang dengan kucing.

Imam tersebut malah memuat naik banyak gambar menunjukkan pelbagai kucing itu melalui laman Facebooknya, yang antaranya menunjukkan beberapa ekor kucing berada di dewan solat, dan beliau sendiri mengusap kucing.

Gambar-gambar itu sudah tersebar luas di seluruh dunia dan menerima banyak pujian khasnya daripada pencinta kucing antarabangsa, dengan seorang pengguna Facebook tempatan, Rachel Mellor, turut menulis komen.
imam-cat-4-data
imam-cat-6-data
imam-cat-5-data
imam-cat-7-data
imam-cat-8-data
“Belas ihsan sungguh luar biasa. Semoga Tuhan berkati anda dan semua rakan anda yang buka hati anda kepada haiwan-haiwan ini iaitu binatang comel kesayangan baginda Rasulullah SAW sendiri,” kata Rachel.
Beberapa netizen juga memuat naik gambar kucing ‘berlindung’ di masjid itu, termasuk gambar kucing bermain dengan tasbih dan kucing yang duduk diam dalam kalangan jemaah yang sedang khusyuk menunaikan solat.
Mustafa turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan seekor kucing betina dewasa sibuk mengendong empat ekor anak kecil mamalia itu dengan mulutnya sambil berlari laju masuk ke dalam masjid tersebut.
Beliau menulis: “Inilah tetamu masjid kami pada hari Jumaat, satu kejutan semasa khutbah hari ini. Anak-anak kucing ini sudah menemui nadi kasih sayang dan belas kasihan.” – Agensi

Kucing, Bagaimana Dalam Islam?


Banyak mitos yang bertebaran di setiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yang terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja kerana dianggap sebagai titisan dewa.


Lain di Mesir lain pula di Eropah, di dataran ini kucing dianggap sebagai sihir syaitan atau pembawa bencana. Tak pelik lagi, pada masa abad kegelapan terjadi pemusnahan besar-besaran terhadap haiwan lucu ini, hingga menyebar ke Afrika Utara. Padahal, wabah yang oleh masyarakat saat itu dianggap sebagai kutukan adalah jenis penyakit pes yang diakibatkan oleh meledaknya populasi tikus dan penurunan populasi kucing sebagai predator.


Nabi Muhammad SAW dan Kucing Kesayangannya.


Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam. Nabi Muhammad memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.


Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali. Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. 

Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

  • Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai” (HR. Bukhari).
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Tokoh Islam  Dan Kucing

Pada abad ke-13, sebagai manifestasi penghargaan masyarakat Islam, rupa kucing dijadikan sebagai ukiran cincin para Khalifah, termasuk porselen, patung hingga mata wang. Bahkan di dunia sastera, para penyair tak ragu untuk membuat syair bagi kucing peliharaannya yang telah berjasa melindungi buku-buku mereka dari gigitan tikus dan serangga lainnya.

Dalam buku yang berjudul Cats of Cairo, pada masa dinasti Mamluk, Baybars Al Zahir, seorang Sultan yang juga pahlawan garis depan dalam Perang Salib sengaja membangun taman-taman khusus bagi kucing dan menyediakan berbagai jenis makanan di dalamnya. Tradisi ini telah menjadi adat istiadat di berbagai kota-kota besar negara Islam.

Hingga saat ini, mulai dari Damaskus, Istanbul, hingga Kairo, masih dapat kita jumpai kucing-kucing yang berkeliaran di pojok-pojok masjid tua dengan berbagai macam makanan yang disediakan oleh penduduk setempat.

Apa Keistimewaan Kucing?

Nabi menekankan di beberapa hadits bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Fakta Ilmiah 1

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. 

Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Fakta Ilmiah 2

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbedaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil Yang Dapat
  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
  6. Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Komentar Dokter Peneliti


  1. Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
  2. Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing. Manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
  3. Dokter haiwan di rumah sakit haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll)
  4. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.
  5. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Fakta Ilmiah 3

Hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Fakta Ilmiah Tambahan


Zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan selain itu mengelus kucing juga dapat menurunkan tingkat stress.
Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadist Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

  • Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
  • Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
  • Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.” (H.R Al Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). Hadits ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. 

Jadi kesimpulannya,  kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci, Liurnya bersih dan membersihkan, serta hidupnya lebih bersih daripada manusia. Mungkin ini pula-lah yang menyebabkan mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza, kucing peliharaannya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails