PENGGUNA
Kini timbul pula “ayam terapi Al Quran” sehingga boleh dijual RM14 untuk satu kg berbanding harga biasa RM7 per kg.
Menurut laporan Harian Metro, ayam terapi dijual sekitar ibu kota serta dipromosikan di media sosial.
“Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dipetik HM.
“Ruqyah” merupakan istilah digunakan untuk perubatan alternatif berunsur Islam, antaranya menggunakan ayat al-Quran.
Peniaga ayam terapi tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.
“Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” tambah peniaga tersebut.
Laporan itu juga menyebut, ayam tersebut juga akan menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.
Selepas ayam disembelih dengan “semula jadi”, organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.
“Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam. Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin kepada HM lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maka berkatalah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Serbuk pencuci pun dibacakan 30 juzuk al-Quran – Dr Maza) menyuarakan kebimbangannya terhadap produk-produk di pasaran yang menggunakan agama bagi tujuan melariskan jualan.
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan pandangan umat Islam menjadi sempit selain terlalu bergantung kepada produk seumpamanya.
“Sebagai contoh jika syarikat itu menjual air, orang ramai difahamkan seolah-olah air itu mempunyai kelebihan untuk tujuan perubatan sehingga dijual dengan harga yang mahal, akhirnya orang Islam bergantung kepada air itu kerana mereka faham apa sahaja yang berkait dengan agama adalah betul.
“Agama jadi permainan yang tak munasabah, sebelum ini saya dengar serbuk pencuci pun dibacakan 30 juzuk al-Quran, begitu juga dengan makanan sunnah seperti kurma dan kismis, jangan mendakwa kurma edaran merekalah yang pernah dimakan oleh Nabi Muhammad,” katanya.
Dr Asri berkata, ustaz yang ada juga seharusnya mengelak daripada menjadi duta mengkomersialkan produk tersebut.
“Kita tidak mahu masyarakat cuba menjadikan Islam begitu sempit sebagai contoh perubatan Islam hanya jampi, kismis, sedangkan hospital juga merupakan perubatan Islam.
“Saya tidak nafikan ada jampi dalam Islam tapi ada caranya, jika nak jampi dari orang yang tak pandai kepada pandai, yang jahat jadi baik, itu tak dapat diterima.
yE, KE??“Agama jadi permainan yang tak munasabah, sebelum ini saya dengar serbuk pencuci pun dibacakan 30 juzuk al-Quran, begitu juga dengan makanan sunnah seperti kurma dan kismis, jangan mendakwa kurma edaran merekalah yang pernah dimakan oleh Nabi Muhammad,” katanya.
Dr Asri berkata, ustaz yang ada juga seharusnya mengelak daripada menjadi duta mengkomersialkan produk tersebut.
“Kita tidak mahu masyarakat cuba menjadikan Islam begitu sempit sebagai contoh perubatan Islam hanya jampi, kismis, sedangkan hospital juga merupakan perubatan Islam.
“Saya tidak nafikan ada jampi dalam Islam tapi ada caranya, jika nak jampi dari orang yang tak pandai kepada pandai, yang jahat jadi baik, itu tak dapat diterima.
Ayam hijrah ialah
1.ayam yang diterapi al-Quran..
2. diproses mematuhi syariah 100%
3. konsep proses 9P P1. Pemilihan ayam Terbaik.. P2.