Saturday, May 14, 2016

'Anu'nya Besar, Saintis Pun Jadi Kecoh..

Kodok


SYDNEY: Seekor kodok yang tampaknya seakan-akan memiliki penis berukuran sangat besar membingungkan netizen di seluruh dunia sebelum pakar-pakar haiwan antarabangsa berjaya memecahkan misteri keanehan ini.
Foto kodok unik itu dimuat naik memerusi laman maya oleh seorang lelaki Australia, Keith Leech, pada 4 Mei lalu dan dalam foto tersebut, kodok berkenaan tampak memiliki alat kelamin jantan yang berukuran saiz jumbo.
Namun, pakar dunia haiwan global merungkai penjelasan soal fenomena ini dengan menyatakan bahawa kodok tidak memiliki batang zakar sehingga yang terlihat seperti penis itu dan kemungkinan besar itu adalah kakinya.
kodok
“Itu bukan kemaluan. Kodok memang tidak memiliki penis. Namun, batang zakar memang berevolusi daripada ‘kaki’ dalam perkembangan embrio sehingga itu kemungkinan adalah kaki tambahan,” kata Gerry Marantelli.
Penyelidik dari Pusat Penelitian Haiwan Amfibia Australia itu menjelaskan, organ reproduksi pada kodok jantan ialah sepasang testis dengan organ tambahan seperti kloaka, sebuah rongga di hujung jalur pencernaan.
Disebabkan kodok dari segi anatomi tidak memiliki penis untuk memancut air mani, sperma dikeluarkan daripada kloaka secara langsung oleh kodok jantan terus ke arah sel telur ketika kodok betina bersedia mengerami telurnya.
– Agensi/IH









Fathia Latiff: Bertudung, Dalami Nilai Sebenar Muslimah..













Fathia berterima kasih kepada peminat yang banyak menegurnya di laman Instagram. Bagaimanapun, keputusan untuk bertudung bukan disebabkan kritikan orang ramai tetapi disifatkan sebagai kesedaran semula jadi.
HALAMAN HIBURAN

PELAKON Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 27, percaya apa yang dikecapi hari ini adalah rezeki daripada Allah SWT kepada dirinya yang semakin mencuba untuk mendalami nilai sebenar menjadi seorang Muslimah.

Semasa disogok lagi pertanyaan mengenai kehadiran rezeki yang meluas sejak memutuskan untuk bertudung penuh April lalu, dia tersenyum dan menghela nafas panjang menandakan seperti ada sesuatu yang ingin diperbetulkan dalam kenyataan tersebut.
Balas Fathia: “Sebenarnya bagi saya, bukan hanya sebab bertudung rezeki saya semakin murah atau kemenangan berpihak kepada saya. Saya tidak pernah terfikir sampai ke arah itu.
“Saya percaya apabila saya kejar Allah, segala kebaikan di dunia akan datang kepada saya. Dengan imej bertudung, saya berasa semakin selesa dengan apa yang saya lakukan dalam hidup.”
Dalam lancar mengatur bicara, pelakon drama popular Ariana Rose itu menambah bahawa keputusannya untuk berhijab bukan disebabkan terpengaruh dengan kata-kata orang ramai, sebaliknya ia ditunjangi kesedaran semula jadi terhadap kebesaran Ilahi.
“Saya bertudung bukan kerana manusia tetapi ia adalah kerana Allah. Saya amat berterima kasih kepada orang ramai yang banyak menegur cara pemakaian saya serta mengharapkan saya untuk bertudung di Instagram.
“Saya ambil teguran mereka dan Alhamdulillah kini saya telah bertudung tetapi niat untuk bertudung datang secara semula jadi. Sebelum ini saya banyak menggayakan imej bertudung dalam lakonan, lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, saya rasa segan tidak menggayakan tudung di tempat awam,” akuinya tanpa berselindung.
Istiqamah, terus belajar. Dalam usaha murninya untuk terus mendekatkan diri kepada Ilahi, terluncur kata bahawa masih banyak dalam ruang dalam dirinya yang perlu diperbaiki. 

Dia akan melancarkan jenama fesyen Muslimah miliknya bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Memperkenalkan jenama Dara By Fathia Latiff, sebelum ini dia tidak mempunyai perancangan langsung untuk mempunyai jenama fesyen sendiri, sebaliknya idea untuk berbuat demikian hadir secara semula jadi.
Ditebak persoalan stigma klise masyarakat mengenai kebanjiran selebriti wanita yang telah berhijrah dengan bisnes pakaian Muslimah mahupun tudung, Fathia mempunyai jawapan tersendiri.
“Saya bertudung bukan kerana fesyen. Kalau ada ruang untuk memberi manfaat kepada saudara muslim lain dan ia menjurus kepada perubahan positif diri sendiri, saya rasa ia tidak salah,” balasnya menutup bicara.

Demikian disaring dari Kosmo!. (IH)

Friday, May 13, 2016

Masjid Bersejarah Di Bosnia Ini Dibuka Semula..

RIBUAN umat Islam berbondong-bondong mengunjungi ibu kota wilayah Serbia di Bosnia pada Sabtu (7/5) untuk menghadiri pembukaan semula sebuah masjid bersejarah yang hancur selama masa perang.

Pembukaan masjid ini dinilai sebagai usaha menggalakkan toleransi beragama di kalangan masyarakat setempat yang sempat terpecah akibat perang antar kelompok agama.

Perpecahan etnik masih menghantui Bosnia, 20 tahun selepas perang antara umat Muslim Bosnia, Ortodoks Serbia dan Katolik Croatia. Hal ini terus menjadi penghalang perdamaian dan reformasi yang diperlukan untuk negara itu untuk bergabung dengan Kesatuan Eropah.

Meski demikian, antusiame warga Muslim untuk menghadiri pembukaan semula Masjid Ferhadija yang dibina di bandar Banja Luka, ibu kota dari autonomi Republik Serbia, Bosnia, menawarkan harapan perubahan dan toleransi beragama.

Di tengah penjagaan keamanan yang ketat, kira-kira 1,000 pegawai polis membuat rondaan di sejumlah ruas jalan yang dilalui bas-bas pembawa penumpang Muslim dari penjuru daerah. Lalu lintas lain disekat sementara dari pusat bandar dan pengambilan alkohol dilarang.

Perdana Menteri Turki yang baru sahja mengumumkan pengunduran diri, Ahmet Davutoglu, memaparkan bahawa pembukaan Masjid Ferhidja menghantar mesej perdamaian. Turki turut membantu membiayai pembangunan masjid ini.

"Bosnia-Herzegovina, dengan warga Muslim, Katolik, Ortodoks dan Yahudi, adalah satu tubuh, satu hati. Jika ada usaha untuk memisahkannya, itu bermakna hati ini akan dibahagikan," katanya, merujuk pada ancaman pemisahan diri yang dilancarkan oleh warga Serbia Bosnia.

Masjid yang pada asalnya dibina pada abad ke-16 dan berada di bawah perlindungan UNESCO sebagai salah satu peninggalan bangunan zaman Uthmaniyyah, meletup dalam perang kira-kira 23 tahun lalu. Kini, lapangan parkir dibina di lokasi berdirinya masjid dahulu.

Banyak warga yang yakin bahawa letupan masjid itu merupakan tindakan warga Serbia Bosnia yang bertujuan untuk menghapuskan semua jejak warisan Muslim di kota yang dulunya dihuni warga multi-etnik ini.

Penuh Perjuangan



Perlakuan terhadap ummat Islam Bosnia-Hezergovina tidak saja mereka terima di Serbia, tetapi Kroasia pun turut melengkapi penderitaan mereka.

Pembangunan semula masjid ini bukan tanpa perjuangan. Dalam upacara peletakan batu asas pertama untuk pembangunan masjid pada 2001 lalu, nasionalis Serbia menyerang pengunjung dan sejumlah pejabat, menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera dan seorang warga Muslim tewas.

Selain itu, perlu waktu 15 tahun bagi umat Islam Bosnia untuk memperoleh izin pembinaan dan dana untuk pembangunan masjid. Beribu-ribu keping serpihan dari bangunan asal dikumpulkan dari tempat pembuangan Sungai Vrbas dan sejumlah tapak pelupusan sampah untuk kembali dipergunakan dalam pembangunan masjid.

Tarikh pembukaan semula masjid ini, yakni 7 Mei, kemudian ditetapkan sebagai Hari Masjid di Bosnia, untuk memperingati 614 masjid yang hancur selama perang tempoh 1992-1995.

Pada masa ini, hanya 10 peratus daripada pepulasi Muslim dan Croatia di Banja Luka yang tetap berada di bandar ini, selepas warga Serbia Bosnia melancarkan kempen perang pembersihan etnik.

Dalam acara pembukaan, Presiden Serbia Bosnia, Milorad Dodik, menyatakan wakil komuniti Islam, Ortodoks, Katolik dan Yahudi "berkumpul di sini dan menghantar mesej perdamaian."

Sementara, Kepala masyarakat Islam Bosnia, Efendi Husein Kavazovic, menyebutkan bahawa pembukaan semula masjid ini bagai "kemenangan cahaya daripada kegelapan," walaupun ia sebelum ini menyatakan ragu bahawa perdamaian di kawasan itu akan segera terlaksana.

Ketua Muslim Bosnia, Bakir Izetbegovic, menyatakan pembina masjid itu memberikan tanda bahawa Muslim Bosnia dapat kembali ke wilayah tersebut.

Namun, beberapa warga kurang optimis. Selain itu, banyak warga Serbia di Banja Luka yang nampaknya tak turut menghadiri pembukaan semula masjid ini.

"Saya hanya ingin pembukaan masjid ini berjalan damai dan tanpa insiden apapun, ketegangan masih sangat tinggi," kata Tatjana Kecman, seorang warga Serbia dari Banja Luka.

Bayang-bayang perang masih menghantui kawasan ini, utamanya selepas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic, dipenjara kerana dinilai melakukan pembunuhan beramai-ramai pada Mac.


PBB mengatakan sokongan warga Serbia Bosnia untuk memisahkan diri dari negara Bosnia yang rapuh merupakan cabaran untuk menegakkan perjanjian damai pada 1995 lalu. (IH)

PM Cameron Bermulut Capul Terpaksa Minta Maaf Pada Imam Masjid London.



LONDON - Perdana Menteri Inggeris David Cameron akhirnya meminta maaf kepada imam masjid London setelah menyebutnya sebagai pendukung militan Negara Islam / Islamic State (ISIS/IS). Pernyataan maaf yang memalukan itu disampaikannya, kelmarin. 

Cameron mengatakan, ia meminta maaf atas kesalahpahaman sebelumnya yang menyebut Imam Suliman Gani dari selatan London pendukung ISIS. 

"Perdana menteri jelas tidak bermaksud (menyebut) Gani menyokong Daesh (IS). Ia meminta maaf atas kesalahpahaman itu," ujarnya. 

Joanne Macinnes, teman Gani, mengatakan kepada Middle East Eye permintaan maaf Cameron menyedihkan. 

Suliman Gani, seorang imam di Inggeris meminta PM Cameron meminta maaf. Hal itu berkait tudingan Cameron yang menyebut ia menyokong gerakan Negara Islam Irak dan Syria (ISIS).

Dalam suratnya Gani membantah tuduhan tersebut. Ia pun mengaku terkejut dengan tuduhan tak berdasar itu. Apalagi selama ini ia acap kali ikut dalam aktivitas politik. "Saya telah secara terbuka mengutuk aksi barbar dan keburukan ISIS," ujarnya.

Gani mengatakan, sebagai Imam dan pemimpin komuniti ia selalu menyeru kepada rekannya agar menolak ideologi IS. Baginya, teroris merupakan organisasi tidak berperikemanusiaan. (Sumber : middleeasteye.net)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak sepatutnya seorang PM negara maju, mulutnya celupar dan capul begitu! (IH)


Dua Gambar Sadiq Khan Dato Bandar London Untuk Anda Berfikir


New London mayor Sadiq Khan takes the bus to work on first day of office. A fine example for a leader to set.


Kita tak perlu susun susun fakta dan argumen. Hujah sudah ada dalam warna warni gambar. Berhadapan dengan medan elit yang rumit dan masyarakat yang kurang membaca (terutamanya sejarah), item seperti ini lebih hampir dan lebih menggerakkan massa.

- untuk siapa yang tak kenal orang dalam gambar, Sadiq Khan, baru menang jadi yb london. Not so muslim London mayor.

You call this a Muslim? 

Kalau Nak Tumbangkan BN, Pembangkang Perlu Akur Cadangan PAS. -I/Hasyim

Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim

KL: Kalau benar hendak tumbangkan BN (Barisan Nasional), pembangkang perlu akur cadangan PAS. Demikian dinyatakan oleh Weblog Ibnu Hasyim, melalui editornya Dr Hj Mohd Hasyim di sini sebentar tadi.

Cadangan ini dikemukakan, berikutan kenyataan Pas yang menggesa parti pembangkang lain supaya tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar atas) sebelumnya berkata, tindakan meletakkan calon sekadar mahu menguji sokongan hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

“Berhubung dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan.
“Tindakan demikian tidak lebih daripada hanya memberi peluang besar kepada BN menang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Hj Mohd Hasyim lagi,  "Tuan Ibrahim patut turut berkeras mempertahankan keputusan Pas bertanding di kedua-dua kerusi tersebut,
kerana pemimpin pembangkang perlu sedar pertembungan sesama sendiri hanya membenarkan sama-sama rugi, ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’.

"Komitmen Pas untuk terus menentang BN di Sarawak dan di kedua-dua PRK itu juga dapat menepis tuduhan Pas mahu bergabung dengan Umno-BN." Jelas Hj. Mohd lagi.

Sementara itu, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menyifatkan pelawaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mencabarnya bertanding mewakili DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar sebagai gimik politik semata-mata.

Suee Lim berkata, beliau enggan melayan perkara itu kerana beranggapan Jamal tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu memandangkan BN juga belum memutuskan siapakah calon di Parlimen berkenaan. (IH)

Akan Lahir 'Tafsir A-Quran Bekas MB Terengganu' Yang Pertama Di M'sia?


Catatan Santai Ibnu Hasyim

MANA ada pemimpin politik di Malaysia yang habis mengajar tafsir kepada orang-orang kampung sehingga khatam sebuah Al-Quran? Apa lagi pemimpin itu pernah menjadi Menteri atau Menteri Besar sebuah negeri, kecuali pemimpin-pemimpin PAS?


Contohnya ialah Allahyarham Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bekas MB Kelantan dan bekas MB Terengganu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Katakan kalau tafsir-tafsir mereka itu siap dibukukan sepenuhnya, mungkin tafsir itu akan menjadi tafsir pertama di dunia ditulis oleh seorang pemimpin politik atau Menteri Besar bagi sesebuah negeri!


Presiden PAS sebelumnya, Allahyarham Tuan Hj Yusuf Ar-Rawa dan Allahyarham Ustaz Fadzil Muhammad Nor juga ada mengajar tafsir, tetapi belum sempat siap dan dibukukan, mereka sudah meninggal dunia. Kecuali Hj Yusuf Rawa menjadi penulis tafsir Juz Amma pertama dalam bahasa Melayu di Malaysia, yang diterbitkan oleh penerbit Hj Muhammad Nordin Ar-rawi, Pulau Pinang.


Semasa hidup Hj Yusuf Rawa, saya sendiri terlibat dalam menguruskan pengajian tafsir Al-Quran Tuan Haji Yusuf Rawa, di markas PAS Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang, di awal-awal 1980an.



Di zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman pun lahir sebuah tafsir 'Pimpinan Ar-Rahman' keluaran JPM Malaysia, tetapi ditafsir oleh Hj Abdullah Basmeh, yang bukan ditafsir oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.

Tafsir Bekas MB Terengganu Pertama Di Malaysia.

Kini, saya harap dan berdoa semoga anak Tuan Guru Hj Hadi, Muhammad Khalil Abdul Hadi mampu menyiapkan himpunan lengkap tafsirnya nanti seperti dijanjikan, insyaallah. Akan menjadi bahan sejarah apabila lahir 'Tafsir Bekas MB Terengganu' yang pertama di Malaysia, atau oleh pemimpin politik Islam yang memimpin sebuah negeri, tafsir pertama di dunia. 


Diharap 'Tafsir MB Kelantan' pun begitu.


Jom kita lihat sejarah wujudnya kelas atau pusat pengajian Islam di Masjid Rusila, Terengganu seperti yang ditulis oleh anaknya  Muhammad Khalil..


"Majlis ilmu di Masjid Rusila bermula semenjak daripada moyang saya, almarhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman yang membuka pondok setelah kembali menuntut ilmu dari Pattani. Setelah itu ianya diteruskan oleh anaknya almarhum Tuan Guru Hj Awang Muhammad iaitu ayah kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi. 


"Pada tahun 1975  datuk saya meninggal dunia dan majlis ilmu ini diteruskan oleh ayahanda Tuan Guru sekembalinya dari Madinah dan Mesir pada tahun 1976 sehinggalah sekarang.


"Ayahanda Tuan Guru sangat istiqamah dengan kuliyahnya dan tidak pernah meninggalkannya kecuali jika sekiranya ada tugas-tugas penting di luar negara. Hatta ketika pembentangan bajet di parlimen yang kebiasaannya dibuat pada hari Jumaat; beliau tidak menghadirinya kerana mengutamakan kuliyah pagi Jumaatnya. 


"Saya berfikir barangkali dalam benaknya; lebih baik menyampaikan ilmu kepada orang kampung daripada hanya mendengar pembentangan daripada pemerintah. Walaupun begitu beliau mengikutinya secara live dan membuat catitan untuk sesi perbahasan berikutnya." Jelas Muhammad Khalil.


Menurut Muhammad Khalil, individu yang paling lama menuntut di kuliah tersebut dan masih lagi hidup lagi, ialah Pak De Mud dari Kampung Ru Dua. Beliau menadah kitab-kitab di Masjid Rusila sejak daripada zaman moyangnya almarhum Tuan Guru Hi Abdul Rahman lagi. Barangkali umurnya sekarang sudah melebihi 100 tahun. 

Saya (Ibnu Hasyim) mula menjejakkan kaki di Masjid Rusila kira awal tahun 1980an. Saya pergi seorang diri, dan bertemu dengan kumpulan Universiti dari Kuala Lumpur, dibawa jumpa Ustaz Hadi dan diberi peluang bersoal jawab. Dibawa berziarah makan-makan di rumah Daud Samad bekas Menteri Besar PAS Terengganu yang pertama. Dan juga.. mendengar kuliah.


Semasa solat Jumaat, ia meninggalkan kenangan manis buat saya. Saya solat di luar masjid, tepi longkang, sehingga rambut saya lekat pasir. Kerana masjid yang sedang dibesarkan dan belum siap itu sudah penuh. Saya lihat Ustaz Hadi sedang berkhutbah dengan muka yang garang bersemangat, tangannya menghentakkan tongkat pada bab-bab tertentu semasa berkhutbah.


Hari ini, 6 Sya'ban 1437 bersamaan 13 Mei 2016 sedang diadakan Majlis Khatam Tafsir Al-Qurqan kali kedua di masjid itu. Kali pertama pada tahun 1996. Semoga berjalan lancar. Al-hamdulillah!


Sekian.

Ibnu Hasyim
13 Mei 2016. KL.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Irsyad Manji (LGBT/Liberal) Berkahwin Sesama Jenis. Mengapa Dengan Liberal?

Irsyad Manji Pejuang LGBT Kahwin Dengan Pasangan Sejantina

Irsyad Manji pejuang LGBT berideologi Liberal berkahwin semalam dengan pasangan sejantinanya. 




IDE SESAT SEKULARISME, PLURALISME DAN LIBERALISME

Sekularisme dalam penggunaan masa kini secara garis besar adalah sebuah ideologi yang menyatakan bahawa sebuah institusi atau badan atau negara harus berdiri terpisah dari agama. Jadi Sekularisme adalah pemikiran yang memisahkan agama daripada kehidupan. Agama itu hanya urusan ibadah saja, berkaitan dengan bagaimana beribadah kepada Pencipta. Sementara untuk urusan kehidupan, maka agama tidak boleh ikut campur.

Pluralisme dalam ilmu sosial, adalah sebuah kerangka di mana ada interaksi beberapa kumpulan-kumpulan yang menunjukkan rasa saling menghormati dan toleransi antara satu sama lain. Pluralisme juga menunjukkan hak-hak individu dalam memutuskan kebenaran universalnya masing-masing.

Liberalisme atau Liberal adalah sebuah ideologi, pandangan falsafah, dan tradisi politik yang berdasarkan pada pemahaman bahawa kebebasan adalah nilai politik yang utama. Secara umum, liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat yang bebas, disifatkan oleh kebebasan berfikir bagi para individu. 

Paham liberalisme menolak adanya sekatan, khususnya daripada kerajaan dan agama. Liberalisme menghendaki adanya, pertukaran idea yang bebas, ekonomi pasaran yang menyokong usaha peribadi (private enterprise) yang relatif bebas, dan suatu sistem pemerintahan yang telus, dan menolak adanya sekatan terhadap pemilikan individu. Oleh kerana itu fahaman liberalisme lebih lanjut menjadi asas bagi tumbuhnya kapitalisme. Secara umum liberalisme menganggap agama adalah pengekangan terhadap potensi akal manusia.

MUI sudah pernah memfatwakan keharaman sekularisme, pluralisme dan liberalisme pada Munas ke VII tahun 2005, kerana ini merupakan idea sesat dan merosakkan umat Islam.

Fatwa

Dalam Fatwa ini, yang dimaksud dengan:

1. Pluralisme agama adalah suatu fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup dan berdampingan di syurga.

2. Pluralitas agama adalah sebuah kenyataan bahawa di negara atau daerah tertentu terdapat berbagai pemeluk agama yang hidup secara berdampingan.

3. Liberalisme adalah memahami nash-nash agama (Al-Qur'an & Sunnah) dengan menggunakan akal fikiran yang bebas; dan hanya menerima doktrin-doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata.

4. Sekularisme adalah memisahkan urusan dunia daripada agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial.

Allah SWT berfirman:
  • Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan terima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi (QS. Ali Imran [3]: 85)
  • Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam (QS. Ali Imran [3]: 19)
  • Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. (QS. Al-Kafirun [109]: 6).
  • Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (QS. Al-Azhab [33:36).
  • Islam memerintahkan setiap muslim untuk berpegang teguh kepada hukum syarak. Al Qur'an memerintahkan agar manusia berpegang teguh kepada hukum-hukum Allah SWT dan hukum-hukum Allah SWT di akhir zaman adalah risalah yang dibawa Rasulullah Saw, yaitu Al-Quran dan Sunnah (Al Maidah: 48-49)

Idea Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme yang diusung oleh kalangan yang mengatasnamakan Islam, sesungguhnya adalah bentuk fitnah yang besar terhadap Islam. Rasulullah saw telah menegaskan:

1. Imam Muslim (w. 262 H) dalam Kitabnya Shahih Muslim, meriwayatkan sabda Rasulullah saw:

"Demi Dzat yang menguasai jiwa Muhammad, tidak ada seorang pun baik Yahudi maupun Nasrani yang mendengar tentang diriku dari Umat Islam ini, kemudian ia mati dan tidak beriman terhadap ajaran yang aku bawa, kecuali ia akan menjadi penghuni neraka." (HR Muslim).

2. Nabi mengirimkan surat-surat dakwah kepada orang-orang non-Muslim, antara lain Heraklius, Raja Rom yang beragama Nasrani, Al-Najasyi Raja Abesenia yang beragama Nasrani dan Kisra Parsi yang beragama Majusi, dimana Nabi mengajak mereka untuk masuk Islam. (Riwayat Ibn Saad dalam al-Thabaqat al-Kubra dan Imam Al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari).

3. Nabi saw melakukan pergaulan sosial secara baik dengan komuniti-komuniti non-Muslim seperti Komuniti Yahudi yang tinggal di Khaibar dan Nasrani yang tinggal di Najran; bahkan salah seorang mertua Nabi yang bernama Huyay bin Aththab adalah tokoh Yahudi Bani Quradzah (Sayyid Bani Quraizah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan: 

Dengan demikian sikap kita terhadap ketiga idea sesat ini adalah sebagai berikut:

1. Pluralisme, Sekularisme dan Liberalisme agama sebagaimana dimaksud pada bahagian pertama adalah paham yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

2. Umat Islam haram mengikuti fahaman Pluralisme Sekularisme dan Liberalisme Agama.

3. Dalam masalah aqidah dan ibadah, umat Islam wajib bersikap eksklusif, dalam arti haram mencampur adukkan aqidah dan ibadah umat Islam dengan aqidah dan ibadah pemeluk agama lain.


4. Bagi masyarakat muslim yang tinggal bersama pemeluk agama lain (pluralisme agama), dalam masalah sosial yang tidak berkaitan dengan aqidah dan ibadah, umat Islam bersikap inklusif, dalam arti tetap melakukan pergaulan sosial dengan penganut agama lain sepanjang tidak saling merugikan. (IH)

Transgender Pertama Jadi A/Parlimen Filipina. Berita Gembira Untuk Puak 'Liberal'?

Geraldine Roman, seorang transgender mencatatkan sejarah dalam budaya lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Filipina.Geraldine Roman, transgender pertama yang menang kerusi parlimen di Filipina (Daily Mail)
Geraldine Roman, seorang transgender mencatatkan sejarah dalam budaya lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Filipina. Di negeri dengan majoriti penganut Katolik itu, Geraldine berjaya menduduki kerusi parlimen yang dimenangkannya dalam pemilihan pada Isnin, 2 Mei, lalu.
Kemenangan Geraldine yang berumur 49 tahun ini dalam pemilihan ahli parlimen disebut-sebut sebagai sebuah kejayaan yang luar biasa bagi komuniti LGBT di Filipina. Seperti diketahui, ranah politik Filipina didominasi oleh ajaran gereja konservatif yang mengakibatkan sejumlah hal seperti perceraian, aborsi, dan perkahwinan sesama jenis dikategorikan sebagai tindakan menyalahi undang-undang.
Walaupun sejak 1990-an kebudayaan LGBT telah berkembang pesat di Filipina, namun belum pernah ada ahli politik gay di peringkat nasional yang secara terbuka mengakui jati dirinya. Komuniti LGBT pun masih harus berjuang keras untuk menunjukkan pengaruh mereka di negara yang digelar Home of The Green Revolution itu.
Perjalanan Geraldine untuk memenangi kerusi ahli parlimen tidak mudah. Selama masa kampanye ia tidak hanya dihina, tetapi juga didera. Sudah memutuskan hidup sebagai transgender selama dua puluh tahun lalu dihadapkan dengan pelbagai perkara buruk sepanjang masa kempen tidak membuat Geraldine gentar.
"Hidup saya bukanlah sebuah rahsia. Saya tumbuh di sini. Orang-orang di sini mengenal saya. 'Gender' hanya akan menjadi isu ketika kamu merahsiakannya. Tidak ada yang buruk. Dalam proses itu, saya tidak menyakiti sesiapa. Ketika saya merasa senang, mengapa harus merasa malu ?, "ujar Geraldine usai berkempen di Bataan kepada Inquirer, Rabu, (4/5/2016).
Lebih lanjut, Geraldine menceritakan, di masa kecilnya ia sering 'diganggu' oleh rakan-rakan sekelasnya, namun ayah yang merupakan seorang ahli politik senior mengajarkannya agar tetap percaya diri. Geraldine sendiri menguasai tiga bahasa Eropah. 
Ia menyandang dua gelar master, dan ia sempat bekerja sebagai senior editor di Sepanyol sebelum akhirnya memutuskan kembali ke Filipina empat tahun lalu untuk merawat ayahnya yang sakit. Geraldine berharap, kemenangannya kali ini dapat membantu perjuangan kesaksamaan gender.
"Kesetiaan saya yang pertama adalah untuk Bataan. Ini kali pertama seseorang seperti saya di parlimen. Transgendr pun dapat melayani negara, dan tidak seharusnya menerima dengan berlakunya diskriminasi," katanya.
Belum lama ini, peninju legenda asal Filipina Manny Pacquiao diketahui sempat melontarkan pernyataan dirinya menolak LGBT. Manny walaupun mendapat kecaman atas ucapannya yang menyebut bahkan 'haiwan pun memilih pasangan hidup dari lawan jenis'. 
Ucapan Manny tersebut dibenarkan oleh Gereja Katolik Filipina, namun pihak gereja meminta Manny untuk tetap menghargai kumpulan itu. Perjuangan Geraldine masih panjang ...Apakah ini berita gembira kepada pejuang-pejuang lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT), 'puak liberal' di Malaysia? Apa kata Menteri di JPM Dato' Sri Azalina Othman?
(IH)

Thursday, May 12, 2016

Perogol Dibuang Kemaluan, Ditanam Cip Di Kaki Tanda Pesalah -Undang Baru Indonesia.



JAKARTA, 12 Mei: Perogol yang didapati bersalah di Indonesia kini bakal menghadapi penalti yang lebih berat -- dipotong kemaluan dan ditanam mikrocip di kaki setelah mereka habis menjalani hukuman penjaran.

Menteri penyelaran Indonesia bagi pembangunan dan budaya manusia Puan Maharani berkata kerajaan telah bersetuju dengan hukuman itu yang dicadangkan pada mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo semalam.

Menurut laporan media online, Puan Maharani berkata, penggunaan mikrocip bertujuan untuk pemantauan dan membolehkan masyarakat tahu mereka adalah bekas perogol.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Manusia, Yasonna Laoly berkata 'pembuangan' kemaluan itu akan dibuat secara chemical.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya, negara umat Islam terbesar di dunia, di Indonesia itu, mengkaji balik sistem perundangan Islam yang jelas terbukti berjaya dalam sejarah dan realiti perlaksanaannya sekarang. Tidak ada sebab mengapa mereka tidak memilih sistem perundangan agama yang dianuti oleh mojoriti rakyat mereka sendiri. Sila buat kajian. 

Cadangan Bagi Tangani Perogol Di Malaysia.


Rogol Boleh Ditangani Dengan Hudud dan Takzir

1. Kes melibatkan rogol 2 pelajar wanita berusia 15 dan 17 tahun oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan 20 Mei 2014 lalu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

2. Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

3. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima 5 tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

4. Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh. Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:

  1. rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
  2. sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.
5. Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes.
Hukuman yang akan dikenakan ialah Takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

6. Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002. Enakmen Terengganu menyebut;
Seksyen 9. (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.


7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya Mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental.

8. Lebih menarik, berasaskan Takzir dalam Islam, pesalah rogol boleh dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu.

9. Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. Setidak-tidaknya kerajaan persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.


Oleh 
YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

(IH)

India, penduduk kampung kemudiannya membuang bahagian badan Kumar yang telah dikerat ditengah-tengah jalan dan meninggalkan Kumar dalam keadaan cedera parah. Dihukum kerana merogol.

‘Superman’ Hew Kuan Yaw Simbol Gangsterisme DAP

AIDCNews – 11/5/16 – Budaya politik kebencian dalam parti politik pembangkang bukan perkara baharu khususnya dalam DAP, kata seorang peguam Jadryn Loo Hooi Yee.
Jadryn Loo yang juga bekas penganalisis politik kerajaan DAP Pulau Pinang berkata budaya politik samseng yang disemai oleh pemimpin parti itu telah merebak ke peringkat akar umbi.
“Budaya politik kebencian bukan perkara baharu dalam budaya Pakatan dan semakin ramai di kalangan pengikut yang mencontohi budaya ‘idola-idola’ mereka itu.
Jadryn Loo Hooi Yee

“Dari Hew Kuan Yaw dan Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik, siapa yang boleh mendengar dan belajar tentang bagaimana untuk mengutuk, bersumpah, memanggil nama dan berkelakuan seperti samseng,” katanya dalam artikel terbaharu di blognya bertajuk “Fuck you “sohai” Sarawakians
Jadryn Loo menambah kes calon DAP Batu Kitang, Abdul Aziz Isa yang menuduh secara terbuka bahawa neneknya dibeli Barisan Nasional (BN) dengan wang juga termasuk salah satu contoh budaya kebencian tersebut.
“Kemudian, termasuk juga kenyataan “bukan tanah bapa kamu’ “lut kamu” dan kejadian “membaling mikrofon” oleh pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.
“Maruah asas, menghormati dan kod moral tingkah laku seorang manusia adalah asing kepada mereka.
“Oleh itu, dengan sikap pemimpin-pemimpin seperti itu, ia tidak mengejutkan apabila seorang penyokong wanita meluahkan hasrat untuk ‘fuck’ orang Sarawak.
“Dipanggil orang Sarawak sebagai “sohai” (perkataan Kantonis yang diterjemahkan secara longgar sebagai ‘kemaluan wanita bodoh’) kepada penyokong Barisan Nasional,”katanya yang merujuk kepada gelagat penyokong pembangkang pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11
Menurutnya, tingkah laku orang-orang yang baik adalah mengucapkan tahniah kepada pihak lawan, bekerja keras untuk merebut semula kerusi-kerusi yang hilang itu dan bukannya memaki hamun seperti di atas.
“Beberapa tahun lalu, saya telah menulis bahawa jika anda tidak mengundi DAP dan sekutunya, Hew Kuan Yaw mengutuk anda sebagai “pok kai ham ka chan” (seluruh keluarga anda sial sampai mati) dan memanggil nama-nama anda.
“Saya tidak pasti jika Hew Kuan Yaw akan mengutuk keluarga orang-orang Sarawak sampai mati dengan kehilangan lima kerusi DAP dan kegagalan parti itu untuk mengekalkan undi di kawasan bandar tetapi saya tidak akan terkejut jika dia akan berbuat demikian.
“Jadi, tahniah kepada rakyat Sarawak kerana telah membuat pilihan yang tepat untuk mengundi BN tetapi saya kasihan kerana anda perlu berhati-hati kerana terdapat orang gila di luar sana yang ingin ‘fuck’ anda,”katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails