Saturday, August 06, 2016

Atlit Olimpik England Bogel, Akan Sampaikah Masanya Atlit M'sia Pun Begitu?

WH_EnglandWomensRugbyONLINE.jpg

SUKAN


LIMA pemain dari pasukan ragbi wanita England yang bakal menyertai kejohanan sukan terbesar dunia, Olimpik Rio 2016 tampil berbogel, menayangkan badan sasa masing-masing dalam keluaran terbaharu Women’s Health UK.
Edisi terbaharu majalah erotik tersebut merupakan ‘the naked issue‘ yang menampilkan pelakon Lea Michele sebagai gadis penghias pada muka hadapannya.

Antara atlit yang menayangkan ‘aset’ mereka ialah Claire Allan, Danielle Waterman, Michaela Staniford, Amy Wilson-Hardy dan Heather Fisher.

Dalam isu khas tersebut, mereka bangga bercerita mengenai ‘positive body image’serta bagaimana cara menghargai tubuh badan sendiri. 
Akan sampaikah masanya atlit Malaysia pun akan jadi begitu? (IH)
 SEA Games gymnast Farah Ann encouraged to ignore 'extremists'
  Foto Bogel Beredar, Atlet Ski Lebanon.

Dilarang Main Pokemon Go, Mengapa? -Mufti Wilayah.

KETIKA satu Malayisa sedang ‘bersorak’ apabila aplikasi Pokemon Go sudah boleh diakses di Malaysia, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pula melarang umat Islam bermain Pokemon Go.

Pengumuman larangan itu menerusi laman sesawang rasminya iaitumuftiwp.gov.my pada Jumaat.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

“Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat.
“Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada unsur perjudian.
“Maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.
“Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku – pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya,” katanya.
Tambah Dr. Zulkifli, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan peranti pintar berkenaan.
Difahamkan, keputusan larangan tersebut sebenarnya sudah diputuskan pada Isnin lalu selepas mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.
Dr. Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tiada usur khurafat.
Terdahulu, pada 25 Julai lalu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd. Noor turut menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan permainan tersebut di Malaysia.
Sambil merujuk tindakan beberapa buah negara di rantau Asia Barat menegah netizen bermain Pokemon Go, beliau mendakwa permainan itu mengandungi unsur syirik dan perjudian. 


Rebus Telur, Bagaimana Supaya Putih Di Dalam, Kuning Di Luar..

Cara Unik Membuat Telur Rebus, Putih Didalam Kuning Diluar

JOM KREATIF

KANAK-KANAK pada umumnya lebih suka makan kuning telur berbanding bahagian putih telur. Semasa makan telur rebus mereka lebih cenderung buang bahagian putih kerana tidak gemarinya.

Namun ketika direbus, ada bahagian putih telur akan menutup bahagian kuning telur sehingga menyusahkan jika memang hanya ingin mengambil bahagian kuning telur itu sahaja.

Bagaimanapun sebuah video berdurasi pendek yang dimuat naik menerusi media sosial Facebook mengajarkan kepada kita cara rebus telur agar bahagian kuning telur pula berada di luar.

Pertama, tutup telur dengan pita plastik hingga menutup seluruh bahagian telur dan masukkan telur ke dalam kain yang nipis dan putarkan seperti bermain gasing.

Setelah selesai memutar, rebus telur ke dalam periuk seperti biasa. Apabila telur masak, kupas telur dan lihatlah hasilnya.

Maka ketika dikupas telur itu akan berwarna kuning dengan bahagian putih pula di dalam dan kuning telur di luar. Untuk melihat lebih lanjut lihat video tutorial di bawah ini. Selamat mencuba, jom kreatif!  (IH) 
Lihat juga..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)


Tawaran Duta Produk Ditarik Kerana Hijab -Elfira Loy

Elfira Loy Akui Tawaran Duta Produk Ditarik Kerana Berhijab

HALAMAN HIBURAN

PELAKON cantik, Elfira Loy merupakan antara selebriti wanita Muslimah yang telah berhijrah dengan mengenakan hijab. 

Pun begitu, bintang popular ini akui awalnya bukan mudah dirinya untuk mengambil keputusan untuk nekad memakai tudung berikutan tuntutan kerja. 

Namun, setelah berhirah, Elfira tidak mahu kembali membuka tudung meskipun melibatkan kontrak kerja. Menurut Elfira, tawaran yang diterima selaku duta produk juga ditarik balik setelah dirinya berhijrah.

“Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran.
“Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi.
“Ada pihak yang menerima keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk.
“Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,”katanya kepada BH Plus.

Dalam pada itu, Elfira meluahkan rasa gembira apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk dia berkarya sebaliknya menerimanya. 

Teruskan perjuangan kamu, beristiqamah hingga menang, insya Allah, Al-hamdulillah!


Lagi Bukti AS Adalah Negara Perkauman. Diusir Kerana Memakai Hijab.

Wanita Indiana Diusir Kerana Berniqab

WASHINGTON DC – Seorang wanita di Gary, Indiana, Amerika Syarikat berkata bahawa beliau diusir dari kedai Family Dollar hanya kerana memakai niqab.

Mangsa, Sarah Safi menyiarkan menerusi laman soaial Facebook mengenai insiden beliau bertengkar dengan kerani di kedai berkenaan.
Video berkenaan menunjukkan pengurus kedai itu memberitahu Safi supaya menanggalkan niqab atau keluar dari situ.
Apabila Safi memberitahu itu adalah pakaian yang dituntut agama, pengurus kedai menjelaskan kawasan itu mencatatkan kes jenayah tinggi dan kedainya kerap dirompak.
Safi memberitahu stesen WLS-TV beliau mahu Family Dollar meminta maaf berikutan kejadian itu.
Seorang pekerja di kedai berkenaan enggan memberi kenyataan. Family Dillar dimiliki Dollar Jeneral dan permintaan media bagi mendapatkan ulasan juga tidak dilayan. – AP
Ini lagi bukti bahawa AS adalah negara perkauman.


Khalwat: Syabas JAIM, Tangkap! Kamu Pemegang Amanah Allah..

Alasan Khalwat Kena Jaga Tunang Rakanlah Pulak...

MELAKA – “Tolong jaga tunangan rakan.” Demikian alasan diberi seorang pemuda apabila dicekup penguat kuasa dengan seorang gadis dalam sebuah pangsapuri di Taman Malinja, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, pintu kediaman pemuda terbabit di tingkat bawah pangsapuri diketuk penguat kuasa daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pasukan berkenaan terlibat bersama-sama dalam operasi bersepadu dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri itu.
Jurucakap JAIM berkata, pintu rumah terbabit dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak memakai baju.
“Apabila ditanya, pemuda terbabit mengaku ada gadis dalam rumah berkenaan,”kata jurucakap itu.
Hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah tiga bilik itu, tiga lagi individu iaitu dua gadis dan seorang lelaki ditemui. – myMetro Online


Anaknya 'Gelek Lucah' Tak Kisah! Gelek Punggung P/UMNO KB?

anak normah damanhuri

HALAMAN HIBURAN

PELAKON veteran Normah Damanhuri nampaknya mempunyai anak-anak yang sudah terbiasa dengan kontroversi meskipun tak menjadi orang seni sepertinya.

Sebelum ini anak lelaki Normah yang juga model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, pernah mengejutkan netizen apabila tanpa segan silu, berkongsi gambar panasnya bercium dengan kekasih di tepi pantai menerusi laman Instagram.

Tak lama selepas itu, Ahya muncul lagi dengan kisah sensasi nama kedai shisha miliknya yang disifatkan lucah iaitu ‘Kelentit Rindu’.
Terbaharu, seorang lagi anak Normah iaitu kakak kepada Ahya, Liana Rosli menjadi tumpuan netizen kerana video panasnya bergelek dan beraksi lucah untuk mempromosikan produk jamu miliknya.
Jom tengok aksinya..

Bagaimanapun Normah dalam satu laporan susulan aksi anaknya itu dikatakan sedikit pun tidak marah malah beranggapan ianya baik untuk strategi perniagaan.
Normah yang pernah ‘dibahan’ netizen kerana masih belum berubah seperti pelakon lain seusianya yang kini bertudung dilaporkan berkata kepada sebuah akhbar tempatan,
“Saya tahu dia merakam video itu tetapi tak sangka pula ia boleh jadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan.”
Bagi yang perasan, Liana yang juga anak keempat Normah sebelum ini pernah juga muncul dalam iklan produk Terlajak Laris yang tersebar di Internet dan mendapat kritikan kerana aksi lucah yang keterlaluan.
2097
Apa pun memang benar kata Normah Damanhuri bahawa cuma Allah SWT lebih mengetahui niat setiap manusia.
Tapi pada masa sama janganlah pula lupa, Allah Taala telah memberi garis panduan jelas dalam perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanNya.  – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

TAMBAHAN

Benarkah ada 'Gelek Punggung Arab Puteri, Di Mesyuarat Puteri Umno Kota Bharu?'

Lihat berita ini!
Yang atas pentas bukan main tersenyum. Ni ke yang dikatakan membela agama bangsa dan negara? Gelek ni dihidangkan semasa perasmian mesyuarat puteri umno kota bharu. Motif apa puteri ni? Patut la ada laporan mengatakan sekadar memuaskan 'nafsu' pemimpin atasan.
Maaf la kasar.  (Diangkat dari Kerabu Bersuara)

Friday, August 05, 2016

Setiawangsa Di M'sia, Berkait Sejarah Bandar Pagurawan Batubara, Indo?.


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Batubara 1

"TUAN datang dari Malaysia.. Ada tak di Malaysia nama Setiawangsa?"

"Ada.. ada Taman Setiawangsa, dalam Wilayah Persekutuan." Kata ku. "Mengapa?" Aku tanya dia.

"Mungkin ada kena mengena antara Setiawangsa di Malaysia dengan Datuk Setiawangsa, dalam sejarah pertumbuhan dan perkembangan Bandar Perdagangan Pagurawan, Batubara pada abad 19.. Kerana kita adalah dari satu rumpun bangsa." 
Pintu gerbang bertulis Dato' Setia Wangsa, berdiri megah di depan kantur Pak Lurah Pangkalan Dodek Baru, Medang Deras Kebupaten Batu Bara.

 Bawah: Mad Yani Pak Lurah, semasa bergambar di bilik tamu yang sederhana di kantornya..

Kata Mad Yani Pak Lurah atau pengulu bergaji tetap bagi Pangkalan Dodek Baru Medang Deras, Kebupaten Batu Bara. Itu antara perbualan kami semasa di dalam mobil, perjalanan menuju ke rumahnya.

Beliau, pada saya termasuk seorang pemimpin masyarakat yang ganjil dan sentiasa bersama rakyat. Beliau baru beberapa bulan menjawat jawatan itu atas pilihan penduduk. Tidak pakai mobil. Berjanji segala khidmat dari Kantor Lurahnya untuk rakyat, yang dulunya kena bayaran sekarang 'gratis' atau percuma tiada bayaran.  

Urusan tukar milik tanah, bantuan permudahkan urusan rakyat, bantuan pemerintah kepada rakyat, masalah nelayan dan lain-lain disegerakan. Memang, bila diteliti betu-betul pertumbuhan atau perkembangan sesebuah bandar atau kampung terletak atau tidak terlepas dari kebijaksanaan orang-orang yang memerintah di daerah tersebut, termasuk Pak Lurah.


Contohnya, pertumbuhan dan perkembangan Bandar Pagurawan pernah diperintahkan oleh antara lain dapat diuraikan sebagai berikut:

  1. Datuk Muhamammad Odris Gelar Datuk Muncak. Beliau adalah pendiri Pagurawan.
  2. Datuk Muhammad Nuh atau disebut juga, Datuk Seri. “Datuk Muhammad Nuh menikah dengan adik Raja Siantar yang kemudian di Islamkan oleh Datuk Muhammad Nuh. Dari pernikahan mereka Datuk Muhammad Nuh mendapatkan tiga orang anak, iaitu: anak pertama bernama Incik Cahaya, anak ke dua bernama Datuk Muhammad Yusuf, dan anak ke tiga bernama Datuk Panglima Besar Akas.
  3. Datuk Muhammad Yusuf inilah Datuk Setia Wangsa, seperti yang disebutkan Mad Yani, Pak Lurah Pangkalan Dodek Baru, Medang Deras, Kebupaten Batu Bara itu.
Mari kita imbas sedikit melihat siapa Dt Setia Wangsa?

Masa kepemimpinan Dt.Setia Wangsa, bandar perdagangan ini mangalami masa kejayaan. Baik dari segi ekonomi dengan makin ramainya kegiatan perekonomian, maupun dari segi relasi social budaya yang ditandai dengan harmonisnya hubungan politik ekonomi dengan penguasa pedalaman. Tambahan lagi harmonisasi itu semakin kuat dengan menyebarnya  Agama Islam ke pedalaman berkat perkawinan dengan puteri di raja  pedalaman .

Tahir (2008 : 200) menyatakan bahawa:

“Setelah meninggalnya Datuk Seri Batara lalu digantikan oleh puteranya Datuk Muhamamd Yusuf bergelar Datuk Setia Wangsa. Datuk Setia wangsa berkawin dengan Puang Jamain (seri berganti Damanik) yaitu saudara kepada puang Bolon Raja Siantar. Kemudian kawin pula dengan Puang Sarinim Saragih Geringging yaitu saudara kepada Raja Raya.”

Datuk Setia Wangsa menikahi Puang Jamain dan Puang Sarinim.  Hasil perkawinan Datuk Setia Wangsa  memiliki 17 orang anak . Dari jumlah anak yang dimiliki Datuk Setia Wangsa terlihat kemakmuran   Banyak kerajaan yang mau bekerjasama dengan Kerajaan Pagurawan seperti Kerajaan Simalungun, Siantar, Raya dan Bandar.  Barang dagangannya seperti rotan, jaronang, dammar, lilin, rambung merah, getah mayang dan lain-lain. Dan banyak tongkang-tongkang yang datang berlabuh dan menjadi pintu masuk kedaerah Pulau Pinang, Bangkok, Melaka dan Singapura.  

Seperti yang dijelaskan oleh Tahir (2008 : 202) bahawa:

“……… tidak heran pula jika ada kerajaan lain yang ingin bekerjasama dan bersahabat diantaranya ialah Kerajaan Simalingun, Siantar, Raya, dan Bandar. Kerajaan - kerajaan ini datang membawa barang dagangannya seperti rotan, jaronang, dammar, lilin, rembung merah, getah mayang dan lain-lain. Pagurawan pada masa itu semakin ramai dikunjungi orang dengan perahu-perahu besar dan tongkang-tongkang, sehingga menjadi Bandar pelabuhan untuk masuk dan bertolak ke negeri negeri seberang yaitu Pulau Pinang, Bangkok, Melaka dan Singapura.”


Ibnu Hasyim (dua dari kiri) bersama team penggerak Pak Lurah Mad Yani, dari kanan Ede atau Indi, Sufian, Ibnu Hasyim dan Syafi'e, semasa melawat tempat-tempat bersejarah yang baru dibuka di Batu Bara.

Pulau Salah Namo berada di Selat Malaka, dalam Kecamatan Tanjung Tiram, Kabupaten Batu Bara, Sumatera Utara. Menurut sahabat kami Ede, mengapa disebut 'salah namo', kerana malu nak disebut nama sebenar, berbau lucah.. "Kalau bapak nak ke sana, kapan pun bisa kami antarkan!" katanya.

Diperjelas pula bahawa  keberhasilan Datuk Setia Wangsa memimpin Kerajaan Pagurawan, tidak lepas dari hasil alam yang baik untuk perdagangan sehingga  Bandar Perdagangan.yang dahulu terkenal dengan tangkahan menjadi pelabuhan yang ramai. Dengan keramaian ini banyak kerajaan-kerajaan lain di sekitanya menjadi iri dan mengadakan perlawanan dan mencoba untuk menyerang. 

Seperti yang dijelaskan oleh Sinar (tanpa tahun : 136) bahawa;

“pada zaman pemerintahannya Pagurawan silih berganti diserang oleh Negeri-negeri tetangga seperti Tanjung Kasau, Bandar khalifah, Sipare-pare, Tebing –Tinggi dan lain-lain”. 

Dari penjelasan diatas Dapat disimpulkan bahawa dengan kemajuan Kerajaan Pagurawan membuat kerajaan-kerajaan lain menjadi iri hati dan melakukan penyerangan yang silih berganti kepada Kerajaan Pagurawan. Sehingga Datuk Setia Wangsa membuat persiapan untuk melawan serangan yang dilakukan oleh Kerajaan-kerajaan tetangga.  

Tahir (2008 : 2002) bahawa:

“Dengan adanya serangan-serangan dari luar ini mahu tak mahu Datuk Setia Wangsa terpaksa memuat persiapan pertahanan di tempat-tempat yang strategis. Seperti di Kuala Pagurawan dipersiapkan 2 buah meriam yang dikepalai oleh Datuk Panglima Daud, di Istana Kampung besar empat penjuru di pasang 2 buah lela dari Gansa dan enam buah meriam dipersiapkan sampai ke pekubuan dikepalai oleh Datuk Panglima Besar Akas”

Dari keterangan diatas dapat diambil kesimpulan bahwa akibat dari serangan yang dilakukan oleh Kerajaan-kerajaan tetangga maka Datuk setia Wangsa membuat beberapa persiapan ditempat-tempat yang strategis demi keamanan Kerajaan Pagurawan  sehingga setelah Kerajaan Pagurawan runtuh masih terdapat beberapa mariam yang menjadi bukti kebenaran akan adanya Kerajaan Pagurawan dan kebenaran atas Pagurawan yang menjadi bandar Perdagangan pada masa itu.
Antara tempat bersejarah, Istana Lima Laras, Tanjung Tiram, Batu Bara, Indonesia.

Sila rujuk buku-buku antaranya..
  • Abdurahman, Dudung. 2007. Metodologi Penelitian Sejarah. Ar-Ruzz Media: Jogyakarta.
  • Asnan, Gusti. 2007. Dunia Maritim Pantai Barat Sumatera. Jakarta: Ombak.
  • Kuntowijoyo. 2005. Pengantar Ilmu Sejarah. Bentang Pustaka: Jogyakarta.
  • Leirissa, R.Z. 1995. Sunda Kelapa Sebagai Bandar Jalur Sutra. Depdikbud: Jakarta
  • Notosusanto, Nugroho. 1984. Sejarah Nasional Indonesia III. Balai Pustaka. Jakarta
  • Nurcahyani Lisyawati. 1999. Kota Pontianak Sebagai Bandar Dagang di Jalur Sutra. Jakarta .CV. Ilham Bangun Karya.
  • Sinar, Luckman. Tanpa Tahun. “Bangun dan Runtuhnya Kerajaan Melayu di Sumatera Timur”. Medan . Terbitan Sendiri.
  • Sjamsuddin, Helius. 2007. Metodologi Sejarah. Penerbit Ombak: Jogyakarta.
  • S. Nasution. 2006. Metode Research. Bumi Aksara: Jakarta.
  • Perret, Daniel. 2010. Kolonialisme dan Etnisitas Batak dan Melayu di Sumatera Timur. Pusat Penelitian dan Pengembangan Arkeologi Nasional. Jakarta
  • Tahir, bin Ismail. 2008. Sejarah Batu Bara. Kuala Lumpur. Terbitan sendiri.
  • Flores Tanjung dkk,Sejarah Batubara: Bahtera Sejahtera Berjaya. Terbitan Kantor Perpustakaan, Arsib dan Dokumentasi Kebupaten Batubara.
Begitu, antara muqaddimah catatan perjalananku kali ini. Adakah benar ada pertautan atau mungkin ada kena mengena antara Setiawangsa di Malaysia dengan Datuk Setiawangsa, dalam sejarah pertumbuhan dan perkembangan bandar perdagangan Pagurawan, Batubara pada abad 19? 

Saya sependapat dengan Mad Yani Pak Lurah bagi Pangkalan Dodek Baru Medang Deras itu, yang mengatakan, "... Kerana kita adalah dari satu rumpun bangsa." 

Tidak mustahil kerana kita adalah dari satu rumpun bangsa dan se agama. Semoga, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga, bahkan air dicincang takkan putus! 

Bersambung, insya Allah!

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan Batu Bara 1.
ibnuhasyim@gmail.com 
Pangkalan Dodek Baru, Medang Deras, 
Kebupaten Batu Bara. Indonesia.
Julai 27, 2016

Rasuah RM1.5J, Ikan Bilis? Ini Rasuah Sebenar..


IPOH - Seorang bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan sogokan berjumlah lebih RM1.5 juta.
Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan harta tertuduh, Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd. Khir, 38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2 di Depot Bekalan Armada TLDM di Lumut bernilai lebih RM1.6 juta dilucutkan hak.
Indra Nehru juga me­ngarahkan bapa kepada tiga anak itu menjalani hukuman penjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan rasuah RM1.5 juta itu, hanya 'ikan bilis' jika dibanding dengan rasuah pemimpin-pemimpin gajah negara. Ada yang bertanya, mana bukti pemimpin-pemimpin negara amalkan rasuah?

Pada saya (editor IH), makna atau istilah rasuah di dalam negara-negara sekular ini perlu dibetulkan. Baru jelas, mana gajah, mana ikan bilis.

Lihat ini.. 

Dalam kitab ‘Riadhus Sholihin’ (Fasal 1 .Haram berlaku zalim dan perintah mengembalikan hak orang’, hadis no 7) dinukilkan sebuah hadis Abu Humaid (Abdurrahman) bin Saad Assaidy RA berkata…


Rasulullah mengangkat seseorang (jadi pegawai) untuk kumpulkan zakat. Namanya Ibnu Allutbiyah dari suku Al’azd. Setelah beliau kembali dari bertugas bertemu Rasulullah (dan serahkan apa yang patut) katanya, 

“Yang ini untuk kamu (kerajaan pimpinan Rasulullah) dan yang ini saya dapat hadiah dari orang-orang itu!”

Maka Rasululah SAW cepat-cepat naik atas mimbar, setelah memuji syukur kepada Allah kata beliau, 

“Amma ba’du, adapun saya mengangkat seseorang untuk satu tugas yang diberikan Allah kepada saya, lepas itu dia datang dan berkata, ini bahagianmu dan yang ini saya sendiri dapat dari orang-orang (yang dikutip itu)! 

Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya hingga datang hadiah itu kepadanya kalau benar-benar demikian (yakni kalau benar-benar orang-orang itu hendak memberi kepadanya bukan kerana tugasnya ke sana sebagai pemungut wang zakat, duduk di rumah pun dapat juga)? 

Demi Allah, tiada seseorang yang mengambil sesuatu yang bukan haknya, pasti akan dipikulnya di hari kiamat. Akan saya tahu juga seseorang yang memikul unta, lembu atau kambing yang mengembek. (yakni orang itu tidak lepas dari tanggungjawab dan dihisab di akhirat).”

