Saturday, June 18, 2016

Penjelasan Pindaan Akta 355 Kepada NGO Islam -SU PAS, Takiyudin Hassan

YB Dato Takiyudin Hassan Setiausaha Agung PAS merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu diberi penghormatan untuk memberi penjelasan mengenai Pindaan Akta 355 di hadapan lebih 200 orang anggota NGO-NGO Islam di Masjid Wilayah Persekutuan anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).
Beliau mendapat tepukan gemuruh dari audien sebagai sokongan moral dari ngo-ngo Islam menyokong hasrat pindaan Akta 355
Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat Yb Menteri DS Jamil Khir Baharom, Dato' Dr Mahmud Zuhdi, Dr Yusri Mohamad YADIM, Tan Sri Pengarah JAKIM, En Azmi Abd Hamid Pengerusi Kongres Rakyat, Imam Masjid Wilayah, Dato' Noh Gadut, Prof Zainal Kidam, Ustazah Nuridah Salleh, Dato' Zainur Rijal, Shah Kirit, Zaid Ibrahim Timb Presiden IKRAM, Hj Nicholas Sylvester.
Setiausaha Kongres Rakyat

Rasuah: Penahanan K/Cabang PKR Permulaan Pembongkaran Seterusnya. KM P.Pg Pula?




    1. Kira-kira 2 hasil
      1. Sikap anti-rasuah pembangkang hanya gimik, kata penganalisis

        • 15 jam yang lalu
        • 70 tontonan
        SHAH ALAM: Sikap pembangkang yang sering melaung-laungkan bahawa merekaanti-rasuah, ternyata hanya gimik ...
        • BAHARU

Selepas Saiful Apek, Wahid Senario Berwajah Baru Sokong PAS? Lihat Ini, Undilah PAS!

Perkembangan Terkini Wahid Senario Yang Amat Mengejutkan

HALAMAN HIBURAN


INI wajah terbaru Wahid Senario,  dikatakan mengejutkan banyak pihak. 


Bercerita mengenai ahli kumpulan Senario, baru-baru ini tersebar foto terbaru Wahid di Facebook yang diambil oleh peminatnya di Masjid Bandar Baru Putra Ipoh Perak. Menurut beliau, Wahid sering berkunjung ke masjid berkenaan bagi mendengar ceramah agama dan kuliah ilmu. Al-hamdulillah!



Sebelum muncul pelawak-pelawak baru, kumpulan Senario la yang selalu menghiburkan kita dengan lawak-lawak mereka. Kumpulan ini cukup popular sekitar tahun 90-an. Walaupun mereka tidak lagi muncul bersama, gelagat Lan Pet Pet, Azlee dan Wahid masih lagi diingati oleh orang ramai.

Wahid Senario kini bersama PAS?

Lihat beliau bersama Ketua Pemuda PAS anak Allahyarham Nik Aziz di Kuala Kangsar semalam menyuruh pengundi memilih 'kepimpinan ulama' PAS!


Kumpulan Senario


Hibur-hibur sikit!

Ini Risalah PAS Untuk 2PRK, Selamat Mengundi!

RISALAH PENERANGAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Risalah PAS Dalam Pilihanraya Kecil Sg. Besar dan Kuala Kangsar
1. Esok 18 jun 2016 bersamaan 13 Ramadhan 1437 H merupakan hari pengundian bagi dua pilihanraya kecil Parlimen Sg. Besar dan Kuala Kangsar.
2. Selama hampir 2 minggu ahli dan jentera PAS dari seluruh negara berlumba-lumba atas nama jihad politik dan dakwah menyumbang segala keringat tenaga, harta dan masa yang mereka ada berkempen membawa risalah politik dan dakwah Islam demi meraih ganjaran daripada Allah.
3. Penyertaan PAS dalam mana-mana pilihanraya mempunyai misi yang sangat jelas iaitu membawa dua risalah;
Penyokong Pas dari Selayang membuat kempen saat akhir untuk calon mereka di Sungai Besar. Penyokong Pas dari Selayang membuat kempen saat akhir untuk calon mereka di Sungai Besar.
2 Risalah
Pertama: 

