Saturday, February 27, 2016

Kini Giliran PKR Pula Dicelarukan DAP..


Jarum politik DAP demi menjadi taiko Pakatan Harapan

[ULASAN] Kepimpinan PKR kini bercelaru. Apabila disergah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, respons PKR bersifat amatur. Sekaligus ini mengancam  keyakinan rakyat akan potensi PKR menjadi kuasa politik besar di hari muka.
Yang pasti Guan Eng tahu apa yang dilakukannya. Dengan memecat dua ADUN PKR dari lembaga pengarah dua agensi kerajaan negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpeluang mencongak reaksi PKR.

Apa yang mahu dipastikan ialah cara dan gaya PKR memberi reaksi. Guan Eng mahu mengukur adakah solidariti dalam kepimpinan PKR utuh apabila diuji. Beliau juga mahu kepastian siapa sebenarnya pemimpin de facto PKR. 

Justeru Guan Eng menggunakan isu pemecatan itu sebagai umpan -- taktik yang digunakan beliau menduga solidariti dan perpaduan dalam PAS. 

Objektif beliau ialah meninjau dan melapah kesepaduan dalam kepimpinan PAS. Ini dimulakan dengan  mengkritik hebat presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang pasti, Guan Eng memang sudah menghidu keresahan di kalangan pimpinan PAS terhadap pemikiran dan halatuju politik Haji Hadi. Kawan-kawannya dalam pimpinan PAS memang ramai. 

Paling akrab ialah Timbalan Presiden PAS ketika itu, Mohamad Sabu. Keakraban ini dizahirkan dalam video bersama Mat Sabu yang tersebar luas dalam Youtube. 

Berikutan itu tidak sukar bagi Guan Eng menilai kekuatan PAS dan meraih keuntungan maksimum daripada “krisis yang semakin meruncing” dalam parti itu sejak berakhirnya pilihan raya umum ke-13 Mei 2013.

Perbalahan berhubung isu hudud di antara PAS dan DAP meyakinkan Guan Eng bahawa DAP memerlukan PAS yang “memahami” pendirian dan perjuangannya. Mujur ada Mat Sabu. PAS akhirnya dapat dilonglaikan dengan tertubuhnya  PAN.

Kini Guan Eng beralih pada PKR pula. Ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih bebas, Guan Eng dan DAP sedar banyak faedah jika bekerjasama dengan PKR dan PAS. Hakikat itu terbukti dalam PRU12 dan ke-13.

Bagaimanapun selepas 10 Februari 2015, Anwar sudah tiada dalam senario politik Pakatan Rakyat. Maka demi “keselamatan dan kepentingan DAP” kritik tajam dan pedas terhadap Hadi berjaya mencapai objektifnya – PAS berpecah.

Kini sudah lebih setahun Anwar di luar gelanggang politik Malaysia. Guan Eng perlu menentukan di mana kedudukan dan pengaruhnya dalam Pakatan Harapan. 

Namun sebelum itu, beliau mahu kepastian adakah akan muncul ikon atau “pemimpin fikiran” baru dalam PKR yang boleh duduk di kerusi Anwar. Jika ada, silat politiknya akan sedikit berbeza.

Tanpa tokoh yang boleh merapatkan saf politik DAP, PAN dan PKR seperti kaliber Anwar, DAP menjangka lebih banyak perang gerila politik akan berlaku dalam Pakatan Harapan. 

Perselisihan faham dalam pakatan itu semakin nyata. Ada ADUN PKR yang merajuk dan mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan sokongan dan bantuan kepada pengundi-pengundi kawasannya. 

Kemudian ada sekelompok ADUN PKR berkomplot cuba mengaibkan kepimpinan DAP di Dewan Undangan Negeri dengan tidak menyokong dasar kerajaan pimpinannya sebaliknya berkecuali terhadap usul Umno.

Dalam kes itu, PKR dilihat bukan sahaja mempertahankan pendirian kelima-lima ADUNnya, malah langsung tidak sensitif dengan keserba-salahan DAP kerana maruahnya secara tidak langsung dicabar oleh kerabat politiknya. 

Ini diekori dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan PKR yang tidak mengacuhkan syor DAP untuk melantik ahli majlis pimpinan Selangornya, Dr Aziz Bari menjadi ahli Majlis berkuasa kerajaan tempatan. 

Seperti pengalamannya dengan PAS, Guan Eng mempunyai banyak maklumat apa yang berlaku dalam PKR. DAP melihat mutakhir ini, banyak kritik dilemparkan oleh ahli dan pemimpin PKR sendiri terhadap Timbalan Presiden mereka. 

Datuk Seri Azmin Ali secara moralnya, dicabar dari banyak penjuru. Guan Eng lantas mengambil kesempatan mengukur kesepaduan dalam kepimpinan PKR. Maka beliau menggugurkan dua ADUN PKR dalam dua anak syarikat kerajaan Pulau Pinang. 

Reaksi pertama datang daripada Azmin. 

“Biro Politik PKR buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap ADUN dan kita akan mempertahankan mereka yang menggunakan DUN untuk memberikan pandangan dan maklum balas.
“Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai ADUN mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan,” katanya.

Biro Politik lazimnya dipengerusikan oleh presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Seharusnya beliaulah yang patut menimbulkan isu pengguguran kedua-dua ADUN PKR itu kepada DAP.

Pucuk dicita ulampun tiba. Guan Eng segera melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Azmin mengenai pemecatan dua ADUN PKR Pulau Pinang sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Guan Eng sinis dalam isu itu dengan berkata, isu-isu berbangkit dalam Pakatan Harapan dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campurtangan dalam urusan negeri yang diterajui oleh Pakatan.

"Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan?,” ujar Guan Eng.

Malangnya, presiden PKR tidak bersikap pro-aktif dalam isu ini. Beliau seolah-olah enggan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu. Maka semakin jelaslah di benak Guan Eng duduk perkara kepimpinan PKR.

Maka dilepaskanlah satu lagi panah politik terhadap PKR.

"Setakat ini, tiada penjelasan bagi tindakan mereka. Jika (bekas Menteri Besar Selangor) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan kerana beliau terus enggan melaksanakan keputusan parti, maka prinsip yang sama terpakai (di Pulau Pinang)," kata beliau. 

Selepas ini Guan Eng akan terus meneliti apakah sebenarnya ada masalah komunikasi dalam kepimpinan PKR. 

Yang pastinya Guan Eng melihat di bawah pimpinan Azmin, semua aktiviti yang telah disusun untuk mengabadikan aura dan karisme Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim, langsung tidak bergerak atau dirasai. 

Ditokok dengan pelbagai kritik dari akar umbi terhadap kepemimpinan Azmin, Guan Eng kini tentu sedang menganalisis kumpulan mana yang lebih dominan dan berpengaruh dalam PKR kini. 

Azmin ada kuasa di Selangor tetapi tidak berusaha menyebarkan aura dan kepimpinan Anwar. Sementara Wan Azizah sebagai presiden agak lemah memikul tanggungjawab itu hingga kelu mempertahankan dua ADUNnya di Pulau Pinang. 

Mungkin ini berlaku kerana tiada dana, agaknya. 

Apabila sudah pasti di mana dan pada siapa pusat kuasa PKR, Guan Eng akan mengatur bagaimana menjadikan PKR berpecah belah dan setiap kumpulan pimpinan parti itu “berbaik” dengan DAP untuk sokongan moral dan politik. 
Ketika itu, DAP akan menjadi peneraju mutlak Pakatan Harapan. (Antarapos)


Serangan Pengganas Sekitar KL-Indonesia. Amaran Dari Australia..

Kedutaan AS di KL mengeluarkan nasihat perjalanan di Jalan Alor berikutan kemungkinan ancaman pengganas. Ia menasihatkan rakyat AS supaya mengelakkan daripada berada di Jalan Alor, KL dan kawasan sekitar pada Khamis.
SYDNEY – Australia semalam mengeluarkan a­maran bahawa kumpulan-kumpulan pengganas dipercayai berada “di peringkat akhir untuk melancarkan serangan” di Indonesia dan menasihati pelancong supaya berwaspada, beberapa hari selepas amaran serupa dike­luarkan terhadap Malaysia.
“Beberapa petunjuk baru-baru ini mendapati kumpulan pengganas melakukan persiapan terakhir untuk melancarkan sera­ngan di Indonesia.
“Kami menasihati anda agar berwaspada ketika berada di Indonesia termasuk Jakarta, Bali dan Lombok berikutan ancaman serangan pengganas,” kata Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdaga­ngan (DFAT) dalam satu nasihat perjalanan yang dikemas kini.
Amaran itu tidak me­ningkatkan tahap ancaman keseluruhan kekal di peringkat “waspada.” DFAT berterusan menerima maklumat yang menunjukkan pengganas sememangnya berniat untuk menyerang Indonesia. Serangan itu, kata DFAT, boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa di negara itu.
Notis tersebut me­ngingatkan pelancong agar lebih berhati-hati khususnya di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan rendah dan lokasi yang pernah menjadi sasaran pengganas sebelum ini seperti kelab malam,
 bar, kafe, restoran, hotel antarabangsa, lapangan terbang dan rumah ibadat.
“Kerajaan Indonesia baru-baru ini telah meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara itu. Langkah tersebut membayangkan kemungkinan besar serangan pengganas,” tambah DFAT.
Pada Ahad lalu, DFAT mengeluarkan amaran kemungkinan serangan pengganas di sekitar Kuala Lumpur yang mungkin dilakukan secara rambang atau menyasarkan kepen­tingan Barat atau lokasi sering dilawati oleh warga Barat. – AFP
Lima orang warga Palestin telah ditangkap oleh pasukan rejim pengganas Israel ketika mereka ingin melaksanakan solat di dalam kompleks tempat suci ketiga umat Islam.. Memang Israel bangsat itu bapak pengganas!

Dia, Gelonsor Bogel Terjun Tingkat 3! Selingkoh Politik..

Lihat, dia sedang menggelonsor turun..

Beijing: Akibat ‘kantoi’ ditangkap bersama isteri orang, seorang lelaki bertindak nekad memanjat keluar dari tingkap bilik kekasihnya dan turun ke bawah menggunakan saluran paip hujan dalam keadaan telanjang bulat.

Orang ramai yang terkejut dengan insiden itu memerhati dengan kagum apabila lelaki terbabit menggelungsur turun ke bawah dari bangunan blok rumah pangsa selepas memecut pantas dari tingkap di tingkat tiga.

Dia dikatakan sedang bermesra dengan seorang wanita di dalam bangunan itu apabila suami kekasihnya pulang secara tiba-tiba dan menangkap mereka bersama.

Lelaki itu tidak sempat menyarung pakaian dan mula memanjat menggunakan kabel sebagai tali.

Dia berhenti beberapa kali dan dilihat teragak-agak sama ada untuk pergi ke arah atas atau bawah.

Insiden di China itu dirakam dan disiarkan di Youtube sebelum menjadi viral.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu terselamat selepas jatuh sebelum dibantu orang ramai dalam pada mereka tidak ketinggalan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit. - Agensi 

Gambar hanya hiasan, tiada kena-mengena dengan sesiapa..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lelaki itu sanggup buat apa saja untuk menyelamatkan diri, akibat ‘kantoi’ ditangkap mungkin berselingkoh seks bersama isteri orang. 

Itu baru selingkoh seks, bagaimana kalau pemimpin negara berselingkoh dengan wang jutaan rakyat. 

Sanggupkah dia terjun tinggalkan jawatannya, lari menggelonsor keluar negara dengan 'bogel' dari harta kekayaan yang diperolehnya secara tidak sah? Apakah dia sanggup atau mampu berbuat apa saja demi pertahankan kekuasaannya?

Selingkoh wang jutaan rakyat lebih besar mudaratnya dari berselingkoh dengan isteri yang baru satu suami.  Rasuah dan salahguna kuasa, jauh lebih bahaya dari melakukan najis zina dengan isteri orang. 

Itulah peringatan buat pemimpin-pemimpin negara ini, iktibar dari kisah di selingkoh di atas... (IH)

Friday, February 26, 2016

'Badut' DAP, Masyarakat Cina Pun Malu...


Sebagai masyarakat Cina yang seagama dengan dua anggota DAP iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, mereka turut melahirkan rasa malu diatas tindak tanduk dan kelakuan ‘badut’ yang ditonjolkan melalui video parodi bertajuk “GST dan Arab Year 2016”.

Video parodi yang bersempena perayaan Tahun Baru Cina sebenarnya bertujuan mahu mengutuk kerajaan, tapi lain pula jadinya bila bangsa sendiri yang meluat dengan perangai mereka. Masyarakat Cina menganggap tindakan ahli DAP tersebut sebagai mempersendakan kaum sendiri.

Rungutan dan rasa marah masyarakat Cina disuarakan oleh Ketua Hal Ehwal Kaum Cina Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) Malaysia, Tan Chee Chong. Banyak rugutan dan kutukan dilemparkan kepada Tony Pua dan Teo Nie, kerana memperlekehkan bangsa dan budaya sendiri.

Disebabkan perangai mereka yang sudah macam badut sarkas itu, kedua-dua Ahli Parlimen dari DAP itu dituntut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Cina, kerana video parodi tersebut telah menyentuh sensitiviti kaum.

“Saya mewakili seluruh masyarakat Cina (Tiong Hua) amat tidak berpuas hati dengan video CNY (Chinese New Year) yang disiarkan DAP. Ini menunjukkan parti DAP semakin kekurangan idea dan sanggup memperalatkan kebudayaan masyarakat Cina demi menjatuhkan imej pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegas beliau.

Tindakan mereka yang memparodikan sebuah lagu budaya Cina ketika rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada kaum Tionghua, kerana mempersendakan watak ‘Dewa Kemasyuran’ sebagai pengemis.

“Jangan main-main dengan isu agama, dia kata ‘dewa’ yang bagi kita (masyarakat Tionghua) tuah jadi pengemis, bolehkah ini macam.


“Tak boleh, isu ini telah hina kepercayaan dan budaya orang. Adakah ini budaya Malaysia yang harus dicontohi? Saya mewakili kaum Thiong Hua mendesak supaya mereka berdua memohon maaf atas video itu. Jangan sekali-kali bermain dengan isu agama,” tegasnya lagi.

Nahhhhhh… Masyarakat Cina sendiri muak dengan perangai ahli DAP yang banyak masalah ni. Mungkin dorang ingat yang masyarakat Cina suka apabila video parodi tersebut diterbitkan. Padahal mereka sendiri bencikannya. - TiraGomez/UtaraNews.com

Suami Ditahan Kerana Pukul Isteri Keluar Rumah Tak Pakai Tudung..

gambar hiasan.

REMBAU, 25 Feb – Seorang suami bertindak menumbuk isterinya kerana wanita berkenaan keluar rumah tanpa memakai tudung dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Chembong di sini pada 19 Februari lalu.

Akibat kejadian yang berlaku kira-kira 7 malam itu, mangsa yang berusia 20-an nekad membuat laporan di Balai Polis Chembong kelmarin susulan bukan sahaja ditumbuk, malahan dipukul di bahagian kaki dengan batang besi katil.

Sumber Sinar Online melaporkan, semasa kejadian, pasangan terbabit bertengkar disebabkan sikap si isteri yang keluar dari rumah tanpa memakai tudung.

Ketika kejadian tiada ahli keluarga lain berada di rumah dan si isteri mendakwa kejadian berkenaan bukanlah kali pertama kerana suaminya kerap memukulnya sebelum ini. Bimbang dengan keselamatan diri, si isteri akhirnya nekad membuat laporan polis beberapa hari selepas kejadian.

Mangsa telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian yang ditumbuk dan dipukul suami mangsa,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, suspek, seorang pekerja kilang yang berusia 20-an ditahan reman selama tiga hari bermula semalam hingga 26 Februari ini.  (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  'Gaduh biasa' kes rumah tangga pun repot polis? Kan pejabat kadi ada..

Ini, Anak Pelakon Cium Tepi Pantai? Bapak Borek...

SEORANG model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.


Ahya memulakan kerjaya modelling sejak 2008 selepas memenangi pertandinganMale Model Search 2008.
Ahya bersama ibunya, Normah Damanhuri.
Ahya bersama ibunya, Normah Damanhuri.
Mungkin gambar yang dikongsikan Ahya itu atas tujuan komersil memandangkan dia seorang model namun sebagai orang Melayu yang punyai adat dan budaya penuh sopan, gambar ini boleh mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut industri hiburan tempatan, apatah lagi dia merupakan anak kepada seniwati yang dihormati.
Tu belum cerita bab hukum agama Islam lagi.. – MYNEWSHUB.CC
Komen weblog Ibnu Hasyim: Apakah hal ini berlaku kerana hasil didikan tarbiah kerajaan sekular Malaysia, 'asal dapat duit tidak peduli halal-haram' dalam amalan pemerintah? Bapak borek anak rintik, guru kencing berdiri, murid kencing lari pecut? (IH)

Laporan Pengguna: Teluk Kumbar, Bayan Lepas Penang.

PENGGUNA
Saiful Azwan was tagged in this.
Comments
Haji Yusoff Noor Dah Lapur utk tindakan Jabatan..
LikeReply17 hrs
Warga Bayan Lepas Terima Kasih Ahli Majlis MBPP Tuan Haji Yusoff Nooratas respon yang cepat & pantas...
LikeReply

Lucah.. Kek Kepala Zakar Pula?


Tulis satu facebook.. '
kepada yang menyambut birthday..happy birthday all..terima la kek ni'.

Patutkah trend begini dibiarkan mempengaruhi remaja Malaysia? (IH)

Thursday, February 25, 2016

Jangan Ditipu Hidup-hidup Oleh DAP

 “Bebaskan diri anda dari ditipu hidup-hidup oleh DAP”, seru aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj.
Ia merujuk kepada dua sandiwara DAP (gambar di atas) yang dibuat secara terbuka dan tersembunyi
Sandiwara terbuka adalah rakaman video parodi lakonan Tony Pua dan Teo Nie Ching bersempena dengan Tahun Baru Cina bertujuan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan.
Walau bagaimana pun kerana pelakonnya, Tony dan Teo beragama Kristian, mereka tidak menyedari lakonan parodi mereka telah mempersendakan Tuhan Kemakmuran yang dihormati masyarakat Cina.
Sandiwara kedua dibuat secara tertutup, iaitu majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 penasihat DAP Lim Kit Siang di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.
“Hipokrasi DAP cuba menipu rakyat terutamanya orang Cina dan golongan pencinta sosialisme.
“Patutnya ratusan ribu belanja majlis sambut hari tua Lim Kit Siang tu didermakan kepada Tony Pua,”ulas Azman Haj.
Sebelum ini, Minda AIDCNews mengulas majlis majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 Kit Siang itu dibuat secara tertutup dan tanpa publisiti meluas kerana bimbang imej kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim akan terdedah kepada orang ramai.
“Sebabnya, program itu bertentangan imej DAP yang cuba paparkan kepada rakyat Malaysia. Majlis itu berimejkan bourjois (bangsawan) yang bertentangan dengan imej marhaen yang cuba ditonjolkan kepada umum sebelum ini.
“Meskipun memperjuangkan konsep sama rata, namun sambutan hari jadi ke-75 di hotel lima bintang di Pulau Pinang melambangkan keluarga Lim telah memasuki zon golongan bourjois.
“Kerana hanya golongan yang kaya raya, mempunyai aset peribadi yang banyak sahaja mampu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuja dan mengagungkan hari kelahiran dalam satu malam.
“Golongan marhaen tidak mampu menyewa hotel lima bintang untuk menyambut hari kelahiran, apatah lagi membeli atau menyewa pakaian yang mahal-mahal setaraf dengan majlis itu yang diserikan dengan acara muzik berbayar.
“Belum lagi dikira dengan kos makan-minum percuma kepada tetamu-tetamu terpilih yang diundang.”
Menurut Minda AIDCNews, inilah imej sebenar keluarga Lim yang cuba disembunyikan kepada umum sebelum ini.
Walau bagimanapun, menurut penulis imej sebenar Lim itu sudah mula dikesan oleh inner circle DAP sejak dari awal tahun 1970-an lagi.
Ia didedahkan oleh Goh Hock Guan, salah seorang pengasas DAP dan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1969.
goh-13 mei
Goh ketika itu salah seorang perancang perarakan kemenangan DAP pada PRU 1969 yang turut serta dalam perhimpunan itu yang dianggap pencetus tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei.
Walau bagaimanapun, Lim yang berjawatan Setiausaha Organisasi DAP enggan bertanggungjawab dengan melarikan diri ke Sabah ketika perarakan DAP diadakan di Kuala Lumpur.
Namun, selepas itu, Lim merampas jawatan Setiausaha Agung DAP daripada Goh dan kekal menguasai parti itu hingga ke hari ini.
“Saya terpaksa keluar daripada lingkaran Kit Siang. Ini kerana, saya tahu apa yang telah berlaku, seorang lelaki (Kit Siang), yang dahulunya memandu kereta fiat lama yang saya beli dengan harga 500 dollar telah (menukar kereta dengan) membeli kereta (mewah) Mercedes Benz.
“Saya telah kritik sikap dia dan yang lain dalam mesyuarat tertinggi parti. Mereka tidak suka dengan kritikan saya itu,”kata Goh ketika diwawacara New Straits Times pada tahun 2013.
Goh berkata selepas DAP menang besar pada PRU 1969, gaya hidup pimpinan parti itu mula berubah dan bertentangan dengan dasar sosialis yang diperjuangkan parti itu.
Menurutnya, gaya hidup Kit Siang mula berubah apabila membeli kereta Mercedes Benz dan mengupah pemandu bertentangan dengan semangat ‘Mahatma Gandhi’ yang dilaungkan parti itu sebelum ini.
goh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails