Penganut Buddha Geledah, Robohkan Masjid

Penduduk Islam, Ibrahim, 67, meninjau dalam masjid yang dirosakkan penganut Buddha di perkampungan Thuye Tha Meinm, wilayah Bago, Myanmar, hari ini. - Foto AFP

BAGO, MYANMAR – Ratusan penganut Buddha bukan saja menceroboh masuk ke dalam masjid di tengah Myanmar, malah hampir merobohkannya memaksa penduduk Islam melarikan diri dan berlindung dalam kawasan balai polis selepas berlaku pergaduhan antara jiran yang kemudian menjadi keganasan agama.

Keganasan tercetus petang semalam, selepas kira-kira 200 penduduk beragama Buddha mengganas di kawasan penduduk Islam di perkampungan Thuye Tha Mein di wilayah Bago, berikutan pertelingkahan sesama jiran mengenai pembinaan sekolah Islam.
“Ia bermula apabila seorang lelaki Islam bertekak dengan wanita Buddha menyebabkan ada penduduk masuk campur menyerang lelaki itu.
“Mereka kemudian memasuki masjid dan menggeledahnya menyebabkan sebahagian masjid rosak. Perusuh Buddha turut merosakkan pagar perkuburan,” katanya ketua kampung itu, Hla Tint.
Kira-kira 70 penduduk Islam, termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa bermalam di balas polis.
Menurut Tint, tiada kecederaan serius berlaku dan keadaan kembali tenang hari ini.
Polis dan setiausaha masjid mengesahkan kerosakan itu dan seorang penduduk, Tin Shwe Oo, 29, yang beragama Islam berkata, ada 150 penduduk Islam di kampung ini yang kini hidup dalam ketakutan.
“Kami terpaksa bersembunyi kerana ada yang mengancam mahu membunuh penduduk Islam. Saya dan keluarga mahu tinggal jauh dari sini sehingga keadaan aman,” katanya.
Keganasan agama di Myanmar sejak 2012 menyebabkan ramai penduduk Islam dibunuh penganut Buddha dengan restu sami radikal. –AFP/myMetro Online

2 Wanita Bergaduh Guna Payudara. Macam Mana Ni? Lihat Video.

Video: Wanita Bergaduh, Serang Lawan Dengan Payudara
SEBUAH video pendek berdurasi 49 saat memaparkan dua orang wanita muda bergaduh sambil menarik rambut antara satu sama lain di hadapan halaman sebuah rumah.
Menurut sebuah portal, pergaduhan itu dirakam di Amerika Syarikat. Rakaman video berkenaan menjadi viral di internet setelah dimuat naik oleh Liveleak.com.
Video: Wanita Bergaduh, Serang Lawan Dengan PayudaraPunca video itu diviralkan ialah kerana salah seorang daripada wanita yang memakai seluar pendek berwarna putih menjadikan payudaranya sebagai senjata menentang lawannya.
Wanita berkulit hitam itu dilihat menghempap ‘musuhnya’ itu dengan payudaranya, sambil berkata, 
“Sudah puas? Kamu hendak bangun ataupun tidak?”Adakah kamu suka saya punya t***?,” jerit wanita tersebut.
Walau bagaimanapun, portal tersebut tidak menyatakan punca sebenar pergaduhan di antara wanita berkulit hitam dengan ‘musuhnya’ itu.
Rakaman pergaduhan itu telah ditonton sebanyak 10 ribu kali setelah ia dimuat naik sejak 21 Jun lalu. 

Friday, June 24, 2016

Vaksin: PAS Sokong M/Fatwa 1998 & Ulama Muktabar Sedunia.

Post Pic

 Hasil carian imej untuk yusuf qardhawi
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS (DPPM) berkata Islam mengharuskan penggunaan vaksin sekalipun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik.

Pengarah Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar DPPM, Dr Mohd Ibrahim berkata, sikap segelintir golongan anti vaksin yang menghasut masyarakat agar tidak mengamalkan pengambilannya dengan menggunakan alasan tidak konkrit tanpa berlandaskan kepada kajian saintifik. 

"Sebenarnya, pada masa ini tiada pun bahan terlarang dalam vaksin kanak-kanak kecuali vaksin untuk rotavirus; itupun tidak tersenarai dalam  jadual imunisasi yang dikeluarkan oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pemberian vaksin juga bertepatan dengan maqasid syariah khususnya pada aspek penjagaan terhadap nyawa. Kita disyariatkan untuk menjaga dan memelihara nyawa dalam kehidupan seharian kita. 
"Jika sesuatu boleh mendatangkan mudarat maka perlu ditinggalkan. Begitu juga apabila sesuatu bahan itu jika tidak digunakan yang akan mengakibatkan kemudaratan pada nyawa serta tubuh, maka wajib kita mengambilnya walaupun ia mengandungi unsur yang meragukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, terdapat satu kaedah disebutkan oleh para ulama fiqh yang mengatakan 'keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang terlarang'.

Malah ujar beliau, pemberian vaksin telah disarankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1998 dan ia turut disokong oleh para alim ulamak muktabar seluruh dunia seperti Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi dan lain-lain.

"DPPM berpandangan  masyarakat  perlu mengguna pakai pandangan golongan pakar dalam bidang perubatan dalam membuat keputusan berkaitan pemberian vaksin," ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama beliau menggesa agar kerajaan  terus memberikan penerangan kepada masyarakat bagi menghilangkan persepsi negatif dan menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan vaksin. 

Baru-baru ini dua kanak-kanak meninggal dunia, masing-masing di Kedah dan Melaka, akibat jangkita difteria. Kedua-dua kes kematian itu akibat tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.

Semalam, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa. 

Ujar Mohd Asri, ibu bapa yang memilih untuk tidak membenarkan anak mereka divaksin tanpa langkah pencegahan lain yang terbukti lebih efektif juga berdosa kerana meletakkan anak mereka dalam keadaan bahaya. (antarapos)

Remaja Hidu Gam, Hanya Ibubapa Remaja Yang Bersalah?

gam


GAMBAR sekumpulan remaja menghidu gam di atas sebuah bumbung bangunan di Kota Kinabalu, Sabah mengundang kecaman orang ramai selepas ianya tersebar di ruang maya. Menerusi perkongsian di laman facebook Joel j. Johnny, gambar itu dirakam di kawasan Kampung Air pada 21 dan 22 Jun sekitar pukul 6.30 hingga 7.30 pagi.
Dua remaja perempuan dilihat sedang duduk sambil menghidu sebungkus plastik dipercayai mengandungi gam serta bebeberapa kanak-kanak lelaki dengan salah seorang daripadanya sedang tidur.
gam3
gam2
gam4
Pendedahan gambar itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mahu tindakan segera diambil bagi membendung budaya menghidu gam dalam kalangan remaja.
Susulan menjadi viral gambar berkenaan, pihak Polis IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) difahamkan telah menahan empat remaja termasuk dua perempuan yang berusia dalam lingkungan sembilan hingga 17 tahun, pagi tadi.
gam8
gam6
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dua daripada mereka ditahan ketika sedang menuruni tangga bumbung bangunan tersebut, manakala tiga lagi ditahan di sekitar Kampung Air.
“Semua yang ditahan telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu. Empat daripada suspek termasuk dua budak lelaki yang berusia 9 tahun mengaku menghidu gam. Manakala seorang lagi mendakwa hanya menemani rakan-rakan mereka sahaja,” katanya.

Siapa yang bersalah, adakah ibubapa remaja itu sahaja dan lain-lain? Kerajaan yang pencorak suasana persekitaran melalui sistem pendidikan, perundangan, dan lain-lain langsung tiada tanggung jawab tiada bersalah? Kembalilah kepada tarbiah pendidikan yang sebenarnya.. (IH)

Lawatan Jokowi, Mesej Jelas Mengenai Kedaulatan Pulau Natuna.


JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam membuat lawatan di kepulauan terpencil berdekatan perairan yang berulang menjadi kawasan pertelingkahan antara kapal China dan Indonesia, ketika tekanan sema­kin meningkat antara ke­dua-dua negara di Laut China Selatan.
Lawatan tersebut dikatakan sebagai mesej jelas Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu mengenai kedaulatan Indonesia terhadap Pulau Natuna di pinggir barat laut gugusan kepulauan nusantara. Beliau disertai oleh delegasi tertinggi termasuk menteri luar dan ketua angkatan tentera.
“Natuna adalah kawasan jajahan Indonesia. Ia adalah muktamad. Sebagai ketua negara dan kerajaan, Presiden mahu memastikan Natuna adalah sebahagian daripada kedaulatan Indonesia,” ujar Setiausaha Kabinet, Pramono Anung.
Hasil carian imej untuk Jokowi lawat Pulau Natuna REUTERS - GAMBAR fail pada 10 Julai 2014 menunjukkan hangar pesawat berdekatan Pangkalan Udara Ranai di Pulau Natuna Besar, Indonesia.
Minggu lepas, kapal tentera Indonesia merampas beberapa bot ikan dengan bendera China dan menahan nelayan ber­kenaan atas tuduhan menangkap ikan secara haram di zon ekonomi eksklusif Natuna, sekali gus mewujudkan suasana tegang ketiga melibatkan bot kedua-dua negara itu tahun ini.
Beijing membantah dan mendakwa salah seorang nelayan­nya tercedera selepas kapal Indonesia melepaskan tembakan amaran, namun ditolak oleh Jakarta dengan menyatakan tiada anak kapal yang ditahan mengalami kecederaan.
Berikutan daripada ketegangan itu, China menyatakan kedua-dua negara mempunyai hak dan kepentingan maritim di kawasan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan pemerhati bahawa Beijing secara terbuka mengakui pertikaian dengan Jakarta.
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi kelmarin mene­gaskan bahawa Jakarta tidak mempunyai tuntutan bertindih di kawasan perairannya bersama China.
Berbanding negara-negara jiran yang lain, Jakarta tidak mempunyai sebarang pertikaian maritim dengan Beijing di Laut China Selatan dan mana-mana terumbu atau pulau-pulau kecil di kawasan berkenaan. – AFP

Judi Bola Sepak Piala Euro Haram Pula..

WAN AHMAD (kiri) menunjukkan poster dan barang rampasan daripada sindiket judi Piala Euro 2016 pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Po­lis berjaya melumpuhkan sindiket pertaruhan dan perjudian bola sepak Piala Euro 2016 dalam talian dengan nilai pertaruhan kredit sebanyak RM2.67 juta selepas tertangkapnya seorang lelaki dalam Ops Soga di Bandar Jaya Putra di sini semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dalam serbuan pada pukul 4.20 pagi itu, polis menahan suspek yang berusia 30-an dan merampas pelbagai peralatan komputer milik lelaki itu.
“Antara yang dirampas ialah satu set komputer, tetikus, unit pemprosesan pusat, papan kekunci dan monitor termasuk sebuah telefon bimbit serta modem WiFi.
“Suspek dipercayai mem­punyai lima buah laman web perjudian dengan kebenaran kredit RM2.67 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam. (IH)

Sah, Pengugut Wang Lindung Judi Itu Bekas Pemimpin PKR..

MyWatch_chief_Sanjeevan
KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan penangkapan pengerusi NGO anti jenayah MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan berikutan menerima bayaran wang peras ugut dari mangsanya kelmarin.

Sanjeevan sejak beberapa tahun ini terkenal dengan pelbagai pendedahan lantang mengenai aktiviti berkaitan jenayah seperti judi, maksiat dan kongsi gelap.

Bekas pemimpin PKR yang pernah menjadi Ketua AMK (Pemuda PKR) Cabang Jempol dan pernah bertanding jawatan Naib AMK Pusat itu ditahan ketika sedang menerima wang daripada salah seorang pengusaha judi ekor haram yang menjadi mangsa ugutannya.

Susulan penangkapan tersebut, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan semalam mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Menurut polis, Sanjeevan, 31, didakwa menghubungi seorang pengusaha judi haram pada petang Rabu dan menuntut wang perlindungan setelah mengugut akan mendedahkan kegiatan judi haram individu tersebut.

Pengusaha judi haram yang tidak tahan lagi dengan ugutan berterusan itu dan bimbangkan keselamatan keluarganya bertindak nekad membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mangsa selepas itu menemui Sanjeevan berdekatan Plaza Tol Nilai dan menyerahkan wang lebih RM25,000 sebelum mereka diserbu oleh pasukan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D7).

“Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk ketika berurusan dengan pengusaha itu,” petik laporan yang disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya.

Sementara itu, memetik sumber dari laporan sebuah portal berita menyebut Sanjeevan didakwa memperolehi hasil peras ugut sekitar RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun lepas.

Tambah sumber itu lagi, pengerusi NGO tersebut dikesan melakukan aktiviti peras ugut di seluruh negara antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Kami mendapati nilai tertinggi yang direkod dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk itu ialah RM25,000 sebulan,” kata sumber tersebut. (S.Tv)

Minta Wang Lindung Judi, Datuk NGO Pemantau Jenayah Ditahan?

Hasil carian imej untuk Pengerusi NGO ditahan reman PENGERUSI sebuah NGO (tengah) diiringi anggota polis selepas ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes meminta wang perlindungan di Mahkamah Khas, Seremban semalam.
SEREMBAN – Pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari bermula semalam sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan berjumlah RM25,000 daripada seorang pengendali judi ekor tanpa lesen.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 32 tahun dan berasal dari Bahau itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini semalam.
Lelaki itu yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan diiringi dua anggota polis tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki sebuah van polis pada pukul 10 pagi.
Dia kemudian beredar setengah jam kemudian dengan menaiki kenderaan yang sama menuju ke Balai Polis Mantin dekat sini untuk tahanan reman.
Terdahulu, lelaki itu yang mengetuai sebuah NGO yang memantau jenayah di negara ini ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai pada pukul 10.50 malam kelmarin.
Komen Weblog Ibnu HasyimKisah 2 Jenis Judi. 
Ini, satu lagi bukti bahawa perbuatan judi bukan sahaja dilarang oleh agama, tetapi juga dibenci oleh manusia dan rakyat yang sihat pemikirannya. Cuma kerajaan sekular di Malaysia saja yang masih pertahan dan masih jadi taukeh judi, hingga wujud dua jenis judi. 
Satu: Judi haram dari sudut agama bagi Persekutuan ini, tetapi halal bagi kerajaan di sudut perlaksanaannya. Judi jenis ini ditaja dan dinaungi oleh kerajaan Malaysia sekarang. Bahkan dikawal perlaksanaannya jangan diganggu seperti yang di hotel, kasino, kelab tertentu dan lain-lain.
Judi ini menguntungkan kerajaan dari segi ekonomi jangka pendik, walaupun dari segi moral dan agama ia merosakkan atau menghancurkan identiti kemanusiaan. Ia merosakkan ekonomi rakyat untuk jangka panjang dengan memporak-perandakan negara.
Kedua: Judi yang dilarang oleh agama dan pemerintah. Pemerintah tidak mengeluarkan lesen untuknya. Biasanya judi ini dilakukan oleh rakyat kecil. Penagih-penagihnya diburu dan ditangkap, walaupun mereka melakukannya di hutan-hutan kecil di bulan puasa, sawah padi dan lain-lain. 
Inilah yang sentiasa dibanggakan kerajaan yang kononnya menolak mungkar judi suatu amalan mulia pemerintah.
Penyelesaian: Kerana ada dua jenis judi inilah, kegiatan maksiat judi di Malaysia ini tidak akan hapus. Sebab ia dilindungi oleh undang-undang sekular negara. 
Oleh itu, bagaimana mengatasinya?
Tolaklah kerajaan sekular di Malaysia, atau gantikan dengan sebuah kerajaan Islam yang merdeka melalui peti undi, bukan dengan 'angkat parang'. Atau sekurang-kurangnya sokonglah Rang undang-undang persendirian mengenai pindaan akta Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh PAS di Parlimen nanti. (IH)

Pakai Kupiah Berjubah Putih, Balaci Pelacur Malam Ramadhan Di Kota Ini..




CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

Siri 1: Aku Di Pulau Sebatik, Sebuah Pulau Ganjil Antara 2...
Siri 2: Pulau Sebatik Dalam Bahaya, Sama Seperti Sipadan, ...

"AS-SALAMU 'ALAIKUM?" Suara salam membuat aku tersentak terkejut. Dia datang menghulurkan tangan bersalaman tiba-tiba seolah-olah kenal lama. 

Bila ku jawab salamnya, dia berkata lagi, "Ingat, kita bertemu hari tu, sihat?". Maka diapun pergi.

Terpinga-pinga aku, di depan beberapa kawan-kawan yang baru ku kenal, kira-kira waktu sebelum Asar. Aku baru sampai ke sini, bila aku bertemu dengan dia? Aku tertanya-tanya. Aku terus berpuasa walau masih dalam bermusafir, di negara jiran ini. 

Aku berada di depan sebuah hotel, sedang bercakap-cakap sementara menunggu waktu berbuka puasa, di sebuah bandar di Pulau Nunukan berhampiran Pulau Sebatik, Kalimantan Utara.



Nunukan adalah salah satu Kabupaten di Provinsi kalimantan Utara, dan Pulau Nunukan memiliki luas wilayah 14.493 Km. Kabupaten Nunukan memiliki Motto "Penekindidebaya" diambil dari bahasa tidung, yang artinya "Membangun Daerah". Nunukan adalah salah satu daerah berkembang di Provinsi Kalimantan Utara. 

Dalam 5 tahun terakhir Daerah Nunukan mengalami peningkatan yang pesat terutama dari sektor perkebunan, perdagangan dan rumput laut. Nunukan adalah salah satu kabupaten di Kaltara yang sedang berkembang. 

Nunukan memiliki potensi daerah yang sangat besar di bidang perdangangan, pertanian, jasa dan perkebunan. Hal ini ditunjang oleh jalur utama perdagangan kota Tawau, Malaysia dan pulau-pulau lain di derah Sulawesi juga Jawa.



Kepulauan Nunukan memiliki panjang garis pantai sekitar 314.592 Km dengan luas perairan 304.867 Hr. Dengan memiliki luas tersebut, Nunukan sangat berpotensi besar di bidang budidaya atau ternak rumput laut. Kehadiran rumput laut di daerah Nunukan sangat berperan menaikkan perokonomian masyarakat, yang sebelumnya hanya mengandalkan dari mencari ikan.


Di Pantai Batu Lamampu ini terdapat mitos jodoh. Di atas tumpukan batu karang ada sebuah pohon beringin, dan masyarakat mempercayai jika mngikatkan seutas tali di pohon tersebut dan menyebut nama seseorang, maka dia akan jadi jodohnya. Mitos khurafat.



Ada lagi yang menarik! 


Di Kepulauan Nunukan terdapat sebuah masjid yang sangat unik, yakni Masjid An-Nur. Yang membuat masjid ini berbeda adalah letak nya yang berada di tengah lautan. Sehingga kalau dilihat dari kejuhan masjid ini seakan-akan terapung. Jadi setelah solat pengunjung bisa menikmati pemandangan indahnya laut sekitar dan kapal-kapal yang melintas di depan masjid.




Malamnya, selepas aku berbuka puasa di gerai persekitaran hotel itu, si yang memberi salam tadi datang lagi mengajak aku minum teh. Dia dengan gaya berpakaian kupiah dan berjubah putih bersih seperti petang tadi, bagaikan imam atau tokoh agama hebat. 

Katanya, setelah kami duduk semeja di sebuah warung..

"Tuan perlukan rihat setelah letih berpuasa. Badan perlu dipicit-picit. Ada jari-jari lembut akan menguruskan segalanya, kalau tuan mahu! Cewek-cewek manis yang masih anak sekolah, tuan perlu bantu mereka. 

"Tidak mahal Pak, cuma RM100 saja. Tak perlu lagi sewa kamar, tak perlu tambang, bonceng saja belakang motor aku ini. Kita pergi ke tempat yang dirahsiakan itu. Semuanya beres, tak siapa yang tahu. Memang di bulan puasa mereka tiada berkeliaran, susah dicari.. Ini suatu peluang baik.

"Ayuh!!". Ajaknya.


Astaghfirullah al azim!! Celaka, kata hatiku. Setan manusia yang sekor ini masih belum terantai di bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun topengnya berkupiah dan jubah putih bagaikan sesumpah..

Bersambung..
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com 
Jun 22, 2016
Pulau Nunukan, Kalimantan Utara,
Indonesia.

Thursday, June 23, 2016

Perangi K'jaan 'Thoqut' Tiap Negara, Termasuk M'sia. -Seruan IS A/Tenggara.


Hari ini tersebar di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai militan IS Asia Tenggara di mana mereka tampil memberi amaran kepada pihak keselamatan negara.

Video yang berdurasi 2 minit 42 saat berkenaan dilihat menyeru umat Islam supaya bangun memerangi kerajaan-kerajaan 'Thoqut 'setiap negara.

"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.” demikian sedikit petikan dari video tersebut yang ditujukan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia.

Pada Selasa lalu, rangkaian pengganas Negara Islam (IS) ini telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.

Video itu itu juga memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.


Memetik laporan New Straits Times, Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu  lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.

Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya Rafi dalam video berkenaan. - IH/Siakapkeli.my

Pulau Sebatik Dalam Bahaya, Sama Seperti Sipadan, Ligitan, Pulau Batu Putih?



CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM 


Siri 1
SAYA paparkan sebuah pemikiran dari rakyat Indonesia sendiri mengenai, 'Apakah Nasib Pulau Sebatik di Kalimantan Utara Akan Sama dengan Pulau Sipadan dan Ligitan?' 

Oleh Syaiful W. Harahap


TERNYATA pembiaran terhadap pulau-pulau di negeri ini sudah berlangsung lama. Akibatnya, pulau-pulau itu “diurus” oleh negara tetangga sehingga mereka berhak atas pulau itu berdasarkan keputusan Mahkamah Internasional. 

Itulah yang dialami oleh Indonesia dan Malaysia. Indonesia dikalahkan Malaysia di Mahkamah Internasional atas ‘pemilikan’ Pulau Sipadan dan Ligitan di Kalimantar Timur. Mahkamah memutuskan Malaysia sebagai pihak yang berhak atas dua pulau tsb. karena selama ini pulau tsb. diurus oleh Malaysia (2002). 

Putusan mahkamah itu menyesakkan, tapi pemerintah, waktu itu dipimpin oleh Presiden Megawati Soekarnoputri, tidak bisa berbuat banyak karena Malaysia bisa memberikan bukti nyata, sedangkan Indonesia hanya memberikan fakta berdasarkan penetapan wilayah. Mahkamah melihat fakta bahwa pulau dan masyarakatnya diurus oleh Malaysia. 

Hal yang sama juga ternyata dialami oleh Malaysia ketika Mahkamah Internasional menyerahkan Pulau Pedra Branca, Malaysia menamainya sebagai Pulau Batu Puteh, kepada pemerintahan Singapura (2008). Ini akhir dari persengketaan yang dimulai tahun 1979. Celakanya, keputusan mahkamah itu tidak diterima dengan lapang dada oleh rakyat Malaysia. 

Hal ini menjadi ‘duri dalam daging’ pada hubungan bilateral Malaysia dan Singapura (Meredam Sengketa Kepemilikan Pulau Antara Singapura dan Malaysia). Kalau disimak di peta, maka posisi Pulau Branca justru lebih dekat ke Tanjung Penyusop, Johor, Malaysia (7,7 mil laut) dan Tanjung Sading di Pulau Bintang, Indonesia (7,5 mil laut). Tapi, sidang Mahkamah Internasional memenangkan Singapura. 

Mahkamah Internasional berpegang pada kenyataan yaitu secara de facto bahwa sejak 130 tahun yl. Singapura mengoperasikan mercusuar Horsburgh di pulau karang tsb. Mercusuar adalah menara yang dibangun di pantai atau di pulau kecil di tengah laut, daerah berbatu karang, dsb, yang memancarkan sinar sebagai isyarat pada waktu malam hari untuk membantu navigasi pelayaran. 

Bertolak dari dua kasus tsb., maka dikhawatirkan peristiwa pahit berupa kehilangan dua pulau akan bisa terulang lagi jika pemerintah tetap membiarkan kehidupan penduduk di Pulau Sebatik, Kalimantan Utara (d/h. Kalimantan Timur). Pulau itu terbagi dua yaitu milik Indonesia dan Malaysia. 
Ibnu hasyim semasa berada di Pulau Sebatik bahagian Indonesia hari itu..

Celakanya, “Warga Pulau Sebatik: Garuda di Dadaku Tapi Malaysia di Perutku.” Ini judul berita di detikNews (2/05-2015). Biarpun “Garuda di dadaku” tentulah akan sulit mempertahkannya jika urusan perut harus tergantung kepada Malaysia. Dada tidak akan bisa berdenyut kalau perut kosong. 

Selain itu roda perekonomian di Sebatik Indonesia juga “dikuasasi” Malaysia dengan fakta masyarakat Indonesia di wilayah Indonesia memakai mata urang ringgit sebagai pembayaran yang sah selain rupiah. Mata uang ringgit tidak bisa lepas dari genggaman warga Indonesia di Sebatik Indonesia karena mereka belanja keperluan sehari-hari ke Tawau (Malaysia) bukan ke Nunukan, Kalimantan Utara. 

Tentu saja langkah warga Sebatik Indonesia ironis karena jarak ke Tawau dan Nunukan hampir sama. Kedua tempat itu dijangkau dengan angkutan air. 

Pulau Sebatik terbagi dua. Belahan utara seluas 187,23 km persegi merupakan wilayah Negara Bagian Sabah, Malaysia, sedangkan belahan selatan dengan luas 246,61 km persegi masuk ke wilayah Indonesia di Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Utara. 

Dari luas ini 375, 52 hektare di antaranya merupakan kawasan konservasi. Wilayah Indonesia di Pulau Sebatik hanya dihuni oleh 40.000-an penduduk yang bermukim di empat kecamatan yaitu Sebatik, Sebatik Barat, Sebatik Timur, Sebatik Utara, dan Sebatik Tengah. Mata pencaharian utama penduduk adalah menangkap ikan sebagai nelayan tradisional, serta berkebun kelapa sawit dan kakao. 

Maka, adalah langkah yang arif dan bijaksana kalau pemerintah, dalam hal ini pemerintah kabupaten dengan dukungan pemerintah pusat, membangun sarana dan prasarana bagi penduduk agar mereka tidak lagi harus menyeberang laut ke wilayah Malaysia hanya untuk membeli kebutuhan sehari-hari. 

Jika kelak Malaysia melihat peluang membawa “nasib” rakyat Sebatik Indonesia ke Mahkamah Internasional, maka dikhawatirkan Indonesia akan keok karena sudah terbukti untuk membeli sembako saja penduduk Sebatik Indonesia harus menyeberang ke Malaysia. Apakah kita masih harus menunggu satu dua pulau lagi yang lepas ke negara tetangga agar kita serius memperhatikan nasib masyarakat di pulau-pulau (terluar)? 

Tentu saja tidak. Pemerintahan Jokowi-JK sudah mulai memupus program pembangunan nasional yang selama ini memakai pola “Jawa sentris” beralih ke luar Jawa. Pembangunan jalan tol lintas Sumatera, rencana membangun rel di beberapa pulau, dll. merupakan program pemerintah yang tidak “Jawa sentris” lagi. 

Tidak ada lagi alasan bagi Jokowi-JK untuk tidak membangun sarana dan prasarana fisik dan nonfisik di pulau-pulau (terluar). Hanya dengan cara inilah pulau-pulau itu bisa tetap kita miliki. Soalnya, negara-negara tetangga mulai “berbaik hati” mengurus kehidupan masyarakat di pulau-pulau yang luput dari perhatian pemerintah karena selama ini pembangunan berpijak pada “Jawa sentris” (dari berbagai sumber). *** [Syaiful W. Harahap] ***

Bersambung..

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com 
Jun 21, 2016
Pulau Sebatik, Indonesia.

Satu Lagi Bukti, Rakyat Sudah Muak Dengan Judi, K'jaan Patut Sedar!



KUALA SELANGOR – Akibat berang dengan kewujudan pusat perjudian yang terus berleluasa di daerah ini terutamanya di pekan Kuala Selangor dan pekan Tanjung Karang, sekumpulan pemuda nekad menyerang premis tersebut kelmarin.
Tindakan berani kumpulan pemuda menyerang sebuah premis yang didakwa menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah ini telah menjadi viral menerusi laman sosial Facebook sejak malam kelmarin.
Satu klip rakaman video yang berdurasi dua minit 50 saat memaparkan sekurang-kurangnya tujuh pemuda berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an berkumpul di sebuah restoran sebelum menyerbu sebuah premis judi berdekatan di pekan Kuala Selangor pada waktu malam.
Mereka kemudian bertindak memecahkan beberapa peralatan di dalam premis tersebut seperti komputer dan pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian. (Kosmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, satu lagi bukti bahawa perbuatan judi bukan sahaja dilarang oleh agama, tetapi juga dibenci oleh manusia dan rakyat yang sihat pemikirannya. Cuma kerajaan sekular di Malaysia saja yang masih pertahan dan masih jadi taukeh judi, hingga wujud dua jenis judi. 
Satu: Judi haram dari sudut agama bagi Persekutuan ini, tetapi halal bagi kerajaan di sudut perlaksanaannya. Judi jenis ini ditaja dan dinaungi oleh kerajaan Malaysia sekarang. Bahkan dikawal perlaksanaannya jangan diganggu seperti yang di hotel, kasino, kelab tertentu dan lain-lain.
Judi ini menguntungkan kerajaan dari segi ekonomi jangka pendik, walaupun dari segi moral dan agama ia merosakkan atau menghancurkan identiti kemanusiaan. Ia merosakkan ekonomi rakyat untuk jangka panjang dengan memporak-perandakan negara.
Kedua: Judi yang dilarang oleh agama dan pemerintah. Pemerintah tidak mengeluarkan lesen untuknya. Biasanya judi ini dilakukan oleh rakyat kecil. Penagih-penagihnya diburu dan ditangkap, walaupun mereka melakukannya di hutan-hutan kecil di bulan puasa, sawah padi dan lain-lain. 
Inilah yang sentiasa dibanggakan kerajaan yang kononnya menolak mungkar judi suatu amalan mulia pemerintah.
Penyelesaian: Kerana ada dua jenis judi inilah, kegiatan maksiat judi di Malaysia ini tidak akan hapus. Sebab ia dilindungi oleh undang-undang sekular negara. 
Oleh itu, bagaimana mengatasinya?
Tolaklah kerajaan sekular di Malaysia, atau gantikan dengan sebuah kerajaan Islam yang merdeka melalui peti undi, bukan dengan 'angkat parang'. Atau sekurang-kurangnya sokonglah Rang undang-undang persendirian mengenai pindaan akta Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh PAS di Parlimen nanti. (IH)