Bekerja syarikat LIanlian menutup muka malu ketika menerima hadiah
Beijing: Sebuah syarikat internet di China, Lianlian, menghadiahkan patung seks buat pekerja lelakinya yang cemerlang sebagai ganti bayaran bonus.
Syarikat yang berpengkalan di Guangzhou itu mengambil keputusan itu berikutan kelembapan ekonomi yang menyebabkan kekurangan dana untuk memberi bonus berupa wang tunai.
Lianlian adalah sebuah syarikat yang membangunkan aplikasi 'dating' untuk komputer dan telefon.
Jelas Ketua Eksekutif Lianlian, Wang Yunzhu, hadiah ini hanya akan diberikan kepada pekerja lelaki cemerlang yang masih bujang.
“Mereka juga diminta menunjukkan cara beraksi dengan patung berkenaan,” katanya.
Selain patung seks, pekerja cemerlang juga dihadiahkan tiket kereta api. bahan makanan serta kupon berhibur di pusat karaoke. (IH)
Patung seks, kempis..
Saturday, January 30, 2016
Friday, January 29, 2016
DAP Kutuk Presiden PAS Sebab Terus Sokong PM.
DAP menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terus memberi sokongan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi merupakan satu-satunya bekas Ketua Pembangkang yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Lihat jawaapan ini..
(IH)
PAS: Jaminan Bonus Pendeposit TH 2015 Akan Diumumkan... ?
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan lebih rendah dari liabiliti.
2. PAS berpandangan langkah BNM itu adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar yang mana Malaysia tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.
3. PAS amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.
4. Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.
5. PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Setiausaha Agung
Bertarikh: 28 Januari, 2016.
Kempen Barah Payudara, Tapi Tuntut Wanita Dedah/Bogel Saperti Ini..
SEKUMPULAN wanita di Brazil membuat demonstrasi dengan membuka bikini/coli mereka ketika bersantai di pantai Ipanema, Rio de Janeiro, sebagai sebahagian projek kempen kesedaran barah payudara, beberapa hari lalu.
Selain itu, agenda topless berkenaan sebagai salah satu cara untuk membantah peraturan tidak membenarkan mereka tidak memakai baju di pantai berkenaan yang dilaksanakan sejak tahun lepas.
Undang-undang yang diperkenalkan pihak berkuasa Brazil itu membuatkan mana-mana wanita yang melanggarnya boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun.
Justeru projek ‘Topless in Rio’ ini turut diadakan untuk memansuhkan peraturan itu daripada diaplikasikan kerana mereka menganggap kerajaan mendiskriminasi hak asasi kaum wanita.
Menurut presiden projek itu, Ana Paula Nogueira, sepatutnya hak wanita untuk berbogel atau tidak berbaju di pantai tidak dinafikan oleh pihak berkuasa.
“Kami akan meneruskan demonstrasi ini untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perkara yang sepatutnya mendapat perhatian mereka,” katanya.
Diharap penyakit ini tidak akan melanda Malaysia, kerana tanda-tanda wujudnya sudah mula terbayang. Di situ tidak perlunya sebuah negara sekular atau pemimpin sekular. (IH)
Diharap penyakit ini tidak akan melanda Malaysia, kerana tanda-tanda wujudnya sudah mula terbayang. Di situ tidak perlunya sebuah negara sekular atau pemimpin sekular. (IH)
Doa Semasa Dizalimi Kerajaan atau Penjajah..
SEKUMPULAN ahli sihir yang pada asalnya dipanggil untuk menyanggah dakwah Nabi Musa `alaihis salam (AS) telah berpaling tadah setelah melihat mukjizat dan kebenaran Baginda. Mereka segera bertaubat dan memilih untuk menerima seruan dakwah Nabi Musa AS.
Firaun sangat murka. Dia mengancam ahli-ahli sihir tersebut dengan hukuman yang sangat berat. Namun mereka memilih untuk kekal dengan pilihan mereka iaitu taat kepada dakwah Nabi Musa.
Mereka lalu berdoa supaya ALLAH berikan mereka kesabaran menghadapi ancaman dan seksaan Firaun serta memohon agar mereka mati dalam keadaan Islam.
Doa mereka telah dirakam di dalam al-Quran, surah al-A'raf ayat ke-126:
1) Diberikan kesabaran terhadap musibah dan kesusahan.رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
- “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.
2) Dimatikan dalam keadaan Islam.
Itulah panduan doa kita..
Itulah dua perkara yang sangat penting untuk kita minta kepada ALLAH SWT saat diuji dengan ujian yang sangat besar seperti penindasan oleh pemerintah, kejahatan penjajah, saat berlaku kekacauan, peperangan dan seumpamanya.
Bukan mudah hendak sabar.
Sebab itu kita perlukan pertolongan ALLAH agar DIA bantu supaya kita mampu sabar berhadapan dengan masalah yang besar dalam kehidupan kita. Dengan kesabaran yang tinggi itulah, kita dapat menjadi hamba yang tetap di atas agama pilihanNYA, iaitu Islam, sepanjang hidup ini sehingga mati.
Semoga ALLAH kurniakan kesabaran yang besar buat saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Myanmar, China, Afrika dan lain-lain tempat yang dilanda kezaliman yang dahsyat. Semoga mereka kekal sebagai muslim sehingga mati, yakni mati sebagai seorang yang berserah diri kepada ALLAH secara sepenuh hati.
Begitu juga buat kita di Malaysia juga tentunya. Aamiin…
(IH)
Lihat juga..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
11 Langkah Penstrukturan Dan Pengubahsuaian Bajet 2016 -Datuk Seri Najib
PUTRAJAYA, – Berikut ialah 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Langkah-langkah ini dijangka menjimatkan kerajaan sehingga RM9 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Langkah ke-1: Pengurangan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac ini sehingga Disember 2017, walau bagaimanapun caruman majikan dikekalkan.
Langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga RM8 bilion setahun.
Langkah ke-2: Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015.
Walaupun kerajaan hilang hasil sebanyak RM350 juta, langkah ini memberi penjimatan bayaran cukai kepada individu sehingga RM475 seorang dan memanfaatkan dua juta pembayar cukai.
Langkah ke-3: Mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat melalui enam tindakan iaitu:
- Liberalisasi kawalan kuota import atau AP bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten.
- FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan dengan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Outlet pertama akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada Mac dan akan diperluaskan ke 10 lokasi di seluruh negara tahun ini.
- Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah kedai kepada 1,000 buah.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan tingkatkan penguatkuasaan serta mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika dan mengambil keuntungan berlipat ganda.
- Tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi.
- Setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan sehingga Disember 2016 menerusi program MyBeras yang bertujuan mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.
Langkah ke 4: Menguatkuasakan peraturan penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja dengan serta-merta.
Untuk projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar empat peratus dengan dana berjumlah RM400 juta mulai 1 Mac ini, yang akan memanfaatkan lebih 10,000 pemilik rumah.
Lebih 100,000 unit rumah pula akan ditawarkan di bawah program Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu oleh Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, agensi negeri dan sektor swasta.
Langkah ke-5: Sumbangan 30 peratus daripada levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai levi HDRF berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran menerusi inisiatif ‘reskill’ dan ‘upskill’ termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
Langkah ke-6: Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, sebanyak enam langkah akan diambil iaitu:
- Menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap pengelak cukai
- Melonggarkan penalti kepada pembayar cukai bagi menggalakan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang sebelum 31 Dis ini.
- Penstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras di Pulau Bebas Cukai dengan mengehadkan hanya kepada kedai-kedai bebas cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang akan mengurangkan kehilangan hasil hampir RM1 bilion.
- Mengetatkan pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai, namun langkah penstrukturan semula jualan rokok, minuman keras serta kenderaan tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong di pulau tersebut.
- Mengoptimakan pendapatan daripada spektrum telekomunikasi melalui agihan semula dan proses bidaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
- Membangunkan beberapa kawasan strategik milik kerajaan melalui proses bidaan bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi.
Langkah ke-7: Memperkemas sistem pengurusan pekerja asing dengan kadar levi akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja, dan ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.
Selain melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah. Ini adalah bagi memenuhi permintaan industri dan pemantaun keselamatan.
Langkah ke-8: Merasionalisasi pemberian geran Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.
Langkah ke-9: Fokus perbelanjaan pembangunan diberi kepada projek yang memberi kepentingan kepada rakyat, kesan berganda tinggi, kandungan import rendah dengan projek fizikal seperti rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam serta keselamatan diutamakan.
Pelaksanaan projek bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadual semula dan langkah ini dijangka melibatkan pengurangan komitmen aliran tunai sehingga RM5 bilion, dan tidak menjejaskan ekonomi rakyat.
Langkah ke-10: Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka (VC) milik kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 bilion dalam menyediakan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat permulaan.
Langkah ke-11: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran melaksanakan inisiatif mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat dan akan dipantau oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) – BERNAMA
Lagi, Penyerang 'bunuh diri' Rakyat Malaysia Mati Di Syria
BANGI, Khamis – Seorang lagi rakyat Malaysia dipercayai ahli kumpulan militan IS dikesan terbunuh dalam satu serangan berani mati di negara bergolak Syria.
Ahmad Salman Abdul Rahim, 40, dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terhadap Lapangan Tentera Udara Kuwayris di wilayah Allepo, semalam.
Menurut laporan, serangan terhadap pangkalan tentera itu dilakukan oleh satu skuad Inghimas dipercayai kumpulan yang ditubuhkan terhadap pasukan tentera di sana.
Dia yang turut dikenali sebagai Abu Suleiman disahkan terbunuh akibat kecederaan parah di seluruh badan, lapor Utusan hari ini yang memetik sumber.
Pengesahan kematian lelaki berasal dari Parit Buntar, Perak itu dibuat oleh seorang lagi rakyat Malaysia yang juga pejuang kumpulan pelampau IS.
Bekas pelajar sebuah universiti di London ini adalah antara 45 rakyat Malaysia yang tersenarai menganggotai pasukan keganasan di negara itu.
Malah, satu sumber mendedahkan bahawa Ahmad Salman ialah salah seorang daripada individu yang bertanggungjawab merekrut rakyat Malaysia untuk berjuang di sana.
Menerusi laporan media terdahulu, Ahmad Salman pernah memberitahu bahawa perjuangannya di Syria bermula setelah berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia di India, yang bertanggungjawab memperkenalkannya dengan seorang ustaz yang berasal dari negara itu.
Dia kemudiannya diarahkan untuk terbang ke Istanbul, Turki memasuki negara itu melalui Hatay sebelum menyertai serpihan kumpulan militan Al-Qaeda.
Dia turut dipercayai bertanggungjawab menjadi dalang dalam mempengaruhi rakyat Malaysia terhadap aktiviti keganasan melalui laman-laman sosial.
Ahmad Salman adalah antara rakyat Malaysia yang terkenal dalam kalangan rakyat negara ini ekoran pendedahan tentang perjuangannya di Syria menerusi laman Facebook.
Ini turut dibuktikan apabila dia dikesan begitu aktif menerusi laman Twitternya dalam memperjuangkan peperangan di negara-negara yag dikawal IS sehingga menjadi tarikan rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan gerakan militan di negara berkenaan.
Bagaimanapun sejak 31 Disember lalu, dia mula berhenti memuat naik sebarang status di laman Twitternya. (IH)
Thursday, January 28, 2016
Dengarlah, Dr Asri Puji Lagu Faizal Tahir Ini..
HALAMAN HIBURAN
Nampaknya walaupun Anugerah Juara Lagu 2015 memang dimenangi oleh Akim & The Majistret, tetapi persembahan yang merupakan 'juara' dimata mata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah lagu nyanyia Faizal Tahir.
Dalam satu kenyataan beliau di laman Facebooknya, Dr Asri mengucapkan syabas kepada Faizal kerana nyanyia yang dibawanya membawa mesej yang baik.
"Saya ucapkan syabas kepada Faizal Tahir kerana berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi," katanya.
Dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu(AJL30) itu, Faizal yang menyampaikan lagu Assalamualaikum dan memenangi tempat kedua di belakang Potret nyanyian Akim & The Majistret.
Tempat ketiga pula ialah Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu.
Assalamualaikum lahir daripada hasil ciptaan bersama Faizal dengan Mike Chan, Ezra Kong dan Audi Mok. Faizal sebelum ini telah mendapat pujian Ikram Malaysia kerana yang aktif dengan misi kemanusiaan di seluruh dunia.
Tindakan Fiazal menyampaikan Assalamualaikum dengan memaparkan latar belakang gambar berjaya menyentuh hati penonton mengenai situasi pelarian Syria.
"Untuk pengetahuan anda, Faizal telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria (Ikram For Syria).
"Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya," kata pertubuhan itu di Facebook.
(IH)
Dengarlah laginya..
https://www.youtube.com/watch?v=2X_oOzj3UeE
20 Nov 2014 - Dimuat naik oleh WarnerMusicMalaysia
Listen on Spotify : http://smarturl.it/spfy-Assalamualaikum Listen on Deezer : http:/Dewan Rakyat Kecoh, MP DAP Sokong TPP?
KUALA LUMPUR - Suasana sesi perbahasan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pagi ini kecoh apabila ahli-ahli Parlimen mencelah ketika Ahli Parlimen (DAP-Serdang), Ong Kian Ming sedang berbahas di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Parit Sulong-BN, Datuk Noraini Ahmad diberi laluan mencelah dan beliau mengatakan Kian Ming sebenarnya bersetuju dengan TPP namun mahu ia ditambah baik.