Rasulullah terus mengangkat duatangannya sampai nampak putih ketiaknya, sambil bersabda, “Allahumma hal ballaghtu. Ya Allah! Saya telah menyampaikan.”

Hadis yang dirawikan oleh Bukhari & Muslim itu mentakrifkan ‘sesuatu yang bukan haknya’ hasil perolehan dari khidmat tugas atau jabatannya untuk diri sendiri, selain dari upah atau gaji yang telah diperuntukkan kepadanya. 

Itulah antara ciri-ciri ‘rasuah’ yang sekarang kini ditopengkan di balik kata manis ‘hadiah’, ‘wang sagu hati’, ‘derma’, keraian, dan lain-lain, yang bukan dapat kepada kerajaan tetapi dapat kepada individu petugasnya. Walaupun dia Perdana Menteri atau Raja, kalau ‘hadiah’ yang diberi itu kerana jawatannya, maka pemberian itu bukan miliknya, tetapi milik kerajaan atau rakyat. 

Itulah ‘rasuah’! 

Jangan main-main, di akhirat penerima-penerima rasuah itu akan dihukum. Itulah salah satu contoh bahawa takrif ‘rasuah’ yang ada sekarang ini tidak lengkap dan perlu dibetulkan semula. Jadi rasuah adalah harta yang diperolehi kerana selesainya suatu kepentingan manusia yang wajib diselesaikan tanpa imbalan lagi (yang tidak sepatutnya diterima).

Kerana itu nabi bersabda ertinya “Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan”. (Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Lanjut, sila lihat tulisan saya 7 tahun lalu mengenai rasuah..

Kembalilah! Khutbah Jumaat Presiden PAS.

Khutbah Jumaat: Kembali Kepada Islam
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Kembali Kepada Islam
29 Julai 2016


WAHAI hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita mendengar Firman Allah SWT yang ditujukan kepada seluruh manusia:
  • Maksudnya: (Al Baqarah:23). dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.
  • 24. maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir.

Ayat ini diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu dan Allah SWT telah membuktikan bagaimana Rasulullah SAW yang telah Berjaya memimpin manusia buta huruf yang terkenal sebagaimana paling jahat dan keras di padang pasir dan tanah arab. Mereka menjadi manusia yang sebenarnya dengan iman, akal dan kebijaksanaan yang diberi oleh Allah SWT. 
Dengan petunjuk Al-Quran Karim mereka telah Berjaya menunjukkan conto kepada seluruh dunia bagaimana Islam adalah petunjuk yang sebenar daripada Allah SWT yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Hokum Allah yang adil dan segala kabaikan memberi manfaat kepada mansia diatas muka bumi sehingga dunia menjadi jambatan kebahagiaan untuk negeri akhirat.
Sebaik sahaja kalangan musuh-musuh Islam yang jasad dan dengki serta mengambil sikap permusuhan terhadap Islam menjatuhkan pemerintahan Islam dengan mengganti berbagai-bagai agama, ideologi dan teori-teori yang lain, kita lihat kemusnahan yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini. Manusia telah merosakkan diri mereka sendiri, bukan sahaja dengan peperangan kerana tamak haloba mencipta berbagai-bagai senjata yang membunuh tanpa belas kasihan sehingga boleh membunuh berjuta-juta manusia dalam sekelip mata.
Mereka mencipta ubat-ubat untuk mencari keuntungan menyebabkan penyakit yang tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Mereka meninggalkan hukum-hukum Allah SWT, berlaku kezaliman di dalam politik dan ekonomi serta hidup bermasyarakat dengan tersebar jenayah, maksiat dan segala kemungkaran keseluruh pelusuk dunia, termasuklah merosakkan alam sekitar yang juga merosakkan diri mereka sendiri.
Ayat ini adalah amaran keras daripada Alla SWT :
  • (Maksudnya) :(surah Rom: 41). telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Sepatutnya umat Islam tahu dalam perkara ini kembalilah kepada Al-Quran, kitab suci mereka sendiri. Malangnya ramai dikalangan umat Islam tenggelam sama dengan kemusnahan dan kerosakkan oleh kalangan-kalangan yang lain. Puncanya kerana mereka sudah menjadi umat yang lupa daratan, lupa bahawa meraka berada di dalam cahaya petunjuk, tetapi tidur di dalam cahaya itu. Mereka juga akan menerima wabak dan bencana yang sama.
Marilah kita melakukan muhabah diri dan perhitungan supaya kita menjadi manusia yang selamat di dunia dan dengan hujah ynag kuat di hadapan Allah SWT sekiranya kita kembali kepada Islam.
  • (Maksudnya) : (surah Isra':9). Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.
 (PAS)

Isu Tanah, Elizabeth Wong Sanggup Berbohong Untuk Bela Azmin?

eliAIDCNews – 4/8/16 – Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong gagal menjawab isu pindahan status di lot tanah 68504, di Kuala Langat, sebaliknya menjawab isu lot tanah yang lain.
“Apa yang diluar, (iaitu) Lot 4827 dan 3974, bukan (di dalam Paya) Indah Wetland. Lot (itu) dengan pemilik lain dan sebagainya,”kata Elizabeth pada sidang media pada Selasa.
Jawapan Elizabeth itu telah menimbulkan lebih banyak keraguan daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali CheguBard sebelum ini mendakwa lot tanah 68504 yang asalnya berstatus Paya Indah Wetland telah ditukar status untuk pembangunan.
Walaupun dakwaan CheguBard secara jelas spesifik terhadap lot tanah 68504, namun Elizabeth mengabaikan lot berkenaan, sebaliknya membangkitkan isu lot tanah lain iaitu Lot 4827 dan 3974 yang tidak dibangkitkan CheguBard.
Kegagalan Elizabeth menjawab isu lot tanah 68504 juga dapat dilihat dalam kenyataan media bertulis (tanpa tarikh) yang dikeluarkan pihak Elizabeth sendiri.

Walaupun jawapan Elizabeth bercelaru dan meragukan, namun ia menjadi ‘sandaran kukuh’ oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya isu penukaran status tanah 68504.
Dalam masa sama, Azmin dilihat cuba mematikan isu itu dengan melemparkan tuduhan keji  ‘pemakan dedak’ kepada pihak yang mempersoalkan isu lot tanah berkenaan.
“Perkara spesifik ini, YB Eli (Elizabeth) telah pun memberikan penjelasan. Kalau ada maklumat, kita boleh berikan penjelasan.
“Tetapi setakat semalam YB Eli telah mendapatkan maklumat daripada pejabat daerah dan juga PTG, penjelasannya cukup komphensif.
“Saya kira jawapan yang diberikan YB Eli itu cukup lengkap untuk menangkis tohmahan mereka yang memakan dedak,”kata Azmin.
Sementara itu, anggota PKR Sepang, Nasiruddin Bin Mohamed menyifatkan kegagalan Elizabeth dan Azmin dalam menjawab isu berkenaan telah mencalar intergriti mereka.
“Bersama ini salinan Catatan Carian Persendirian tercatat dengan jelas tanah milik Salak Land Development Sdn Bhd, no. lot 68054 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran juga telah siap dipinda pada 9 April 2016.
“Dengan fakta dan salinan ini sahaja sudah membuktikan Exco Kerajaan Negeri berbohong dan kami penggerak PKR akar umbi mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas pembohongan beliau.
“Kita marah dengan Menteri Pusat kerana sanggup buat apa sahaja demi bos tetapi apa bezanya dengan kita ?
“Jelas apa yang diperkatakan oleh che’GuBard perkara benar tetapi untuk membela Azmin, exco kerajaan negeri sanggup berbohong !,”katanya dalam satu kenyataan.