Saturday, July 09, 2016

1/2 Abad Terpengaruh Komunis, Al-hamdulillah Aishah Kembali Kepada Islam..




Selepas bertemu selama 40 minit tiga tahun lalu, Kamar (kanan) akhirnya dapat melepaskan rindu selama sebulan bersama Aishah di Leeds, UK pada Mei lalu.


JELEBU – Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini me­rupakan saat paling indah bagi Kamar Mahtum Abdul Wahab, 75, apabila mendapati adik­nya, Siti Aishah, 72, yang pernah separuh abad terpengaruh dengan fahaman komunis sebelum dijadikan mangsa perhambaan domestik di London sudah kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya.
Selepas hanya bertemu selama 40 minit pada tahun 2013, warga emas itu menaiki penerbangan sejauh 10,000 kilometer bersama abangnya, Abdul Hadi pada 5 Mei lalu untuk bertemu dan memujuk Aishah pulang ke Malaysia.
Namun, selepas sebulan tinggal dan melihat sendiri kehidupan baharu Aishah yang menginap di sebuah apartmen di Leeds, United Kingdom (UK), Kamar akhirnya reda dan mengizinkan Aishah untuk terus tinggal di sana.
“Sebulan saya bersama Aishah di Leeds dan dalam tempoh itu saya membimbing dan mengingatkannya tentang agama Islam bagi memantapkan akidah adik saya.
“Bagi saya, Aishah seorang muslim yang baik tambahan pula dia kini sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab di sebuah kolej berhampiran rumahnya,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Binjal dekat sini baru-baru ini.
Selain itu katanya, dalam tempoh sebulan itu juga, beliau melayan pelbagai permintaan Aishah yang mahu menikmati masakan Melayu terutama juadah kegemarannya sambal tumis ikan bilis.
Kosmo! pada 27 November 2013, melaporkan mengenai sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan yang mengesahkan seorang anggota keluarga wanitanya menjadi hamba domestik selama 30 tahun dalam kumpulan Maoist di London. (Kosmo!)

Friday, July 08, 2016

Mata Boleh Buta Jika Kerap Tengok HP Dalam Gelap

mobile-phones

PENGGUNA

LONDON – Amaran bagi anda yang sering menggunakan telefon bimbit ketika berbaring di dalam gelap kerana perbuatan itu mungkin menjejas penglihatan anda.

Dua wanita disahkan buta sementara kerana kerap menggunakan telefon bimbit mereka di dalam gelap dan para doktor kini memberi amaran kepada pengguna telefon bimbit yang lain.
Huraiannya: Pastikan anda menggunakan mata anda apabila melihat skrin telefon pintar.
Pada 23 Jun lalu, menerusi jurnal perubatan New England, para doktor menjelaskan secara terperinci kes dua wanita tersebut, berusia 22 tahun dan 40 tahun, yang menjadi “buta sementara akibat penggunaan telefon” selama berbulan-bulan.
Kedua-dua wanita berkenaan mengadu hilang daya penglihatan sehingga 15 minit lamanya dan keadaan itu berlaku berulang kali.
Mereka kemudian menjalani beberapa pemeriksaan perubatan, imbasan MRI dan ujian jantung. Namun para doktor masih tidak dapat mengenal pasti punca masalah yang dialami wanita-wanita tersebut.
Misteri tersebut bagaimanapun berjaya dihuraikan beberapa minit setelah mereka berjumpa dengan pakar mata.
“Saya hanya bertanya kepada mereka, ‘Apa sebenarnya yang anda lakukan sebelum tiba-tiba hilang daya penglihatan?'” menurut Dr. Gordon Plant dari Hospital Mata Moorfield, London.
Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua wanita seringkali melihat telefon pintar mereka hanya dengan menggunakan sebelah mata semasa berbaring mengiring – sebelah lagi mata mereka terhadang oleh bantal.
“Maka sebelah mata anda melihat cahaya semasa memandang telefon manakala sebelah lagi mata melihat keadaan gelap,” kata beliau.
Apabila mereka meletakkan telefon, mereka tidak dapat melihat dengan mata yang sebelum itu digunakan untuk memandang telefon. Ini kerana “mata mengambil masa beberapa minit untuk kembali melihat di dalam gelap,” Dr Plant memberitahu agensi berita AP.
Beliau menambah, keadaan buta sementara itu tidaklah terlalu berbahaya dan boleh dielakkan, jika mereka melihat skrin telefon bimbit dengan kedua-dua mata.
Seorang jurucakap Akademi Oftamologi Amerika Syarikat, Dr. Rahul Khurana menyifatkan dapatan Dr Plant sebagai hipotesis yang menarik namun kedua-dua kes tersebut belum cukup untuk membuktikan bahawa menggunakan telefon bimbit dengan sebelah mata di dalam keadaan gelap adalah punca masalah ‘buta sementara’.
Beliau juga sangsi ramai pengguna telefon pintar akan mengalami fenomena sedemikian.
Menurut Dr. Khurana, yang juga seorang yang sering menggunakan telefon bimbit, beliau dan isterinya cuba melakukan perbuatan yang sama seperti kedua-dua wanita tersebut namun mendapati sukar untuk menggunakan telefon bimbit mereka hanya dengan sebelah mata.
“Ia agak pelik,” Dr. Khurana memberitahu AP. – Agensi.

Begini Adap Islam, Santuni Orang Lebih Tua, Walau Dia Presiden.. Selamat Hari Raya!



Islam mengajar kita menghormati orang lebih tua, apatah lagi jika dia adalah guru kita yang membimbing kita mengenal ertikata keduanian yang kita lalui samada dia guru adama atau guru akademik semuanya menjurus kita kepada kebenaran yang tulus.

Rakyat M'sia Gila Judi? 16,194 Premis Judi Diserbu. Selamat Hari Raya.

KUALA LUMPUR – Seramai 9,155 individu ditahan dalam serbuan Ops Dadu yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggempur kegiatan mesin judi berkomputer di seluruh negara bermula Januari hingga Mei lalu.
Turut dirampas dalam serbuan oleh Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan polis negeri serta daerah itu ialah 49,553 komputer yang diubah suai menjadi mesin judi.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, sebanyak 16,194 jumlah serbuan dijalankan dan 4,487 daripadanya berjaya dilakukan di seluruh negara bagi tempoh tersebut.
“Jumlah serbuan tertinggi dibuat di Selangor iaitu sebanyak 4,355 diikuti Negeri Sembilan (3,650) dan Sarawak (3,358).
Melihatt ini, adakah rakyat Malaysia gila Judi? (IH)

Wednesday, July 06, 2016

Selamat Hariraya Aidilfitri.. ibnuhasyim.


Selamat Hariraya Aidilfitri
teringat kampungku
semasa kecil-kecil dulu
bermula mandi lumpur dalam sawah..
tiada bumi tiada timpa hujan
tiada laut tiada gelombang
ku hulur 10 jari maaf
kepada penatap blog ini
kepada yang terlanjur
tersadur terbujur 
utamanya yang
MAHA PEMAAF
!!

ibnuhasyim




Tuesday, July 05, 2016

Aidilfitri: Jakarta Umat Islam Di Bawah Ahok, Pesta Bir Boleh, Takbir Keliling Dilarang.



JAKARTA: SETIAUSAHA Agung PPP Arsul Sani mengingatkan takbir keliling merupakan ekspresi kegembiraan umat Islam menyambut datangnya hari raya Idul Fitri setelah sebulan penuh melaksanakan ibadah puasa Ramadan.

Namun, Pemprov DKI Jakarta akan tetap melarang takbir keliling ibu kota dengan kereta atau kenderaan pacuan empat roda lain. Sebab utamanya adalah takbir cukup di musala atau masjid masing-masing.

"Tidak seharusnya Pemprov DKI melarang takbir keliling, yang sepatutnya dilakukan adalah mengeluarkan peraturan bertakbir keliling secara tertib, yakni tertib berlalu lintas, memandu, dan memenuhi standard keselamatan," kata Arsul melalui maklumat bertulis, Senin (4/7/2016).

Arsul berkata dalam konteks tertib ini, maka yang tidak dapat ditertibkan, baru diberhentikan, ditindak dilarang meneruskan takbir kelilingnya. 

Arsul menuturkan, ketika yang dipilih Pemprov DKI adalah melarang maka yang ada dalam perasaan umat Islam pada umumnya adalah rasa terdiskriminasi berbanding dasar berkaitan kegiatan olah raga, sosial atau bahkan kegiatan keagamaan dari pemeluk agama lain.

Ahok miras. Padahal, katanya, kalau ukurannya soal keselamatan atau membahayakan keselamatan manusia, maka apabila ada pertandingan-pertandingan sepakbola antar kesebelasan tertentu maka tingkat kerawanan keamanan dan keselamatan masyarakat jauh lebih ada pada titik rendah.

ahok miras

Arsul memberi contoh, korban anggota polis yang dianiaya oleh penyokong bola sepak atau kereta-kereta yang dilemparkan mereka dan mengalami kerosakan.

Lebih jauh Arsul mengingatkan bahawa larangan tersebut makin menumbuhkan sentimen SARA dikalangan ummat Islam yang tidak kondusif untuk menjaga kesatian dan persatuan bangsa.

Selain soal SARA, larangan takbir keliling ini juga akan dimaknai bahawa Pemprov DKI makin bersikap represif terhadap masyarakat kecil yang nota bene ummat Islam setelah kes penggusuran wilayah Luar Batang.

Oleh kerana itu, Arsul meminta agar pemprop DKI tidak hanya sekadar melarang takbir keliling, tetapi juga paling memudahkan gema takbir bersama-sama di tempat-tempat umum.

"Jadi kalaupun tidak boleh berkeliling, buat titik-titik di mana ummat Islam boleh berkumpul bersama-sama dalam jumlah yang lebih besar daripada yang boleh ditampung di Masjid-masjid untuk menggemakan takbir pada malam Idul Fitri. 

Lihatlah saudara-saudara kita umat Kristian, mereka dibenarkan menggunakan stadium atau Istora Senayan untuk merayakan Krismas, mengapa pemprof DKI tidak memfasilitasinya, "tuturnya. (IH / tribun)

"PAS lumpuh, ramai tinggalkan PAS"! Ini Sebenarnya..



Inilah wajah sebenar PAN. Kalau tak menjadi pengkhianat, pemfitnah dan penipu tak sahlah puak khadam DAP ni. 98% peratus dah berhijrah ke PAN konon. Setakat kumpulkan ahli PAN dari luar ramai-ramai dan bergambar depan Markas PAS dengan caption "PAS lumpuh, ramai tinggalkan PAS" baik tak payah. 

Lepas ni eloklah PAN bergambar di Putrajaya. Letak sekali caption "100% penduduk Putrajaya sudah berhijrah masuk PAN, PAN akan rampas Putrajaya". Baru puas hati nak tunjuk kebodohan tu ...

Kredit
تنڤا ناما  

(TKO)

Israel Lulus 560 Kediaman Haram Yahudi, M'sia DAP Hapuskan ...

  Palestin hancur.
BAITULMUQADDIS – Israel meluluskan 560 kediaman baharu untuk peneroka haram Yahudi di Maale Adumim, Tebing Barat, kata seorang jurucakapnya semalam.
Jurucakap itu yang merupakan datuk bandar Adumim mengesahkan keputusan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahan, Avigdor Lieberman membenarkan pembinaan penempatan haram itu di Baitulmuqaddis Timur.
Keputusan mengenainya menyusul selepas pemimpin-pemimpin Israel menggesa tindakan lebih keras diambil berhubung serangan Palestin terhadap penduduk Israel sejak beberapa hari lalu.
Menurut laporan media, Netanyahu juga memberikan kelulusan pembinaan 240 kediaman baharu di beberapa penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur selain 600 unit rumah penduduk Palestin di daerah Beit Safafa.
Serangan terbaru itu termasuk remaja Israel-Amerika Syarikat, Halle Yaffa Ariel, 13, yang mati ditikam di penempatan Kiryat Arba, pinggir bandar Hebron di Tebing Barat.
Remaja perempuan itu ditikam oleh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun. Penyerang kemudian ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan.
Sehari selepas serangan pada Khamis lalu itu, seorang lelaki Israel berumur 48 tahun, Michael Mark dibunuh selepas keretanya ditembak oleh seorang penduduk Palestin di selatan Hebron. – AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimIsrael lulus 560 kediaman haram Yahudi, samakah dengan di Malaysia, DAP yang memerintah Pulau Pinang menghapuskan 29 kampung Melayu Islam dari peta negeri itu?

Doktor Ditembak Ketika Ke Masjid, Inilah AS Yang Perkauman.

 AGENSI - GAMBAR menunjukkan Madrasah Islamah di Houston, Texas kelmarin.
HOUSTON, Texas – Seorang doktor beragama Islam yang menuju ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh ditembak oleh tiga lelaki dalam satu insiden kelmarin, kata polis.
Motif serangan masih tidak jelas, tetapi ia berlaku sehari selepas seorang lelaki Islam dibelasah di luar sebuah masjid di Florida.
Mangsa, Dr. Arslan Tajammul, 30-an, seorang pakar mata, telah menjalani pembedahan dan dijangka selamat, menurut Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) cawangan Houston, Mustafaa Carroll.
Arslan terselamat daripada kecederaan organ dalaman dan dijangka pulih sepenuhnya, walaupun dia kini masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital di Houston lewat kelmarin, kata pegawai polis Houston, Muzaffar Siddiqi.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah meletakkan kereta dan berjalan untuk masuk ke masjid Madrasah Islamah apabila diserang dan ditembak sebanyak dua kali oleh tiga penyerang yang berjalan kaki kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan).
“Serangan ini pelik kerana masjid itu terletak dalam kejiranan miskin, manakala mereka (penyerang) memakai topeng,” kata Mustafaa.
Sementara itu, Muzaffar pula berkata, siasatan masih dijalankan dan menggesa masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.
“Kami masih tidak tahu,” kata Muzaffar kepada agensi berita Reuters ketika dihubungi melalui telefon sambil menambah, motif serangan mungkin rompakan.
Tembakan itu berlaku sehari selepas seorang lelaki beragama Islam dibelasah di luar sebuah masjid di Florida yang turut dikunjungi oleh Omar Mateen, lelaki yang membunuh 49 orang di kelab malam di Orlando bulan lalu. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah AS yang perkauman.

K it Sing/Guan Eng Dijemput Peluk Islam Demi Perpaduan -Mufti Pahang



PETALING JAYA : Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mencetuskan kontroversi dengan istilah kafir harbi baru baru ini mahu menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk agama Islam demi ‘perpaduan’.

Memetik laporan the Star Online, Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.

“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” katanya.

Baru-baru ini, Rahman berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan yang menunjukkan pemikiran kafir harbi.
Beliau menjelaskan walaupun kafir harbi patut ditentang, tetapi tidak bermakna penentangan secara kekerasan.

“Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.
“Berjuang dengan niat yang murni,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menunjukkan sokongan kepadanya di Pekan. (TKO)

Facebook Sabotaj Israel Atau Israel Kuasai Facebook?

 AFP - ASKAR Israel mengadakan pemeriksaan kenderaan di bandar Hebron, Tebing Barat semalam.

BAITULMUQADDIS – Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Gilad Erdan kelmarin me­nuduh Facebook dan pengasasnya, Mark Zuckerberg tidak mengambil langkah secukupnya untuk mencegah hasutan terhadap Tel Aviv dan berkata, rangkaian sosial itu mensabotaj kerja polis Israel.
Israel sebelum ini menyatakan bahawa Facebook telah digunakan untuk menggalakkan sera­ngan ke atas rejim Zionis, manakala Tel Aviv sedang menggubal undang-undang bagi membolehkan ia mengarahkan Facebook, YouTube, Twitter dan media sosial lain supaya membuang kandungan yang dianggap menghasut keganasan.
Namun, komen oleh Erdan agak lantang. Beliau berkata, Zuckerberg bertanggungjawab ke atas polisi Facebook dan menyeru seluruh rakyat Israel agar mendesak pengasas Facebook itu untuk memantau platform tersebut yang memberikannya pulangan berbilion dolar.
“Facebook mensabotaj tugas-tugas polis Israel. Laman sosial ini juga tidak menghapuskan hasutan dan kenyataan berunsur keganasan,” kata Erdan.
Jurucakap Facebook di Israel bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan balas terhadap tuduhan menteri tersebut.
Sejak Oktober tahun lepas, penyerang Palestin membunuh seramai 34 warga Israel dan dua rak­yat Amerika Syarikat. Rejim Zionis pula menembak mati sekurang-kurang­nya 201 warga Palestin. – AFP

Ambil Tindakan! LGE 'kebal' Terang-terang Hina Mahkamah? -Tan Tuan Tat

tuan tat
BEKAS Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Guan Eng seolah-olah ‘kebal’ apabila berani menjalankan program awam yang terang-terang suatu tindakan menghina pihak mahkamah.
Satu sesi penerangan Ketua Menteri bersama rakyat telah diadakan di Pulau Pinang semalam dan program sebegini sebenarnya jelas merupakan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah.
“Saya berharap pihak berwajib ambil tindakan memandangkan kes yang dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincang menggunakan platform lain,” ujar Tuan Tat pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Tuan Tat, kepimpinan Guan Eng turut disifatnya sebagai gila kuasa kerana menggunakan status sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agong DAP dijadikan alasan berlindung di sebalik tuduhan peribadi ke atasnya.
Jawatan di dalam kerajaan dan di dalam parti tidak boleh disalahgunakan demi kepentingan diri.
Kes ini merupakan satu kes peribadi, oleh itu Guan Eng patut menjawab pertuduhan dihadapinya di dalam mahkamah bukannya menganjurkan perhimpunan di jalanan,” katanya.
Tuan Tat menambah, hakikat Guan Eng perlu segera meletak jawatan adalah wajar disebabkan pertuduhan rasuah yang dikenakan oleh mahkamah terhadapanya masih lagi di bawah siasatan.
“Saranan melepaskan jawatan adalah wajar kerana setakat yang umum ketahui tidak ada seorang pun penjawat awam yang terus menjawat jawatan semasa kes dibawa ke mahkamah.
“Contohnya, kes rasuah melibatkan seorang Ketua Pengarah tidak lama dahulu, beliau meletakkan jawatan setelah kes dibawa ke mahkamah, dan setelah terbukti tidak bersalah, jawatan itu diberi semula kepada beliau,” katanya.
Khamis lalu, Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah nilai pasaran dan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan. (IH/MYNEWSHUB.CC)

Siri Jelajah Bela LGE. DAP Tak Sepatutnya, Menurut Tunku Aziz.


Post Pic
SHAH ALAM: Seorang bekas tokoh DAP membidas langkah DAP menganjurkan jelajah ‘Sokong, Simpati dan Solidariti untuk Lim Guan Eng’ kerana tuduhan rasuah dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah berkaitan undang-undang.

“Beratus-ratus orang lain yang kena tangkap kerana rasuah itu tidak buat siri jelajah pun. Kita bukan tidak ada sistem keadilan, jadi biarlah jalan mengikut undang-undang," kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Katanya, Guan Eng tidak sepatutnya mengadakan siri jelajah itu kerana apa yang dihadapi beliau adalah berlandaskan kepada undang-undang dan beliau tidak perlu gusar sekiranya tidak bersalah.

"Tidak patutlah buat secara itu kerana pertuduhan rasuah itu telah dibuat berlandaskan kepada undang-undang. Jadi apa lagi nak (adakan jelajah penerangan) kepada rakyat,” katanya kepada Antarapos. 

Jumaat lalu, Jawatankuasa Kerja Pusat DAP memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa kebangsaan untuk menganjurkan jelajah sebagai tanda sokongan bagi Guan Eng. 

Semalam 5,000 orang menyertai program ‘Solidariti Bersama Guan Eng’ di Lebuh Pantai bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Guan Eng yang sedang berhadapan dua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

"Kalau mengikut undang-undang ada prosedur, ini apa pula? Kalau kena tangkap katanya hilang motivasi dalam politik (political demotivated), ini apa yang dia buat? Bukankah ini situasi politik tidak bermotivasi (political demotivated demonstration), demonstrasi jalanan?
"Dalam situasi Guan Eng ini sebagai ketua menteri dia sepatutnya hormati undang-undang. Ada undang-undang bukan kita sebuah negara yang tidak ada undang-undang," tambah Tunku Aziz.

Tindakan DAP Pulau Pinang mengumpul kutipan derma RM1 juta sebagai wang ikat jamin Guan Eng turut dibidas Tunku Aziz yang menyifatkan langkah itu sekadar lakonan semata-mata untuk menunjukkan sokongan terhadap Setiausaha Agung DAP itu.

Malah dakwaan rasuah terhadap Guan Eng adalah bersifat peribadi kerana ia melibatkan sebuah banglo yang dibeli di bawah harga pasaran daripada pemilik yang mungkin mempunyai urusan negeri atau mendapat manfaat daripada jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Cuba kita tengok, ini duit ikat jamin boleh diambil kembali bila dah habis kes, duit itu akan bagi balik bukan kerajaan atau mahkamah nak pegang, jadi ini satu lakonan untuk tunjuk rakyat sokong dia. Yang RM1 juta itu dari seorang sahaja yang bagi bukan 10,000 orang. Cuba kita tengok apa motif dia. 
"Lagipun satu lagi ini nak buat rakyat keliru pasal RM1 juta kononnya untuk ikat jamin, macam saya katakan tadi itu bukan kerajaan nak pegang, dah habis kes nanti akan diserahkan kembali. RM1 juta itu hanya untuk pastikan dia tidak boleh larikan diri," katanya lagi.

Guan Eng pada Rabu didakwa dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membenarkan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblem Sdn Bhd; dan Seksyen 165 Kanun Keseksaaan kerana membeli hartanah pada harga bawah nilai pasaran. (antarapos)

Jom Santuni Warga Kota.. Hidupkan Akhir Ramadhan.. -P/PAS WP



KL, 4 Julai 2016: Tatkala umat Islam di kotaraya sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman dan membeli belah, pemuda WP menyinsing lengan dan bahu membahu turun bersama denyut nadi rakyat dipenghujung Ramadhan.
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menganjurkan Ops Balik Kampung dan Singgah Sahur pada malam 27 Ramadhan bersamaan 1 Julai iaitu Jumaat lepas yang juga merupakan program besar tahunan.
Ops Balik Kampung ini diketuai oleh Ketua Pemuda DPPWP, Ir Hj Khairil Nizam Khirudin yang menyasarkan warga kota yang akan pulang ke kampung halaman masing masing. Edaran 500 goodies bag diadakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kepada penumpang yang sedang menunggu bas. Uniknya edaran kali ini, pemuda PAS WP juga melampirkan bersama Harakah dan risalah berkenaan RUU Akta 355.
Pelbagai reaksi positif diterima oleh warga kota di TBS. Hampir 30 orang pemuda WP bersama dalam operasi ini yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pemuda DPPWP, Sdr Nurul Islam dan Naib Ketua Pemuda DPPWP, Ust Mohd Farkhan.
Sejurus selesai mengedar goodies bag, pemuda WP bergegas ke pusat bandar Kuala Lumpur. 300 bungkus makanan dan minuman diedar kepada gelandangan sekitar Jalan Lekiu, Puduraya, dan Dataran Maybank.
Pemuda WP turut mengambil peluang ini dengan mengedar makanan kepada penjawat awam yang bekerja syif malam di Hospital Kuala Lumpur dan peronda polis. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk bersahur.
Pengarah Ops Balik Kampung, Sdr Mior Isfandy dan Pengarah Singgah Sahur, Hj Mohd Shahir merakamkan ribuan terima kasih kepada semua petugas pemuda WP yang menjayakan program kali ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang selayaknya buat ansorullah yang ikhlas beramal di bulan yang mulia ini. (IH)

Monday, July 04, 2016

Najib Belum Didakwa, Tak Perlu Bercuti – PAS

tuan-man,najib

PETALING JAYA: PAS tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu berbeza dengan kes pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti adalah tepat kerana kes itu sudah didakwa di mahkamah.

“Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.

“Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza,” katanya kepada FMT.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan “nasihat” Haron kepada Guan Eng untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.

Dalam kenyataannya itu, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Haron yang tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Guan Eng didakwa atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman.

Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat Dr Zuhdi Marzuki berkata kenyataan Haron itu tidak menunjukkan sebarang ‘double standart’.

“Sekiranya Najib didakwa ke mahkamah seperti yang dihadapi Guan Eng, beliau juga harus bercuti sementara kesnya dibicarakan. Tiada double standard,” katanya.


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

Bertudung Ketika Beribadat Di Tokong Siam...Kesucian Seorang Wanita.



RANTAU PANJANG – Siapa tak terkejut apabila pengacara majlis bertanyakan soalan pelik: “Siapa di kalangan hadirin bukan beragama Islam?”, sedangkan semua wanita yang hadir bertudung!


Namun ternyata dari puluhan wanita yang hadir dalam majlis tersebut, lebih kurang lima wanita mengangkat tangan. Rupanya mereka adalah masyarakat Siam Kelantan yang tinggal di Kampung Padang Nyior Rantau Panjang.

Berbaju kurung berkain sarung mungkin perkara biasa di sesetengah kawasan seluruh negara, namun agak unik bagi golongan wanita di sini apabila lebih gemar menutup aurat biarpun bukan beragama Islam.

Selesa tutup aurat

“Ish... Malulah kalau tak pakai tudung, sebab semua orang kampung pakai tudung,” kata warga emas, Mek Un Cha Tek, 75.

Mek Un berkata, golongan wanita di kampung itu, lebih gemar mengenakan baju kebangsaan manakala sekiranya tidak bekerja, golongan lelaki lebih selesa mengenakan kain pelekat sepanjang masa. Menurutnya, dia lebih selesa mengenakan tudung sekiranya bertandang ke mana-mana majlis rasmi mahupun menziarahi rakan sekampung.

“Kalau ada orang datang ke rumah lebih-lebih lagi bukan muhrim, saya cepat-cepat ambil tudung.
“Rakan-rakan saya juga kebanyakannya beragama Islam maka saya perlu menghormati mereka dengan menutup aurat,” katanya.

Selain itu Mek Un berkata, perkongsian budaya itu turut mempengaruhi kedua ibu bapanya, ketika memberi nama anak-anak selepas dilahirkan. Disebabkan perkara itu katanya, dia dikenali sebagai Mek Un, sesuai dengan jolokan ‘mek’ merujuk kepada anak dara Kelantan.

Rambang mata tengok fesyen tudung

Bukan sahaja golongan warga emas, malah minat yang sama turut dikongsi golongan muda di kampung berkenaan. Penduduk, Wanna Along, 47, berkata, dia rambang mata setiap kali membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang terutama melibatkan kedai menjual kain tudung.

Menurutnya, anak-anak dan sepupunya gemar berkongsi gambar fesyen tudung terkini yang dijual secara online.

“Dulu saya suka beli tudung Ariani tapi sekarang saya lebih suka beli selendang instant kerana senang digosok dan mudah dipakai.
“Lebih menarik jika tudung atau selendang itu dihiasi manik dan labuci. Saya rasa kalau hari raya, mungkin saya berhias melebihi rakan-rakan Melayu lain,” katanya.

Selain itu, Mek Un berkata, dia turut menggunakan tudung ketika beribadat di tokong Siam. Katanya, imej melambangkan kesucian seseorang wanita, maka dia mahu menghadap tuhan dengan berpakaian tidak menjolok mata.

Perpaduan menerusi budaya

Sementara itu, penduduk, Ghazali Ismail, 70 berkata, penduduk tidak pandang serung jika rakan-rakan Siam Kelantan tidak mengenakan tudung. Namun katanya, budaya itu bukan sahaja memberi gambaran wanita Kelantan menjaga adab malah imej sebagai wanita yang tinggi budi pekerti.

“Mereka begitu menjaga adab ketika bertemu dengan rakan-rakan Melayu, sebab itulah hubungan Melayu dan Siam Kelantan di sini sangat erat.
“Kami menjaga hati masing-masing dan sedih sekiranya bersikap kurang sopan atau terkasar bahasa di antara satu sama lain,” katanya.
(TKO)

LGE Tidak Bersalah, Kekal KM, Tak Perlu Cuti. -Exco Penang

rashid-hasnon-lim-guan-eng

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini sebulat suara bersetuju Lim Guan Eng kekal ketua menteri, selepas mesyuarat tergempar majlis kerajaan negeri (exco) hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon berkata exco memutuskan Guan Eng tidak perlu mengambil cuti kerana beranggapan beliau tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang dihadapinya.

“Ia keputusan sebulat suara yang dakwaan ke atas Lim bermotifkan politik dan oleh itu beliau tidak perlu mengambil cuti,” Rashid memberitahu wartawan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berkata exco memberikan keyakinan penuh kepada Guan Eng.

Khamis lalu, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman. Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta. (FMT)

Nurul Izzah 'menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir'










GEORGETOWN - Pakatan Harapan memberi jaminan tidak akan menganiaya rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara ini. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pemerintah yang baik tidak sesekali akan menganiaya rakyat seperti mana yang dipraktikkan kerajaan pada masa kini.

Menurutnya, pakatan itu juga tidak akan menggunakan kuasa yang diberikan sewenang-wenangnya sehingga menjurus kepada penyalahgunaan kuasa ke atas rakyat.

"Saya terpanggil untuk menyertai solidariti Ketua Menteri Lim Guan Eng ini kerana ia seperti ulang tayang apa yang berlaku ke atas bapa saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah bukti penyalahgunaan kuasa apabila mereka menahan individu yang bertungkus-lumus membela hak rakyat. Perilaku menyalahgunakan kuasa ini tidak boleh dibiarkan kerana kita sebagai rakyat akan menjadi mangsa, tidak kira siapa anda...dan yang terbaru adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Cakap sikit kena tahan, kena dakwa.


"PKR akan menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir kerana kita tahu, dia tidak bersalah..."

"PKR akan menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir kerana kita tahu, dia tidak bersalah. Tiada pendakwaan terhadapnya, tetapi disebabkan mereka tidak senang dengan kebaikan yang dibawa olehnya (Guan Eng) maka dia diheret ke mahkamah. Saya kagum dengan kehadiran rakyat yang sama-sama memberi sokongan kepada solidariti ini. Ia bukan sahaja untuk menuntut keadilan untuk Guan Eng sebaliknya sebagai perjuangan reformasi keadilan untuk rakyat," katanya ketika berucap di Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, perjuangan agen reformasi adalah demi pembaharuan badan kehakiman dan polis bagi mewujudkan sebuah negara yang adil selain menyekat kerajaan BN daripada terus merampas hak rakyat.

"Saya jamin, jika diberi mandat untuk memerintah negara, Pakatan Harapan tidak sesekali menganiaya rakyat sepertimana yang berlaku sekarang. Oleh itu, saya mohon agar rakyat menyokong gerakan reformasi demi masa depan negara.
"BN mengamalkan dasar memecah dan mentadbir rakyat mengikut kaum berbanding dengan Pakatan Harapan yang mempunyai prinsip. Pakatan Harapan akan menawan seluruh Malaysia dan menjatuhkan BN mengikut lunas undang-undang untuk menyelamatkan Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik," katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 penyokong berkumpul di Dewan Sri Pinang di sini untuk memberi sokongan selain mendengar penerangan dari beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan berhubung penahanan Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu. (SH)