"Saya nak ucapkan tahniah kepada YB Serdang atas hujah dan cadangan jawatankuasa tersebut di mana saya rasa ia elok dan saya juga bersetuju.
"Jadi, secara tak langsung semua (hujah) dan celah-mencelah terutama daripada Shah Alam (Khalid Samad), menunjukkan bahawa YB Serdang sebenarnya setuju dengan TPP ini cuma nak menambah baik sahaja," katanya.
Namun, Kian Ming segera menegaskan bahawa beliau akan menolak TPP semasa pengundian dan ia disambut dengan tepukan pada meja oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.
"Apa yang saya hujahkan ialah saya berdepan dengan realiti. Ia memang akan dilaksanakan. Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya beri cadangan agar proses ini boleh diperbaiki," katanya.
Khalid Samad kemudiannya pantas mencelah dan mendakwa ahli-ahli Parlimen BN telah mendapat arahan parti untuk menyokong TPP.
"Kita dah tahu dah, kamu semua akan sokong (TPP)," katanya yang mengundang kekecohan sekali lagi.
Noraini juga mendakwa Khalid Samad telah mendapat arahan untuk menolak TPP daripada parti.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kemudiannya menenangkan keadaan dan meminta Ong Kiang Ming menyelesaikan hujahnya. (SH)
Hanya 3 Exco Kedah Hadir Mesyuarat Bersama Mukhriz
Aminuddin tiba di Wisma Darul Aman di Alor Setar bagi menghadiri mesyuarat Exco bersama Mukhriz semalam.
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini semalam biarpun hanya dihadiri tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco kerajaan negeri.
Difahamkan mesyuarat yang berlangsung setiap Rabu itu hanya dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Kesenian Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor.
Aminuddin dilihat memasuki Wisma Darul Aman pukul 10.10 pagi dengan melambai-lambaikan tangan ke arah wartawan yang berkumpul di luar pagar bangunan tersebut.
Lihat juga..
Pengubahsuaian Bajet 2016 Tengah Hari Ini. Najib.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016, yang berasaskan situasi sebenar ekonomi semasa, tengah hari ini.
Bajet 2016 yang telah diubah suai, walaupun perlu, tidak langsung akan menjejaskan rakyat.
Malah, kerajaan dalam memutuskan langkah-langkah pengubahsuaian, melihat kepada tindakan untuk mengoptimumkan perbelanjaan, menetapkan semula keutamaan projek dan menangguhkan sebahagian perbelanjaan pembangunan.
Ia akan mengelak daripada melaksanakan langkah penjimatan, dan yang lebih penting, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan memandangkan ia merupakan bantuan langsung kepada rakyat dan mempunyai kesan pengganda di kawasan bandar serta luar bandar.
Ketika Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015, belanjawan tahun ini adalah berdasarkan andaian harga minyak mentah pada AS$48 setong.
Sejak itu, senario ekonomi telah berubah dengan harga minyak terus merosot, sekali gus bermakna pendapatan kerajaan yang lebih rendah.
Hari ini, harga minyak mentah mencecah kira-kira AS$30 setong, kejatuhan mendadak sejak bajet itu dibentangkan.
Bagaimanapun, bajet itu perlu diselaraskan sewajarnya bagi menangani peningkatan kos sara hidup, merangsang kegiatan pelaburan serta mengukuhkan imbangan pembayaran negara. - Bernama
Dewan Rakyat Lulus Usul TPPA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bergambar selepas usul Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik diluluskan dengan undi belah bahagi di Parlimen, semalam.
KUALA LUMPUR – Persidangan khas Dewan Rakyat meluluskan usul supaya Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di New Zealand pada 4 Februari ini.
Usul bagi menandatangani TPPA itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan seramai 127 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 84 menolak.
Turut hadir semasa pengundian itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Seramai 24 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terlibat dalam membahaskan usul berhubung penyertaan Malaysia dalam TPPA pada sidang khas Dewan Rakyat berkenaan.
Penggulungan usul pula dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. (IH)
Wednesday, January 27, 2016
Impian Bandar Tanjung Pinang, Ambil 3.67 Ekar Tanah P.Pg?
Buat masa ini, belum ada apa-apa perkembangan mengenai Projek Terowong Dasar Laut, namun sudah ada tanda-tanda bahawa Ewein Zenith Sdn Bhd akan mengambil tanah seluas 3.67 ekar untuk membina bandar impian di Tanjong Pinang.
Menurut laporan the Edge Property, 16 Jan, Ewein Zenith Sdn Bhd kini sedang merancang untuk melancarkan bandar impian bernilai RM800 juta di Bandar Tanjong Pinang, Pulau Pinang pada suku pertama tahun ini.
Ewein Zenith dimiliki bersama oleh Ewein Bhd (60% saham) dan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (40% saham).
Pengerusi Ewein Bhd adalah Dato’ Ewe Swee Kheng, manakala Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (Zenith) adalah Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli.
Bandar impian yang dibina oleh Ewein Zenith itu adalah projek pangsapuri mewah dua menara 38 tingkat dengan 572 unit, di pinggir laut, bertentangan dengan Gurney Drive.
Menurut The Star, Projek Bandar Impian itu akan terletak di 110 ekar tanah tebus guna yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Zenith sebagai balasan untuk membina terowong dasar laut dan tiga pintasan jalan raya yang bernilai RM 6.3 Bilion.
Menurut Stop The Lies, Projek Terowong Dasar Laut yang diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) adalah skandal terbesar pimpinan DAP di negeri itu.
“Pertama Lim Guan Eng mengumumkan bahawa projek mega itu telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernilai RM2 yang dipanggil Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd.
“Pengumuman itu dibuat secara tiba-tiba, dekat dengan pilihan raya umum ke-13. Ia merupakan satu rahsia yang disimpan sehingga pengumuman oleh Lim Guan Eng baru-baru ini.
“Kemudian didapati bahawa projek itu telah dianugerahkan dengan Zenith ..(selepas) tarikh tutup untuk mengemukakan proposal bagi projek jalan raya dan terowong utama di Pulau Pinang pada Jun 2012.
“Walau bagaimanapun rekod Suruhanjaya Syarikat menunjukkan bahawa Zenith, yang telah dianugerahkan projek itu, hanya ditubuhkan pada 5 Julai 2012.
“Bagaimana mungkin Zenith boleh dianugerahkan tender itu apabila syarikat itu masih belum berdaftar lagi pada bulan Jun,” dedah portal itu.
Menurut Stop The Lies, Zenith tidak sewajarnya dianugerahi projek itu berdasarkan latar belakang pemiliknya, Zarul Ahmad yang mempunyai rekod jenayah sebagai seorang yang korup.
“Zarul adalah antara tiga bekas kakitangan Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB) yang terlibat dalam skandal pinjaman dan masing-masing dihukum penjara sehari dan denda antara RM10,000 dan RM50,000 pada tahun 1994.
“Mereka telah melanggar Akta Institusi Kewangan dan Bank, menggunakan kuasa melebihi had dan juga meluluskan pinjaman bernilai RM126, 876.705.
“Zarul yang merupakan ketua hal ehwal awam bank didapati bersalah memberi kemudahan RM10,554,840 kepada pelanggan RMB.
“Beliau juga mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta kepada pelanggan RMB di premisnya.
“Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Zarul melibatkan jumlah wang yang besar. Jika dia telah mengkhianati kepercayaan bank yang telah memberi kepercayaan kepadanya dengan menggunakan kuasa-kuasa dalam mengendalikan wang, bolehkah dia dipercayai dalam pengendalian apa-apa projek mega yang melibatkan berbilion-bilion ringgit dalam urus niaga,” dedahnya. (AIDCNews- 26/1/16 )
China Rancang Bina Loji Kuasa Nuklear Di Tengah Laut.
BEIJING, Rabu – China sedang mempertimbangkan pembinaan loji kuasa nuklear di tengah laut, tetapi hanya di bawah syarat-syarat yang benar-benar selamat, lapor agensi berita, Xinhua China yang memetik kata seorang pegawai kanan nuklear, hari ini.
Negara itu akan menjalankan kajian yang berhati-hati dan saintifik sebelum ia membuat keputusan itu, kata Pengarah Lembaga Tenaga Atom China, Xu Dazhe, pada sidang akhbar.
Sebagai sebuah negara membangun, China memerlukan tenaga yang banyak tetapi berada di bawah tekanan alam sekitar, katanya, sambil berkata bahawa negara itu perlu mengeksploitasi sepenuhnya sumber-sumber maritim.
Xu menegaskan bahawa China akan kekal dengan penggunaan tenaga nuklear yang selamat dan aman dan pembangunan sumber maritim di perairan itu akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu.
Pada masa ini, China mempunyai 30 unit nuklear menjana kuasa dengan kapasiti 28 juta gw dan 24 unit lagi sedang dalam pembinaan, semuanya berada di atas muka bumi. – Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)