Saturday, March 05, 2016

Ini Juga Strategi, 2 Ahli PAS Hadir Majlis Deklarasi Tolak Najib.

PAS akui bahawa kehadiran 2 orang ahlinya ke majlis deklarasi telah mendapat kebenaran Presiden..Penjelasan. Dua orang yang hadir ke majlis deklarasi telah mendapat kebenaran dari Presiden.

1. Dato Mustaffa Ali

2. Dato Khairuddin Aman Razali.

Mereka hadir dengan kebenaran khas Presiden.

Deklarasi itu adalah deklarasi rakyat. Kandungan deklarasi ialah mendesak Najib turun dari jawatan selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PAS. Tiada masalah dengan deklarasi tersebut.


Seluruh pimpinan parti berdiri teguh di atas pandangan dan hak Presiden dalam isu ini.

PAS akan terus berusaha ke arah perubahan total dasar negara agar selaras dengan tuntutan Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden.
4hb Mac 16 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu juga termasuk strategi PAS, bukan kebetulan.

'Miss Trans Israel', Pengikut LGBT, Sampai Dalam Parti Politik M'sia?


Kontes kecantikan transgender digelar di Israel










 Pertandingan'Miss Trans Israel'.

Sebuah kelab di Ibu Kota Tel Aviv, Israel, kelmarin (3/3) malam lebih ramai daripada biasanya. Perhatian ratusan pengunjung tertuju pada 30 transgender yang asyik berlenggak-lenggok di catwalk. Mereka sedang berjuang menjadi bapok, maknyah atau pondan pertama di Negeri Zionis itu yang dapat memperoleh mahkota pertandingan 'Miss Trans Israel'.

The Jerusalem Post melaporkan, acara ini merupakan pertandingan kecantikan transgender pertama diumumkan di Israel. Selama dua dekad terakhir, Tel Aviv sebetulnya sudah menjadi salah satu bandar paling ramah terhadap Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT). Situasi Tel Aviv terhadap penyuka sesama jenis mahupun waria atau bapok, yang sangat berbeza dengan negara Timur Tengah di sekitarnya, sangat anti-LGBT. 

Ketua Penganjur 'Miss Trans Israel', Stephanie Lev, menyatakan tujuannya mengumumkan acara ini, adalah untuk menggalakkan warga transjender lebih berani tampil di ruang awam. Berbeza dengan kalangan gay atau lesbian, kaum waria pernah mengalami diskriminasi di Israel.

"Kita ingin merayakan fakta bahawa masyarakat Israel sekarang lebih boleh menerima kehadiran kalangan transjender dan transeksual," kata Leon.

Salah satu peserta pilihan dalam pertandingan kecantikan ini adalah Tallen Abu Hanna (21). Waria berparas ayu itu datang dari Bandar Nazareth. Dia optimis dapat meraih mahkota Miss Trans Israel, dengan bakat menyanyi serta menari.

"Saya ingin menghibur sebanyak mungkin orang," kata Abu Hanna.

Keyakinan yang sama juga dimiliki Elian Nesiel, transgender 20 tahun asli Tel Aviv. "Kami tidak minta segera diterima masyarakat. Tentu semua ini memerlukan proses," ujarnya.

Di Israel, sejak satu dekad terakhir, transjender boleh masuk tentera. Walaupun majoriti orang mula bertolak ansur, komuniti Yahudi ortodoks masih sangat membenci LGBT. Tahun lalu, seorang perempuan lesbian ditikam hingga mati oleh seorang Yahudi radikal di tengah Parade Gay Jerusalem.

Pemenang Miss Trans Israel akan dihantar mengikuti pertandingan kecantikan waria antarabangsa. Persembahan Miss Trans International rencananya akan diumumkan pada Ogos 2016 di Sepanyol. 

Apakah pengaruh LGBT ini sudah mulai dimasukkan dalam beberapa parti politik pembangkang yang memperjuangkan liberal dan demokratik di Malaysia? 
(IH)

Lihat sebelum ini..

Friday, March 04, 2016

Deklarasi Rakyat Tolak Najib Sebentar Tadi, Termasuk 4 Ahli PAS.



KUALA LUMPUR, Jumaat – Majlis Deklarasi Anti-Najib yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin berbeza fahaman politik hari ini telah bersepakat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya disingkirkan daripada jawatannya.
Antara yang hadir ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Maria Chin Abdullah, S Ambiga dan Khairuddin Aman Razali.
Khairuddin Aman Razali
Teks deklarasi yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dan menyokong supaya penyingkiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
Ini juga termasuk menyingkirkan ke semua individu yang terlibat dengan Najib dan memansuhkan semua undang-undang serta perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Deklarasi itu juga menuntut supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan oleh pimpinan Datuk Seri Najib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Persetujuan tersebut telah diambil kira berdasarkan isu skandal yang terpalit ke atas Perdana Menteri itu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang sumbangan politik yang didakwa diterima daripada Putera Raja Arab Saudi berjumlah RM2.6 bilion.
Majlis menandatangani deklarasi yang dihadiri oleh 58 pemimpin dari pelbagai parti dan NGO telah diadakan di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, petang tadi. 

Mereka yang hadir

Dr Siti Hasmah Mohd Ali 
Maria Chin Abdullah 
S Ambiga 
Mustapa Ali 
Zaid Ibrahim 
Lim Kit Siang 
Ling Liong Sik 
Muhyiddin Yassin 
Mahathir Mohamad 
Mohamed Azmin Ali 
Sanusi Junid 
Muhkriz Mahathir 
Mohamad Sabu 
Husam Musa 
Mahfuz Omar 
Khairuddin Aman Razali 
Tamrin Ghafar 
Hishammudin Rais 
Salahuddin Ayub 
A Kadir Jasin 
Muhammad Muhammad Taib 
Elizabeth Wong 
Kamaruddin Jaafar 
Mujahid Yusof Rawa 
Teresa Kok 
Tian Chua 
Anthony Loke 
Hasanuddin Mohd Yunus 
Khairuddin Abu Hassan 

Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'. 

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.  (IH)

Asia’s Next Top Model, Banggakah Melayu Dari M'sia. Lucah Begini?



Sebelum ini memang pernah viral cerita pasal seorang gadis Melayu terpilih jadi 14 finalis untuk musim baru program pencarian model ‘Asia’s Next Top Model’, iaitu Nooraini Mohd Noor.. 

Pastinya itu bukanlah satu perkara yang sangat dibanggakan oleh netizen dan lain-lain.. Finalis program itu dikenali sebagai Tuti. 

Banggakah orang Melayu lucah begini memperkenalkan Malaysia di luar negara? Kalau negara Melayu ini tidak Islam, memang wajar. Tetapi Malaysia adalah sebuah negara umat Islam yang perlembagaannya menyebut 'Islam agama bagi Persekutuan', maka ianya tentu tidak wajar?

Lihat, ada yang memberi komen. 

"Komen paling win pada abad ini Miss A rasa ialah, netizen gelar Tuti sebagai ‘Next Top Neraka’ dan akan jadi bahan api neraka.. Hahaha.. 

"Mana taknya, Miss A pernah juga follow program ini.. Tak sah la kalau tak ada adegan-adegan model perlu tampil separuh bogel.. Beraksi berahi kat depan kamera.. Terliur wei.. 

"Tak salah nak mengharumkan nama negara dengan cuba nasib jadi peserta untuk mana-mana program di luar Negara.. 

"Tapi, bukan dengan cara masuk program yang beraksi lucah macam ni.. Memalukan mak bapak ko je dik non oit! " Kata pengomen itu.

Tiada masalah Top Model, selamat dengan mengundi PAS! (IH)
Masalah 'Top Model', selamat dengan undi PAS!

Sejarah Pasukan 'Gerak-Cepat Hud-hud'. Benarkah Ia Seekor Burung?

DALAM salah satu ayat Al Qur’an, dikisahkan tentang Bala Tentara Nabi Sulaiman: 
  • Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) (Qs. An-Naml (27) ayat 17).
Dimana Perintah dari induk pasukan ataupun laporan ke induk pasukan, dilakukan dengan saling berkirim informasi, melalui surat yang diikatkan pada kaki (tubuh) burung.

  • Dan telah dihinpunkan bagi sulaiman bala tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) (an-Naml: 17)
  • Dan dia memeriksa burung-burung lantas berkata ‘Mengapa aku tidak melihat (burung) hud-hud apakah dia termasuk yang tidak hadir?’ (an-Naml : 20)

Sebagaimana dilapor dalam ayat di atas, bahawa jumlah pasukan nabi Sulaiman AS amat banyak dan beraneka ragam, dari bangsa jin, manusia dan haiwan. Meski begitu, nabi Sulaiman tidak pernah lengah terhadap anggota pasukan yang ada di bawah kepernimpinannya. Sebagai pemimpin, ia harus rnemeriksa dan mengetahui keadaan bawahannya. 

Ia berkewajiban mengayomi sekaligus memperbaiki keadaan mereka. Perhatian itu tak saja ditujukan kepada tangan kanan dan orang-orang terdekatnya, tetapi menyeluruh sampai pada pasukan tingkat paling bawah. Kerana itu, burung juga anggota pasukannya, merniliki hak yang sama untuk diperhatikan.


Allah SWT memberikan kemampuan pada Nabi Sulaiman untuk dapat mengerti dan memahami bahasa binatang, di antaranya bahasa burung hud-hud. Suatu ketika,Nabi Sulaiman memerintahkan burung hud-hud untuk terbang mengawasi kerajaan, khawatir akan ada musuh yang menyerang kerajaan.

Maka di laksanakanlah tugas tersebut. Burung Hud-Hud terbang hingga ia sampai di sebuah kerajaan yang bernama Kerajaan Saba’ yang di pimpin oleh Ratu Balqis, namun kerajaan ini tidak menyembah Allah Swt., melainkan menyembah matahari. Burung hud-hud yang melihat kejadian tersebut kembali ke nabi Sulaiman dan menyampaikan apa yang di lihatnya. 

Nabi Sulaiman pun menyuruh kembali burung hud-hud untuk membawakan surat itu kepada Ratu Balqis. Surat itu berisi ajakan kepada Ratu Balqis dan rakyatnya untuk beribadah kepada Allah Swt. Setelah membaca surat itu, Ratu Balqis menemui Nabi Sulaiman dan akhirnya, Ratu Baqis dan rakyatnya mahu beribadah kepada Allah Swt.

Hud-hud dikirim untuk menjalankan tugas kenegaraan penting yakni tugas intelijen dan ia membawa berita penting untuk Nabi Sulaiman AS., sebab dari hasil kerja pasukan intelijen yang dipimpin oleh Hud-hud itulah Nabi Sulaiman AS telah merancang siasat berkenaan dengan Ratu Saba.

Saba dapat disamakan dengan Syeba dari Bible (I Raja-raja bab 10). Saba adalah sebuah kota di Yaman terletak kira-kira tiga hari perjalanan dari kota Shana’ dan merupakan pusat pemerintahan Ratu Saba. Lagi pula, Saba adalah cabang terkenal dari kabilah Qahthani.

Siapa sesungguhnya “Hud-Hud” itu ?

Ada yang berkeyakinan, Nabi Sulaiman dapat bercakap-cakap dengan burung. Mereka percaya Hud-hud sebagaimana dikisahkan di dalam Al Qur’an, adalah se-ekor burung yang istimewa.

Benarkah demikian?

Komen:

Di dalam Grub Facebook, “Muhammadiyah: Gerakan Islam Berkemadjoean“, “Mencari Penghuni Langit” dan “The Origin Of Meaning“.   dibahas tentang makna dari Pasukan Burung Nabi Sulaiman. (

Ini pembahasannya :

Dalam salah satu ayat Al Qur’an, dikisahkan tentang Bala Tentara Nabi Sulaiman :

  • Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) (Qs. An-Naml (27) ayat 17).

Menurut Ustadz H. M. Nur Abdurrahman (HMNA), Pasukan burung yang dimaksud ayat di atas adalah pasukan gerak cepat, iaitu pasukan kavaleri dan regu-regu pengintai yang membawa burung-burung untuk komunikasi.

Dimana Perintah dari induk pasukan ataupun laporan ke induk pasukan, dilakukan dengan saling berkirim informasi, melalui surat yang diikatkan pada kaki (tubuh) burung.
burung21
Siapa sesungguhnya “Hud-Hud” itu ?

Ada yang berkeyakinan, Nabi Sulaiman bisa bercakap-cakap dengan burung. Mereka percaya Hud-hud sebagaimana dikisahkan di dalam Al Qur’an, adalah se ekor burung yang istimewa.

Benarkah demikian ?
Mari kita perhatikan, ayat-ayat berikut :

  • Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. “Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang”. (QS. An-Naml (27) ayat 20-21).
  • Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. (QS. An-Naml (27) ayat 22).
Dari ayat di atas, Hud hud, adalah seorang pejabat militer yang penting, dan bukanlah seekor burung, sebagaimana tafsiran sebahagian orang. Ketidak-hadirannya tentu membuat marah Nabi Sulaiman AS.

Beberapa alasan, Hud Hud bukan seekor burung…

(a) Sangat aneh jika seorang raja besar, seperti Nabi Sulaiman, sangat gusar atas ketidak-hadiran se-ekor burung kecil, sehingga berkenan akan menjatuhkan hukuman berat kepada burung tersebut.

Akan lebih logik, jika yang dimaksud Hud Hud itu, adalah seorang pejabat tinggi militer. Hal ini dapat dilihat dari beratnya hukuman, kerana kesalahan seorang berpangkat tinggi, boleh berpengaruh kepada disiplin tentara secara keseluruhan.

(b) Nabi Sulaiman adalah seorang yang sangat cerdas, tentu boleh memilah-milah kesalahan pihak lain. Kalau yang salah itu hanya se ekor burung, tentu ia memaklumi, kerana akal pikiran haiwan, tidaklah sebaik manusia.

(c) Hud-hud, ternyata sangat paham akan undang-undang dan keperluan-keperluan negara, dan juga paham sekali mengenai tauhid (lihat QS. An-Naml (27) ayat 23- 26), padahal burung-burung tidak demikian.

  • Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan Yang disembah kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘Arsy yang besar” (QS. An-Naml (27) ayat 23-26).
(d) Ada yang mempercayai Hud hud yang diceritakan di dalam Al Qur’an, adalah sejenis burung yang memiliki nama  Noble Hoopoe atau Eurasian Hoopoe [Upupa epops]. 

Namun anggapan itu, masih sangat diragukan. Hal ini disebabkan burung yang di maksud bukanlah burung penjelajah. Padahal diperkirakan jarak antara Palestin ke Negeri Saba, mencapai sekitar 2,000 km.
hudhud1

Catatan Penambahan :

1. Hudhud dimaknai sebagai seorang petinggi militer atau pegawi tinggi tentera, juga merupakan pendapat dari Dr. Ir. Soekmana Soma MSP, M. Eng, di dalam bukunya yang berjudul “Ada apa dengan ulama?: pergulatan antara dogma, akal, kalbu & sains“.

Di dalam bukunya tersebut, Soekmana Soma berpendapat :
Kata thair dalam QS. An-Naml (27) ayat 17, berasal dari kata thara, yang berarti terbang dan dapat juga berarti kuda (Shaik Nasr Abu’l Wafa’, The Qamus).

Oleh karenanya, terjemahan QS. An-Naml (27) ayat 17 adalah ::

“Dan dihimpun kehadapan Sulaiman balatentaranya, (yang terdiri) dari kabilah pegunungan yang telah ditaklukkan (jin), pasukan darat (manusia), dan pasukan berkuda (thair), dan mereka dibentuk menjadi beberapa golongan”.

Sementara terjemahan QS. An-Nam (27) ayat 20 :

“Dan ia (Sulaiman) memeriksa barisan thair, lalu berkata : Mengapa aku tidak melihat Hudhud, apakah ia tidak hadir?”

Dengan demikian kata “tafaqqadatthaira” mestinya di-interpretasikan memeriksa barisan berkuda. Sementara Hudhud adalah nama seorang Petinggi Militer, yang kebetulan tidak hadir, dalam momen yang sangat penting, sehingga membuat Nabi Sulaiman marah.

Selanjutnya Nabi Sulaiman berkata :

“Aku pasti akan menghukum dia (Hudhud) dengan hukuman yang pedih, atau kubunuh dia, kecuali ia memberikan alasan yang jelas” (QS. An-Naml (27) ayat 21).

Dari ayat ini jelas Hudhud adalah manusia biasa, bukan seekor burung. Sebab logikanya : apakah pantas seorang Nabi, memarahi seekor burung?

burung3

2. Dengan memperhatikan ayat Al Qur’an :

“Dan ia (Sulaiman) memeriksa barisan thair, lalu berkata : Mengapa aku tidak melihat Hudhud, apakah ia tidak hadir?”
“Aku pasti akan menghukum dia (Hudhud) dengan hukuman yang pedih, atau kubunuh dia, kecuali ia memberikan alasan yang jelas” (QS. An-Naml (27) ayat 20-21).

Hudhud adalah bagian dari barisan thair. Dan jika kita mengartikan barisan thair itu sebagai Pasukan Burung, apakah Hudhud mestinya seekor burung? Sama halnya, dengan Pasukan Kuda, apakah pemimpinnya harus seekor Kuda. Dengan demikian, Hudhud tidak harus seekor burung, Hudhud juga bisa manusia biasa, yang merupakan bagian dari Pasukan Burung.
kuda1

3. Berdasarkan kajian dari Ustadz H.M. Nur Abdurahman, Nabi Sulaiman adalah seorang yang mengerti mantiq burung, yakni memahami makna kicau, gerak-gerik dan perangai serta kebiasaan burung.

Sebagaimana bunyi dari QS. Al Naml (27) ayat 16 :

Wa Qa-la Ya-ayyuha- nNa-su ‘Ullimna- Manthiqa thThayri.
Berkata (Sulaiman): hai manusia, telah diajarkan kepada kami logika burung. Pada masa sekarang ini ada sebuah disiplin ilmu yang disebut ethology (jangan dikacaukan dengan ecology), iaitu ilmu yang berhubungan dengan perangai binatang (animal behavior), terutama yang berhubungan dengan habitatnya.

Dalam Abad yang lalu ada Sulaiman modern yang bergelar “The Bird Man of Al Catraz”, iaitu seorang penghuni/narapidana di penjara Al Catraz yang faham dan ahli betul dalam hal ethology khusus untuk burung.

WaLlahu a’lamu bishshawab

Sumber : 
1. Apakah dalam Kejadian Sesungguhnya Nabi Sulaiman AS Dapat Bercakap-cakap dengan Burung dan Semut?
2. Misi Intelijen  Nabi Sulaiman a.s. Pimpinan Jenderal Hud-hud  ke Kerajaan Ratu Saba

(IH)

Bubar Parlimen Langkah Terbaik Hadapi Krisis -PAS

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pandangan dikeluarkan oleh PAS Pusat melalui kenyataan Setiausaha Agung, Dato Haji Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan bagi memberikan laluan kepada satu pilihan raya umum di negara ini. 


Ia adalah langkah terbaik bagi menyerahkan semula mandat rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat yang hari ini telah terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan.

Hari ini dengan pelbagai isu ekoran kegawatan ekonomi, isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad), isu derma RM2.6 billion, kejatuhan nilai mata wang negara dan yang terbaru ialah dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa beliau telah ditunjukkan bukti terhadap jenayah didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia benar-benar meresahkan rakyat di negara ini.

Perlu diingatkan bahawa rakyat berhak mempunyai sebuah kerajaan yang lebih baik dan stabil untuk menyelesaikan segala permasalahan ini. 


Walaupun tempoh parlimen dengan sendirinya boleh terbubar setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, tetapi akibat masalah kegawatan yang berlaku tanpa kawalan hari ini, pembubaran parlimen adalah merupakan satu langkah yang terbaik dan berkesan di dalam menangani kemelut berpanjangan ini. 

Langkah membubarkan parlimen apabila menghadapi krisis kepercayaan bukanlah satu perkara yang baru dalam amalan demokrasi di dunia ini. Pada tahun 2001, Presiden Sri Lanka pada masa itu, Chandrika Kumaratunga pernah membubarkan Parlimen sekali gus mengarahkan supaya pilihan raya terbaru diadakan selepas menghadapi krisis kepercayaan daripada sebahagian anggota parlimen.

Di Jepun pada bulan November 2014, Perdana Menterinya, Shinzo Abe pernah membubarkan Dewan Rendah Parlimen Jepun secara mengejut bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum bulan berikutnya  dalam usaha mendapatkan mandat baharu terhadap kerajaannya setelah dihimpit skandal, sekali gus mencapai matlamat dasar yang dirangka. Ia dilakukan hanya selepas dua tahun Shinzo Abe menjadi Perdana Menteri. 

Demikian juga di Thailand, pada Disember 2013, Perdana Menterinya pada masa itu, Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya di negara itu bagi menenangkan krisis politik yang semakin parah. 

Yingluck menunjukkan ‘kejantanannya’ mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat sekaligus mencabar penentangnya untuk berhadapan di dalam pilihan raya secara demokrasi dan bukannya melalui jalan raya.

Justeru, DPPM menuntut agar Perdana Menteri yang juga Presiden Umno menyedari denyut nadi rakyat yang semakin tertekan dengan segala bebanan hidup dan krisis di dalam kerajaan akibat daripada pertembungan dalaman Umno. 

Di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pembubaran Parlimen hanya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri sewajibnya mengadap dan mengemukakan cadangan ini untuk diperhalusi oleh Baginda.

Kegagalan Perdana Menteri untuk bertindak menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap urusan ini hanya akan menambahkan lagi masalah yang sedang berlaku di negara ini. Rakyat akan terus menerus dihimpit oleh pelbagai tekanan hidup, manakala imej pimpinan negara semakin merudum dengan pelbagai skandal yang berlaku.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

‘Ini, Grand Design’ Tawan Putrajaya @M'sia. Siapa Di Belakang?

Dua ‘grand design’ untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) adalah menggunakan platform Pakatan Harapan (PH) dan Grand Coalition (GC)
PH dibentuk pada 22 September 2015 yang menggabung tiga parti pembangkang, DAP, PKR dan PAN yang bakal bertanding melawan BN pada PRU 14. Datuk Saifuddin Abdullah (bekas timbalan menteri daripada UMNO) dilantik sebagai Ketua Sekretariat PH.
grand dap
GC pula dihasilkan melalui retreat DAP Selangor Selasa lepas yang menghimpunkan tokoh-tokoh politik tertentu diklasifikasi mempunyai pengaruh yang mempunyai agenda sama untuk menyelamatkan Malaysia. Salah seorang tokoh yang sudah dilantik dalam GC adalah Datuk Zaid Ibrahim (bekas menteri daripada UMNO) ditugaskan mengetuai perhimpunan Anti-Najib, 27 Mac ini.
Platform GH ini bertujuan untuk mengikis sokongan terhadap BN dan meningkatkan sokongan PH. Kedua-dua platform ini diilhamkan oleh pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang bagi mencapai impian perjuangan parti itu untuk mewujudkan Malaysian Malaysia (Malaysia Untuk Rakyat Malaysia).
(AIDCNews)

Berita Seks Sampit Kalimantan: Pelacur Mula Tinggalkan Kerjanya.



SAMPIT: Ramai pekerja seks telah meninggalkan pusat pelacuran di daerah Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah kerana mengecut bilangan pelawat atau pelnggannya.

"Mereka mengadu mengenai bilangan pengunjung semakin berkurangan. Ramai daripada mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung rumah mereka di kawasan-kawasan lain," kata ketua pejabat Hal Ehwal Sosial daerah Bima Ekawardhana kepada Bernama di sini pada Selasa.



Rupa-rupanya Kotawaringin Timur bukan tempat yang menguntungkan untuk perniagaan seks, berkata Bima. Terdapat tiga pusat pelacuran di Kotawaringin Timur dan lokasi yang tidak jauh dari bandar perbandaran Sampit.

Tahun lepas, terdapat 224 kanak-kanak perempuan di pusat pelacuran Pasir Putih, tetapi jumlah itu telah lebih kecil pada 196 minggu lepas, katanya. Beberapa gadis-gadis berubah pekerjaan mereka untuk menjadi tukang masak, tukang jahit, gadis solek, dan lain-lain bergantung kepada kemahiran yang mereka dapati dari latihan sering diberikan oleh pejabat hal ehwal sosial.

"Jumlah pekerja seks di Parenggean dan Tangar pusat pelacuran juga telah menurun," Bima.


Pelacur terjangkit HIV , Aktif layani tamu

Beliau berkata jelas lelaki mula melihat bahaya dijangkiti penyakit HIV / AIDS yang amat ditakuti akibat seks bebas. Serbuan yang kerap oleh pihak berkuasa juga membantu menggalakkan orang daripada pergi ke pusat-pusat pelacuran, katanya.

Sumber: Antara.

Lihat..
E-Buku IH-51: Catatan Perjalanan
E-Buku IH-51: Catatan Perjalanan
Perjalanan Ke Kalimantan

Thursday, March 03, 2016

PAS Gagal Laksana Hudud? Nik Amar Jawab.



KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri sebenarnya gagal melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud di Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah mengalah dalam usaha untuk melaksanakan hudud dinegeri ini walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Apa yang dimaksudkan dengan gagal tersebut, kita belum berjaya lagi, ini bukan bermakna kita gagal. Contohnya, orang naik kelapa, kita baru sampai separuh, orang tak panggil gagal lagi.
“Mungkin kita berhenti untuk ambil nafas, selepas itu kita naik baliklah, kecuali kalau kami (kerajaan negeri) gelonsor turun dari pokok, itu barulah maknanya kami gagal, kami tidak gelongsor pun. Cuma kami tersangkut ditengah-tengah,” katanya kepada media di Kompleks Kota Darulnaim disini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Pas sebenarnya gagal melaksanakan hudud yang diperjuangkan semenjak keberadaan arwah Datuk Nik Abdul Aziz. - SH

Reformasi Azmin Dikritik? Politik Qu Puteh.. -Wan Ji

wan ji2
Wan Ji Wan Hussin yang menyertai PKR pada Julai tahun lalu kini dipercayai telah diberi surat amaran daripada Pejabat Menteri Besar Selangor kerana mengkritik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Dapat surat dari Pejabat MB Selangor..
“Sebenarnya, kalau kena pecat keahlian parti pun saya tak hairan.. sekadar bagi surat, lebih-lebih lagi saya tak hairan,”kata Wan Ji dalamFacebook sekejap tadi.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kritikan Wan Ji yang membidas kewibawaan Azmin bercakap persoalan reformasi.
wan ji-azmin
“Reformasi? … Suruh dedah kat public tentang kubah RM32 juta dan cat gerbang RM9 juta pun tak boleh…. Sembang jeee
“Cakapnya, politik pencerahan. Buatnya, politik Qu Puteh,”kritik Wan Ji terhadap satu kenyataan Azmin yang disiarkan Malaysiakini.
Dalam kenyataan itu, Azmin mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan tegas mendesak supaya berlaku reformasi dalam institusi negara.
Azmin berkata, pendirian tersebut adalah selaras dengan perjuangan ‘reformasi’ yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim.
“Masa telah tiba di mana semua parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara.
“Ikhtiar bersama ini perlu dijadikan kenyataan demi mengembalikan negara di atas jalan demokrasi yang tulen.
“Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan jujur,” kata Azmin.
Justeru itu Azmin menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi politik bergading bahu melaksanakan perubahan yang diseru oleh Muhyiddin itu.
“Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah.
“Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi. Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.
“Ayuh, jangan menoleh lagi. Kita harus bersatu demi perubahan,” tegasnya.
wan ji
wan ji1
(Aidcnews)