Risalah Politik Islam yang diungkapkan sebagai "menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama".
Kedua: 

Risalah Dakwah Islam dengan memperkenalkan Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam serta membawa risalah keadilan dan kesejahteraan Islam untuk seluruh rakyat muslim dan bukan muslim.
4. Politik yang PAS bawa adalah Politik Nasihat sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-A'raf ayat 62 dan 68 menerusi ungkapan Nabi Nuh alaihissalam

  • "Saya sampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb saya dan saya meNASIHATI untuk kebaikan kamu dan saya tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu"
Juga ungkapan Nabi Hud alaihissalam
  • "Saya sampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb saya dan saya bagi kamu semua merupakan PENASIHAT yang jujur lagi amanah"

5. Politik yang PAS dokong adalah Politik Amar Ma'ruf Nahi Mungkar menyuruh manusia melakukan perkara baik di saat kebaikan ditinggalkan dan melarang kemungkaran apabila kemungkaran mula terserlah sebagaimana sabda Nabi saw:
  • "Sebaik-baik Jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang pemimpin yang zalim" 

(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
6. Politik yang PAS bawa adalah Politik Damai bagi menyatukan seluruh masyarakat Malaysia atas perjuangan menegakkan keadilan dan menolak kemungkaran;
  • "Dan bekerjasamalah kamu atas dasar kebajikan dan taqwa dan janganlah bekerjasama atas dasar dosa dan pencerobohan.." 

(surah al-Ma'idah ayat 2)
7. Pendekatan yang PAS ambil adalah secara berhikmah dengan tegas pada tempat yang memerlukan ketegasan dan berlunak pada tempat yang memerlukan kelunakan sebagaimana perintah Allah kepada Nabi Musa dan Harun alaihimassalam berhadapan dengan Fir'aun:
  • "Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun kerana sesungguhnya dia telah melampau batas. Lalu sebutlah kepada mereka berdua kata-kata yang lunak mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau dia menjadi takut (kepada Allah)."

(Surah Taha ayat 43-44)
8. Nasihat semasa yang PAS sentiasa peringatkan adalah:
1. Bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi akibat pengurusan kewangan negara yang tidak menepati saranan Islam iaitu boros ketika mewah untuk tempoh yang panjang puluhan tahun khususnya selepas krisis ekonomi 1997, sedang al-Quran mengajar bahawa hamba-hamba Allah ialah :
  • "Dan mereka yang apabila berbelanja tidak boros dan tidak pula kedekut dan adalah perbelanjaan itu pertengahan antara keduanya" (surah al-Furqan ayat 67)

2. Kerajaan Persekutuan berhutang dengan amaun yang besar rm630 bilion (rm630,000,000,000) akibat tunggakan hutang yang semakin meningkat daripada rm90 bilion sejak 1998. Ia berpunca daripada prinsip pegangan yang salah bahawa negara tidak ada masalah untuk berhutang bagi menyuntik kemajuan bagi negara. Sedang al-Quran menyatakan :
  • "hendaklah berbelanja orang berkemampuan berdasarkan kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezkinya maka berbelanjalah mengikut kadar yang diberikan oleh Allah" 

(surah al-Talak ayat 7)
3. Bahawa kerajaan persekutuan telah berhutang dengan cara yang diMURKAI oleh Allah sehingga kehilangan BARAKAH iaitu secara RIBA sehingga terpaksa membayar amaun pengurusan hutang termasuk bunga Riba setiap tahun melebihi rm20 bilion. Sedang Allah menyatakan:
  • "Maka sekiranya mereka tidak melakukan (perintah meninggalkan riba) maka isytiharkanlah perang daripada Allah dan Rasul-Nya" 

(surah al-Baqarah ayat 279)
4. Bahawa kegagalan 1MDB berpunca daripada prinsip yang salah iaitu berhutang secara RIBA bagi mendapatkan modal perniagaan sehinggakan syarikat yang hanya bermodal rm1 juta mencipta hutang RIBA melebihi rm42,000 juta.


5. Bahawa Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) adalah cara yang salah dalam mendapatkan sumber kewangan negara kerana ia dikenakan kepada semua golongan kaya dan miskin lalu menyebabkan pula inflasi kenaikan harga barang. Sedang ruang dan cara yang lebih barakah bagi mendapatkan hasil negara diketepikan seperti cukai simpanan korporat dan orang yang berkemampuan serta cukai keuntungan jual beli saham oleh golongan korporat dan orang yang berada.
SERUAN
Justeru, PAS dengan penuh rendah diri mengajak seluruh rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar daripada pelbagai parti bersama dengan PAS dalam menegaskan prinsip-prinsip tersebut.
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

3 ptg Jumaat 17 jun 2016 / 12 Ramadhan 1437 h

Seawal 7:50 Pagi, Ini Calon PAS, Dr Najiha, Hantarkan Beliau Ke Parlimen..



Seawal jam 7:50 calon PAS, Dr Najiha sudah berada di Pusat mengundi Sekolah Keb Talang, Kuala Kangsar. Pusat mengundi yang pertama pagi ini di lawati calon PAS.


Kredit
Naraza Muda 

Saiful Apek: "Insya-ALLAH kemenangan akan berpihak kepada kita.". Undilah PAS

Syaiful Apek bantu Pas di Kuala Kangsar
Syaiful ditemui media ketika berada di Kuala Kangsar. – Foto Sinar Harian oleh SHAIFUDIN ABDUL RAHIM

HALAMAN HIBURAN

KUALA KANGSAR - "Saya  berbesar hati kerana dapat turun padang sekali dan saya lihat betapa jinaknya mereka tengok saya ini mungkin kerana terlalu  hendak berjumpa dengan saya".

Demikian reaksi pelawak tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff ketika ditanya kehadiran beliau bersama Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagi membantu kempen Pas di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar hari ini.

Dalam pada itu, Saiful berkata beliau berbesar hati kerana dapat bersama Nik Abduh berkempen untuk Pas.

"Insya-ALLAH kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya kepada pemberita hari ini.

Esok (Sabtu) merupakan hari mengundi bagi Parlimen Kuala Kangsar. (SH)

Rasuah: Ketua Cabang PKR & Bekas A/Parlimen Ditahan..



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. 

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, bagaimanapun pemimpin parti itu dibebaskan dengan ikat jamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Khamis. 

“Pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengannya secepat mungkin untuk meminta penjelasan. 
“Setakat ini laporan mengenainya masih samar, tak tahu apa sebabnya dan beliau pun masih dalam siasatan jadi kita tak mahu membuat penilaian awal,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada masa sama, Tian Chua menggesa supaya SPRM menjalankan tugas dan menyiasat kes ini dengan telus tanpa mengaitkannya dengan pilihan raya kecil (PRK). 

“Jika penahanannya dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan calonnya ia akan dilihat sebagai bersifat politik,” katanya. 

Ditanya bilakah pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengan Manickavasagam, katanya mungkin selepas PRK. Beliau berkata, pimpinan tertinggi parti tidak akan menutup sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana ahli atau pemimpin parti itu. 

Pada Rabu, dilaporkan bekas ahli parlimen PKR itu didakwa kerana menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor. 

Sumber mendedahkan Manickavasagam turut disiasat kerana didakwa menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa Orang Kurang Upaya. – mstar

PRK: Wahid Senario Seru Pengundi Pilih Kepimpinan Ulama.



HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Kurang sehari Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAS menggiatkan kempen dengan menggunakan tarikan personaliti TV.


Klip video memaparkan pelawak terkemuka Abdul Wahid Mohd atau Wahid Senario dimuat naik di laman sosial Facebook, di mana beliau menyeru pengundi memilih kepimpinan ulama.

“Pilih pemimpin berakhlak yang boleh memimpin kita.
“Pilihlah parti yang istiqamah memperjuangkan Islam. Nak selamat dunia, akhirat… ulamalah yang memimpin kita,” katanya.

Antara yang berkongsi video terbabit adalah Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan esok berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Mei lalu.

Di Kuala Kangsar, calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Manakala di Sungai Besar, calon PAS Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur dari Amanah.
Video 

Friday, June 17, 2016

Rasuah: Pegawai Imigresen Dijel Seminggu. Baru Ikan Bilis!


SHAH ALAM – Seorang pegawai Imigresen yang bakal berkahwin hujung tahun ini dijatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menerima suapan untuk membebaskan tiga warga asing tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohd. Faizal Ariff Mohd. Nasir, 32, mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Faizal yang merupakan seorang pegawai di Jabatan Imigresen Selangor didakwa menerima suapan RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk melepaskan tiga warganegara India yang ditahan Imigresen kerana salah guna permit pada 11.50 malam, 24 Mac tahun lalu. (Kosmo)

Jadilah, walaupun baru tangkap ikan bilis.. Adakah jerung terlepas?

4 rakyat Malaysia Diculik, Dilarikan Ke Pulau Sulu.

KOTA KINABALU 16 Jun - Baru sahaja negara bergembira dengan pembebasan empat mangsa culik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 8 Jun lalu, kini timbul berita penculikan empat lagi rakyat Malaysia.

Keempat-empat mangsa terbaharu itu didakwa diculik di perairan Sulu pagi ini.

Kumpulan penculik yang belum dikenal pasti itu dikatakan melarikan mangsa terbabit ke perairan Sitangkai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu.

Kes berkenaan dilaporkan oleh sebuah portal Filipina, ABS-CBN News yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Jeselito Salido.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.

Bagaimanapun, buat masa ini, pihak berkuasa Malaysia belum dapat mengesahkan kebenaran laporan portal berita berkenaan. (IH/Utusan)

Krisis Terbaru Thai: Cubaan Halang Tangkap Ketua Sami.

BANGKOK – Beribu-ribu penyokong sebuah ali­ran Buddha berkumpul di wat mewah bercirikan reka bentuk futuristik yang menjadi ibu pejabatnya semalam ketika polis cuba untuk menahan ketua sami ajaran itu atas tuduhan me­nipu.
Perbalahan sekian lama antara pihak berkuasa dan Wat Dhammakaya yang berpengaruh di utara Bangkok merupakan krisis terbaharu mendedahkan kepincangan politik di negara itu.
Sejarah Thailand menyaksikan pihak berkuasa keberatan untuk campur tangan dalam hal ehwal golongan sami.
Namun, polis terpanggil untuk lebih mengawasi sami-sami di negara itu susulan skandal dan siasatan rasuah melibatkan sebilangan wat baru-baru ini. Skandal itu termasuk beberapa sami yang didakwa menggunakan jet peribadi, melakukan hubungan seks dan menyeludup anggota haiwan.
Unit siasatan persekutuan Thailand sejak beberapa bulan lalu cuba untuk menyoal siasat ke­tua sami Wat Dhammakaya, Phra Dhammachayo, 72, berhubung dakwaan dia menerima dana haram 1.2 bilion baht (RM135 juta) daripada pemilik sebuah bank koperasi yang dipenjarakan.
Wat itu yang popular kerana mempunyai kuil utama menyerupai objek terbang tidak dikenali, menafikan ketua sami itu bersubahat dalam pengubahan wang haram dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak berhati perut.
Pihak pengurusan wat itu berkata, pemimpin mereka tenat dan tidak terdaya untuk disoal siasat polis yang telah mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah. – AFP

Orlando: Isteri Penyerang Didakwa, Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas..


Imej fail menunjukkan anggota penyiasat mengerumuni pekarangan kelab Pulse selepas kejadian serangan tembakan di Orlando.
ORLANDO, Florida – Isteri kepada penyerang yang membunuh 49 orang di sebuah kelab malam gay di sini akan didakwa dalam masa terdekat kerana gagal melaporkan kepada polis walaupun dia mengetahui tentang komplot suaminya, menurut sumber pihak berkuasa semalam.
Sumber itu memberitahu agensi berita Reuters bahawa juri persekutuan telah bersidang dan bakal mendakwa isteri kepada Omar Mateen, Noor Salman seawal semalam.
“Nampaknya dia tahu mengenai serangan ini,” kata Senator Amerika Syarikat, Angus King yang juga merupakan ahli jawatan kuasa perisikan senat yang diberikan taklimat mengenai serangan pada Selasa lalu.
“Dia pastinya seorang yang berkepentingan sekarang dan nampaknya memberi kerjasama serta boleh memberikan beberapa maklumat penting kepada kami,” kata King kepada stesen televisyen CNN.
Omar ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di kelab Pulse, Ahad lalu. Sebelum serangan itu, Omar dilaporkan sempat menyatakan kesetiaan kepada beberapa kumpulan militan melalui talian kecemasan 911.
Portal FoxNews.com yang memetik sumber Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, pihak pendakwa raya akan mendakwa isteri Omar bersubahat dalam pembunuhan 49 orang dan cubaan membunuh bagi 53 yang lain.
Dia juga berdepan dakwaan menipu ejen persekutuan dan gagal memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Agensi NBC News pula melaporkan Noor memberitahu ejen persekutuan bahawa dia cuba memujuk suaminya agar tidak melakukan serangan itu.
Bagaimanapun, wanita itu juga dikatakan memberitahu FBI bahawa dia pernah membawa suaminya sekali ke kelab Pulse kerana dia mahu meninjau kawasan berkenaan, demikian menurut agensi berita itu.
Penyiasat Persekutuan berkata, tiada bukti ditemui mengaitkan Omar menerima arahan atau bantuan daripada kumpulan militan termasuk Islamic State.
“Dia nampaknya seorang lelaki muda yang bengis, terganggu dan tidak stabil sebelum bertukar menjadi radikal,” kata Presiden AS Barack Obama kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatan kuasa Keselamatan White House.
Bekas isteri Omar, Sitora Yusufiy memberitahu, lelaki itu mempunyai masalah berkaitan mental dan sering memukulnya. Sitora mendakwa dia melarikan diri daripada Omar walaupun mereka baru empat bulan mendirikan rumah tangga. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak dapat tanduk, telinga dipulas.

2 PRK: Kajian Tunjuk PAS Ada Harapan Menang. Ada Yang Sakit Telinga Dengar..


Jika mementum protes dikalangan pengundi Melayu kekal, sehingga hari peengundi PAS mempunyai harapan untuk menang tipis mengikut kajian dalam yang dibuat  oleh kajian Institut Darul Ehsan (IDE)

DENGAN kempen pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbaki dua hari sahaja lagi, PAS hari ini berkata parti itu yakin akan menawan kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata ia berdasarkan kajian yang dilakukan pasukannya dan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang didedahkan semalam.

Katanya, berdasarkan dapatan yang diperolehi, PAS masih mempunyai peluang untuk menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan rasa tidak puas hati yang tinggi di kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sekiranya rasa tidak berpuashati ini dapat dikekalkan seterusnya diterjemahkan sebagai undi protes di atas kertas undi, PAS ada harapan memenangi kedua-dua kerusi.
"Jentera PAS dalam tempoh dua hari terakhir ini perlu berusaha mewujudkan gelombang protes itu," katanya pada kenyataan media hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kajian PPP Perak, sebanyak 59 peratus tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 89 peratus tidak berpuashati dengan langkah kerajaan mengatasi kenaikan harga barang.

Manakala hanya 38.7 peratus berpuas hati dengan Najib Razak, katanya.
Di Sungai Besar, katanya, kajian IDE menunjukkan 47.4 peratus responden tidak berpuashati dengan Najib dan akan mendorong mereka untuk tidak mengundi BN kali ini.

Bagaimanapun dapatan kajian tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat di Sungai Besar masih belum mendorong pengundi melakukan protes di atas kertas undi.

"Kajian itu mendapati BN masih memperolehi majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan ayunan (swing) pengundi Cina kembali kepada BN," katanya.

Piihan Raya Kecil Sungai Besar 18 Jun ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH, manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan seorang calon bebas.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian dua penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak. (TKO)

Ada yang sakit telinga dengar!!

Thursday, June 16, 2016

Petik Buah Berry, Di Alyth Scotland. - Irwan Dahnil.

Kerja Petik Buah Berry, Alyth Scotland

Oleh IRWAN DAHNIL

SEBAB aku dibesarkan di kawasan yang baru membangun, ayah aku pernah tanam pokok jambu batu dan pokok ciku. Masa kecil, aku rasa buahan tempatan itu tak glamer, terasa kampung betul. 

Buah ‘orang kaya’ macam buah epal dan oren tak tumbuh di kawasan kampung. Masa tu tak tahu kat Cameron Highland pun ada tanam. Hehe.. Tapi dulu aku rasa tidak best mana. Macam boring, petik then bawak balik. Dan buah strawberry yang aku petik tu semua masam. Tak sedap pun. Masa tu aku tak faham kenapa orang suka makan strawberry. 

Jadi aku tak teruja sangat nak pegi ladang berries kat Scotland ni. Lagi pun, buah seperti strawberry dan raspberry ni banyak je dijual kat pasaraya. Tapi untuk menggembirakan anak, aku bawak juga anak ke sana. Janji untuk petik berries. Ladang ini berada di Alyth dalam daerah Perthshire kira-kira 160km dari Glasgow. 

Driving sekitar sejam setengah. Kami bergerak ke sana 4 kereta sekitar jam 8.30am. Kami berjanji untuk berjumpa dengan group lain di Blairgowrie sebelum sama-sama bertolak ke ladang. Kami diberi taklimat ringkas oleh tokei ladang ini. Kawasan ni sebenarnya memang kawasan pertanian dan tanaman. 

Pemandangan kiri kanan memang terbentang luas padang menghijau. Sesekali kelihatan tompok putih kambing biri-biri sedang makan di padang. Bagaimanapun, Rowan memaklumkan bahawa strawberry telah dipetik dan hasil akan datang hanya boleh dipetik dalam masa 2 minggu. Alahai. Nasib baik raspberry boleh dipetik. Kalau tak, anak aku paling frust agaknya.
Dalam ladang ni ada bumble bee dan dilarang membunuhnya. Mahal wei harga sekor GBP500 diimport dari Holland.
Dalam ladang ni ada bumble bee dan dilarang membunuhnya. Mahal wei harga sekor GBP500 diimport dari Holland.
Aku pun agak jakun sebab ini pertama kali aku petik buah raspberry ni.
Aku pun agak jakun sebab ini pertama kali aku petik buah raspberry ni.
Aku dan tokei ladang, Rowan. Secara lisan, Rowan bersetuju supaya aku import ramai buruh traveller dari Malaysia jadi pengutip buah. Gaji lumayan dowh.
Aku dan tokei ladang, Rowan. Secara lisan, Rowan bersetuju supaya aku import ramai buruh traveller dari Malaysia kerja kutip buah. Gaji lumayan dowh.

The day went well. At least for the kids. Aku cuma dapat berborak-borak dengan Rowan, bertanya serba sedikit tentang ladang. Orangnya masih muda dan ladang ini diusahakan oleh ahli keluarga.

Yang menarik, ladang dia ni memerlukan 400 pekerja yang diambil secara bermusim untuk memetik hasil dan buah. Part timer diambil ramai untuk bekerja. Kerja petik buah.

Mereka dibayar gaji mengikut jam sekitar GBP6 sejam. Ramai kerja petik buah diambil dari Romania, Republic Czech dan warga Eropah Tengah. Bila dia jawab tiada orang Malaysia yang terlibat, aku terus usulkan cadangan ambil orang Malaysia bekerja kerana orang Malaysia rajin-rajin.. 

Setakat kerja petik buah. Macam senang aje kan? Lagi pun kerja petik buah di Australia dan Scotland ini sangat popular dikalangan rakyat Malaysia Heheheheh..
Disediakan cabin penginapan untuk pekerja ladang.
Disediakan cabin penginapan untuk pekerja ladang. 
Raspberry dan strawberry ditanam di dalam benda tu. :)
Raspberry dan strawberry ditanam di dalam benda tu.
 Hujung sekali is Uncle Duncan yang perkenalkan aku dengan Rowan. Anak aku dah tak peduli, makan strawberry sampai petang.
Hujung sekali is Uncle Duncan yang perkenalkan aku dengan Rowan. Anak aku dah tak peduli, makan strawberry sampai petang.

Aku teringat kerja petik apple kat Australia macam ni. Konsepnya tetap sama, sambil travel sambil boleh buat duit. Rowan pun tidak keberatan untuk membantu. Cuma hal ini belum pernah dibuat oleh orang Malaysia.

Ini mungkin aku boleh buat untuk Malaysian datang ke Scotland. Ada yang berminat tak agaknya?
(Diangkat dari http://www.irwandahnil.com)

Lihat sebelum ini, siri pengembaraan..

Apa Beda Pujuk Derma Buah Pinggang Dengan Pujuk Penduduk Miskin Menyumbang Berganjaran?

Pembedahan pemindahan organ di sebuah hospital di India. - Foto Daily Mail

New Delhi – Polis India menahan seorang lelaki dipercayai ketua sindiket pembekal haram buah pinggang yang dijual penduduk miskin kepada hospital terkemuka negara itu.

Menurut polis, T Rajkumar Rao yang ditahan di Kolkata semalam, dikehendaki berkaitan penjualan organ itu di negara berkenaan dengan sindiketnya memujuk penduduk miskin menjual organ tertentu, terutama buah pinggang dengan harga murah sebelum menjualnya kepada pesakit dengan harga mahal.
Sindiket itu memalsukan dokumen kononnya ‘penderma’ terbabit adalah saudara pesakit yang menjalani pemindahan organ di rangkaian hospital Apollo.
Polis juga menahan tiga ‘penderma’ organ, termasuk satu pasangan yang menjual buah pinggang mereka dengan harga 700,000 rupee (AS$10,500) untuk membayar pinjaman membiayai kos perubatan anak mereka.
Lima kakitangan hospital berkenaan juga ditahan.
Menurut laporan Daily Mail tahun lalu, orang ramai menjual buah pinggang dengan harga sekitar AS$5,000 kepada sindiket yang kemudian menjualnya dengan harga AS$200,000.
Hospital Apollo menafikan pembabitan dalam kes itu dengan menyatakan ia menjadi ‘mangsa sindiket yang menipu pesakit serta hospital’ dan menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat.
Pada 2008, polis menahan dua doktor di sebuah hospital di Gurgaon, pinggir New Delhi yang terbabit dalam sindiket pemindahan 500 buah pinggang yang dibeli dari penduduk miskin dan dijual kepada pesakit kaya.
Menurut pertubuhan penderma organ India, negara itu memerlukan 500,000 penderma buah pinggang setahun tetapi hanya menerima 3,000 penderma setiap tahun. – AFP/myMetro Online.

Komen Weblog Ibnu HasyimApa beda pujuk derma buah pinggang dengan pujuk penduduk miskin menjualnya atau menyumbang dengan sedikit ganjaran?  


Sedikit Tips Berpuasa 20 Jam Dari Gadis M'sia Di Scodland.

3c1c

INGIN kami kongsikan pengalaman Aida Sue, seorang pelajar Malaysia di Aberdeen, Scotland yang kena berpuasa selama 20 jam. Lokasi Aberdeen boleh dikatakan antara paling utara di United Kingdom dan latitudenya pula adalah lebih tinggi berbanding bandar Moscow, Russia. 


Waktu berpuasa di Aberdeen bermula lebih kurang jam 2 pagi hingga 10 malam. Jadi waktu berpuasa adalah sekitar 19 jam hingga 20 jam. Bagi yang sudah biasa puasa selama 13 jam, sudah tentu berpuasa dengan masa yang lebih panjang bakal membawa cabaran fizikal dan mental.

Kalau berpuasa di Malaysia pun sudah cukup mencabar terutama apabila cuaca menjadi sangat panas... Apatah lagi kalau perlu berpuasa 20 jam, terpaksa berbuka puasa tanpa keluarga di sisi, tiada bazaar Ramadhan dan jauh dari laungan azan Maghrib. Boleh nangis dibuatnya! 

Tetapi menurut Aida, berpuasa di mana-mana pun sama sahaja. Jika persediaan rapi dibuat, berpuasa 20 jam tidaklah sesukar mana. 

Antara tips yang beliau kongsikan:

1. Rancang aktiviti sepanjang hari di bulan Ramadhan, supaya ia terisi.
2. Sediakan stok makanan lebih awal untuk sepanjang bulan Ramadan. Beli perencah segera untuk memudahkan penyediaan juadah berbuka.
3. Ketika bersahur, makan kurma atau fig diselangseli dengan makanan berkhasiat seperti oats. Lagipun, kurma memang dijamin banyak manfaatnya untuk mereka yang berpuasa.
4300

  • Bagi Aida, berpuasa 20 jam sebenarnya adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menguntungkan. Sebabnya:

  • 1. Cuaca di luar negara biasanya agak sejuk menyebabkan kurang penat ketika berpuasa.

  • Ketika artikel ini ditulis, menurut Aida Sue cuaca di Aberdeen, Scotland adalah 12 darjah Celcius.
  • 6d97
  • 2. Siang yang panjang dan malam yang pendek memberikan beliau peluang untuk beribadah di bulan Ramadan dengan lebih baik.

  • Pukul 12 tengahmalam di Aberdeen. Nampak macam baru nak Maghrib.

    • "Kalau dulu di Malaysia, saya tahu yang waktu malam itu panjang, jadi saya lalai dalam membuat ibadah, saya tangguh-tangguh kerana merasakan ada banyak masa lagi untuk terawih. Oleh kerana malam di sini cuma 4 jam, memang padat program saya dari Iftar, sampailah ke Subuh. Saya dapat nikmat berjaga malam (untuk beribadah)," kata Aida Sue.
  • 3. Dengan adanya siang yang panjang, hari beliau terisi dengan pelbagai aktiviti seperti menyelesaikan tugasan akademik.

      • Suasana di Aberdeen pada pukul 9 malam masih lagi cerah, jadi Aida berpeluang untuk belajar dan mengulangkaji di sekolah dengan lebih lama.
  • 4. Secara kira-kira, kemungkinan peluang bertemu malam Lailatul Qadar adalah tinggi kerana malam yang lebih singkat di Aberdeen.

  • Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Oleh kerana waktu malam cuma 4 jam di sini, peluang untuk mendapat nikmat malam Lailatulqadar ini mungkin lebih baik. Untunglah!

  • 2966

  • Pengajaran yang kita boleh belajar dari pengalaman Aida ialah Tuhan itu Maha Adil, dan pasti ada kebaikan di atas setiap sesuatu yang berlaku. (IH/http://says.com) 
  • Lihat sebelum ini, siri pengembaraan..