Saturday, June 04, 2016

Tahaluf Siyasi Dengan PKR Masih Diteruskan, Akan Diteliti M/Syura - PAS

Post Pic
PENGKALAN CHEPA: Tahaluf siyasi diantara PAS dengan PKR masih diteruskan kerana usul yang diluluskan oleh Dewan Muslimat PAS beberapa hari lalu, hanyalah daripada 'rasa tidak puas hati' dan ia tidak menyeluruh.

Ujar Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, usul itu lebih kepada pandangan Dewan Muslimat dan ia akan diteliti dan dikaji oleh Majlis Syura Ulama.
    
"Itu pandangan dari muslimat, kita akan tengok. Kita beri kepada (Majlis) Syura, akan teliti daripada pro dan kontranya. Tapi saya optimistik ia (hubungan) masih terus. 
"Banyak perkara yang mereka (Muslimat) masih tak tahu banyak. Mungkin ada pihak yang tak puas hati, tapi ini hanya minor (kecil), bukan masalah besar, hanya masalah kecil.
"(Mereka Muslimat) tak tahu banyak perkara, dia tengok begitu saja. Kita akan lihat keseluruhan," katanya kepada pemberita sambil menambah, hubungan dengan PKR mempunyai lebih banyak kesan positif berbanding sebaliknya.

Ketika ditanya sama ada wujud kebimbangan bersabit kelulusan usul oleh Dewan Muslimat itu akan merenggangkan hubungan dengan PKR, ujar Mustafa, beliau yakin rakan tahaluf PAS itu akan memahami situasi berkenaan.  

"Tak ada apa, saya rasa mereka (PKR) faham ia usul Muslimat saja. Bukan keputusan muktamar pusat," katanya. 

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul Dewan Muslimat itu bukan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi sebagaimana yang pernah diluluskan Muktamar sebelum ini yang melibatkan DAP.

Sebaliknya ujar Takiyuddin, ia adalah untuk penambahbaikan hubungan dengan rakan tahaluf mereka itu.  

"Ada usul beberapa pihak, kawasan dan dewan adalah supaya PAS pusat merujukkan isu mengenai hubungan tahaluf siyasi dengan PKR kepada Majlis Syura untuk buat kajian, bukan ke arah putuskan. Bagi kita ia ke arah menambah baikkan
"Kita lihat ada perkara yang tidak jelas dan sebagainya (dalam usul itu), (jadi ia diusulkan) untuk kajian itu. Apa bentuk hubungan sekarang ini yang kita rasa perlu diperbaiki, kita ambil dari sudut positif," katanya. 

Menurut Antarapos. (IH)

Persenda Al-Quran, Penulis S'pura Ini Diserang Lelaki Tak Dikenali Di Pusat Beli-Belah..

Amos Yee Diserang Lelaki Tak Dikenali Di Pusat Beli-Belah
SEORANG penulis blog dan aktivis kontroversi Singapura, Amos Yee yang pernah memuat naik klip video memperlihatkan aksi dia ‘membuat hubungan seks’ dengan Al-Qur’an diserang oleh lelaki tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah pada Isnin lalu.

Demikian lapor Blog MYNEWSHUB.CC

Insiden di pusat beli-belah Jurong Point itu merupakan kejadian kedua selepas dia ditampar seorang lelaki yang tidak dikenali di luar mahkamah tahun lalu.

Menurut sebuah portal, Amos bertindak memuat naik rakaman video dirinya diserang suspek bertopi dan memakai cermin mata itu.
Amos Yee Diserang Lelaki Tak Dikenali Di Pusat Beli-BelahMenerusi sebuah klip video kompilasi yang dimuat naik berdurasi 3 minit 12 saat itu, jelas memaparkan kedua-dua kejadian yang menimpa Amos. Dalam klip video tersebut, suspek itu cuba mendapatkan Amos kerana bertindak merakam dirinya tanpa kebenaran.

Lelaki itu dilihat memeluk Amos dari belakang dan mangsa (Amos) cuba bergelut untuk melepaskan diri daripadanya.

Keadaan menjadi kelam kabut dan hanya kedengaran Amos menjerit “Help Me”. Suspek mengheret Amos hingga keluar dari pasaraya tersebut dan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung di sana malah ada yang merakam aksi tersebut.
Amos Yee Diserang Lelaki Tak Dikenali Di Pusat Beli-Belah
Amos Yee Diserang Lelaki Tak Dikenali Di Pusat Beli-Belah
Sehingga klip video itu berakhir, suspek dilihat tidak melepaskan Amos yang masih meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Pada 28 Mei lalu, pihak Mynewshub ada berkongsi sebuah klip video yang dibuat oleh Amos berniat untuk menghina umat Islam dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.

Menerusi video yang berdurasi 47 saat itu, Amos dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran. Tambah biadap lagi, dia turut menjadikan al-Quran sebagai ‘bahan seks’. 

"Namun bahan video itu tidak dapat kami kongsikan di sini kerana Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia tiba-tiba menjadi sangat rajin dan memberikan amaran kepada pihak kami. 

"Susulan peristiwa itu, Amos yang berusia 17 tahun dihadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan berniat melukakan perasaan penganut agama lain serta dua lagi pertuduhan kerana gagal melaporkan diri untuk membantu siasatan pihak polis Singapura." Jelas Blog MYNEWSHUB.CC lagi.
Amos yang melakukan kesalahan itu pada November 2015 dan Mei lalu dibebaskan dengan ikat jamin $5000 (RM 15,073.95). Apakah kesalahan ada kaitan 'mempersendakan kitan suci al-Quran?

RUU Hadi Tidak Islamik. - Dr Mahathir Makin Merapu?




KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 adalah 'tidak Islamik', dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mereka cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak adil dengan memotong tangan seorang Muslim apabila orang bukan Islam hanya dipenjara dua bulan.

"Apa yang mereka cadangkan adalah tidak Islamik," kata Dr Mahathir selepas pelancaran Tabung Bencana Perang Yayasan Keamanan Global Perdana.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul untuk mempercepatkan pembentangan RUU berkenaan di Parlimen bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Walau bagaimanapun, Hadi meminta Rang Undang-undang itu dibahaskan pada mesyuarat yang akan datang. (mStar)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tun Mahathir makin merapu?

Ada Geng Penjenayah Pedofilia M'sia Pula, Baru & Diburu..

GANGGUAN seksual ke atas kanak-kanak merupakan satu jenayah berat yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika mencabul atau Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kes rogol.

CYBERJAYA – Jijik dan mengejutkan!

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mengenai perbuatan sekumpulan individu di negara ini yang boleh dianggap ‘sakit otak’ apabila dilaporkan mewujudkan sebuah komuniti pedofilia alam maya menerusi aplikasi Tele­gram.CYBERJAYA – Jijik dan mengejutkan!
Komuniti yang didakwa mempunyai seramai 751 orang ahli itu dilaporkan memuat naik pelbagai versi foto kanak-kanak terutamanya dalam keadaan mendedahkan tubuh dan berbincang panjang dengan perbualan-perbualan jelik serta lucah.
Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut hanya selang sehari selepas rakyat negara ini digemparkan dengan kes seorang lelaki Britain, Richard Huckle yang mengaku di atas 71 pertuduhan mencabul dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak termasuk 23 kes di Malaysia.
Suruhanjaya Ko­munikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam reaksi segeranya semalam menegaskan, pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial berhubung dakwaan wujudnya komuniti pedofilia tempatan menerusi aplikasi Telegram.
Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datin Mai Zairani Zainal Abidin berkata, melalui jawatankuasa itu, SKMM bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia akan me­lakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu itu.
“Kita menyedari mengenai kes yang diviralkan itu dan walaupun masih tiada aduan rasmi dibuat, Jawatankuasa Khas ini telah pun memulakan siasatan me­ngenainya.
“Kita tahu bahawa aplikasi Telegram hanyalah platform yang digunakan kumpulan itu untuk berkomunikasi dan berkongsi bahan berkenaan, namun jenayah juga dilakukan secara luar talian ketika berada di luar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo!)
Lihat sebelum ini..

Polis Siasat Tun M Jam 3 Petang Ini

Post Pic
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan disiasat polis hari ini susulan kenyataannya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berada di bawah ‘tahanan rumah’.

Beliau menyatakan kesediaannya untuk disiasat dan memberi kerjasama kepada polis.

“Ya, polis akan siasat saya hari ini,” katanya ringkas kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Al Bukhary Foundation, Taman Tasik Perdana.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu lokasi dan waktu soal siasat polis akan berlangsung.


Sebelum ini, sebuah portal dipetik melaporkan polis dijadual merekodkan kenyataan Mahathir hari ini dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan menyoal siasat bekas perdana menteri itu di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Mahathir.

Antara lain, beliau mendakwa kenyataan itu melulu dan menjatuhkan maruah dan integriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau tidak dapat bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan sejuta tandatangan yang dikumpulkan dalam Deklarasi Rakyat. (Antarapos)

Friday, June 03, 2016

Tanah Melayu P/Pg, Apa Pandangan Pemuda PAS Negeri?

Isu Tanah Melayu Pulau Pinang: Kenyataan Media Pemuda PAS Pulau Pinang
Wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang sekali lagi menggamatkan bukan sahaja muktamar tahunan pemuda PAS 2016 yang sedang berlangsung, tetapi juga seluruh Malaysia. 
Gesa Wartakan Tanah Rizab Melayu. 
Tajuk berita khasnya dalam Malaysiakini menggambarkan seolah-olah Saudara Hafiz Alias menyatakan bahawa Pulau Pinang memiliki Tanah Rizab Melayu.
Sedangkan tuntutan sebenar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah menggesa wakil rakyat terutama dalam kalangan pemimpin Melayu untuk mengusulkan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tanah milik orang Melayu di negeri ini diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dengan mewujudkan suatu enakmen seperti Enakmen Rizab Melayu yang ada di negeri-negeri Semenanjung selain Melaka dan Pulau Pinang. 
PAS sedia maklum bahawa Pulau Pinang tiada Enakmen Rizab Melayu. Namun, hal pewartaan tersebut adalah tidak mustahil untuk dilakukan dan memerlukan keberanian politik (political will) dalam kalangan pemimpin terutamanya pemimpin Melayu-Islam.
Populasi: Penduduk Melayu Semakin Mengecil.
Jikalau dilihat daripada sudut demografi, populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663juta orang seperti laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014);
  • iaitu Cina (42.2%), 
  • Melayu (41.3%), 
  • India (9.8%), 
  • bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7%). 
Namun hal yang membimbangkan adalah bilangan penduduk Melayu di pulau semakin mengecil terutamanya di daerah Timur Laut. 
Menurut laporan Penang Research Centre In Socio-Economy (PreCISE), populasi penduduk Melayu di daerah ‘kelas menengah’ itu berkurangan sebanyak 105,400 orang pada 2012 berbanding 2010, sedangkan Timur Laut merupakan pusat ekonomi dan pentadbiran utama negeri ini. 
Pola migrasi ini dijangka berterusan apabila beberapa lagi cadangan projek pembangunan lain termasuk Penang Transport Master Plan (PTMP) seperti pembinaan lebuhraya dan terowong dasar laut yang akan dilakukan pada masa hadapan terutamanya di daerah tersebut.
Peratusan Pemilikan Tanah Tidak Seimbang 
Selain daripada itu, peratusan pemilikan tanah juga tidak seimbang jika dibandingkan dengan populasi penduduk Melayu berbanding penduduk lain. Menurut Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64%, manakala Melayu pula hanya 28% dan India sebanyak 8%. 
Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan kerana semasa satu program seminar tanah anjuran Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA) pada 21 Mei 2016 baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja yang juga Penilai Berdaftar, Sr. Hj. Che Had Dhali telah menyatakan bahawa fakta terkini bilangan pemilikan tanah orang Melayu sehingga tahun 2016 sudah menjadi 20.41%. 

Oleh itu, hampir 8% bilangan pemilikan tanah orang Melayu telah ‘hilang’ dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, iaitu daripada 2010 sehingga 2016. Hal ini menjadi lebih kritikal di kawasan pulau apabila bilangan pemilikan tanah orang Melayu hanya sekadar 1.16% sahaja! Gambaran yang lebih jelas juga dapat dilihat setelah lenyapnya beberapa kampung tradisi Melayu seperti di Batu Uban yang tidak berapa jauh dari Kg Buah Pala yang pernah menggegarkan Malaysia dahulu. 

Sikap Pilih Kasih Dalam Proses Pengambilan Tanah.

Namun soal pampasan dan rumah ganti dalam kes dua kampung tersebut amatlah berbeza kerana sikap pimpinan negeri ini yang dilihat pilih kasih dalam menggendalikan proses pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan. Tidak cukup dengan itu, Akta Penggambilan Tanah turut digunakan untuk ‘menghalau’ orang Melayu secara terhormat umpamanya di Kg Padang Benggali Telok Air Tawar, Kg Gajah dan Kg. Bagan Dalam Butterworth, Jalan Permatang Batu Permatang Rotan dan juga di Bandar Baru Telok Kumbar. 

Ada banyak lagi kes di mana penduduk kampung Melayu telah dan bakal keluar seperti di Kg Sg. Tiram, Kg Mutiara, Kg Permatang Tok Suboh dan Kg orang Melayu di Jelutong. Para penduduk di kampung tersebut akan pasrah menerima sahaja pampasan dan rumah ganti yang kecil tanpa sebarang suara atau rungutan berbanding penduduk Kg Buah Pala dahulu.

Inilah justifikasi yang menyebabkan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menuntut supaya tanah milik Melayu di negeri ini diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Langkah ini tidak sedikit pun mengancam atau menceroboh hak kaum lain sebaliknya adalah satu tindakan untuk memastikan kemandirian orang Melayu di Pulau Pinang bagi mendepani arus deras pemodenan. 

Ambil Tanah, Mesti Digantikan Dengan Penempatan Setara.

Jika Tanah Rizab Melayu ini diwujudkan, serta diteguhkan lagi dengan peruntukan undang-undang seperti Enakmen Tanah Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan Akta Warisan Kebangsaan 2005, sebarang pengambilalihan tanah atau kampung warisan penduduk Melayu contohnya untuk ‘kepentingan awam’ mesti digantikan dengan satu kawasan tanah atau penempatan setara yang khas dan dipersetujui oleh penduduk yang terlibat. 

Hal itu juga bagi memastikan tanah milik Melayu tidak dieksploitasi untuk kepentingan bukan Melayu atau pemaju yang tamak. Maka keluasan atau bilangan pemilikan tanah orang Melayu mampu dikekalkan dalam tangan orang Melayu juga.

Projek-projek Mega
Perlu juga diingatkan bahawa jumlah peratusan pemilikan tanah orang Melayu yang disebutkan di atas adalah sebelum pelaksanaan beberapa projek mega termasuk projek penambakan laut di bahagian selatan pulau yang disebut sebagai South Reclamation Scheme (SRS). Projek-projek mega seperti ini bakal meneruskan model pembangunan tidak mampan seperti di kawasan tambak laut dan juga dalam beberapa kes pembangunan di lereng-lereng bukit yang memusnahkan alam sekitar bagi membangunkan projek mewah yang tidak bermanfaat kepada penduduk setempat. 

Model pembangunan seperti ini sama saja seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri ini suatu ketika dahulu. Bezanya, kerajaan negeri pimpinan parti DAP mendakwa mereka adalah parti politik berteraskan idealisme sosial demokrat. 

Namun, mereka kelihatan begitu mesra pemaju yang rakus mengejar keuntungan semata-mata bagi memenuhi nafsu dan kepentingan golongan kelas menengah serta para pemodal besar dalam kalangan penduduk luar Pulau Pinang (juga luar negara) yang sebenarnya memacu dan mempengaruhi pasaran hartanah mewah di negeri ini.

Apabila hal ini terjadi, pemilikan tanah orang Melayu akan menjadi semakin mengecil kerana nilai tanah mereka bakal meningkat naik akibat faktor sosio-ekonomi persekitaran kawasan elit dan mewah seperti di selatan pulau termasuk di Batu Maung, Permatang Damar Laut, Sg Batu dan Telok Kumbar lantas mewujudkan kecenderungan mereka untuk menjual tanah kepada pihak tertentu. 

Namun, jika Tanah Rizab Melayu diwartakan, hanya orang Melayu sahaja boleh membeli tanah tersebut dan hal ini dapat mengawal eksploitasi umpamanya oleh pemaju atau orang tengah daripada terus menerus memujuk rayu serta manipulasi penduduk Melayu untuk menjual tanah. 

Harga Amat Mahal

Tidak cukup dengan itu, sudahlah pemilikan tanah orang Melayu semakin berkurang, penduduk Melayu juga tidak mampu lagi untuk memiliki hartanah di negeri ini kerana harga yang amat mahal. Contohnya rumah dengan harga yang dikatakan ‘mampu milik’ bernilai RM 400 ribu sahaja! Projek perumahan mewah dilihat begitu mendominasi dalam kawasan-kawasan yang dahulunya menjadi penempatan tradisi penduduk Melayu. 

Justeru itu, hal ini akan meneruskan lagi pola migrasi orang Melayu keluar ke daerah lain termasuk ke Sungai Petani, Kulim dan Padang Serai terutamanya golongan Melayu 40% terbawah (bottom 40) yang berpendapatan isi rumah bulanan secara purata sebanyak RM 2367 sahaja, seperti yang telah dilaporkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2014.
Menyedari hal-hal yang telah disebutkan di atas, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang setelah perbahasan muktamar pemuda yang telah berlangsung, ingin sekali lagi menggesa pimpinan politik negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama mengerakkan usaha ke arah mewartakan tanah milik orang Melayu di negeri ini sebagai Tanah Rizab Melayu. 

Inilah hasrat yang telah dan ingin disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan ia jelas sekali berbeza dengan laporan-laporan serong dalam akhbar dan media tertentu.

Sekian, terima kasih.


IR. AHMAD RAFAEI BIN A. RASHID
Naib Ketua Pemuda  
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang 
27 Syaaban 1437 H / 03 Jun 2016

Pembicaraan Lelaki British Cabul 23 Kanak-kanak KL (2006-2014). Bagaimana Boleh Tiada Maklumat Di M'sia?

_89855085_89855084
KES seorang pembantu pengajar English bernama Richard Huckle, 30, yang didakwa merogol kanak-kanak dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak Malaysia dan Kemboja, benar-benar mengejutkan dunia.
Tambah menjelikkan, pedofilia British mengaku berniat mahu ‘mengahwini’ salah seorang kanak-kanak yang dicabulnya dan menubuhkan pusat jagaan anak angkat, agar dia punyai lebih ramai mangsa untuk dicabulnya.
Kenyataan itu dibongkarkan ketika perbicaraan Huckle sedang berlangsung, lapor Daily Mail.
Richard-Huckle-m_2903705a
Huckle yang disifatkan sebagai kes pedofilia paling teruk di Britain turut membuat posting berkenaan di laman web yang dikenali sebagai ‘Love Zon’.
“Cita-cita saya bila berkahwin, keluarga kita akan jadi seperti penjaga angkat kepada kanak-kanak, buat sementara waktu atau jangka panjang..saya suka kanak-kanak sentiasa ada keluar masuk di rumah saya,” tulisnya.
Menerusi laman web itu lah, Huckle memuat naik gambar-gambar dan video menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual.
Perbuatan tidak bermoral Huckle terbongkar setelah pihak berkuasa Australia menemui laman web gelap tersebut.
Richard ditangkap mempunyai lebih 20,000 gambar kanak-kanak mangsa jenayah seksual tetapi diberikan ikat jamin sementara polis membongkar perbuatan seksnya terhadap kira-kira 200 kanak-kanak.
Sementara itu, ibu bapa Huckle turut menghubungi pihak polis untuk menangkap anaknya kembali di rumah mereka Ashform, Kent, setelah kecewa mendengar pengakuan anak mereka yang telah diikat jamin, sebelum didakwa di mahkamah atas kesalahan itu.
Huckle dilaporkan mengaku kepada ibunya, Christina yang dia melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak seawal umur tiga hingga 13 tahun.
Atas kesalahannya itu, Huckle kini berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Untuk makluman, Huckle dikatakan pergi ke Malaysia pada tahun 2005 untuk mengajar dan sangat dikenali sebagai penganut Kristian ‘alim’.
Huckle berdepan 91 pertuduhan iaitu termasuk mencabul terhadap 23 kanak-kanak lelaki dan perempuan di Kuala Lumpur, antara tahun 2006 hingga 2014. (

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana boleh kes besar begini tiada berita dan maklumat di Malaysia? (IH)

Pembunuhan Muslim Gujerat: India Hanya Hukum 24 Orang.



NEW DELHI: Sebuah mahkamah di India telah menjatuhkan hukuman pada 24 orang atas pembunuhan 69 Muslim selama rusuhan agama di negara bahagian Gujarat, barat India pada 2002. Sementara 36 suspek lain dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Aljazirah melaporkan, pada Khamis (2/6), hakim PB Desai menjatuhkan hukuman pada 24 orang atas pembunuhan Muslim Gujarat. Ia membebaskan 36 lain kerana kurang bukti. NDTV berkata, mahkamah akan membacakan hukuman mereka pada 6 Jun.


Peguam yang mewakili para korban Teesta Setalvad mengatakan kepada Aljazirah, ada pelbagai reaksi atas putusan tersebut. Menurutnya, mereka tidak sepenuhnya puas dengan putusan, sebab banyak orang-orang berpengaruh seperti Inspektor KG Erda dibebaskan dari tuduhan. 


"Kami pasti akan memfailkan rayuan atas keputusan itu," katanya. 



Hasil carian imej untuk India Hukum 24 orang Hindu Terkait Pembantaian Muslim Gujarat






Sejak Februari-Mac 2002 sampai sekarang, Program anti-Muslim di negara bahagian India Gujarat terus berlanjut, bahkan, hingga kini ..


Salah satu keluarga korban mengaku senang 24 defendan itu dihukum, meski ia kecewa 36 yang lain dibebaskan. Menurut Zakia Jafri yang suaminya ikut jadi korban tewas, mahkamah masih kurang adil dan ia akan berjuang sampai akhir. Peguam berkata, mereka sedang mengajukan tuntutan hukuman penjara seumur hidup bagi semua defendan. 

Pada insiden pembunuhan Muslim di Gujarat, massa Hindu menyerbu kompleks komuniti Masyarakat Gulbarg yang merupakan bangunan perumahan Muslim. Mereka melakukan pembakaran dan penikaman hingga mengorbankan 69 Muslim yang bersembunyi di sana.

Dalam beberapa konflik antar agama terburuk di India sejak kemerdekaan pada tahun 1947, kira-kira 2 ribu orang tewas dalam satu gelombang keganasan anti-Muslim. Ini dicetuskan oleh pembakaran hidup-hidup 60 jemaah Hindu yang berada di kereta api.


Pada bulan November 2011, 31 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan 33 Muslim di satu rumah selama rusuhan. (IH)

Hidup Melayu Takkan Janji Islam Selamat. Tak Perlu Jadi 'Islam' Bila Bersama PAS. -Dr G. Balachandran.

Post Pic
PENGKALAN CHEPAHidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat. Kata Dr G. Balachandran, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ketika mengulas mengapa beliau bersama PAS semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, di sini, semalam seperti dilaporkan Antarapos.

"Kenapa kita bersama PAS?" katanya. "Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat," 

Tambahnya, orang bukan Islam tidak perlu menjadi 'Islam' apabila bersama PAS. Sebaliknya kata wakil berbangsa India itu, apabila bersama PAS, seseorang itu ditarbiahkan menjadi insan yang lebih baik. 

"Kita tak perlu jadi orang Islam dalam PAS. Menjadi seorang Islam atau tidak, itu adalah hak Allah. Yang penting kita ditarbiahkan menjadi insan yang baik. Nilai kita sebagai Hindu, Buddha dan Kristian, kita jadi seorang yang lebih baik. Itu yg penting. Bila kita baik tiada tempat untuk kejahatan," katanya lagi.

Menyentuh soal pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, kata beliau, pihaknya memahami bahawa ia adalah untuk meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau dalam pada itu mengkritik tindakan segelintir pihak yang menolak pembentangan pindaan akta berkenaan, kerana menyifatkan golongan berkenaan tidak memahami tujuan pembentangan RUU itu.  

"Walaupun sukar nak faham Islam, boleh panggil kita, kita boleh ajar dia.Sebab itu penting untuk kita diperkasakan," katanya. 

Sebahagian orang bukan Islam memilih untuk menyertai PAS menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  (IH)

PRK KK: Laluan Sukar BN, Calon Wajib Turun Padang.. -Datuk Hamidah Osman

Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman

IPOH - BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Parlimen Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu jelas kerana pergerakan dan penglibatan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang terbatas sepanjang kempen berlangsung.

“Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya. Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri.

“Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya,” katanya.

Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini. (SH)

2 PRK: Bentang RUU M/Syariah Tak Beri Kesan Pada BN Raih Sokongan Bukan Melayu -Shahrizat Jalil

Post Pic
KUALA LUMPUR: Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan Wanita Umno akan turun padang untuk memberikan penjelasan mengenai RUU tersebut kepada pengundi sewaktu berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.

"RUU ini mungkin akan menjadi isu tetapi kita akan memberi penjelasan. RUU tersebut sebenarnya bukan hudud seperti yang digempar-gemburkan oleh pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Festival India Global 2016 semalam.

RUU itu dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Shahrizat turut merayu kepada pengundi agar terus memberikan mandat kepada calon BN bagi kedua-dua pilihan raya itu.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Datin Mastura Mohd Yazid merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar. (IH)

Al-Shabaab Tawan Hotel Lagi.. 10 Terbunuh.













BEBERAPA lelaki membawa mayat seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan itu. - AFP
MOGADISHU – Sekumpulan lelaki bersenjata menawan sebuah hotel di tengah ibu negara Somalia, Mogadishu selama lebih 12 jam dalam serangan terbaharu kumpulan militan Al-Shabaab kelmarin yang mengakibatkan se­kurang-kurangnya 10 orang terbunuh.
Satu serangan bom kereta berlaku di hadapan Hotel Ambassador setinggi enam tingkat di Mogadishu yang menandakan permulaan sera­ngan itu petang kelmarin.
Ia disusuli kejadian berbalas tembakan yang berterusan hingga pagi semalam apabila Kementerian Ke­selamatan Somalia mengisytiharkan serangan itu telah berakhir.
“Semua lelaki bersenjata ini telah dibunuh oleh pasukan keselamatan. Setakat ini, lebih 10 orang disahkan mati dan ramai mangsa lain cedera,” kata Menteri Keselamatan Somalia, Abdirizak Omar Mohamed.
Menurutnya, anggota-anggota penyelamat masih mencari mangsa-mangsa yang terselamat dan mayat di dalam bangunan hotel itu yang rosak teruk.
Sumber keselamatan dan perubatan memberitahu lewat kelmarin bahawa sekitar 40 orang diketahui cedera dalam kejadian itu.
Kumpulan militan Al-Shabaab mengakui bertanggungjawab mela­kukan serangan itu. Al-Shabab sebelum ini kerap menyasarkan hotel yang popular dalam kalangan kakitangan kerajaan dan hartawan Somalia.
Tentera Misi Kesatuan Afrika di Somalia(AMISOM) pula menyatakan, dua anggota Parlimen Somalia, Mohamud Mohamed dan Abdullahi Jamac merupakan antara mereka yang terbunuh.
AMISOM berada di Somalia untuk melindungi kerajaan yang disokong masyarakat antarabangsa dan membantu memerangi Al-Shabaab.
Beberapa saksi kejadian berkata, letupan itu dipercayai dilakukan oleh seorang pengebom bunuh diri dengan merempuh kenderaannya ke dalam hotel itu.
“Letupan besar memusnahkan seluruh kawasan itu,” kata seorang saksi, Mohamed Elmi.
Sebilangan lelaki bersenjata kemudian memasuki Hotel Ambassador sebelum kejadian berbalas tembakan tercetus. Al-Shabab yang beroperasi sejak 2012 berjuang untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Somalia – AFP

Bekas Pensyarah UTM Calon PAN PRK K/Kangsar

Post Pic
KUALA KANGSAR: Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, dipilih sebagai calon Parti Amanah Negara (PAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Pengumuman calon dibuat Presidennya, Mohamad Sabu pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan di Kota Lama Kanan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta kepimpinan PAN, PKR dan DAP Pusat.

Ahmad Termizi berumur 61 tahun yang juga anak kelahiran Kampung Suak Petai, Manong Kuala Kangsar yang juga memegang jawatan Naib Ketua PAN Kuala Kangsar, Ahli Jawatankuasa PAN Nasional dan Pengerusi Biro Politik PAN Perak.

Mendapat pendidikan awal di Bagan Serai beliau kemudian menyambung pengajian di Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi seterusnya melanjutkan pengajian ke University of Leeds, United Kingdom (UK) dan memperoleh Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan kepujian.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di University of Salford dan memperoleh Sarjana Sains Kesihatan dan Keselamatan Radiology seterusnya menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (Phd) di University of Swansea, Wales dan memperoleh Phd dalam Fizik Perubatan dan Diploma Fizik Pengionan.

Ahmad Termizi ketika berucap selepas diperkenalkan berkata, beliau bersyukur kerana diberikan kepercayaan dipilih sebagai calon.

"Dengan kepercayaan yang diberikan kepimpinan Pakatan Harapan ia adalah satu tanggungjawab yang tidak terpikul untuk membawa titik sejarah baharu yang akan merubah negara dan ia satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan" katanya.  (Antarapos)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails