Saturday, July 16, 2016

Gencatan Senjata Pembangkang, Apakata Mereka?

Post PicUlasan Antarapos:

ADALAH lunak didengar bahawa parti-parti pembangkang nampaknya menunjukkan sikap positif pada syor PAS supaya “gencatan senjata” dikuatkuasakan di kalangan mereka.

Ertinya, DAP tidak lagi akan menyerang dan mempertikaikan halatuju serta tindakan politik PAS dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dengan PKR. Ia juga akan berhenti menegur dan mengkritik DAP dan PAS secara terbuka.
















Amanah juga nampaknya akan mengurangkan serangannya terhadap PAS untuk menjawab tuduhan PAS yang agak serius selama ini yang menyimpulkan bahawa ia adalah parti yang dipimpin pejuang Islam yang berkhianat pada PAS.

Jika seruan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini dipersetujui dan diterima pakai oleh ketiga-tiga parti Pakatan Harapan – PKR, DAP dan Amanah – tentu hasrat menghidupkan strategi satu lawan satu menentang Umno-BN akan jadi kenyataan.

Yang gerun tentu Umno-BN. Inisiatif pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Haji Idris Ahmad berpaksikan fokus menyerang Umno-BN dan bukan sesama sendiri.

Mungkin ini iktibar yang dirumuskan daripada pengalaman pahit Pilihanraya Negeri Sarawak dan dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Mei dan Jun lalu.

Jika benar demikian maka rakyat Malaysia boleh menyaksikan pilihanraya raya umum yang cukup menarik dan mendebarkan dalam beberapa bulan yang akan datang.

Namun keberangkalian senario idaman itu berlaku mungkin banyak halangannya dan terencat adalah tinggi. Ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyatakan sokongan pada idea gencatan PAS itu, ada juga kerabat Pakatan Harapan (PH) yang sinis. Amanah memandang seruan PAS supaya parti pembangkang memberi tumpuan kepada musuh sebenar dan bukannya bertelagah sesama sendiri, dengan kritis.
.Pengarah Komunikasinya Khalid Samad menegaskan bahawa PAS yang sepatutnya menetapkan pendirian untuk tidak menyebabkan perpecahan yang berpunca daripada sikap tidak menentu bersabit pendekatan politik mereka.

Ujarnya sikap PAS yang kadang-kadang 'mesra' Umno-BN dan menyerang pembangkang terutamanya Amanah menjadikan pembangkang sukar menjalin kerjasama berkesan.
"Kalau dia (PAS) nak begitu (gencatan senjata), biarlah istiqamah jangan bertukar-tukar. Sekejap kata kami (PH) lawan (PAS), kejap kata musuh. Sekejap kata Umno kawan, dan sekejap kata Umno musuh.

"Bagi kami, kami berada dalam satu pakatan, maknanya kami dari awal lagi sudah memahami bahawa kerjasama untuk lawan musuh yang satu. Yang tidak faham adalah PAS," katanya.

Isunya, adakah pendirian Khalid ini bersikap peribadi atau sebenarnya mencerminkan pendirian pimpinan Amanah? Ini perlu dipastikan kerana dalam komunikasi perlu ada mesej yang jelas.
















Adakah kecurigaan Khalid terhadap PAS sebenarnya menular dalam Amanah? Bagaimanakah Amanah menilai soal keikhlasan PAS? Atau, adakah bagi Amanah penyertaan PAS tidak perlu dalam usaha menewaskan Umno-BN?

PAS nampaknya mula menghayati Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS mengesyorkan supaya gencatan senjata ini. Mengapa begitu pantas Khalid menimbulkan soal istiqamah PAS dalam menghidupkan strategi satu lawan satu pembangkang ini? Apakah Khalid bimbang jika syor PAS ini diterima DAP dan PKR, Amanah akan tersisih?

Strategi ini ‘satu lawan satu’ terbukti berkesan dalam PRU 2008 dan PRU 2013. Jika ia diulang-guna, apakah kehadiran Amanah akan dilihat berpotensi menggagalkan kerjasama menjatuhkan Umno-BN ini?

Selain faktor Amanah, kemunculan blok pembangkang Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) mungkin mengancam pelaksanaan gencatan senjata ini. Ketetapan yang dibuat Saksama bahawa parti pembangkang dari Semenanjung seperti PAS, DAP, PKR, PAP serta Amanah dilarang meletakkan calon di Sabah dan Sarawak dan begitu sebaliknya, akan merencatkan tumpuan pembangkang.

Parti-parti pembangkang Semenanjung memang cukup ghairah untuk bertapak dan memerintah di Sabah dan Sarawak. Jika Saksama berjaya menyekat mereka, potensi menggantikan Umno-BN makin tipis.

Itu belum mengambil kira parti politik baru yang diura-ura akan ditubuhkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah tentu, Mahathir tidak mahu memimpin parti kerdil dan cil menempel pada PH atau Saksama.

Yang pasti, Mahathir mahu menjadi pemimpin pembangkang. Jika tidak, tentu tidak berbaloi niat politiknya mahu menggulingkan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, jiia beliau hanya berperanan kecil dalam blok pembangkang.

PAS mahu bersikap budiman. Tetapi PAS perlu insaf bahawa ia terkucil atau menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana tidak serasi dengan amalan dan budaya politik parti-parti pembangkang lain.

Adalah baik bagi PAS jika PKR dan DAP menyahut syor gencatan senjatanya. Bagaimanapun pertanyaan asas yang perlu diteliti PAS ialah, adakah mereka ini ikhlas?

Soalan tokoknya ialah, adakah enam parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak serta Dr Mahathir mahu turut menghayati politik budimannya?
(Antarapos) 

PP Tak Perlu Pemimpin Sombong & Rasuah. Demo Bantah LGE.

Post Pic

GEORGETOWN: Sekumpulan 30 individu yang mendakwa mewakili rakyat Pulau Pinang, mengadakan demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, bagi mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan.

Memetik laporan Berita Harian, kumpulan itu mengadakan demonstrasi di hadapan pintu utama KOMTAR dengan membawa sepanduk tertera 'Guan Eng bila mahu letak jawatan' dan 'Kita tidak mahu ketua menteri rasuah'. 

Jurucakap demonstrasi itu, Ahmad Yaakub Nazri, berkata pihaknya terpanggil untuk mengadakan demonstrasi bagi menyatakan isi hati sebahagian rakyat Pulau Pinang yang berasa tertipu dengan pentadbiran kerajaan negeri.

"DAP adalah kerajaan negeri yang talam dua muka. Tiada satu pun projek perumahan untuk rakyat kerana mereka hanya pentingkan diri sendiri. 

"Jika Guan Eng betul-betul 'gentleman', beliau perlu letak jawatan kerana Pulau Pinang tidak perlukan pemimpin yang sombong dan rasuah seperti beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Guan Eng sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. 

Setiausaha Agung DAP itu menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes untuk kedua-dua tuduhan berkenaan pada 22 September depan.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

Berbogel Begini Tidak Boleh Dipertikaikan. Hak Peribadi?


Khairul Idham Raih Kemenangan Podium Kedua

Novosibirsk, Rusia: WANITA ini didapati berbaring dengan kedua-dua kaki dan punggungnya itu bertelanjang menghadap cahaya matahari bermula jam 10 pagi hingga 1 petang, pada setiap hari.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sebelum ini terdapat insiden sama tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa bagi menghalang perkara tersebut. 

Tidak tahan melihat jirannya gemar jemur bogel di tingkap apartmen itu, seorang penduduk akhirnya membuat petisyen kepada pihak pengurusan kediaman itu baru-baru ini.

Petisyen tersebut yang turut ditandatangani ramai penduduk lain dan bengang dengan insiden itu ditolak, sekali gus membenarkan wanita misteri itu terus berjemur secara bebas tanpa pakaian di tingkap rumahnya.
8
Di Makaysia pun akan jadi begitu, apabila perjuangan 'puak liberal' mahukan perbuatan maksiat yang ditentukan oleh agama, dijadikan hak peribadi, bebas dari hukuman agama dan negara.
Begitulah kalau negara ini masih kekal dengan negara sekular seperti negara-negara blok timur atau barat. (IH)
Ini juga berlaku di Rusia, trend wanita bonceng motosikal tak berbaju
moto nude

Friday, July 15, 2016

Larangan Berhijab Adalah Melanggar Perundangan Eropah Sendiri.

PARIS, FRANCE:  Three women wearing the Islamic veil took to the streets in central Paris 21 December 2003, as they joined a protest march upon call of Muslims organizations in France to protest against the French government ' decision to ban the Islamic headscarves in schools, hospitals and public buildings.   AFP   PHOTO   PHILIPPE DESMAZES  (Photo credit should read PHILIPPE DESMAZES/AFP/Getty Images)
PARIS, FRANCE: Three women wearing the Islamic veil took to the streets in central Paris 21 December 2003, as they joined a protest march upon call of Muslims organizations in France to protest against the French government ‘ decision to ban the Islamic headscarves in schools, hospitals and public buildings. AFP PHOTO PHILIPPE DESMAZES (Photo credit should read PHILIPPE DESMAZES/AFP/Getty Images)

Penasihat undang-undang Mahkamah Eropah yang menegaskan bahawa meminta pegawai Muslimah supaya melepaskan tudung semasa berkerja, adalah merupakan perbuatan diskriminasi yang dilarang oleh undang-undang dan undang-undang Kesatuan Eropah itu sendiri.

Kenyataan ini diungkapkan Jaksa Agung Eleanor Harpston pada hari Rabu (13/07) kelmarin,  semasa bertindak balas terhadap kes pemecatan seorang pekerja Muslimah di Perancis kerana enggan melepaskan jilbab ketika bertemu dengan pelanggan syarikat.

"Tidak ada indikasi yang menyatakan bahawa jilbab yang dikenakan seorang Muslimah di sebuah syarikat IT Perancis telah menggangu prestasi dalam menjalankan tugasnya sebagai reka bentuk engineer," ujar Jaksa Agung Eleanor Harpston seperti dilapor Reuters.

Kes ini ramai menjadi bahan pembicaraan setelah pekerja Muslimah mengajukan tuntutan ke Mahkamah Perancis, tetapi Mahkamah Perancis kemudian melimpahkannya kepada Mahkamah Eropah.

Perlu diketahui bahawa Perancis melarang pegawai kerajaan menggunakan simbol-simbol agama seperti kalung salib bagi umat Kristian, topi kecil bagi umat Yahudi, selama menjalankan tugasnya sebagai pelayan masyrakat. Akan tetapi peraturan ini tidak berlaku bagi mereka yang berkerja di sektor swasta. (IH/Skynewsarabia)  

'Gencatan Senjata' Pembangkang. Dr Mahathir & Kumpulan Setuju Tapi PAS..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulannya dan pembangkang tidak akan menyerang PAS jika mereka tidak menyerang terlebih dahulu.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan yang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan 'gencatan senjata' di antara mereka.

"Kami bersetuju dengan cadangan untuk 'gencatan senjata' di antara kita.
"Tidak dengan orang-orang yang sebahagiannya dengan kerajaan dan sebahagiannya dengan pembangkang," katanya.

Ini dipercayai merujuk kepada PAS, yang kini lebih dekat dengan BN selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, tetapi masih kekal sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai sama ada mereka akan melakukan gencatan senjata dengan PAS, Mahathir menjawab: "Kami berharap (mereka) tidak akan menyerang kita dan kita tidak akan menyerang mereka."





Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru 'genjatan senjata' di kalangan parti-parti pembangkang.

Tuan Ibrahim semalam berkata, sebaliknya pihak pembangkang perlu mengembleng tenaga menentang BN.

Beliau berkata parti pembangkang boleh berkompromi tanpa mengorbankan dasar utama mereka untuk memberi tumpuan kepada "musuh sebenar".  (Bloglist M'sia)

PAN Identiti 'Demokrat Islam': Kikis Tanggapan Hudud Itu Wajib -Dr Ahmad Farouk Musa (IRF)

PETALING JAYA: Sebagai parti yang membawa identiti “demokrat Islam”, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu jelas pendiriannya mengenai hudud, malah perlu mendidik umat Islam negara ini undang-undang itu bukan keutamaan Syariah dan agama.
“Fokus utama adalah mendidik masyarakat kerana sekarang ini rakyat obses dengan hudud. Mereka menganggap hudud salah satu aspek dan kehendak Syariah,” kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, dalam satu temu bual dengan FMT.
“Jika Amanah boleh mendidik masyarakat ia (hudud) bukan suatu keperluan, dan berhujah kenapa dan mengapa ia perlu dilakukan, saya fikir Amanah akan berjaya,” katanya.
Dr Farouk mempersoalkan sama ada parti yang kurang setahun ditubuhkan itu mempunyai kekuatan mendidik masyarakat tentang perkara sedemikian.
“Jika sekadar meletakkan ‘maqasid syariah’ sebagai objektif dan akhirnya tetap mahu melaksanakan syariah dan negara Islam, mereka tidak ada beza dengan PAS,” kata Dr Farouk, pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan di Universiti Monash, Sunway.
Ujarnya, seiring dengan imej yang cuba diketengahkannya, “Muslim demokrat”, Amanah harus mencontohi Parti Ennahda di Tunisia atau setidaknya menjadi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki.
“Apa yang perlu dilakukan Amanah untuk terus kekal pada masa hadapan dan relevan adalah bukan mempakejkan semula parti itu sebagai generasi kedua parti politik Islam, tetapi sebagai Muslim demokrat,” jelasnya.
Katanya, ia tidak cukup dengan slogan “maqasid shariah” (keutamaan untuk keadilan sejagat) yang sering digunakan pemimpin Amanah.
“Hal ini kerana, ‘maqasid’ itu sendiri adalah keadilan dan dengan melaksanakan hudud adakah kita berupaya mendekati keadilan atau tidak?,” kata Dr Farouk, dan menambah kajian mendapati lebih banyak ketidakadilan berlaku dalam negara melaksanakan hudud.
Dr Farouk memberi contoh Brunei, di mana hudud dikecualikan ke atas pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah.
“Sultan Brunei ‘tidak pandai berbuat salah’ sama ada atas sifat peribadi mahupun tugas rasmi dan bebas daripada sebarang hukuman.” –FMT

Gencatan Senjata: T/Presiden PAS, K/Dewan Ulama Selari.

Post Pic

SHAH ALAM: Seruan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti pembangkang berhenti menyerang sesama sendiri dan menumpukan kepada musuh sebenar, Umno-Barisan Nasional (BN), bukan bermakna parti itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan (PH).

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS buat masa terdekat tidak bercadang untuk menyertai PH sebaliknya mahu semua parti pembangkang berhenti bercakaran dan 'bersatu' dalam menjayakan matlamat yang sama untuk menumbangkan Umno-BN. 

Demikian Lapor Antarapos hari ini.

Gencatan Senjata: T/Presiden, K/Dewan Ulama Selari.
   
"Kita di dalam satu gabungan memang berbeza, tapi tak perlu untuk kita serang satu sama lain kerana matlamat kita bukan nak jatuhkan pembangkang atau menang sendiri walaupun kita masing-masing (berbeza). 
"Kalau betul matlamat untuk jatuhkan Umno-BN maka itulah tumpuan kita perkukuhkan parti masing-masing. Untuk meraih undi daripada orang ramai tak perlu serang menyerang," katanya kepada Antarapos.

Semalam, Tuan Ibrahim menerusi satu kenyataan menyeru 'gencatan senjata' sesama pembangkang dan  menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Menurut Tuan Ibrahim, sudah tiba masanya parti pembangkang mencari jalan keluar kepada permasalahan dan mencari titik kompromi walaupun masing-masing mempunyai dasar parti yang berbeza. 
Senada dengan saranan tersebut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor menambah, perbezaan dasar atau prinsip parti masing-masing perlu dihormati dan bukan diserang. 

"Tak ada gunanya untuk kita salahkan satu sama lain, tapi kalau kita perkukuhkan parti masing-masing dan tak perlu salahkan satu sama lain, maka walau kita tak sama (dasar), tapi kalau semua mahu jatuhkan Umno, mestilah sapa yang menang maknanya ia tetap pembangkang," ujar beliau.

PAS Bukan Punca Kepada Perpeahan PR

Mahfodz dalam pada itu turut menolak dakwaan yang mengatakan PAS sebagai punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR dan DAP sebelum ini.

"Masing-masing punyai prinsip, jadi apabila prinsip PAS dipersoalkan maka PAS bertindak balas dengan kita keluar dari PR, dan bukan PAS yang memulakan sebaliknya DAP kerana apa jua yang disuarakan PAS tidak dipersetujui," katanya.

Hubungan PAS, DAP dan PKR yang dijalin menerusi gabungan Pakatan Rakyat (PR) 'terkubur' tahun lalu selepas DAP dan PAS berterusan bertelagah khususnya membabitkan soal pelaksanaan hukum hudud. 

DAP dan PKR kemudian menganggotai sebuah pakatan baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) bersama parti serpihan PAS, iaitu Amanah pada September tahun yang sama.  

PAS pula menubuhkan kerjasama bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menerusi Blok Ketiga. (IH)

'Gelek Maut' Siri 2. Video Ira Kaza Kembali Muncul Di Internet.

one more
HALAMAN HIBURAN

DIBERITAKAN..

BELUM pun reda isu video tarian gelek (Klik: Gelekan Maut, Trending 'gila budaya penjajah' Hant...anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Ira Kaza sekali lagi menggemparkan laman sosial apabila muncul satu lagi video. 

Tidak diketahui bila video berkenaan dirakam tetapi ia mula tersebar kembali di media-media sosial sejak semalam. Kali ini, dia dilihat lebih ekstrim apabila menari seolah tanpa seluar dan hanya memakai baju labuh tidur, berbanding sebelum ini yang menggenakan seluar legging.

(VIDEO) KAZAR MINTA MAAF ANAK GELEK ‘GHAIRAH’?


Gara-gara ‘gelekkan maut’ anak daranya yang dikenali sebagai Ira Kazar yang telah mencuri tumpuan sekaligus menjadi viral sejak semalam, pelakon dan penyanyi, Kazar Saisi, turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

Justeru, menerusi akaun sosial Instagram (IG) Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, telah meminta maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya. Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Tidak mahu terus tertekan dengan tohmahan dan kritikan tersebut, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini mengumumkan beliau tidak akan aktif di laman sosial Instagram.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengpa jadi begitu? Kerana cara fikir yang salah. Apa salahnya?
Satu: Menganggap perbuatan mungkar anaknya yang bertentangan dengan agama itu sebagai 'bukan jahat'. Atau berlaku salah faham tentang 'jahat'.
(Kazar 'menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya.')
Dua:Sayang anak, tetapi dengan tidak menyalahkan kesalahan anaknya itu, jadi bagaimana nak betulkan?. 
('Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.')
Tiga: Bukan sahaja tidak mengakui kesalahan anaknya, bahkan kesalahan itu dilemparkan kepada orang lain dengan tuduhan dan 'sangka jahat'. 
(Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.
Begitu, kira-kira..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Thursday, July 14, 2016

Selamatkan Negara Bersama Islam -Presiden PAS.

SELAMATKAN NEGARA BERSAMA ISLAM
Firman Allah:

  • "Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) serta mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud, ayat 12-13)
Ramai yang membuat kenyataan mahu selamatkan negara yang bermasalah ini, tanpa membuat muhasabah bahawa sebabnya ialah kerana pemimpin dan rakyat yang memilih pemimpin. Semua masalah yang membebankan negara sehingga terkini wajib dipikul bersama, serta wajib juga menegaskan penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula.

PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya, sehingga istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat. Mereka bersama PAS wajib bersyukur kerana mencipta rekod ketahanan jadi diri para pemimpin yang dipilih memerintah negeri, sehingga tidak ada ruang untuk bertindak kerana rasuah, salah laku dan sebagainya. Adapun kejatuhan di Perak, contohnya kerana salahlaku rakan dalam pakatan (DAP dan PKR) yang menjual kerusi.
PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al Quran, Kalam Allah dan Ilmunya:
  • "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (Surah Al-Maidah, ayat 02)


Al Quran dan Sunnah menunjukkan dua pendekatan kerjasama Islam bersama pihak yang lain, berasaskan konsep wajib berpegang teguh tanpa berganjak dan tidak ada tawar menawar dalam perkara aqidah perjuangan, dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Allah, sehingga menjual atau mengadai atau memberi percuma dalam perkara tesebut demi kesetiaan kepada pihak lain semata-mata kerana kemenangan dunia tanpa akhirat sehingga memberi wala' kepada musuh Islam atau pengkhianat. Firman Allah :


  • "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang bersama(yang dipercayai) dalam perjuangan . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (Surah Ali-Imran, ayat 118)


Allah juga berfirman :
  • "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Mumtahinah, ayat 08-09)


Rasulullah SAW adalah contoh manusia pilihan Allah SWT menghayati petunjuk Allah, termasuk aspek politik diperingkat Makiyyah ketika paling lemah dizalimi dan diperingkat Madaniyyah ketika berkuasa memerintah negara dalam kedudukan paling kuat.
Ketika Marhalah Makiyyah, apabila bapa saudaranya Abu Talib yang disegani mengemukakan tawaran para pemimpin Mekah supaya berdakwah tanpa kuasa politik, paling mudah tanpa gangguan, sabdanya dengan tegas :
  • "Wahai bapa saudara kesayanganku! sekiranya diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku,dengan syarat aku meninggalkan urusan menegakkan Islam ini, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati didalam perjalanannya nescaya aku tidak sekali-kali meningalkannya)."

Adapun bertahaluf (berkerjasama) dengan berbagai pihak bukan Islam termasuk yang munafik ketika menegakkan negara di Madinah pula beristiqamah bersama dasar dan matlamat yang dinyatakan di dalam Piagam (Perjajian).

  • "Dan apa-apa sahaja perkara atau pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka yang terlibat didalam perjanjian ini yang ditakuti boleh merosakkannya. Hendaklah dikembalikan penyelesaianya kepada Allah (Al Quran) dan Muhammad Rasulullah SAW (Sunnah)"
Maka mereka yang menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menetapkan dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS. Hukum tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang nyata. Bagi memelihara perjalanan PAS maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak.
Matlamatnya ialah menegakkan Islam dalam masyarakat dan pengurusan negara. 


Maka PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Bahawa semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.
Maka sesiapa yang menyertai PAS hanya memandang sebelah mata aspek wawasan keduniaannya sahaja tidak boleh bertahan besama PAS. Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga.
Allah menegaskan kepada mereka yang hanya inginkan kesempatan kemenangan yang cepat:
  • "Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati adanya terlalu dekat dan satu perjalanan yang dapat dilihat pencapaiannya, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)." (Surah At-Taubah, ayah 42)
Perjuangan ini juga tidak boleh disertai oleh mereka yang menjaga hubungannya dengan manusia, harta dan sebagainya, kerana Allah berfirman :
  • "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah At-Taubah, ayat 24)
Demikiankan kalangan mereka yang punya apa-apa yang disenaraikan oleh Allah pasti keluar daripada PAS cara sekarela atau dipecat, dan mencari atau mencipta bahtera yang lain, menjadi si luncai yang terjun bersama labunya.
Belajar dan faham daripada Al Quran dan Sirah Nabawiyyah dan para salaf soleh, jangan sekali-kali terpengaruh dengan pandangan jalanan atau ilmu daripada syaitan yang meredah langit terbuka tidak mengira dosa dan pahala,serta tidak yakin kepada janji Allah. Sila baca firman Allah kepada generasi Al Quran :
  • "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil bercakap terhadap mereka , hadapkan kata-kata menjawab; dengan perkataan: Selamat sejahteralah (dari perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqan, ayat 63)
Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang juga mengheret kita daripada "Al-Siratol Mustaqim". Jadikan cahaya Islam ini lampu penyuluh jalan mencapai matlamat walau pun jauh dan panjang, namun tetap selamat dan inilah juga cara mengenal kawan dan lawan secara berhemat.


"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

09 Syawal 1437H / 14 Julai 2016M

Artis Islam Usaha Kelab Malam, Apa Hukum Dalam Islam?



Klik..  Artis Islam Usaha Kelab Malam, Apa Hukum Dalam Isl...

  Rozana (kanan) dan abangnya, Othman ketika hadir kes perbicaraan hadanah kekal anaknya bersama Awie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.

Nga Kor Ming Hina Islam, Apa Kata Datuk Huan Cheng Guan.


SESIAPA saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama, bangsa atau hak mereka dihina dan dicabuli oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik.
Ini yang terjadi kepada umat Islam di Malaysia pada hari ini. Bukan sekali bahkan sudah berulang kali umat Islam di sini berhadapan dengan provokasi melampau dan biadap dari kepimpinan DAP. Perayaan Aidilfitri tahun ini pula menjadi sasaran pemimpin rasis Nga Kor Ming.

Pemimpin DAP ini dilihat senantiasa melakukan provokasi di dalam akaun Facebook miliknya yang kini telah ‘lenyap’ secara tiba-tiba. Kenapa DAP perlu mewujudkan suasana tegang antara kaum terutama Cina dan Melayu sedangkan kita boleh hidup dalam suasana aman serta saling hormat menghormati antara satu sama lain?
DAP
Tidak adil sekiranya banyak pihak melabelkan orang Melayu & ahli UMNO yang menentang Nga Kor Ming di hadapan Ibu Pejabat DAP tempoh hari sebagai samseng. Apa pula label yang sesuai untuk kita berikan kepada pemimpin DAP sekiranya mereka berada di dalam situasi yang sama seperti umat Islam cuba menyerahkan memorandum permohonan maaf?
Selagi fanatik Kristian seperti Nga Kor Ming terus menghina Islam, selagi itu pastinya orang Melayu dan Islam akan bangkit menentang secara lebih agresif disebabkan corak politik DAP yang jelas ke arah perkauman dan mereka sendiri tidak mampu mengawal tingkah laku luar batasan ahli-ahli serta pemimpin mereka.
Mana-mana agama sekalipun jika mereka diancam dan dihina pasti tahap kesabaran ada batasnya. Jika orang Buddha dan Hindu dihina sedemikian rupa berulang kali secara biadap, penganutnya akan bangun menentang.
Demi kebaikan dan keamanan negara, kami mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membantu meningkatkan penguatkuasaan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan awam terutama terhadap mereka yang sengaja mencetuskan suasana tegang antara kaum.
Akta Hasutan yang sedia ada hari ini dilihat mempunyai kelemahannya tersendiri. Banyak kes yang disabit di bawah akta ini tidak dapat diteruskan dan akhirnya ditangguhkan begitu saja. Kami mohon agar Jabatan Peguam Negara mengkaji semula dan menambahbaik keperluan yang ada untuk Akta Hasutan ini agar ianya dapat mencegah pemimpin rasis DAP daripada bertindak sesuka hati tanpa batasan.
Rakyat boleh hidup dengan aman dan tanpa ada prejudis antara kaum sekiranya DAP tidak lagi wujud di muka bumi ini.
Datuk Huan Cheng Guan.Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia.

..keluar je muka Hadi kat TV…ramai2 buat mcmni…”, Kempen Bantah Hadi Melampau, Biadap Dan...

kempen
Kempen penyokong PAN, Mohd Sobri Yusoff membantah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat melampau sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan warga netizen yang lain.
Mohd Sobri Yusoff dalam posting di Facebooknya menulis, “Kempen bantahan untuk Hadi..keluar je muka Hadi kat TV…ramai2 buat mcmni…”, sambil melampirkan gambar (seperti di atas) yang sepatutnya dilakukan oleh ahli PAN terhadap Abdul Hadi.
Mengulas kenyataan dan gambar yang dilampirkan Mohd Sobri itu, Yuusuke Godai merumuskan beberapa pengajaran di sebalik posting penyokong PAN itu.
1 – Inilah hasil didikan pemimpin PAN yg gah bercakap bertopengkan Islam Rohmatan Lilalamin ….jika pemimpinnya kaki maki hamun apa peliknya pengikut mengikut cara pemimpin ….
2 – Kepada DAP yg biadap terhadap Islam begitu lunak nada mereka tp kepada ulamak yg seluruh hidupnya mngajak org kembali mghayati Islam begini layanan puak mereka ….
3 – Tolong malu sikit kupiah atas kepala dgn umor yg tua bngka tp masih dengan perangai biadap sering maki hamun dgn kata2 lucah spt berbangga nak tunjok kat sapa diri tu spt org kurang siuman …
4 – Jika ini lah cara kempen nk ajak org sokong PAN yg dikata parti Islam itu , tuan2 dan adik2 yg cerdik pandai nilai lah sendiri …..
5 – Kepada penyokong PAS , jgn laku kan perkara sama terhadap musoh politik kita kerana ini bukan cara kita …..lawan lah mereka dgn hujah dan fakta …..dan alhamdulillah spanjang aku ber fb tkda lagi terlihat posting yg sungguh jijik spt ini dari mana2 rakan pas terhadap musoh politiknya……
6 – Akhirnya …tuan2 dan adik2 nilai lah sndiri bahawa ini lah wajah PAN …..bukan PAN jika tanpa pengikut yg punya mentaliti yg sangat rendah begini….
Identi sebenar Mohd Sobri Yusoff didedahkan Albangi Selangor seperti berikut berikut :
Mohd Sobri Yusoff – Ahli PAN Kubang Krian Kelantan, bekas PGS Hawaai Five O, orang Husam, bekas YDP Kubang Krian.
Tel. Bimbit: 0139958100
Email: AMANAHKUBANGKERIAN@GMAIL.COM
Alamat: KG CHICHA, KAMPUNG CHICHA DEMIT, 16150, KOTA BHARU, 3
farhan
hani rahsia PAN
sobri
(Sembrono)

Khutbah Aidilfitri Puji RUU Syariah : N/Presiden PKR Tuduh Sultan Selangor Ekstremis?

darrel
My Nation News – Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking menuduh Selangor sedang diperintah kumpulan ekstremis berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.
Ia sekaligus menuduh Sultan Selangor sebagai ketua kepada kumpulan ekstremis berikutan sifatnya sebagai Ketua Agama Negeri di Selangor.
“Ia mula kelihatan seperti ektremis sedang mentadbir Negeri Selangor!” katanya ketika mengulas laporan Malaysiakini yang menyebut Khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh JAIS baru-baru ini melafazkan kesyukuran terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi kerana berjaya membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat yang disifatkannya sebagai kemenangan bagi umat Islam.
Khutbah itu juga turut mengucapkan kesyukuran apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai ‘sesat’.
Malaysiakini mendakwa Khubah itu telah dibacakan di masjid-masjid seluruh Selangor.
Darrel turut menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil memberi penjelasan berhubung dengan khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memuji rang undang-undang persendirian yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Serius, Menteri Besar Selangor Azmin Ali perlu menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan JAIS berkaitan kedudukan ini,” katanya dalam Facebook.

Kenapa Bela DAP? -YDP Majlis Syura Isma

Hasil carian imej untuk dap kit siang


Kenapa DAP yang dibela?

DAP ke MCA ke atau lain semuanya sama je. Mereka berada dalam millah wahidah atau ikatan yang satu.

Mereka menentang pelaksanaan hudud walaupun hanya untuk rakyat Melayu Islam Kelantan sahaja. Itupun nama je hudud.

Hukuman tidaklah sebagaimana hukum asal dalam Syariat Islam. Cuma penambahbaikan pelaksanaan sahaja.

Mereka menentang hudud bukan kerana hudud tetapi kerana hudud ada kaitan dengan syariat Islam. Kesimpulannya mereka menentang apa yang ada kaitan dengan syariat Islam.

Apabila laksanakan hudud walaupun tidak sepenuhnya, bermakna sesebuah negara atau negeri tersebut sudah ada ciri-ciri negara Islam.

Berbeza dengan sistem ekonomi Islam atau ringkasnya Sistem Perbankan Islam. Sistem ekonomi tidak dikira sebagai ciri-ciri negara Islam.

Ini yang DAP dan MCA serta mereka yang seangkatan dengannya tidak mahu. Mereka tidak mahu Malaysia atau mana-mana negeri dalam Malaysia boleh digelar sebagai negara atau negeri Islam. Mereka mahu Malaysia adalah negara sekular. Mereka tidak mahu satu juzuk daripada bumi Malaysia boleh digelarkan sebagai negeri Islam kerana ada undang-undangnya dinamakan Hudud.

Tapi malangnya ada NGO dan parti-parti Melayu Islam menyokong mereka. Mereka bukan sahaja menyokong bahkan mengutarakan hujah kenapa perlu menolak hudud di Kelantan.

Beberapa parti Melayu dan NGO Islam bergandingan dengan parti bangsa Cina dan India menolak hudud di Kelantan dengan hujah yang sama. Identiti DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka. Cuma parti Melayu sahaja yang silih berganti memujanya dan mendampinginya dengan pelbagai gelaran yang diberi.

DAP pernah diberi gelaran sebagai rakan Tahaluf Siasi untuk beberapa tempoh. Akhirnya berpisah juga. Cuma yang terkini tidak ditonjolkan sangat istilah Tahaluf Siasi. Mungkin lebih kepada istilah dakwah maka diistilahkan sebagai target dakwah dengan hikmah kerana mereka tidak memahami Islam. Gelaran ini mungkin untuk dalaman sahaja. Secara rasmi DAP adalah rakan Tahaluf Siasi.

Umat masih menunggu sehingga bila mereka boleh bertahaluf. Natijahnya antara dua sahaja. Samada mereka akan berpisah pada satu ketika nanti setelah sedar ianya tidak menguntungkan Islam atau mereka tanpa disedari banyak menggadaikan asas dakwah dan syariat Islam demi kerjasama politik yang tidak jelas hala tujunya tetapi masih mendakwa mereka mengamalkan prinsip dakwah bilhikmah.

Mereka masih merasakan DAP adalah rakan seperjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia. Setakat ini tiada parti Melayu Islam yang boleh kekal dengan DAP.

Kalau parti atau NGO terkini boleh kekal dengan DAP, agaknya apa yang akan terjadi kepada NGO atau parti Melayu tersebut. Sama ada berlaku proses pencairan fikrah atau luntur identiti kerana DAP tetap dengan agenda asal mereka dari dulu hingga sekarang. Siapa ingin bersamanya mesti menerima ideologinya.

Siapa DAP? DAP ada wakil dalam IFC. Antara tuntutan IFC ialah kebebasan murtad untuk orang Islam. Bebas kahwin antara orang Islam dengan kafir tanpa perlu menukar agama.

DAP ada dalam COMANGO. COMANGO menuntut seks songsang. Dan banyak lagi tuntutan DAP secara langsung atau di belakang tabir tetapi menjadi kebanggaan beberapa NGO Islam dan parti Melayu Islam.

Adakah DAP akan luntur atau parti Melayu yang bersamanya akan hilang maruah dan identiti?

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap
YDP Majlis Syura Isma
July 13, 2016 at 11:39 AM
(http://www.ismaweb.net/2016/06/kenapa-dap-yang-dibela)Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails