Saturday, May 07, 2016

Sadiq Khan Dipilih Datuk Bandar Islam Pertama London

Sadiq Khan.
LONDON: London menjadi ibu negara barat pertama yang memilih Datuk Bandar Islam selepas Parti Buruh mengisytiharkan kemenangan calonnya, Sadiq Khan walaupun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.
Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengumumkan kemenangan Khan, 45, mengatasi calon parti Konservatif, Zac Goldsmith.
Dalam kiraan akhir, Khan menang dengan 1,310,143 undi manakala Goldsmith memperoleh 994,614 undi.
"Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk menjadikan London kota yang adil untuk semua!," tulis Corbyn dalam akaun Twitternya.
Persaingan untuk menggantikan Datuk Bandar Boris Johnson dari Konservatif memperlihatkan bagaimana Khan, anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada tahun 1960-an.
Khan menentang Goldsmith yang merupakan anak seorang jutawan yang hidup mewah.
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio antara pemimpin terawal yang menghantar mesej tahniah menerusi Twitter dan menyatakan rasa teruja untuk bekerjasama dengan Khan.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo juga dalam Twitternya berkata: "Kemanusiaan dan nilai progresif memberi manfaat untuk warga London."
Namun, tiada respons diterima daripada Goldsmith, walaupun kakaknya, Jemima adalah bekas isteri kepada pemain kriket dan ahli politik Pakistan, Imran Khan yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau.
Jemima menyifatkan kemenangan Khan itu sebagai satu contoh paling hebat kepada orang muda Islam. (mStar)

Sadiq Khan
REUTERS - SADIQ bergambar selfie dengan penyokongnya di Canary Wharf, London kelmarin.

Jom Mengundi. BN 82 Kerusi, PKR (40), DAP (31), Amanah (13), Pas (11), PRN (10), PBDB (5), Bebas (36).





 Kreatif penyokong PAS Sarawak membuat terowong untuk menunju kemenangan.

KUCHING – Setelah mengharungi tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Ne­geri Sarawak ke-11 (PRN-11) selama 12 hari sejak penamaan calon pada 25 April lalu, sebanyak 1.13 juta pengundi berdaftar bakal membuat penentuan hari ini.

Para pengundi akan keluar mengundi di 1,754 pusat mengundi di seluruh negeri untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi wakil rakyat mereka.
Dua daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bukit Kota dan Bukit Sari, tiada pengundian berikutan kemenangan tanpa bertanding Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon.
Kerusi DUN Bukit Sari dimenangi oleh Datuk Awang Tengah Ali Hasan manakala Bukit Kota, Dr. Abdul Rahman Ismail.
Pada PRN-11, BN meletakkan kesemua calon di 82 kerusi manakala parti PKR (40), DAP (31), Amanah (13), Pas (11), Parti Reformasi Negeri (10), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (5) dan calon Bebas (36). (IH)




Beberapa petugas SPR melakukan persiapan akhir menjelang proses pengundian PRN-11 hari ini di Sekolah Kebangsaan Sibu Bandaran No 3, Sibu semalam.

Penganalisis: PAN Tidak Akan Menang Sebarang Kerusi, PAS 1?




Sejarah Islam Masuk Sarawak, Perlukah PAS?


TERLANJUR membicarakan pilihan raya DUN Sarawak, sudah dikaitkan dengan kemasukan Islam di Borneo (Sejarah Islam Di Borneo, Sarawak Perlu Pilih Parti... ) maka dilanjutkan kisah kemasukan Islam di Bumi Kenyalang ini.

Menurut Dr. HAMKA رحمه الله, masuknya agama Islam ke Alam Melayu ini nampaknya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, iaitu dengan jalan damai dan beransur-ansur (berperingkat-peringkat), jarang sekali dengan kekerasan dan diterima dengan sukarela oleh penduduk meskipun tidak dengan sekaligus (Lihat Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA), Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Pustaka National Pte. Ltd., Singapura, 2006, hlm. 669.)

Sesuai dengan ajaran Islam yang murni, orang-orang yang bukan Islam bebas memilih dan mengamalkan agama mereka masing-masing. Tidak ada paksaan dalam agama. Hatta di negara Islam Madinah semasa zaman Nabi SAW wujud penempatan orang-orang Yahudi dan mereka dibenarkan tinggal di situ serta dinaungi di bawah pemerintahan Islam. Cuma bangsa tersebut memang suka berbuat khianat dan akhirnya Rasulullah SAW memerangi segolongan daripada mereka. 

Sejak bangsa-bangsa Barat mula memasuki negeri-negeri Melayu pada permulaan abad ke-16 (1511 M), dimulai oleh orang Portugis, dituruti oleh Sepanyol, kemudian Belanda dan Inggeris, dan pernah juga diikuti oleh bangsa Perancis.

Sarawak
Santubong: Di bawah sistem pentadbiran Kesultanan Brunei, lembah Sungai Sarawak telah diberi sedikit kuasa otonomi dengan pembesar-pembesar tempatan Melayunya sendiri ...

Menurut Sanib Said, Umat Islam di Sarawak: Dulu, Sekarang dan Akan Datang, dlm. Masyarakat Melayu Sarawak: Himpunan Kertas Seminar Budaya Melayu II, Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kuching, 1998, hlm. 31. menyebutkan kisah Datuk Merpati Jepang menandakan permulaan sejarah umat Islam di lembah Sungai Sarawak dengan penubuhan sebuah kerajaan di Pasir Kuning iaitu Santubong.

Adalah dipercayai, secara tradisinya, Datuk Merpati Jepang inilah nenek moyang golongan berketurunan Abang di Sarawak. Pengkisahan Datuk Merpati selalunya dikaitkan dengan mitos dan dongeng yang ada kalanya tidak masuk akal. Misalnya, salah seorang adik beradiknya dikatakan pernah bertukar menjadi naga dan menyelematkan ayah dan keluarganya daripada kesusahan. Boleh dikorek-korek kebenaran yang ada disebalik kisah-kisah khayalan tersebut.
Cerita tentang Datuk Merpati Jepang mungkin boleh dipertikaikan, tetapi Santubong memiliki bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa tempat tersebut adalah sebuah kota-pelabuhan (port city) yang penting sejak abad ke-7 M lagi. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa sudah wujud kerajaan tua Melayu Sarawak di Santubong. Begitu juga halnya di Samarahan, Kalaka, dan Sadong. 

Brunei

Walaubagaimanapun, kesemua kerajaan Melayu/Islam Sarawak yang tua ini telah jatuh ke tangan Kesultanan Islam Brunei dan diceritakan dalam hikayat-hikayat lama seperti Syair Awang Samaun dan Silsilah Raja-Raja Brunei. Seperti yang disebutkan, peluasan kerajaan Brunei berlaku dengan pesatnya ketika pemerintahan Sultan Bolkiah pada kurun ke-16 M dan pada waktu itulah Kesultanan Melayu/Islam Brunei meluaskan pengaruhnya ke Filipina, Sabah, dan seterusnya Sarawak.

Di bawah sistem pentadbiran Kesultanan Brunei, lembah Sungai Sarawak telah diberi sedikit kuasa otonomi dengan pembesar-pembesar tempatan Melayunya sendiri seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, dan Datu Temenggong. Pada abad ke-17, Sarawak menjadi sebuah negeri berdaulat apabila Sultan Brunei melantik adindanya Pengiran Tengah menjadi Sultan Sarawak Darul Hana. Dan bagindalah (Sultan Tengah) sultan Sarawak yang pertama dan terakhir.

Kemudian setelah ketibaan James Brooke yang bercita-cita tinggi ke Sarawak, maka menyusutlah pengaruh dan kuasa pembesar-pembesar Melayu/Islam di Sarawak dan hampir pupus sama sekali ketika era penjajahan British. 

Miri

Di Miri contohnya, menurut tradisi tempatan, orang pertama yang bertanggungjawab membawa agama Islam ke bandar minyak (pada masa itu masih berupa perkampungan nelayan) tersebut ialah Nahkoda Gampar dan anaknya. Masjid Miri yang pertama telah dibina dalam kurun ke-19 M di tebingan sungai Miri dan boleh memuatkan lebih kurang 100 orang jama’ah. 

Masjid yang kedua pula dibina dalam era sebelum Perang Dunia ke-II dan boleh memuatkan kira-kira 200 orang jama’ah. Namun pada hari ini kesan-kesan awal Islam di bandaraya tersebut tidak mungkin dapat diketahui lagi. Yang ada hanyalah Islam yang diketahui pada hari ini berdasarkan tempat, orang, dan bangunan yang ada pada masa kini. 

Generasi-generasi awal juga semakin hari semakin ramai yang telah kembali ke rahmatullah. Tidak banyak yang dapat kita pelajari daripada sejarah masa silam. Dan yang lebih menyedihkan dikatakan tidak ramai di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Miri yang mengetahui, dan mahu ambil tahu, tentang sejarah umat ini. 

Jatidiri Melayu mereka mungkin masih kukuh dan dipertahankan. Tetapi nilai-nilai Islam dan sifat-sifat yang seharusnya ada pada seorang Muslim dan Muslimah kelihatan seolah-olah semakin terhakis. Jika kita menjenguk kembali peristiwa-peristiwa bersejarah di negeri ini, pasti kita akan mengetahui bahawa pada suatu ketika dahulu pernah wujud individu-individu Muslim yang berjuang demi agama dan tanah air hingga ke titisan darah yang terakhir.

Sibu

Bagi masyarakat Melayu di Sibu, nama Rosli Dhobi sudah pasti suatu nama yang amat dikenali sehingga ke hari ini. Jasanya, oleh sebab keikhlasannya berjuang mempertahankan maruah agama dan tanah air, terus dikenang oleh rakyat melampaui zamannya. Sebelum itu, telah ada pejuang-pejuang Melayu/Islam yang cekal dan tabah seperti Sharif Masahor yang terkenal dengan penentangannya terhadap pemerintahan Brooke. 

Dan ramai lagi wira-wira Melayu/Islam Sarawak yang nama-nama mereka tertulis di dalam rekod-rekod sejarah negeri ini. Dan catatan ini sekadar untuk mengungkapkan bahawa kelompok Melayu/Islam telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan dan pembangunan sebuah negeri yang bernama Sarawak ini. 


Di tahun 1960an dan awalnya, Melayu Persisir sering dipandang rendah lewat pengelompokan sebagai Orang Laut. Loghat Melayu Kuching sangat ketara di sekitar ...

PAS Perlu Di Sarawak?

Oleh itu amat patutlah bila Presiden sebuah parti Islam (PAS) di Malaysia ini  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bahawa partinya tidak pernah ‘menghalalkan’ orang lain dan langsung tidak setuju DAP (bukan parti Islam) memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.


PAS ujar beliau, sebaliknya mahu pemerintah di bumi Kenyalang itu mestilah daripada kalangan orang bumiputera tempatan yang beragama Islam berbanding DAP Sarawak yang sehingga kini masih lagi diterajui oleh kaum Cina.
“PAS mahu rakyat dan negeri Sarawak terus diperintah oleh bumiputera, bukan kaum-kaum lain malah hanya orang bumiputera mesti memerintah Sarawak dan PAS mahu calon tersebut ialah bumiputera yang beragama Islam." kata beliau.
Sekian, wallahu 'akalam. (Ibnu Hasyim).

Pejuang Palestin Balas Serangan Israel















REUTERS - MAYAT Zeina disolatkan selepas dia terbunuh dalam serangan kereta kebal oleh Israel di selatan Genting Gaza kelmarin.

BAITULMUQADDIS – Kumpulan pejuang Palestin di Genting Gaza membedil bom mortar ke arah Israel pagi semalam, kata tentera Zionis sekali gus meningkatkan ketegangan antara sempadan untuk hari ketiga.
“Mortar dibedil ke arah tentera berhampiran sempadan Gaza. Tiada kece­deraan dilaporkan,” kata satu kenyataan tentera semalam.
Seorang jurucakap tentera membe­ritahu AFP bahawa tiada serangan balas segera daripada pihak Israel.
Kelmarin, kereta kebal Israel yang membedil sasaran pejuang Hamas membunuh seorang wanita Palestin di rumahnya di Gaza ketika pertempuran terburuk antara tentera Israel dan Hamas selepas perang pada 2014.
Sejak pertempuran yang bermula Rabu lalu, Hamas dan beberapa kumpulan pejuang lain telah membedil sekurang-kurangnya 10 mortar melepasi sempadan, manakala tentera udara Israel melakukan sekurang-kurangnya tiga serangan udara terhadap Gaza.
Kereta kebal Israel yang ditempatkan di sempadan juga membedil berulang kali ke arah kawasan sasaran Hamas.
Pada petang kelmarin, bedilan kereta kebal yang diikuti dengan serangan mortar dari kawasan Khan Yunis di selatan Gaza membunuh Zeina Al-Amour, 54, menurut hospital Nasser yang mengesahkan kematiannya.
Seorang penduduk berusia 21 tahun turut tercedera dalam serangan terbabit.
Serangan oleh Palestin pula menyasarkan tentera Israel yang berkawal di sepanjang sempadan dan berada pada jarak 100 meter di dalam kawasan Gaza.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang telah dilaksanakan sejak peperangan selama 50 hari itu menyebabkan 2,251 penduduk Palestin dan 73 warga Israel terbunuh. – AFP

Friday, May 06, 2016

Nahas Helikopter: Mayat Wanita Ditemui



KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat seorang wanita berhampiran lokasi penemuan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat.
Penemuan itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi mStar Online di sini.

Serpihan yang didakwa milik helikopter jenis AS350 yang ditemui pagi ini.

Sebelum itu, asukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan helikopter yang dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan SAR menemui serpihan-serpihan berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi Jumaat.
"Maklumat yang telah diterima pada 9.50 pagi ini, pasukan SAR menjumpai serpihan-serpihan helikopter yang dipercayai dari pesawat AS350 berkenaan (gambar).

Pemerintah S'wak Mesti Bumiputera Tempatan. Tolak DAP. -Abd Hadi.

PAS ujar beliau, sebaliknya mahu pemerintah di bumi Kenyalang itu mestilah daripada kalangan orang bumiputera tempatan yang beragama Islam berbanding DAP Sarawak yang sehingga kini masih lagi diterajui oleh kaum Cina.
Abdul Hadi seterusnya berkata, bangsa Cina dan India yang bukan Muslim masih boleh lagi menjadi sebagai rakyat sesebuah negeri atau negara namun dari segi politik mereka perlu dipimpin sendiri oleh pemimpin beragama Islam.
“PAS mahu rakyat dan negeri Sarawak terus diperintah oleh bumiputera, bukan kaum-kaum lain malah hanya orang bumiputera mesti memerintah Sarawak dan PAS mahu calon tersebut ialah bumiputera yang beragama Islam.
“Kita tidak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak pun kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau yang dihadiri hanya kira-kira 250 orang di sebuah padang awam di hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, di sini lewat malam Rabu.
Kenyataan beliau itu jelas ditujukan kepada bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kerana jika menang PRN, ia tentu menamakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sendiri sebagai ketua menteri baharu.
pas sarawak
Parti Islam itu ujarnya meskipun cuma meletakkan 11 calon, bukan bermatlamat mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada pihak kerajaan yang akan dibentuk selepas PRN nanti.
“PAS sedar hanya bertanding 11 kerusi, kalau kesemua calon PAS menang 11 kerusi itu sekalipun masih ada 72 kerusi lagi, maka PAS memang tidak boleh memerintah Sarawak dengan sekadar bermodalkan 11 kerusi sahaja.
“Mereka (parti-parti lain) nak 71 kerusi ambillah sebab PAS cuma nak 11 kerusi ini sahaja, tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya.
Ucapan itu disambut dengan sorakan ‘Allahuakbar’. Abdul Hadi turut mengingatkan rakyat Sarawak bahawa PRN merupakan amanah untuk memilih pemimpin boleh membawa suara ke Dewan Undangan Negeri dapat didengari.
“Pilihan raya adalah cara untuk memberi kuasa pada rakyat untuk pilih sendiri pemimpin disukainya setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah.
“Tapi kita difahamkan PRN ini peluang dapat wang tambah poster! Walhal PRN ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di DUN cakap bagi pihak kita, perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita, itu makna pilihan raya,” tegasnya. (IH)

Jihad Muzik AlFarabiBand, Serampang 2 Mata.


DARI kiri: Fazrina, Mohd. Nazri, Ahmad Nasie, Aswady dan Kamarul Ariffin akan menghiburkan peminat AlFarabiBand pada Jihad Music The Gig di Talent Lounge Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor petang esok.

HALAMAN HIBURAN
SELAIN berhibur, peminat dan penggiat seni muzik tanah air juga berpeluang untuk beramal.
Misi serampang dua mata itu akan terlaksana dengan menyaksikan Jihad Music The Gig di Talent Lounge Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor petang esok.
Pemain gitar kumpulan AlFarabiBand, Kamarul Ariffin Borhan Nordin, 34, berkata, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada satu tabung kerja amal, Kengkawanproject.
“Objektif persembahan ini adalah untuk mengumpulkan peminat dan penggiat seni muzik tanah air bagi menonton satu penampilan eksklusif kumpulan AlFarabiBand dan jemputan khas, Shamsudin Ali atau lebih dikenali sebagai Sam daripada kumpulan Cromok.
“Di samping membeli tiket dan menonton satu persembahan yang unik, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada sebuah pertubuhan kebajikan,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.
AlFarabiBand yang dianggotai, Fazrina Ghazali (pemain bass), Mohd. Nazri Alias (pemain gitar), Ahmad Nasie Mohd. Nawawi (vokalis), Aswady Ahmad (pemain dram) dan Kamarul Ariffin (pemain gitar) merupakan sebuah kumpulan yang mengetengahkan muzik progresif metal dalam menyampaikan mesej-mesej berunsur perjuangan serta motivasi.
Kumpulan itu ditubuhkan pada 2009 dan beroperasi di Shah Alam, Selangor. Keunikan kumpulan itu ialah mereka mempunyai peminat daripada pelbagai golongan termasuk ahli korporat dan pelajar universiti.
Ini kerana muzik yang dibawa sesuai dengan trend masa kini dan mesej pada lirik-lirik lagu mereka berunsur motivasi Islamik dan ilmiah.
AlFarabiBand pernah menjadi kumpulan ikon dalam salah satu program anak muda, Battle of The Band anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kamarul berkata, mereka memilih jihad muzik sebagai tema kerana jihad bermaksud bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara berlandaskan peraturan dan syariat.
“Pelaksanaannya perlu dibuat sehabis baik dan maksimum. Nilai-nilai ini telah diterapkan dalam aktiviti muzik kami.
“Kami memaksimumkan tiga elemen penting iaitu muzik yang bertenaga dan berwawasan, mesej yang jelas dan bermotivasi serta imej yang kemas, berprinsip dan mengkombinasikan unsur klasik mahupun moden seperti serban, tudung dan jaket,” katanya.
Berkolaborasi
Tambahnya lagi, mereka memilih untuk berkolaborasi dengan Sam kerana beliau merupakan vokalis merangkap pemain bass kumpulan Cromok iaitu sebuah kumpulan thrash metal yang popular pada penghujung 1980-an.
Sehingga kini, dia masih lagi mempunyai ramai peminat tegar di seluruh negara.
Ujar Kamarul: “Kami mempunyai sebab tersendiri untuk memilih dia berkolaborasi dalam album single kami iaitu Form Mula dan artis jemputan semasa persembahan Jihad Music The Gig nanti.”
Dalam pada itu, Sam yang kali terakhir tampil bersama Cromok pada persembahan pembukaan untuk konsert Metallica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013 berkata, dia menerima jemputan AlFarabiBand selaku vokalis tambahan untuk meningkatkan persembahan mereka.
“Sesetengah orang mungkin melihat ia sebagai satu peluang, manakala orang lain menganggapnya untuk mengukur keupayaan diri.
“Pada masa yang sama, saya mahu mengenali secara lebih dekat ‘misteri’ yang dimiliki AlFarabiBand ini.
“Siapa mereka, di mana arah muzik mereka, apa yang mendorong mereka untuk memperjuangkan muzik ini dan sebagainya. Secara jujurnya, ramai orang bercakap mengenai AlFarabiBand tetapi tidak ramai yang mengenalinya secara lebih dekat,” kata Sam.
Dia berkata, persembahan itu mempunyai banyak matlamat, antaranya mengeratkan silaturahim sesama ahli kumpulan dan peminat, media dan masyarakat umum.
Bagaimanapun, matlamat utama adalah untuk mengukur sejauh mana konsep AlFarabiBand diterima oleh pihak media, masyarakat dan industri muzik.
“Maklum balas daripada persembahan ini akan memberi jawapan yang amat berguna kepada kami. Kami mengharapkan maklum balas yang membina daripada semua pihak.
“Tidak semua maklum balas adalah positif dan tidak semuanya akan mencerminkan masa depan AlFarabiBand tetapi ia akan menjadi satu penanda aras,” katanya.
AlFarabiBand dijangka mendendangkan kira-kira 15 lagu pada persembahan anjuran bersama Kengkawanproject dan Alternate Steps itu selepas kumpulan D’Fender dari Melaka membuat persembahan pembukaan.
Tiket berharga RM60 (tempahan awal) dan RM70 (pada hari persembahan) boleh didapati dengan menghubungi talian 019-3515 153 (Faie) dan 012-6743 515 (Roll) atau Facebook, KengkawanProject. (IH/Kosmo!)

Ini, Artikel Berkaitan Calon DAP, Portal Pro-PAN Padamkan Serta-Merta, Mengapa?

Kenapa Portal Pro-PAN Padamkan Artikel Berkaitan Calon DAP DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa ?

Portal pro PAN, Malaysia Dateline hari ini menyiarkan artikel bertajuk “Abdul Aziz ‘direhatkan’ dari ceramah, mahu saman nenek sendiri?”, namun artikel itu dipadamkan serta merta selepas beberapa jam disiarkan.
Namun carian di pautan Di’Cache’ masih memaparkan artikel tersebut seperti berikut :
Abdul Aziz ‘direhatkan’ dari ceramah, mahu saman nenek sendiri?
05 Mei 2016 | DALIA ISMAIL

Abdul Aziz Isa dan neneknya Mazuin Abd Manan
Khabar angin kini bertiup kencang di Sarawak calon Melayu tunggal DAP di Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Marindo akan direhatkan dari pentas ceramah dalam tempoh berbaki dua hari lagi sebelum pengundian 7 Mei ini.
Sumber menyebut DAP berbuat demikian ekoran tindakan Abdul Aziz mahu menyaman neneknya yang berselisih pendapat politik selain daripada krisis moral, akhlak, angkuhnya menyerang secara tidak langsung pemimpin DAP dalam siri ceramahnya di Batu Kitang.
“DAP mula mempertimbangkan isu krisis moral bagi calon tunggal melayu DAP ini. Aziz boleh menyebabkan DAP kehilangan sokongan yang besar di Batu Kitang yang boleh memberi kelebihan kepada calon BN dan PKR.
“Sekarang mahu tidak mahu merehatkan Aziz dari berceramah lebih dari memenangkan calon itu sahaja. Ambil orang kalau tak tahu hendak belajar dari bawah sombong angkuh biadap memang ini penamatnya,” ujar sumber.
Pada 3 Mei lalu tindakan Hajah Mazuin Haji Manan,75, nenek kepada calon DAP kawasan Batu Kitang itu bercerita buruk tentang peribadi Aziz dengan mendakwa cucunya itu sebagai ‘sotong’ telah sedikit sebanyak menggugat intergritinya sebagai bakal Adun.
Menurut neneknya sikap Aziz yang cukup biadab sewaktu berkempen walau pun masih terlalu muda cukup mengecewakannya dan telah mendorong beliau tampil berkempen untuk calon BN Lo Khere Chiang walau pun melawan cucunya sendiri.
Mazuin dipetik berkata:”“Saya tidak suka cucu saya cabar BN dan ini sebabnya saya berada di sini untuk menyokong calon BN di Batu Kitang, Lo Khere Chiang. Jangan undi Abdul Aziz, saya tak suka.
“Beliau masih muda dan belum mula bekerja, tetapi tiba-tiba mahu menentang kerajaan,” katanya kepada wartawan di Batu Kitang.
Oleh yang demikian, sumber terdekat DAP mengesahkan bahawa Aziz sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap neneknya itu dan pihak-pihak yang mempergunakan neneknya untuk kepentingan politik BN.
Menurut sumber lagi Aziz akan memfailkan injuksi, menghalang neneknya terus mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak elok mengenai dirinya.
Permohonan ini akan difailkan dalam jangka masa terdekat di Mahkamah Tinggi Kuching jika neneknya terus bercerita sifat buruk cucunya Aziz calon DAP tersebut.
Namun begitu wakil DAP itu mengakui bahawa tindakan tindakan Aziz terhadap neneknya itu, dibuat atas dasar sukarela tanpa paksaan mana mana pihak.
Sebelum ini Aziz dengan begitu angkuh mengelarkan Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem (datuk saudaranya) sebagai pengecut kerana tidak berani menentang beliau di Batu Kitang pada PRN Sarawak kali ini dan turut mengelarkan BN sebagai parti syaitan.
Baru baru ini media turut melaporkan bahawa Aziz merupakan kaki mabuk dan “clubbing” dengan turut menyiarkan gambar Aziz sedang minum arak disebuah kelab di Kuching dengan ditemani seorang wanita yang tidak dikenali .
Peribadi buruk yang dimiliki Aziz serta cara berkempen yang kasar dan biadab dijangka memberi impak besar kepada calon DAP itu untuk memenangi kerusi yang ditandinginya.
Ini kerana cara berkempen yang diamalkan Aziz bertentangan dengan nilai budaya rakyat Sarawak yang terdiri dari berbagai etnik dan kaum yang sangat sensitif dalam perkara yang mencabar kehormonian antara kaum di negeri ini antara sebab beliau direhatkan kata sumber.
Kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Kitang mempunyai 17,494 pemilih berdaftar dengan 60 peratus adalah pengundi Cina.
Ia akan menyaksikan pertandingan lima penjuru iaitu Lo Khere Chiang (BN), Abdul Aziz Isa Marindo (DAP), Voon Shiak Ni (PKR), dan dua calon Bebas, Datuk Seri Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir. (AIDCNews – 05/5/16)

KUCHING, May 5 ― A new survey by Universiti Utara Malaysia (UUM) found PKR’s candidate was preferred in Batu Kitang over that of its ally DAP, the…

Helikopter Belum Dijumpai - Pesuruhjaya Polis Sarawak.



KUCHING - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengesahkan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama lima yang lain termasuk jurutebang yang dilaporkan hilang belum dijumpai.
Menurut Muhammad Sabtu, pihaknya yang menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 8.20 malam tadi telah menggerakkan sepasukan anggota ke beberapa lokasi yang dipercayai boleh membantu operasi pencarian.
Katanya, polis turut menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa helikopter tersebut dijumpai di Sri Aman.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat dengan menggerakkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Sri Aman, Simunjan dan Betong.
"Selain itu, agensi lain iaitu masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut bergerak ke lokasi bagi memulakan pencarian seawal pukul 6 pagi esok.
"Seramai 13 Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bergerak ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian pagi esok," katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.
Helikopter jenis ASO 350:RPC 6828 itu dilaporkan hilang dari radar pada pukul 4.32petang selepas berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan dijadual tiba di sini kira-kira pukul 5 petang. - K! ONLINE

Helikopter Bawa Timbalan Menteri Dan MP Hilang Di Sarawak …


Di celah kehangatan kempen pilihanraya Sarawak timbul berita gempar…sebuah helikopter yang membawa Timbalan Menteri  Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,Ahli Parlimen BN Kuala Kangsar Datuk Wan Khairil Anuar hilang dari radar sewaktu dalam penerbangan dari Betong ke Kuching petang Khamis.

Turut sama diatas helikopter berkenaan ialah suami Noriah,Asmuni Abdullah,Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah yakni Ahmad Sobri Harun.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharudin Abdul Rahman kata gerakan mencari helikopter berkenaan sudah dilancar.

Menurut maklumat hubungan terakhir helikopter itu di Sebuyau pada jam 5 petang. (AD)

Drama Gencatan Senjata Syria Dilanjutkan 2 Hari

Gencatan senjata Syria dilanjutkan dua hari
ALEPPO - SYRIA. Tentera Syria bersetuju untuk menghormati gencatan senjata selama dua hari di bandar Aleppo, selepas menghadapi tekanan berterusan dari Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

"Gencatan senjata akan berlangsung 48 jam bermula dari pukul 1 pagi (waktu tempatan) hari ini (semalam)," menurut ketua tentera Syria.

Menteri Pertahanan Rusia memberitahu, pemantau Moscow dan wakil AS bersetuju untuk mengawasi gencatan yang dijangka berakhir tengah malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Bashar al-Assad berkata negaranya tidak akan menerima kurang daripada satu kemenangan dalam menentang kumpulan pemberontak di Aleppo mahupun di seluruh negara.

Dalam satu telegram dihantar kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, Bashar mengucapkan terima kasih atas sokongan ketenteraan Moscow dan menegaskan tenteranya akan terus berjuang  bagi mencapai kemenangan akhir. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gencatan senjata ini hanya drama dalam menghapuskan penentangan rakyatnya sendiri demi mengekalkan kezaliman yang berterusan.

Thursday, May 05, 2016

Aktres Cantik Lindsay Lohan Sedang Khatam Qurqan. Mengapa?



HALAMAN HIBURAN

DALAM wawancara dengan akhbar The Sun dua hari lalu (April 2016) aktres cantik  Lindsay Lohan mengaku dia sedang mempertimbangkan untuk  masuk Islam selepas khatam quran.

"Saya orang yang sangat spiritual. Amerika memandang orang yang memegang Alquran itu dengan cara yang berbeza berbanding dengan apa yang sebenarnya," kata nya, di televisyen Al Arabiya,

Menurut The Sun, Lohan belum selesai membaca seluruh ayat Alquran.

"Memerlukan waktu cukup lama," katanya.

Berita tentang Lohan tertarik dengan Islam tersebar sejak musim panas lalu ketika dia dirakam sedang berjalan di Kota New York sambil memegang kitab suci Alquran terjemahan bahasa Inggeris.

Beliau satu masa dulu pernah terjebak dengan penggunaan dadah dan selalu mabuk ketika memandu .

Awal penglibatan nya dalam dunia glamour , dia terlibat dalam dunia lakonan dan menjadi model pakaian dan peragaan pentas sejak usianya 3 tahun lagi.

Sebelum ini dia dikatakan sering belajar tentang pelbagai agama. Semasa remaja dia pernah memakai gelang merah Kabbalah. Dia juga dikhabarkan suka menghadiri kelas Kabbalah dan pada 2012 dia dilaporkan mengikuti kumpulan ajaran Buddha bersama bekas isteri Kurt Cobain, Courtney Love.

Mungkin kah Islam adalah agama yang dicari-cari oleh pelakon cantik Ini??

(IH/dailymail.co)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails