Saturday, April 16, 2016

Elak 'disembur arak', Khairul Idham, Pelumba M'sia Memenangi Kejohanan MotoGP Dunia.


SUKAN

PELUMBA Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, Khairul Idham Pawi memberikan contoh menarik dalam sebuah video yang viral hari ini. 

Video yang dimuatnaik ke Facebook awal pagi tadi menunjukkan Khairul Idham melarikan diri dari podium sebelum disembur arak yang dibuka oleh pelumba bukan beragama Islam.
Pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi

'Sembur arak' merupakan satu trend yang seringkali disaksikan apabila pelumba bukan Islam membuka arak di atas podium dan menyemburkannya ke arah satu sama lain atau orang ramai.

Tindakan pantas Khairul Idham mendapat pujian pelayar laman sosial yang beragama Islam.

"'Respect' diharap beliau akan terus dapat mempertahankan jati diri Islam.. Amin," kata pelayar, Shahrir.

"Tahniah... Alhamdulillah.. kita jaga agama ALLAH SWT, ALLAH SWT jaga kita. Kita menangkan agama ALLAH SWT, Insya ALLAH ALLAH SWT menangkan kita," balas Ana Zaujah  pula.


Khairul yang berusia 17 tahun yang merupakan pelumba dari pasukan Honda Team Asia berjaya mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina. (SH)

Turki Gesa Kerajaan Islam Di Dunia Bersatu. Fatwa Y/Qardhawi..


ERDOGAN menunggu untuk menyambut ketibaan delegasi negara-negara anggota OIC di Istanbul, Turki semalam. -AFP


ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyeru semua ketua kerajaan dan pemerintah Islam dari seluruh dunia agar berhenti daripada berpecah-belah sebaliknya bersatu untuk menentang keganasan.
Turki sedang cuba menonjolkan pengaruhnya dalam kalangan 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia khususnya di wilayah yang pernah dikawal empayar Uthmaniah pada persidangan dua hari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini selaku pengerusi untuk dua tahun akan datang.
Bagaimanapun, perjumpaan yang menyatukan lebih 30 pemimpin negara Islam itu dibelenggu konflik mazhab di Syria dan Yemen serta antara golongan Syiah pimpinan Iran dan Sunnah pimpinan Arab Saudi.
“Saya percaya cabaran paling getir yang perlu kita atasi ialah perbalahan antara mazhab. Agama saya bukannya Sunnah mahupun Syiah, agama saya ialah Islam.
“Kita perlu bersatu, keluar daripada konflik dan kezaliman kerana akhirnya cuma umat Islam yang merana,” kata Erdogan dalam ucapan perasmiannya.
Beliau menganggap persidangan itu mungkin menjadi satu titik perubahan untuk keseluruhan dunia Islam.
Erdogan turut membidas kumpulan militan Islamic State yang menawan sejumlah besar wilayah di Syria serta kumpulan pelampau Islam, Boko Haram di Nigeria sebagai dua pertubuhan pengganas yang mempunyai niat jahat serupa.
Menurutnya, OIC telah menerima cadangan Turki untuk membentuk satu pusat koordinasi polis multinasional bagi membantu negara-negara Islam menentang militan dan akan berpusat di Istanbul.
“Kita perlu menubuhkan sebuah organisasi untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam menentang keganasan,” katanya. – AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimFatwa dikeluarkan oleh Persatuan Ulama Muslim Dunia..
Sementara itu, menurut Hidayah.com, Turki telah berada di barisan terdepan dalam menyokong perjuangan kaum Muslimin kini. Negara ini memberi perhatian besar terhadap Revolusi di Syria dan jihad di Palestin. Sikap yang demikian membuat Turki mendapat banyak “musuh”.
Berbagai pihak menekan nya baik dari sector ekonomi, lobi politik, dan lainnya. 

Oleh kerana itu, wajib bagi setiap muslim pemimpin juga rakyat, berpihak kepada Turki dalam membela kebenaran tersebut.
Demikian fatwa yan dikeluarkan oleh Persatuan Ulama Muslim Dunia (International Union of Muslim Scholars) belum lama ini di Doha, Qatar.

“Banyak pihak yang hendak mengjagal kebangkitan Turki. Mereka menekan Turki dari sector ekonomi dan menarik narik Turki ke dalam konflik yang sia-sia. Itu semua hanya kerana Turki berpihak kepada kemanusiaan, membantu rakyat dan mengurus pelarian Syria,” tulis Persatuan Ulama melalui laman resmi iumsonline.
Dalam pernyataan itu, Persatuan Ulama Dunia menyampaikan empat hal sebagai berikut:
Pertama, mewakili Kaum Muslimin, Persatuan Ulama Duniua memberikan apresiasi setinggi-tinggi nya bagi Turki yang telah menyokong perjuangan Umat Islam di berbagai negara. Diantaranya adalah tindakan adil Turki dalam menyikapi Revolusi Syria.
Turki menghulurkan bantuan yang sangat banyak untuk warga Syria di saat mereka dibantai oleh Presiden mereka sendiri. Ratusan ribu telah dibunuh, puluhan ribu dipenjara, dan jutaaan orang terpaksa mengungsi.
Kedua, Persatuan Ulama Dunia mengajak segenap Organisasi Kerjasama Islam (OKI), dan seluruh negara yang merdeka untuk memihak kepada Turki atas sikapnya yang gagah berani. Mempertahankan prinsip dan kedaulatan.
Ketiga, Persatuan Ulama Dunia menyeru bangsa Arab dan seluruh kaum Muslimin menyokong Turki dengan segala bentuk bantuan.
Keempat, membantu ekonomi Turki hukumnya wajib dan mendesak. Kerana berkaitan dengan Akhlak Islam, berhujung pada ukhuwah imaniyah (persaudaraan yang berdasar pada keimanan). Hal itu juga merupakan sikap Wala’ (Loyalitas) terhadap sesama muslim. 

Sebagaimana hal itu diterangkan di banyak ayat al Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam.
Firman Allah dalam al Qur’an Surat Al Maidah ayat 2:
وتعاونوا على البر والتقوى

  • “Dan saling tolong menolong lah kalian dalam kebajikan dan ketaqwaan”
ولا تعاونوا على الإثم والعدوان

  • “Dan jangan kalian tolong menolong dalam keburukan dan permusuhan”
Rosulullah SAW bersabda;
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ  (رواه البخاري ومسلم)

  • “Muslim ialah saudara bagi muslim lainnya. Tidak boleh berbuat dzalim pada nya, ataupun mencampakannya.” [HR. Muslim].
Ertinya, dilarang mencampakan muslim lain dengan tidak menolong baik secara ekonomi, politik, dan lainnya.
Umat Islam adalah seperti Sabda Nabi;
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اَلْمُسْلِمُوْنَ كَرَجُلٍ وَاحِدٍ اِنِ اشْتَكَى عَيْنُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ، وَ اِنِ اشْتَكَى رَأْسُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ. مسلم 4: 2000

  • Dari Nu’man ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang muslim itu ibarat satu orang, jika matanya sakit, maka seluruh badannya ikut merasakan sakit. Dan bila kepalanya sakit, maka seluruh tubuhnya ikut merasa sakit pula”. [HR. Muslim juz]
Semoga Allah mencurahkan ilham Nya kepada presiden yang beriman, Erdogan dan Perdana Menteri Ihsanoglu, berupa; keteguhan dan kebijaksanaan dalam menolong kebenaran. Sehingga dapat bekerja demi kebaikan Islam, kaum Muslimin, dan umat manusia secara keseluruhan jelasnya.
Sebagai penutup, Persatuan Ulama Dunia mendokan kebaikan bagi seluruh negeri kaum Muslimin. Agar Allah halangi dari maker orang-orang yang dzalim.
Fatwa tersebut dikeluarkan di Doha, Qatar pada 12 Safar, 1437 Hijriyah/ 24 November, 2015. Bertandan tangan Ketua Umum, Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi dan Sekjen, Syeikh Dr. Ali al Quradaghi.

Mufti Perak: Keluarkan Ramasamy Dari Negara Ini. M'sia Termasuk The Greater Tamil State?



PETALING JAYA: Kebiadapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof P Ramasamy menghina penceramah Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’ seharusnya dihukum dikeluarkan dari negara ini.

Demikian kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Malah, Harussani juga menyatakan permohonan maaf daripada Ramasamy sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkatan ‘syaitan’ sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu melarang kedatangan Zakir ke sini?,” soalnya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy memohon maaf kerana menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.


Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Batalkan Rancangan Debat Rahman VS Guan Eng. -K/Polis Negara.


Kalau ikut rancangan terkini debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah set untuk disiarkan secara langsung di TV3 pada 19 April ini.
Memang ramai yang tertunggu-tunggu untuk dengar sendiri hujah kedua mereka mengenai isu tanah kontroversi Taman Manggis dan banglo ‘murah’ Guan Eng yang mencuri perhatian ramai.
Namun dicelah itu ada polimek samaada wajar atau tidak wajar debat itu diadakan.
Ada yang rasa ia harus diadakan untuk membolehkan orangramai menilai sendiri siapa betul siapa salah.
Sebaliknya ada yang rasa isu ini melibatkan dakwaan salah laku dalam urus tabir serta rasuah maka ia harus ditangani secara langsung menerusi siasatan penguatkuasa undang-undang yakni Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka berpendapat debat itu tidak akan bawa ke mana dan sebaliknya proses undang-undang hanya boleh diambil menerusi siasatan rasmi SRPM atau PDRM dan kemudiannya ke Jabatan Peguam Negara jika ada pendakwaan hendak dibuat.
Jumaat malam,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri bersuara menerusi twitter beliau mengenai isu ini.
Dalam tiga rangkaian twitter,katanya beliau bersetuju dengan SPRM agar debat antara Rahman VS Guan Eng dibatalkan.
Katanya debat ini boleh akibatkan prejudis atas saksi dan kes.
Khalid memberitahu siasatan polis keatas kes ini masih berjalan dan saksi-saksi utama termasuk Guan Eng belum lagi dipanggil.
Menurutnya jika Rahman ada bukti lanjut serahkan secepat mungkin kepada SPRM atau PDRM untuk disiasat.
Ketua Polis Negara juga minta semua stesen televisyen hentikan rancangan nak siar debat itu sebelum kes selesai.- 16/4/2016
Sudah set... debat Rahman-Guan Eng live di TV3 19 April
   Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAp Lim Guan Eng sudah set untuk disiarkan secara langsung di TV3 pada 19 April ini. Hanya tinggal hendak tentukan siapa moderator dan format debat yang akan diadakan itu.
Wakil Guan Eng, Anthony Loke berkata beberapa pegawai Rahman memberitahunya bahawa mereka telah membincangkan mengenai perkara itu dengan TV3 dan menetapkan tarikh 19 April ini untuk debat diadakan.
"Kami bersetuju dengan tarikh itu tetapi menetapkan syarat bahawa debat perlu disiarkan secara langsung," kata Loke, menyatakan bahawa TV3 telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada perbahasan itu pada slot waktu perdana di studionya, pukul 9 malam.
"Satu-satunya perkara yang kita belum bincang ialah tentang siapa yang akan menjadi moderator dan juga format perbahasan," katanya.
Beliau menambah, sekurang-kurangnya slot masa satu jam diperlukan untuk menjawab semua soalan, sambil menambah ia akan menjadi baik jika lebih banyak masa boleh diperuntukkan.-13/4/2016
(AD)

M'sia Digesa Pertahan Dr Yusuf al-Qaradawi Dari Waran Tangkap Interpol.

SHAH ALAM: Beberapa badan bukan kerajaan Islam di negara ini mendesak Kerajaan Malaysia bersuara mempertahankan ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi yang kini berdepan waran tangkap dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) berdasarkan permintaan Kerajaan Mesir.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ini peluang kepada Malaysia menyuarakan pendirian mewakili suara dunia yang menolak penindasan terhadap Islam.
“Sebagai negara Islam, Malaysia perlu bersatu bersama kerajaan lain, contohnya Turki yang dilihat tegas mengutuk penindasan terhadap Islam,” katanya, lapor Sinar Harian.
Dalam Notis Merah dikeluarkan Interpol, 4 Disember lalu, al-Qaradawi, 88, yang juga Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dikatakan berdepan tuduhan ‘merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri’ di negara asalnya, Mesir.
Notis Merah bermaksud individu itu perlu dicari dan ditahan untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Abdullah Zaik berkata, Mesir menyalahgunakan saluran undang-undang selepas cubaan memburukkan imej gerakan Ikhwanul Muslimin yang mempunyai kaitan dengan al-Qaradawi gagal.
“Di Mesir, wujud gerakan melabelkan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan militan. Tetapi mereka (Kerajaan Mesir) gagal berbuat demikian apabila hasil tinjauan mendapati hanya 20 peratus rakyat negara berkenaan melihat gerakan tersebut sebagai sebuah gerakan militan,” katanya.
Beliau menyifatkan tindakan Mesir dan Interpol sebagai jenayah antarabangsa yang membunuh demokrasi Islam.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, Notis Merah Interpol terhadap ulama terkemuka dunia itu merupakan penghinaan kepada Islam.
Menurutnya, al-Qaradawi merupakan ulama yang mempraktikkan kesederhanaan seperti yang dituntut Islam dalam menyebarkan dakwah kepada seluruh umat Islam dunia.
“Saya begitu kesal dengan tindakan Interpol menyenaraikan al-Qaradawi sebagai individu dikehendaki tanpa melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu.
“Mereka (Interpol) dilihat mengikut telunjuk Kerajaan Mesir yang menggunakan undang-undang sebagai alat mengekang pengaruh ulama,” katanya.
Beliau turut mengutuk tindakan Mesir menabur fitnah mendakwa al-Qaradawi sebagai ekstremis dan menggalakkan pembunuhan berlaku secara berleluasa.
Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Azril Hanafi berkata, tindakan Interpol menyenaraikan al-Qaradawi sebagai individu yang dikehendaki merupakan sebahagian daripada perang antarabangsa terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin.
“Al-Qaradawi sentiasa menyatakan sokongan peribadi terhadap gerakan berkenaan terutama di Mesir.
“Pendirian Interpol ini juga dilihat lebih teruk daripada pendirian Mesir yang telah membuang beliau (al-Qaradawi) dari negara itu dan mengharamkannya pulang ke tanah air,” katanya.
Azril turut meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Mesir dan Interpol dan membela al-Qaradawi.
“Perpaduan dan kesepakatan negara-negara Islam sekali lagi teruji dengan rancangan menjauhkan golongan ulama daripada masyarakat umum,” katanya.
Pengerusi Yayasan Rights, Yusmadi Yusoff pula berkata, Malaysia perlu segera mengusulkan bantahan terhadap kerajaan Mesir supaya menarik balik waran tangkap ke atas al-Qaradawi yang dikeluarkan Interpol bagi pihak negara itu.
Katanya, bantahan itu penting kerana al-Qaradawi adalah suara tegas yang lantang menolak pendekatan pelampau agama pada ketika dunia kekurangan tokoh untuk berdepan dengan cabaran ekstremisme agama seperi militan IS.
“Maka mempertahankan Dr Yusuf al-Qaradawi daripada dizalimi oleh regim zalim Mesir adalah sama seperti kita melakukan tanggungjawab kita untuk mempertahankan suara sederhana warga dunia menentang regim tidak demokratik.
“Al-Qaradawi merupakan simbol suara demokrasi ulung yang berusaha keras membentuk dunia yang demokratik terutama di Timur Tengah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. (FMT)

Air: 1.7Juta Penduduk 4 Negeri Terjejas.

DASAR tasik jelas kelihatan akibat cuaca kering di Empangan Timah Tasoh, Beseri, Perlis pada 12 April lalu.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 1.7 juta penduduk di empat buah negeri sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih akibat fenomena El Nino yang menyebabkan paras air di beberapa buah empangan semakin merosot.
Johor merupakan negeri paling kritikal apabila Syarikat Air Johor (SAJ) membuat pengumuman untuk melaksanakan catuan air berjadual di negeri tersebut meliputi 85,000 penduduk bermula Isnin depan.
Menurut kenyataan SAJ, langkah tersebut diambil berikutan penyusutan paras air di Loji Lok Heng dan Loji Sungai Gembut di Kota Tinggi selain Loji Sungai Mersing serta Loji Tenglu di Mersing.
“Antara kawasan yang terlibat dalam catuan air itu ialah Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter, Felda Simpang Waha, Kuari Waha, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Selatan dan Bukit Tentera,” jelas SAJ.
Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, bekalan air di negeri itu hanya mampu bertahan sehingga bulan Jun depan. (IH)

Baru Teman, Artis Rock Sudah Teraniaya Dipukul? Kembalilah!

SHAZIA Mohd Rozaini ketika menjalin hubungan dengan kekasih yang juga seorang penyanyi rock terkenal.

HALAMAN HIBURAN
SEORANG penyanyi rock terkenal dilaporkan ditahan polis seketika selepas bertindak memukul teman wanitanya, pada bulan lalu. Perkara tersebut didedahkan oleh wanita berkenaan, Shazia Mohd. Rozaini, 23, yang juga merupakan ahli kumpulan ZiaBella.
Untitled
Menurut Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia, tindakan lelaki itu memukulnya memaksa dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya. 
“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.
“Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.
“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.
Tambah Zia lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama yang berlaku terhadap dirinya namun dia enggan bercerita lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Pada yang sama, Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella, mengakui tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah tetapi dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, penyanyi rock berkenaan dikatakan enggan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut.
Sumber: Berita Harian

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau betul ceritanya, baru jadi teman wanita artis rock itu sudah teraniaya? Belum lagi jadi isteri? Tiada hubungan keluarga, masih bukan muhrim. Tiada hubungan apa-apa bagai mana boleh berkuasa sampai begitu..
  • 'dia memukul saya dengan teruk'.
  • 'tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga'
  • 'takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya'
  • 'tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah'
Ikut peraturan mana sampai 'teman lelaki' boleh berkuasa begitu, lebih dari kuasa ibubapa atau kaum kerabat? Peraturan agama mana yang mereka pakai?

Maka kembalilah kepada peraturan Islam, ikut Islam sepenuhnya dalam sistem kekeluargaan, Allah janjikan selamat, di dunia dan di akhirat! (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Friday, April 15, 2016

Prof.Ramasamy Terlibat Pengganas LTTE? M'sia Termasuk The Greater Tamil State?


Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Lihat sebelum ini..
TERSEBAR berita, Prof.Ramasamy Terlibat Dalam Kumpulan Militan Tamil Eelam (LTTE): Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Seorang Pengganas? Terlibat Dalam Kumpulan Militan LTTE : Prof.Ramasamy Digesa Letak Jawatan Timbalan Ketua Menteri..

Gambar Tranungkite Dari kiri; Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ; Prof. Dominic, Prof. Ramasamy, dan Bekas Peguam Negara Sri Lanka Mr.Siva Pasupathy. (Perpustakaan Foto TamilNet) Professor P.Ramasamy digesa meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana terlibat dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). 

Desakan itu dibuat oleh laman dbsjeyaraj.com yang menjelaskan LTTE adalah kumpulan militan yang berjuang untuk kemerdekaan bahagian utara dan timur Sri Lanka. 

“LTTE adalah satu-satunya kumpulan militan yang membunuh dua pemimpin dunia: Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada tahun 1991. 

“LTTE mencipta tali pinggang bunuh diri dan merupakan pelopor pengeksploitasi wanita dalam serangan berani mati. Ia mempunyai rangkaian dengan organisasi keganasan lain terkenal termasuk Al-Qaeda dan telah menghantar senjata, pakar pertempuran dan pakar-pakar bahan letupan kes Selatan Filipina untuk melatih dan ahli Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikaitkan dengan serangan di Lahad Datu. 

“Hasil daripada taktik keganasan itu, LTTE kini ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh 32 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, India dan semua 27 negara-negara Kesatuan Eropah,”lapornya. Kelab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendedahkan beberapa bukti pautan media sosial yang membuktikan Ramasamy adalah penyokong dan aktivis LTTE. 

“Serangan LTTE paling sadis adalah di Masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat Isyak. Membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan,”lapornya. - AIDCNews at 4/15/2016 03:19:00 PTG

Menurut Nukilan Ibnu Hasyim:

"Jangan terkejut kerana ini jelas terpapar di laman webTamil Eelam, satu pertubuhan pengganas nationali Tamil yang ingin membina negara Tamil bermula dari Tamil Nadu , Utara Sri Langka, Maldive (negara Afrika), Mauritius (negara ummat Islam), Malaysia (negara kita) dan Indonesia (negara penduduk terbesar Islam.). 

"Gerakan Militan nationalis Tamil sudah mula berubah corak operasi saperti pergerakan militan Yahudi dan mereka menggunakan negara dimana wujud kaum Tamil diaspora sebagai pengkalan untuk mengumpul dana pertubuhan pengganas Tamil Eelam , tempat merekrut , pusat ideologi dan tempat menyeludup senjata.

"Tanda tanya timbul , adakah rantaian aktivitii gangster Tamil di Malaysia dan desakan kurang ajar persatuan Tamil untuk mengubah undang undang Shariah di Malaysia adalah salah satu agenda Militan nationalis Tamil yang ingin menjadikan kumpulan mereka digeruni dan menguasai suasan politik di negara Ummat Islam...." 
 Lihat: (Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?)

Ibnu Hasyim (kanan) bersama pemimpin Masjidul Jamiah, masjid Melayu di Colombo Sri Lanka pada tahun 2009 lalu.
(IH)

Gambar 4 Rakyat M'sia Diculik, Apa Tindakan Kerajaan?


KUALA LUMPUR, 15 Apr: Sekeping gambar yang merakamkan empat rakyat Malaysia yang diculik berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu telah dimuat naik ke laman Facebook dipercayai milik salah seorang ahli kumpulan penjenayah bersenjata yang menculik mereka.

Akaun Facebook 'Victor Troy Poz', yang dipercayai akaun sementara, memuat naik gambar keempat-empat mangsa culik yang juga kru kapal dalam keadaan mencangkung sambil memegang sekeping kertas bertulis 'Victor Troy'.

Kertas itu juga turut memaparkan tarikh 8 April lalu, dua hari sebelum gambar tersebut dimuat naik.

Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan pada hari sama dan hanya mengandungi tiga gambar termasuk gambar mangsa culik, lapor BH Online.

Apa tindakan yang diambil oleh pemerintah? (IH)

Peralatkan Seks Untuk Bisnes, Bonos Paramugari Berbikini..

Pramugari berbikini ini tidak ada di semua penerbangan, mereka hanya sebagai bonus pada rute tertentu.Pramugari berbikini ini tidak ada di semua penerbangan, mereka hanya sebagai bonus pada laluan tertentu.

VietnamBaru-baru ini syarikat VietJet Air membuat gempar di industri penerbangan. Syarikat milik Vietnam tersebut telah menarik perhatian ramai kerana mewajibkan pramugarinya berbikini dengan warna merah dan kuning sesuai warna syarikat.

Pramugari berbikini ini tidak ada di semua penerbangan, mereka hanya sebagai bonus pada laluan tertentu, seperti penerbangan dari bandar Ho Chi Minh ke bandar pesisir Nha Trang. Dilapor odditycentral, Jumaat (8/4/2016), kelihatan perempuan-perempuan muda itu sangat menggoda ketika berada di koridor pesawat, bahkan ada pula yang membahagikan mainan untuk anak-anak. 





Syarikat-syarikat di negara-negara seperti Thailand, Mexico dan Inggeris telah menggunakan kalendar tahunan yang memaparkan pramugari berbikini untuk mempromosikan perniagaan mereka. Tidak ada syarikat yang berani mengguna pakai pakaian minimum selama penerbangan, namun VietJet menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang sangat berani untuk merealisasikannya.

Di Malaysia pun tidak kurang syarikat-syarikat perniagaan yang memperalatkan seks untuk bisnes mereka, sekurang-kurangnya boleh dilihat dalam iklan termasuk makanan dan lain-lain dimedia dikuasai pemerintah seperti tv, akhbar dan sebagainya. Malaysia pun terikut-terikut dalam bisnes 'asal dapat wang tidak peduli halal-haram' lagi. Itu bukan bisness gaya Islam. (IH)

Setuju! Dr. Zakir Naik Buka Pusat Penyelidikan Islam Di T'ganu

KUALA NERUS – Ilmuan ulung Islam, Dr. Zakir Naik bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri untuk membuka cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Dr. Zakir akan menghantar wakilnya dalam masa terdekat untuk memperhalusi cadangan berkenaan.
Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri menawarkan kepada pihak Dr. Zakir tiga buah pulau di kawasan Tasik Kenyir bagi tujuan pembangunan pusat penyelidikan Islam itu.
“Dr. Zakir turut meminta idea dan pandangan dari kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat hakisan Pantai Kampung Tanjung Gelam, di sini, hari ini.
Ahmad Razif berkata Dr. Zakir juga menimbang cadangan untuk membuka sebuah sekolah Islam di kawasan itu kelak.
Dr. Zakir, berasal dari India yang juga Tokoh Maal Hijrah dua tahun lalu kini dalam rangka jelajah ceramah umumnya di beberapa negeri termasuk Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga bersedia menjadi tuan rumah untuk forum bicarawara Islam pada tahun depan.
Jelasnya dalam program tiga hari dua malam itu pihaknya berhasrat mengundang 30 penceramah agama peringkat antarabangsa dan dijangka dapat mengumpul kira-kira 100,000 peserta.
“Inisiatif yang dilaksanakan ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 dan kita akan kumpulkan 30 penceramah antarabangsa ini bagi membincangkan hal berkaitan Islam.
“Ini juga antara promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu sepanjang tahun melawat Terengganu nanti,” katanya. – BERNAMA

Lepas Tanya Soalan, Gadis Ini Pilih Islam. -Di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik Di Kemaman

foto : http://terengganutimes.com/
Terengganu - Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman merakamkan satu detik bermakna apabila seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".

Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.



Video penuh bermakna itu dimuat naik oleh chanel Youtube Dr. Zakir Naik Fans ID. 
**Skip kepada 18:20 untuk menyaksikan detik itu.

2 Pelancong Jerman Berbogel Di Pantai Aceh. Apa Jadi Kepada Mereka?

Pelancong ini berbogel (berbikini termasuk bogel) di pantai Aceh.

Lhokseumawe - Dua pelancong asal Jerman melanggar syariat Islam kerana berbikini (termasuk dalam katogori berbogel) di Pantai Ujung Blang, Kota Lhokseumawe, Aceh. Kedua-dua pelancong itu diketahui bernama Andre Bun dan Dominican Lzastkova.

Kepala Satuan Polisi Pamong Praja dan Wilayatul Hisbah (polisi syariah / WH) Kota Lhokseumawe M Irsyadi berkata kejadian itu berpunca daripada laporan warga melihat sepasang pelancong asing yang mandi di Pantai Ujung Blang pada petang Selasa, 12 April 2016.

"Dari laporan warga, kami terus ke lokasi, namun dua wisman itu udah memakai pakaian biasa. Memakai bikini pada saat mandi di pantai jelas melanggar Qanun No 11 Tahun 2002 tentang Syiar, Ibadah dan Akidah," ujar dia, seperti dilansir Antara.

Petugas membawa kedua-dua pelancong itu ke Pejabat Satpol PP dan WH. "Untuk diingatkan supaya jika mandi di tempat terbuka di Aceh, agar tidak memakai pakaian dalam, kerana di Aceh berlaku syariat Islam," ucap Irsyadi.

Dalam keterangannya kepada petugas, kedua-dua pelancong itu mengatakan tidak tahu bahawa di Aceh berlaku syariat Islam. Mereka berjanji mentaati apa yang berlaku di Aceh, terutama masalah berpakaian.

Irsyadi juga menambah, pemandangan wanita yang mandi dengan hanya memakai pakaian dalam di tempat terbuka tentu saja janggal dan pantang larang di Aceh. Tanpa ragu-ragu, tingkah mereka tersebut menjadi tontonan warga.

Irsyadi berkata setelah diingatkan dan diberi tahu tentang keadaan daerah setempat, kedua WN Jerman kembali ke penginapan. (IH/Liputan6.com)

Di Negara Bukan Islam Pun Dibenci Berbogel..

IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet, China membuatkan ramai penduduk Tibet kecewa dengan perkara itu. Gambar-gambar bertelanjang itu diambil di sebuah tasik berhampiran Lake Yamdrok yang merupakan antara salah sebuah daripada tiga tasik suci yang terletak di Tibet.
Melalui satu posting yang dimuat naik oleh jurugambar itu berkata, wanita atau model yang berbogel itu mahu mengabadikan kenangan terindah sewaktu berada di sana berlatarbelakangkan tasik suci itu. Namun tindakan itu dikeji oleh pengguna laman sosial Weibo kerana tidak mempunyai sensitiviti dan tidak menghormati budaya masyarakat Tibet. 
“Seorang jurugambar dan model yang bagus tetapi ternyata tidak mempunyai kefahaman terhadap budaya dan moral,” tulis seorang wanita tempatan melalui laman sosial itu.
Selain YouchumDolkar, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh model tersebut dengan menayangkan aksi bogelnya di tempat suci itu. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Thursday, April 14, 2016

Arak, Wajarkah Gabenor Jakarta Simpan Untuk Tamu?

Post Pic
Tidak gentar dikecam, gabenor Jakarta akui simpan banyak arak

JAKARTA: Tidak tunduk pada ejekan musuhnya di media sosial, gabenor Jakarta berterus terang beliau menghidangkan minuman keras untuk tetamu di rumahnya.

Basuki Tjahaja Purnama, yang popular dipanggil Ahok, mengaku menyimpan pelbagai jenis minuman beralkohol di dalam peti sejuk di rumahnya di Jakarta Utara.

Beliau menjawab kecaman pengguna Internet susulan tersebar foto-foto beliau menyediakan minuman keras untuk penggiat-penggiat media sosial ketika diundang ke rumahnya, Jumaat lalu.

Ahok, gabenor pertama berketurunan Cina dan beragama Kristian, sebelum ini pembantu Joko Widodo, atau Jokowi, kini presiden Indonesia.

Jelasnya lagi, minuman itu bukan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk tetamu, termasuk warga asing, lapor portal akhbar berpengaruh Kompas kelmarin.

"Anda mahu wain, mahu bir, mahu sirap, mahu jus, peti ais saya penuh. Jadi, anda kalau mahu bir, mahu apa, silakan kalau datang bertamu di rumah saya," katanya kelmarin.

Arak Chivas Regal dikeluarkan pada tahun 1953 sempena pertabalan Queen Elizabeth II. Hanya terdapat 255 botol je kat dunia nie.

Mempertahankan hidangan itu, Ahok berkata bir yang banyak tersimpan di kediamannya jenama Anker, yang dikeluarkan PT Delta Jakarta, sahamnya turut dikuasai pentadbiran kota itu.

"Saya juga tahu [majlis itu] dirakam foto. Saya letak saja bir. Baguslah, mempromosi bir Anker," katanya lagi, mengulas kempen musuh politiknya, antaranya dengan label “teman mabuk”.  

Namun beliau menegaskan tetamu-tetamunya tidak boleh mengambil alkohol berlebihan sehingga mabuk.

"Kalau anda mabuk, ya tentu saya akan tempeleng anda. Kalau cuma sebotol, silakan. Satu tin, silakan," katanya lagi.

Sementara itu, mengkritik majlis pada malam itu, bekas menteri sukan Roy Suryo berkata pertemuan itu melibatkan kira-kira 20 pendukung Ahok yang berpengaruh di media sosial.

Beliau membuat spekulasi penggiat media sosial itu sedang merancang strategi menjelang pemilihan gabenor Jakarta tahun depan, lapor OkeZone.com.
Namun Poltak Hotradero, yang turut hadir di majlis itu, tidak selesa dengan kritikan Roy Suryo.

"Saya minum bir, sementara Ahok minum susu. Roy Suryo menyatakan kita mabuk-mabuk dan beliau lapor kepada [badan pencegah rasuah] Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK).

“Jadi siapa yang cuba buat kacau?," jawabnya di Twitter, sehari selepas acara tersebut.

Ahok yang dulu popular kini menjadi sasaran serangan penentangnya dalam dua isu utama, tambakan laut untuk dijadikan 17 pulau buatan di pantai Jakarta Utara sejauh 32 kilometer.

Satu lagi, dakwaan rasuah melibatkan dirinya dalam pembelian tanah untuk projek hospital Sumber Waras di Jakarta Barat yang dikatakan merugikan wang negara.

Semalam gabenor itu memberikan keterangan, dan menyerahkan dokumen-dokumen projek tersebut, kepada KPK, badan bebas yang pernah juga dilanda kontroversi rasuah. (Antarapos)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah Gabenor Jakarta, ibukota negara umat Islam terbesar di dunia menyimpan banyak arak untuk menyambut tetamunya? Apa pandangan anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails