Awasi Strategi Komunisme Tanpa Senjata
AIDCNews – 12/3/16 –Walaupun Parti Komunis Malaya (PKM) telah meletak senjata pada akhir tahun 1980-an, namun pengaruh fahaman komunis atau komunisme masih bertahan sampai ke hari ini.
Fahaman ini-Komunisme-dikenali sebagai komunis tanpa senjata yang fahamannya telah menyerap masuk dalam parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tertentu.
Lim Sian See mendedahkan satu strategi propaganda utama PKM untuk menawan hati dan minda masyarakat Cina adalah melabel pengkhianat kepada kaum itu yang tidak menyokong perjuangan PKM.
“Semasa zaman darurat komunis, salah satu daripada strategi propaganda PKM adalah melabelkan semua orang-orang Cina di Tanah Melayu sebagai “pengkhianat bangsa” atau “Chow Kow / Running Dog”.
“Ini adalah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan mereka yang tidak menyokong Chin Peng dan Parti Komunis pimpinannya.
“Adakah taktik propaganda ini biasa digunakan oleh pihak politik tertentu dan cybertrooper mereka hari ini ?” soalnya.
Lim Sian See berkata demikian ketika memetik satu keratan (di atas) daripada buku pengkisahan tentang gerakan PKM di Tanah Melayu.
Dua hari lepas, Raja Petra Kamaruddin yang lebih dikenali RPK, editor Malaysia-Today ketika diwawancara oleh New Straits Times mendedahkan terdapat persamaan di antara taktik yang digunakan PKM dan DAP dalam menawan minda pengundi masyarakat Cina.
“Kami menyokong kerajaan kerana kita ingin memastikan bahawa pembangkang Cina pimpinan DAP tidak akan merebut kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan DAP yang didominasi Cina dengan Melayu dari PAN dan PKR sebagai proksi dan boneka mereka.
“Kumpulan Melayu ini selalunya masyarakat Cina gelarkan sebagai ‘running dogs’. Pergi tanya mana-mana orang daripada kaum Cina apakah maksud sebenar ‘running dogs‘ dan mereka akan memberikan pencerahan kepada anda,” katanya.
RPK mendedahkan, Chin Peng telah memberitahu komuniti kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong PKM atau mereka akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Cina.
Begitu juga, DAP telah menggunakan taktik sama dengan memberitahu kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong Pakatan Harapan jika tidak, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa Cina.
“Jadi mengapa saya tidak boleh memberitahu bahawa orang Melayu mesti menyokong UMNO jika tidak anda seorang pengkhianat kepada bangsa Melayu?,” soalnya.
Taktik DAP menggunakan propaganda ‘pengkhianat’ kepada sesiapa yang tidak menyokong parti itu telah didedahkan oleh Jason Chin tahun lalu.
“Nama saya Jason Chin dan saya adalah dari keturunan Cina. Namun, saya secara terbuka mengaku bahawa saya tidak akan menyokong serta membuang undi untuk DAP.
“Biar saya juga memberi jaminan kepada anda bahawa saya bukan satu-satunya orang Cina yang tidak akan menyokong DAP. Terdapat banyak orang lain seperti saya di luar sana yang tidak menyuarakan pendapat mereka, kerana mereka takut mereka akan diejek dan dilabel sebagai ‘Anti-Cina,” katanya dalam artikel bertajuk “Why i wil never support DAP”
“Dari 1952-1969 parti pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang telah diresapi oleh komunis. Dalam pilihanraya umum 1969 Parti Buruh memulaukan pilihan raya dan telah meninggalkan pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan PMIP / PAS.
“Dalam tempoh berkempen, Parti Buruh telah memberikan sokongan kepada DAP. Ini dengan sendirinya akan memberitahu anda intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di dalam DNA mereka,”katanya lagi.
March 10, 2016 at
11:44 AM