Saturday, April 23, 2016

5 Tajuk Penerbittan Ini DiLarang KDN.



KUALA LUMPUR: Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral.

Dua daripada lima penerbitan tersebut - 'Ajaran Makrifat Syekh Siti Jenar' dan 'Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi' dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengeliru dan merosakkan akidah umat Islam.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 76 dan 77 bertarikh 29 Mac.

Sementara itu, Hashimah berkata tiga lagi penerbitan lain dikenakan perintah larangan mengikut Warta Kerajaan P.U. (A) 85,88, dan 89 bertarikh 4 April 2016.

Penerbitan 'Sex, Pork, And Persecution: How's One Young Man's Fight Against Conformity Led to Imprisonment and Vilification' dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah.

Penerbitan 'Orang Ngomong Anjing Gong Gong' pula mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin memudaratkan keselamatan dan mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma serta etika moral masyarakat Malaysia, katanya.

Selain itu, Grey (Fifty Shades of Grey As Told By Christian) turut diambil tindakan larangan berikutan penerbitannya yang mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah, katanya.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," tambahnya.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. (IH/KDN)

Jangan Tuntut Lagi 5 DUN. Amaran DAP Pada PKR.



22/4/16 –Menjelang tiga hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke- 11, DAP negeri memberi amaran kepada PKR negeri agar tidak membuka semula isu tuntutan 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap parti itu sebagai sudah muktamad dan telah selesai.
Lima kerusi yang dituntut PKR itu adalah N19 Mambong (nama lama Bengoh), N32 Simanggang, N49 Ngemah, N66 Murum (DUN baharu) dan N78 Mulu (DUN baharu).
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memberi amaran jika PKR masih ungkit isu lima DUN itu, DAP juga akan ungkit 3 DUN yang diserahkan kepada PKR sebelum ini.
“Ia sudah dipersetujui…jangan membuka semula isu ini. Jika tidak, kita akan menyentuh semula kerusi lain seperti Batu Kitang, Layar dan Telang Usan. Di mana kesudahan ini?, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chong sebelum ini telah mengumumkan bahawa DAP Sarawak akan bertanding 30 kerusi termasuk lima calon di kawasan yang dituntut PKR iaitu Sanjan Anak Daik (N19 Mambong), Leon Jimat Donald (N32 Simanggang), Richard Anak Lias (N49 Ngemah), Kenneth Adan Silek (N66 Murum) dan Paul Raja (N78 Mulu).
Walau bagaimanapun Pengerusi PKR Sarawak, Bian Bian hari ini menafikan isu lima DUN itu sudah muktamad, sebaliknya berkata ia terbuka untuk rundingan dengan DAP bagi mengelak pertembungan di lima kawasan pilihan raya tersebut.
“Kami masih mempunyai dua hari untuk rundingan, dan kami pasti akan membuat keputusan dalam tempoh itu,” kata Baru dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali juga turut hadir semasa Baru Bian mengadakan sidang media itu.
Ditanya sama ada Chong telah menemui Azmin, beliau berkata: “Semua rundingan telah selesai dan Azmin tahu lebih daripada itu.”
Chong dengan tegas menjawab apabila ditanya sama ada perbincangan selanjutnya akan diadakan dengan PKR isu 5 DUN tersebut.
Beliau berkata DAP negeri itu berpegang kepada persetujuan mengenai pengagihan kerusi antara kepimpinan kebangsaan kedua-dua parti.
“Saya berharap PKR akan menghormati perjanjian dan tidak mengubahnhya. Jika tidak, pengundi tidak akan mempunyai keyakinan kepada parti,” katanya lagi. (AIDCNEWS)

Restoran Bogel Pertama Di London. Berita Gembira Bagi Mereka Yang...

Gambar hiasan
LONDON – Sebuah restoran yang membolehkan semua pelanggannya menjamu hidangan dalam keadaan tanpa pakaian, bakal dibuka kepada awam menjelang musim panas pada Jun akan datang di ibu kota England, Britain.

Restoran The Bunyadi ini ditujukan untuk mewujudkan pengalaman bersantap yang mesra semula jadi bagi setiap pelanggannya. Makanan yang dihidangkan malah segar dan pengunjung bebas daripada kehidupan moden kini.

Ini termasuk penggunaan telefon pintar, lampu elektrik dan pakaian, menurut lamanMirror.co.uk. Bahkan makanan dimasak bukan menggunakan dapur moden dan dihidangkan atas pinggan tanah liat buatan tangan.

Walaupun demikian, pengunjung yang belum pernah tampil bogel tidak perlu bimbang jika enggan melucutkan pakaian di “naked diners” ini kerana ada juga tempat menyediakan lokasi bagi pelanggan yang masih berpakaian.


Konsep restoran ini diilhamkan oleh arkitek sensasi Seb Lyall di lokasi yang belum didedahkan namun terletak di tengah kota London. Beliau pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu dengan projek bar bertema burung hantu.
Setakat ini, sudah ada hampir 10,000 individu yang menyatakan diri mereka tertarik dan meminta informasi lebih lanjut mengenai pembukaan restoran telanjang bulat itu selain berjaya menerima lebih 3,000 tempahan awal.
“Kami yakin pengunjung wajar mendapat kesempatan untuk menikmati pengalaman tanpa kotoran, tanpa bahan kimia, tanpa warna-warna tiruan, tanpa elektrik, tanpa gas, tanpa telefon, dan juga tanpa busana,” kata Lollipop.
Pemilik restoran berkenaan mendakwa konsep unik yang dibawakan oleh Lyall itu bakal membawa pelanggan untuk menghargai zaman gua apabila manusia purba mampu hidup bebas gembira. – Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ianya adalah suatu berita gembira, bagi mereka yang otaknya dijajah oleh gayahidup barat, yang melihat semuanya dari barat adalah baik, tiada cacat celanya.
Kita orang Islam ada cara dan gaya hidup sendiri yang lebih mulia dan bertamaddun, way of life yang diredhai Allah SWT.

Friday, April 22, 2016

Mahathir Berjaya Pecahkan PKR -B/Pengasas PKR





Video: PKR 'berpecah dua' kerana Deklarasi Rakyat, kata bekas pengasasnya

Enggan Salam Wanita. Dikritik, Ahli Politik Sweden Letak Jawatan


SEORANG ahli politik Sweden beragama Islam mengambil keputusan mengundurkan diri dalam bidang politik selepas dikritik enggan bersalaman dengan seorang wartawan wanita yang membuat liputan mengenainya, baru-baru ini.

Yasri Khan merupakan ahli politik kedua dari Green Party yang meletakkan jawatan atas alasan yang sama.

Dalam sesi temubual dengan wartawan dari stesen TV4 itu, Yasri hanya meletakkan tangannya di bahagian dada, tidak bersalam seperti biasa yang dilakukan untuk menunjukkan hormat kepada orang lain.

“Kita boleh menunjukkan cara hormat dengan berbagai cara. Perkara yang penting ialah menunjukkan rasa hormat dengan cara bertentang mata dengan individu yang ditemui pada ketika itu,” katanya mengulas mengenai insiden itu.

Sejak insiden itu, Yasri telah menerima kecaman hebat daripada pesaing politik yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan. Seorang ahli parlimen yang mewakili parti sama dengan Yasri, Stina Bergstrom turut mengkritik perlakuan itu dengan berkata: “Perkara itu tidak boleh diterima.


“Parti kita tidak seharusnya mempuyai seorang ahli parti yang tidak boleh menerima salam seorang wanita sama seperti mana cara dia bersalam dengan orang lelaki. Saya sangat sedih dengan insiden itu”.
Sebelum ini, Menteri Perumahan, Mehmet Kaplan meletakkan jawatan selepas dikritik kerana membuat kenyataan media yang menghentam Israel di atas penganiayaan mereka terhadap penduduk Palestin. (IH)

Sistem Pendidikan Di China, Lihat Video Sekumpulan Pelajar Serang Guru..

VIRAL di laman sosial apabila satu video pergaduhan antara seorang guru dengan sekumpulan pelajar tersebar luas di laman Internet China.


Video yang tersebar itu nyata mengejutkan penduduk China, apabila ianya tersebar kelmarin. Pada mulanya, seorang pelajar dilihat enggan menyerahkan kertas peperiksaan kepada guru tersebut. Kedua-dua mereka dilihat bertikam lidah sebelum guru terbabit bertindak mencekik leher pelajar itu.
Tindakan guru itu menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar berkenaan lalu menyerang guru tersebut dibantu oleh rakannya yang lain. Guru malang itu ditolak ke penjuru kelas lalu dipukul secara ‘berjemaah’ oleh sekumpulan pelajar itu.
Tindakan memberi amaran kepada pelajar itu nampaknya sekali lagi mengundang malang kepada guru itu apabila dipukul untuk ke sekian kalinya oleh kumpulan pelajar itu. Video yang berdurasi selama satu minit lebih itu menunjukkan keadaan huru-hara di dalam kelas berkenaan.
Untitled
Menurut laporan berita tempatan, kekecohan itu berlaku di sebuah sekolah di bandar Bozhou, daerah Anhui, pada waktu tengah hari. Kejadian pergaduhan antara pelajar dan guru itu disahkan oleh pengetua sekolah itu kepada wartawan yang melawat tempat kejadian.
Pihak Kementerian Pendidikan dan Keselamatan Awam tempatan masih menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut. (IH)

Lagi Lucu! Zakar Terogol Faraj. Terjatuh Bukan Merogol..

SEORANG lelaki Britain yang dituduh memperkosa seorang remaja memberitahu polis dia 'tercucuk' mangsa selepas terjatuh keatasnya.

Ehsan Abdulaziz, 46, dituduh memperkosa seorang remaja ketika mangsa sedang tidur di atas sofa di sebuah apartmen di London. Selepas mangsa melaporkan perkara tersebut kepada polis, Abdulaziz yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu detektif : "Dia perlu membuktikannya".

Mangsa berusia 18 tahun itu bertemu dengan Abdulaziz di kelab malam Cirque le Soir pada 7 Ogos 2014 bersama rakan. Abdulaziz kemudian menjemput mangsa dan rakannya untuk membawa mereka pulang ke rumah dengan menggunakan Aston Martin sebelum menjemput mereka berdua minum di dalam rumah.

Namun, mangsa yang tersedar di awal pagi mendapati Abdulaziz berada di atas badannya dalam keadaan cuba memperkosa, dakwa mangsa.

"Dia bangun dan mendapati tertuduh sedang menciumnya dan kemaluan tertuduh berada di dalam kemaluan mangsa. Dia memakai seluar pendek dan tertuduh telah menolaknya(seluar) ke arah tepi", kata pendakwa raya Jonathan Davies.

"Mangsa berkata : 'Apa kamu sedang buat?', tertuduh membalas : 'Tak mengapa' menunjukkan rakan mangsa yang masih tidur".

Mangsa yang ketakuan kemudian melarikan diri dari apartmen tersebut dan melaporkan kejadian kepada polis. Abdulaziz pada awalnya mendakwa remaja itu menariknya hingga terjatuh ke atas badan remaja berkenaan sebelum meletakkan tangannya diantara celah kangkang.

"Dia berkata dia terjatuh ke atas mangsa dan kemaluannya mungkin tercucuk kemaluan mangsa", kata Davies.

Abdulaziz tidak mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Perbicaraan bersambung. (BM)


Lihat sebelum ini..

Thursday, April 21, 2016

Lucu, Zakar Dewa Hercules Pun Dicuri.

PARIS – Pihak berkuasa Arcachon di Perancis mengambil langkah yang amat mengejutkan sekali gus melucukan apabila berang dengan masalah kehilangan zakar pada patung dewa Hercules di bandar peranginan tersebut.

Datuk bandar Arcachon, Yves Foulon mengaku beliau sendiri sudah muak dengan tindakan pelaku vandalisme yang kerap merosak malah suka mencuri bahagian batang kemaluan daripada patung setinggi tiga meter itu.

Patung Hercules yang berada di Parc Mauresque itu mula didirikan sejak tahun 1948. Selama tempoh tersebut juga, sudah berkali-kali ‘penis’ dewa Greek kuno terkenal anak kepada dewa Zeus itu hilang akibat dicuri orang.

Lucunya setiap kali ia diperbaiki semula oleh pihak berkuasa, tidak lama berselang, bahagian kemaluan sang dewa yang baharu diganti balik itu kemudian didapati lesap lagi secara misteri, menurut laporan media tempatan.

Arcachon yang diasaskan pada 1857 lalu oleh Maharaja Napoleon III terletak 650 kilometer dari barat daya Paris dan amat terkenal kepada pelancong asing dengan pantai landai terbesar benua Eropah sepanjang tiga kilometer.
arachon
Suasana sekitar bandar Arcachon di Perancis. – GAMBAR HIASAN

“Untuk menangani situasi memalukan ini, kami memutuskan untuk segera membuat ‘zakar’ mudah alih yang boleh dipasang dan ditanggalkan khas untuk patung tersebut,” kata Foulon yang dipetik pelbagai akhbar Perancis.

Mengulas lanjut, zakar istimewa yang bukan kekal itu hanya akan dipasang pada patung tersebut jika ada upacara atau acara rasmi sahaja dan ditanggalkan ketika waktu biasa dengan bahagian kemaluan ditutup arca daun zaitun.

“Ini adalah langkah penyelesaian paling bagus, kalau tidak begini, kita hanya menghabiskan banyak waktu semata-mata untuk memperbaiki bahagian anatomi patung itu dan ‘mengejar’ si pelaku vandalismenya,” kata Foulon.

Dalam kisah mitologi Rom, Hercules disembah sebagai dewa sekali gus simbol kekuatan otot manakala dalam mitos masyarakat Yunani purba pula, dia lebih dikenali dengan nama Herakles yang dianggap gagah perkasa. (Agensi)

Membuat Patung Dan Gambar Menurut Islam.

Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمِّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَاغُوتَ
  • “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap ummat (untuk menyeru): “Sembahlah Allah saja dan jauhilah thaghut itu.” (An-Nahl:36)
Thaghut adalah segala sesuatu yang diibadahi selain Allah dalam keadaan ridha. Sungguh telah ada penyebutan patung-patung ini di dalam surat Nuuh. Dan dalil terkuat yang menunjukkan bahwa patung-patung ini adalah penggambaran untuk mewakili orang-orang shalih adalah hadits yang disebutkan oleh Al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas ketika menafsirkan firman Allah Ta’ala:
  • “Dan mereka berkata: “Janganlah sekali-kali kalian meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kalian dan jangan pula sekali-kali kalian meninggalkan (penyembahan) Wadd, Suwaa’, Yaghuuts, Ya’uuq dan Nasr.” Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia).” (Nuuh:23-24)
  • Beliau (Ibnu ‘Abbas) mengatakan: “Ini adalah nama-nama orang-orang shalih dari kaum Nuh. Ketika mereka meninggal, syaithan membisikkan pada kaum mereka agar mendirikan patung-patung di majlis-majlis yang biasa digunakan oleh orang-orang shalih tersebut dan agar menamakan patung-patung tersebut dengan nama-nama mereka. Maka kaum itu pun melakukannya dan ketika itu patung-patung tersebut belum disembah, sampai ketika generasi itu telah tiada dan ilmu telah dihapus, patung-patung itu pun disembah.”
Kisah ini menunjukkan bahawa sebab peribadahan kepada selain Allah adalah patung-patung yang digambarkan sebagai perlambang para pemimpin.

Dikatakan majoriti orang beranggapan bahawa patung-patung tersebut lebih lagi gambar-gambar telah menjadi perkara yang halal kerana tidak ada orang yang menyembah/mengibadahinya pada masa kini.

Tetapi anggapan mereka ini ditolak dari beberapa sudut:

1. Bahwasanya peribadahan terhadap patung-patung dan gambar-gambar senantiasa ada pada zaman ini. Kita lihat patung Nabi ‘Isa dan Ibunya, Maryam, diibadahi di gereja-gereja, sampai-sampai mereka ruku’ (membungkuk) kepada salib!

Bahkan ada semacam papan hias bergambar ‘Isa dan Maryam yang dijual dengan harga yang sangat mahal dan digantungkan di rumah-rumah agar dapat diibadahi dan diagungkan.

2. Patung-patung para pemimpin di negara-negara yang maju secara material namun terbelakang secara spiritual, orang-orang membuka tutup kepala mereka untuk patung-patung tersebut dan membungkukkan badan ketika melewatinya. 

Di antara contohnya, seperti patung George Washington di Amerika Syarikat, Napoleon di Perancis, Lenin dan Stalin di Rusia, serta patung-patung lain yang diletakkan di jalan-jalan, di mana orang-orang ruku’/membungkuk ketika melewatinya.

Gagasan tentang patung ini menjalar ke sebagian negara-negara Arab. Mereka membebek orang-orang kafir dengan membangun patung-patung di jalan-jalan mereka. Dan patung-patung ini terus-menerus dibuat dan dipasang di negara-negara Arab dan negara-negara Islam lainnya. Wallaahul Musta’aan.

Maka wajib mengalihkan dana pembuatan patung ini untuk membangun masjid-masjid, sekolah, rumah sakit dan lembaga-lembaga sosial sehingga manfaatnya lebih terasa dan tidak menjadi masalah bila menamakan bangunan-bangunan tersebut dengan nama para pemimpin itu.

3. Sesungguhnya patung-patung ini nantinya setelah berlalu masa yang panjang, manusia akan membungkukkan kepala, mengagungkannya dan menyembahnya. Sebagaimana yang terjadi di Eropah, Turki dan negera-negera yang lainnya. Dan kaum Nuh telah mendahului mereka dalam perkara itu dengan mendirikan patung-patung para pemimpin mereka, kemudian mengagungkan dan menyembahnya. 

Di Asia ini patung laksamana Cheng Ho, seorang pendakwah China begitu banyak dibina, puja dan disembah. Juga patung Gautama Buddha yang disembah-sembah oleh penganut agamanya, kerana menurut sesetengah pendapat Gautama Buddha adalah seorang Nabi orang Islam yang tidak mahu patungnya dibina dan disembah-sembah.

Di Iran semasa beberapa tahun lalu semasa saya (Ibnu Hasyim) melawat Iran banyak patung-patung pemimpin Iran dibina di Tehran dan seluruh Iran. Di Indonesia negara umat Islam terbesar di dunia pun banyak dibina patung pemimpin-pemimpinnya. Di Malaysia pun apa kurangnya, lihat saja Tugu Negara. Waspadalah wahai kaum muslimin dari hal-hal yang akan mengantarkan kepada kesyirikan!!

4. Sungguh Rasulullah SAW telah memerintahkan ‘Ali bin Abi Thalib dengan sabdanya: 

  • “Jangan engkau biarkan sebuah patung pun kecuali engkau hancurkan dan jangan pula engkau biarkan kuburan yang ditinggikan kecuali engkau ratakan (dengan tanah).” (HR. Muslim)
Dan dalam suatu riwayat: 
  • “Dan jangan engkau biarkan sebuah gambar pun kecuali engkau hapus.” (HR. Muslim)
Bahaya Gambar dan Patung

Islam tidaklah mengharamkan sesuatu kecuali padanya ada bahaya yang mengancam agama, akhlak dan harta manusia. Orang Islam sejati adalah orang yang tanpa berfikir panjang langsung menerima perintah Allah dan Rasul-Nya meskipun belum mengerti sebab atau alasan perintah tersebut.

Islam melarang patung dan gambar kerana banyak mendatangkan bahaya di antaranya:

1. Merusak ‘aqidah dan peribadahan. Contohnya: orang Kristian menyembah patung ‘Isa dan Bunda Maria serta salib. Orang Eropah dan Rusia menyembah patung pemimpin mereka, menghormati dan mengagungkannya.

Orang-orang Islam telah meniru orang Eropah dalam membuat patung pemimpin mereka baik di negeri Islam Arab mahupun bukan Arab. Para ahli thariqat dan tasawwuf (kaum shufi) membuat pula gambar guru-guru mereka yang diletakkan di muka mereka pada waktu shalat dengan maksud supaya lebih semangat dalam beribadah ketika melihat gambar-gambar tersebut. 

Ini adalah perbuatan bid’ah dan mengantarkan kepada kesyirikan. Bahkan kalau sampai meminta bantuan kepada patung atau gambar tersebut untuk mengkhusyu’ shalatnya atau berdo’a kepadanya atau lain-lainnya maka ini adalah kesyirikan yang nyata. Lihat sejarah kaum Nabi Nuh.

2. Merusak akhlak generasi muda. Kita saksikan di jalan-jalan utama terpampang gambar-gambar telanjang atau 1/2 telanjang. Mereka sudah tidak lagi mau memikirkan agama, negara, jiwa kesucian, kehormatan dan jihad pun sudah luntur dari diri mereka. Demikianlah gambar-gambar itu menghias poster-poster, majalah, surat khabar, tv, media elektronik dan buku iklan bahkan di pakaian pun terdapat gambar porno. Belum lagi apa yang disebut blue-filem dan lain-lain.

3. Membelanjakan harta di dalam kebathilan. Patung-patung tersebut dibuat dengan biaya mahal sampai jutaan ringgit, dan banyak orang membelinya untuk digantung di dinding rumah. Demikian pula lukisan-lukisan orang tua yang sudah meninggal dibuat dengan biaya yang tidak sedikit. Tentunya semua ini tidak bermanfaat sedikit pun bagi keluarganya yang sudah meninggal tersebut. Tetapi apabila dishadaqahkan dengan niat agar pahalanya sampai kepada yang meninggal dunia tentu akan lebih bermanfaat baginya.
Gambar, Patung, Dua-dua Haram.

Sebahagian orang menyangka bahawa hukum haram itu untuk patung saja seperti yang terdapat pada zaman jahiliyyah, tidak mencakup hukum gambar. Pendapat ini disifatkan asing sekali kerana seolah-olah ia belum pernah membaca nash-nash yang mengharamkan gambar, seperti di bawah ini:

1. Dari ‘Aisyah bahawasannya ia membeli bantal kecil yang ada gambar-gambarnya. Ketika Rasulullah melihatnya beliau berdiri di pintu tidak mau masuk. Maka ‘Aisyah mengetahui ada tanda kebencian di muka Rasulullah. Lalu ia pun berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apakah yang telah kuperbuat?” Rasulullah menjawab: “Bagaimana halnya bantal itu?” ‘Aisyah menjawab: “Saya membelinya agar engkau duduk dan bersandar di atasnya.” Kata Rasulullah: “Sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar-gambar ini akan disiksa pada hari kiamat dan akan dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah gambar-gambar yang kalian buat itu!” Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya rumah yang ada gambar-gambar (yang bernyawa -pent) di dalamnya tidak akan dimasuki malaikat.” (Muttafaqun ‘alaih)

2. Sabda Rasulullah pula: “Manusia yang paling pedih siksanya di hari kiamat ialah yang meniru ciptaan Allah. Sedangkan para pelukis dan penggambar adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah.” (Muttafaqun ‘alaih)

3. “Bahwasannya Nabi ketika melihat gambar-gambar di rumah, beliau tidak mahu masuk sebelum gambar itu dihapus.” (HR. Al-Bukhariy)
Gambar/Patung Yang Dibolehkan

1. Dibolehkan gambar dan patung pohon, bintang, matahari, bulan, gunung-gunung, batu, laut, sungai, pemandangan yang indah atau tempat-tempat suci seperti Ka’bah, Madinah dan Masjidil Aqsha serta masjid-masjid yang lain, bila kesemuanya itu kosong dari gambar manusia atau haiwan dan segala sesuatu yang mempunyai ruh.

Dalil dalam masalah ini adalah ucapan Ibnu ‘Abbas: “Bila engkau harus menggambar atau membuat patung maka buatlah (gambar) pohon dan apa-apa yang tidak mempunyai ruh.” (HR. Al-Bukhariy)

2. Gambar dan foto pada kad pengenalan atau pasport, SIM dan perkara-perkara darurat lainnya. Hal ini dibolehkan kerana merupakan masalah darurat (suatu keharusan/keterpaksaan/sesuatu yang tidak dapat dihindari).

3. Pemotretan gambar pelaku kriminal seperti pembunuh, pencuri dan lainnya untuk membantu penangkapannya agar dapat ditegakkan hukum qishash atas mereka. Demikian pula diperbolehkan untuk kepentingan ilmiyyah seperti kedokteran dan lainnya.

4. Diperbolehkan bagi anak-anak perempuan untuk bermain dengan boneka dari kain perca yang berbentuk bayi kecil, sehingga anak-anak itu dapat memakaikan baju padanya, memandikan atau menidurkannya. Hal ini dapat menjadikan anak-anak ini belajar mendidik dan memelihara anak-anak setelah nantinya mereka menjadi ibu. 

Sedangkan dalil dalam permasalahan ini adalah ucapan ‘A`isyah: “Aku bermain-main boneka di sisi Nabi.” (HR. Al-Bukhariy)

Tetapi, tidak diperkenankan membeli boneka-boneka asing/luar negeri bagi anak-anak terlebih lagi boneka-boneka perempuan yang nampak wajahnya dan terlihat tubuhnya (terbuka auratnya) kerana anak-anak perempuan akan menirunya sehingga nanti akan merusak masyarakat dengan cara berpakaian yang seperti itu. Selain itu dengan membeli boneka-boneka import ini hanya akan mengalirkan wang ke negeri-negeri asing dan Yahudi.

5. Dibolehkan gambar yang dipotong kepalanya sehingga tidak menggambarkan makhluk bernyawa lagi tetapi seperti benda mati. Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah mengenai gambar: “Perintahkanlah orang untuk memotong kepala gambar itu.”

Wallaahu A’lam. Diringkas dari kitab Kaifa Nurabbii Aulaadanaa dan Taujiihaat Islaamiyyah li Ishlaahil Fard wal Mujtama’ dengan sedikit tambahan dan perubahan. (Ibnu Hasyim)
ad_203466858Patung di taman ini pun untuk tarikan pelancong? Terletak di Haesindang, Korea Selatan.

Sekat 8,000 Nombor Telefon SMS Judi..

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menamatkan perkhidmatan lebih 8,000 nombor telefon kerana menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur perjudian.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM juga menerima 416 aduan daripada orang awam berhubung SMS berunsur perjudian antara 2015 hingga Mac tahun ini.
“SKMM mengumpul maklumat yang diterima daripada aduan awam, mengenal pasti nombor-nombor telefon berkaitan untuk sekatan dan memanjangkan maklumat berkaitan bagi siasatan lanjut Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini semalam.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Zali Mat Yasin yang meminta kementerian menyatakan sama ada SKMM mempunyai kaedah dan tindakan khusus bagi mencegah atau mengambil tindakan penguatkuasaan secara efektif dalam memerangi aktiviti perjudian online. (IH)

Sindiket Tanah Haram Di K'tan.

PENEROKA yang percaya akan diberikan geran sebagai pemilik tanah membersihkan kawasan Hutan Simpan Ulu Galas untuk tujuan tanaman.



KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Kelantan membongkar satu sindiket penerokaan tanah secara haram yang menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mengaburi kegiatan mereka sejak tiga tahun lalu di Hutan Simpan Ulu Galas, Gua Musang.
Sindiket didalangi individu yang menggelarkan dirinya sebagai Ku Yaacob itu turut menjanjikan geran tanah yang dipecahkan mengikut lot kepada 198 peneroka seluas 404 hektar atau bersamaan 560 padang bola sepak.
Lebih melampau, sindiket yang telah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu bukan sahaja menggunakan nama Sultan Muhammad V dalam surat menyurat mereka, bahkan berani menaikkan papan tanda tertera nama Sultan Kelantan di kawasan tersebut sebagai taktik penyamaran.
Pengarah Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim ketika mendedahkannya berkata, melalui risikan selama dua bulan, sindiket berkenaan didapati menipu orang ramai dengan mendakwa telah mendapat kelulusan kerajaan negeri kononnya untuk membuka perkampungan. (Kosmo!)

14 Cedera 1 Maut, Serangan Bom Di Songkhla.

SONGKHLA, Thailand – Dua butir bom buatan sendiri meletup di daerah Thepa, wilayah Songkhla malam kelmarin mengakibatkan seorang warga emas maut, sementara 14 yang lain termasuk enam anggota polis cedera.
Pasukan keselamatan percaya serangan itu menyasarkan pasukan polis memandangkan bom itu diletupkan pada jarak hanya 200 meter dari ibu pejabat polis Songkhla.
Ketua Polis Divsiyen Kesembilan Songkhla, Leftenan Jeneral Wirapon Chunpakdee berkata, seorang lelaki berumur 62 tahun terbunuh, manakala seorang kanak-kanak berusia 11 tahun merupakan antara lapan orang awam yang cedera dalam serangan pada pukul 7 petang (waktu tempatan) itu.
“Serangan bermula apabila sebutir bom diletupkan di sebuah gerai. Apabila polis menyiasat letupan tersebut, sebutir bom lain seberat 20 kilogram yang dipasang pada sebuah motosikal di hadapan gerai ini telah diletupkan,” katanya kepada wartawan semalam.
Gabenor Wilayah Songkhla, Songpol Sawatham turut melawat lokasi serangan bom itu.
Letupan di Thepa merupakan serangan bom kedua seumpamanya di wilayah Songkhla dalam tempoh sembilan hari selepas insiden serupa di stesen kereta api Chana pada 11 April lalu yang menyebabkan dua orang maut dan 15 lagi cedera. – Bernama
SEBUAH gerai terbakar dalam serangan bom di daerah Thepa dalam wilayah Songkhla semalam.

Ini Alasan Baru Parti Amanah Membenarkan Tindakan Mereka. Sila Komen..

AMANAH  PROGRESIF  PEDULI
SALAH TAFSIR HADIS2 BERKENAAN JAMAAH ISLAM BERJAYA DIPERBETULKAN DENGAN NILAI RM50K.

Di awal pelancaran Gerakan Harapan Baru sblm tertubuhnya Parti Amanah Negara, hadis
 تلزم جماعة المسلمين وامامهم 
  • (Hendaklah kamu beriltizam dgn Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka) 
cukup popular dgn dibaca bersama hadis2 tentang hukum keluar jamaah islam, antaranya;  

1. من اتاكم وامركم جميع واراد ان يشق عصاكم او ان يفرق جماعتكم فاقتلوه 
  • (Sesiapa yg menentang kamu sedangkan kamu telah sepakat atas satu urusan, dia mahu memecahbelahkan perpaduan kamu atau memecahkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia);  
2. من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام  
(Sesiapa yg keluar jamaah wpun sejengkal, maka dia telah memisahkan tengkoknya dari ikatan Islam)  

3. من فارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية 
(Sesiapa yg keluar jamaah, kemudian dia mati, maka matinya sebagai jahiliah) 

Hadis hadis ini sering keluar dari mulut ulama/ustaz/lebai Pas, bahkan mereka yg menyamar sebagai sedemikian utk melabelkan musuh politik mereka yg telah keluar jamaah asal iaitu Pas dan menubuhkan jamaah baru iaitu Parti Amanah Negara sebagai munafik haraki, kafir, pengkhianat yg boleh dihapuskan dan berbagai istilah lagi. 

Alhamdulillah hari ini, bila Mahkamah Seksyen Kota Bharu memerintahkan dependan Ahmad Syihan Ismail membayar kpd plaintif Azli Musa sebanyak RM50k kerana dikatakan telah memfitnah plaintif dlm isu keluar jamaah islam (Pas) jatuh kafir, maka hampir semua " Geng Ustaz" sepakat menafikan tuduhan berkenaan dan bergembira dgn perintah pampasan sebanyak tersebut. 

Alhamdulillah pendokong dan penyokong Parti Amanah Negara selepas ini boleh bergerak bebas tanpa diganggu tuduhan2 jahat sbg pengkhianat perjuangan Islam, lari drp jamaah, kafir dan sebagainya dgn nilai RM50k. ~ Che Ibrahim Mohamad. 
(Diangkat dari http://alhusseyn51.blogspot.my/)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini alasan baru Parti Amanah Nasional (PAN) membenarkan tindakan mereka. Sila komen.. (IH)

Tambahan: Sikap Parti Amanah Mengenai Dr Zakir Naik

KENYATAAN MEDIA ISU ZAKIR NAIK: REAKSI AMANAH TERHADAP TULISAN PROF. RAMASAMY www.amanah.org.my 

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan terima kasih kepada Prof. Ramasamy kerana telah menggugurkan perkataan ‘Satan’ yang digunakannya terhadap Dr. Zakir Naik dalam penulisan asalnya. Budaya gelaran menghina dan mencaci adalah sesuatu yang wajar dihalang kerana amalan ‘name calling’ ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kecuali menyemarakkan lagi kepanasan suasana yang sudah panas. 

2. Tindakan Prof. Ramasamy menggugurkan perkataan tersebut boleh dipuji kerana walaupun tidak bersetuju dan tidak berpuas hati, beliau masih rasional dan bersedia menerima teguran. Ini berbeza dengan sikap sebahagian yang lain yang terus mempertahankan penggunaan istilah menghina walaupun mengetahui ianya amalan tidak berakhlak. 

3. Prof. Ramasamy menyatakan bahawa Dr. Zakir Naik menyeru orang Islam untuk membenci orang bukan Islam. Kami tidak faham dari mana datangnya tanggapan sedemikian. Setakat yang diketahui Dr. Zakir Naik hanya menjelaskan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu di dalam kitab-kitab agama Hindu berhubung konsep ketuhanan yang selari dengan ajaran Islam. 

Ia bukan bertujuan menyebarkan kebencian terhadap orang Hindu, tetapi menjelas secara ilmiah berdasarkan kajian akademik tesis beliau bahawa ajaran agama Hindu ada persamaan dengan Islam dalam aspek tertentu. Tesis beliau ini boleh diterima atau ditolak oleh pendengar dan ianya dikemukakan secara ‘matter of factly’ dan bukan secara menghina. Jika dilihat secara posistif tesis yang dikemukakan sebenarnya berpotensi untuk merapatkan jurang sedia wujud atas sebab adanya persamaan seperti yang dinyatakan. 

4. AMANAH tidak menafikan kemungkinan ada yang tersinggung dengan pembentangan Dr. Zakir Naik kerana ianya mencabar kepercayaan dan pegangan sedia ada. Namun, jika ianya berlaku sekalipun ia tidak bererti ada niat tidak baik di sebalik pembentangannya. Sememangnya tajuknya rumit dan berupaya menimbulkan salah faham sekalipun ianya dibentang secara berhemah. Malah lebih lagi jika ada pihak-pihak tertentu sengaja ingin menimbulkan perbalahan. 

5. Oleh itu sekiranya timbulnya reaksi negatif daripada masyarakat Hindu terhadap pembentangan Dr. Zakir Naik, ianya sepatutnya sudah dijangka. Ini adalah kerana Dr Zakir Naik merupakan seorang beragama Islam yang ingin menceritakan mengenai aspek ajaran Hindu yang tidak pernah didengari masyarakat Hindu. 

6. Oleh kerana ianya boleh dijangka maka cara bagaimana untuk mengurus reaksi negatif ini sepatutnya difikirkan lebih awal. Ianya semestinya bersifat bijak lagi berhemah untuk meredakan kemarahan tersebut. Di antara cara memberi reaksi yang baik adalah seperti yang terkandung dalam kenyataan Mufti Pulau Pinang. 

Beliau tidak menjawab kemarahan dengan kemarahan tetapi sebaliknya menyeru dengan tenang supaya masyarakat bukan Islam mendengar terlebih dahulu pembentangan Dr. Zakir Naik dan menilai fakta-fakta yang dikemukakan. Sikap beliau adalah sikap seorang pendakwah yang ingin membawa masyarakat kepada kefahaman dan pencerahan. 

7. Sebaliknya ada juga di kalangan masyarakat yang ingin mengambil kesempatan untuk melakukan perbalahan melalui isu ini. Mereka menjawab kemarahan dengan kemarahan sambil mencabar dua-dua pihak untuk berbalah dan bergaduh. Dengan itu masyarakat akan berpecah dan bergaduh atas isu ini dan segala penyelewengan yang telah mereka lakukan akan ditutup dan dilupai. 

8. AMANAH menyeru semua pihak untuk berhati-hati dengan golongan ini. Mereka tidak bersikap sebagai pendakwah tetapi sebagai agen provokator. Mereka wujud di kedua-dua belah pihak dan seruan mereka perlu ditolak. 

9. AMANAH ingin menyeru seluruh masyarakat, sama ada Islam dan bukan Islam untuk mempunyai sikap terbuka terhadap perbincangan yang menyentuh perbezaan kefahaman dan kepercayaan selagi mana ianya dilakukan secara tertib dan berhemah agar segala hujah dinilai secara ilmiah dan bebas dari sentimen dan emosi. 

Perbincangan ilmiah tidak semestinya menyebabkan perbalahan tetapi sebaliknya boleh menghasilkan persefahaman antara yang berbeza pandangan dan kepercayaan. 

“Harapan Baru” 
KHALID ABDUL SAMAD 
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara 
12 April 2016 

Wednesday, April 20, 2016

Kerjasama UMNO-PAS, Cadang Dr Zaki Naik. Ini Jawab PAS!

Kenyataan Media PAS Pusat: Kenyataan Dr. Zakir Naik – Kerjasama UMNO - PAS.

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa berpegang kepada Dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan. Hal ini adalah bersasaskan kepada Firman Allah yang bermaksud:
  • “Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (Surah Al Maidah: 2)
Begitu juga ianya berasaskan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
  • “Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka”. (Riwayat Imam Bukhari)

2. Berdasarkan kepada nas-nas di atas, maka PAS sentiasa tegas dan konsisten serta mengambil pendekatan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangan. 

Hal ini adalah selaras dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh PAS iaitu “Budaya Politik Matang Sejahtera”. Ianya juga selaras dengan Fasal 6(6), Perlembagaan PAS (Usaha-usaha) yang memperuntukkan:

  • “Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bila mana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara”

3. PAS juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa “PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional”.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN, JP.
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 20 April, 2016.
 
Arab Saudi yang melaksanakan hudud lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang syariah itu.
FREEMALAYSIATODAY.COM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails