Saturday, August 13, 2016
Jom Selamatkan Gajah Tenggelam Di Kolam. Sungguh Dramatik..
Orang ramai berusaha menyelamatkan seekor gajah betina yang tenggelam di sebuah kolam 'di daerah Jamalpur, sekitar 150 km utara Dhaka, Bangladesh, Khamis (11/8). Gajah tersebut diyakini terpisah dari kawanannya dan berjalan sejauh 1,000 km dari kawasan Assam, India.
Gajah tersebut sempat mengamuk ketika ditembak dengan panah ubat bius. Tak lama setelah itu, warga mendekat dan memasang tali di tubuh gajah. Gajah pun kemudian di tarik ke darat.
Gajah tergolek lemas setelah berjaya diselamatkan dari kolam itu. Menyelamatkan gajah tenggelam yang berlangsung dramatis ini menjadi tontonan ratusan orang ramai.. (IH)
Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan
SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan kumpulan siasah kecil ini daripada Barisan Naisonal (BN) dan Pakatan Harapan yang sebelum itu digelar Pakatan Rakyat.
Namun kini gabungan PAS dan sekutunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir secara rasmi diberi nama baharu yang lebih bertenaga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ atau nama ringkasnya Gagasan.
Perkara tersebut yang tidak dijangka pelbagai pihak khasnya penganalisis politik diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur pada Sabtu yang diturut dihadiri Abdul Kadir sendiri.
Kata beliau, Gagasan merupakan wadah ‘jalan tengah’ terutama bagi golongan pengundi atas pagar yang tidak dapat menerima konsep gabungan komponen 14 buah parti dalam BN atau tiga parti pembangkang ‘cacamarba’ yang membentuk Pakatan Harapan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang malah menambah, gabungan ketiga tersebut optimis sedia bekerjasama rapat dengan mana-mana pihak berkepentingan di negara ini yang secara kebetulan sealiran dalam agenda perjuangan dan dasar siasah mereka.
Gagasan ujar beliau mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan sekali gus bakal menjadi platform baharu kepada pengundi tempatan untuk mewarnai dunia siasah tanah air secara lebih berkesan.
Dalam pada itu, apabila ditanya pemberita tentang kemungkinan Gagasan sedia bekerjasama dengan parti baharu serpihan UMNO yang diberi nama sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Abdul Hadi berkata buat masa ini masih terlalu awal membincangkan hal tersebut.
“Parti itu belum didaftar secara rasmi pun lagi. Kita tunggu dan lihat dahulu,” kata beliau yang secara tidak langsung bertentangan pendapat dengan Abdul Kadir kerana pada 5 Ogos lalu menyatakan Ikatan menolak kerjasama dengan parti ciptaan Tun Mahathir Mohamad itu.
PAS dan Ikatan mula menjalinkan kerjasama politik pada 16 Mac lalu selepas parti berslogan Bersatu Maju Adil Bahagia yang diasaskan sejak 2012 itu gagal bergabung dengan Pakatan Rakyat atas sebab tidak jelas diketahui. – Agensi
KENYATAAN AKHBAR PAS
PENGISYTIHARAN NAMA, PENDEKATAN DAN TERAS PERJUANGAN
Jawatankuasa Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah bersidang pada 2 Ogos 2016, di PejabatAgung PAS telah dengan sebulat suara bersetuju bagi perkara-perkara berikut:
- NAMA:
- Nama bagi Blok Persefahaman Politik ini adalah GAGASAN SEJAHTERA.
- Persefahaman Politik (political understanding) ini menjadi satu gagasan baru kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
- Justeru rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok UMNO/BN; dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.
- Rakyat perlu menolak kedua-dua budaya politik yang merosakkan negara tersebut. Gagasan Sejahtera mengajak rakyat membuat pilihan dengan sebuah Gagasan Politik yang Sejahtera bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA.
- PENDEKATAN GAGASAN SEJAHTERA
- Pendekatan yang diambil oleh GAGASAN SEJAHTERA adalah pendekatan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS)
- Pendekatan ini membawa budaya berpolitik yang menjadikan :
- Agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu
- Menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang
- Politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata
- Politik Damai dan Diplomasi yang mana pertentangan idelogi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya
- Politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif GAGASAN SEJAHTERA adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat, bukan menyembunyikan masalah seperti dilakukan UMNO/BN; dan bukan sekadar menimbulkan isu dan mempermainkan sentimen rakyat seperti dilakukan PH.
- Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi.
- TERAS PERJUANGAN GAGASAN SEJAHTERA
GAGASAN SEJAHTERA menjadikan perkara berikut sebagai Teras Perjuangan bersama:
- Mempertahankan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsipnya;
- Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan Negara
- Mempertahankan Prinsip Raja Berperlembagaan
- Mempertahankan dan meningkatkan kedaulatan serta keselamatan negara dan rakyat
- Memperkasakan keberkesanan Sistem Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan nilai bagi melahirkan insan yang bermotivasi, kompetitif, berilmu dan berkemahiran tinggi
- Mempertahan dan memperkasakan prinsip Federalisma yang adil dalam kesemua aspeknya
- Meningkatkan toleransi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sambil memperkasakan jatidiri setiap kaum menjadikan kepelbagaian sebagai aset serta kekuatan rakyat
- Mengangkat integriti, ketelusan, kecekapan dan mesra-rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sekaligus menghapuskan unsur negatif seperti salahguna kuasa, kronism, nepotism dan rasuah
- Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasas
- kan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan.
GAGASAN SEJAHTERA dengan ini mengajak seluruh rakyat bersama-sama membawa Budaya Politik Baru yang matang; seterusnya membentuk masyarakat dan negara yang lebih sejahtera serta menolak budaya politik yang menekankan budaya korup dan tidak berintegriti, mahupun budaya politik berasaskan mainan sentimen, persepsi palsu dan permusuhan.
Marilah bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA.
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI HAJI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR HAJI SHEIKH FADZIR
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)
Bertarikh pada: 13 Ogos 2016
Bertempat di Kuala Lumpur.
11 Letupan Di 5 Daerah Thai Tempuh Kurang 24 Jam. 4 Maut 36 Cedera.
BANGKOK, Sabtu – Lima daerah di Thailand digegarkan oleh 11 letupan bom dalam tempoh kurang 24 jam. Empat maut manakala 36 lain cedera termasuk 10 pelancong asing.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan hubung kait antara semua kejadian letupan itu masih belum jelas. Polis Thailand berkata tiada bukti mengaitkan serangan itu dengan keganasan antarabangsa.
Dua mangsa yang cedera akibat letupan bom di Hua Hin diberi rawatan kecemasan. - Foto REUTERS
“Insiden ini berbeza dengan serangan pengganas. Ia lebih bersifat sabotaj terhadap beberapa lokasi dan daerah,” kata polis dalam satu sidang media semalam.
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dalam kenyataannya menghulurkan simpati kepada pihak keluarga mangsa.
“Pihak kerajaan akan menyiasat perkara ini dan akan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Siri letupan itu berlaku di Trang pada 3 petang Khamis. Dua letupan pula berlaku di sebuah resort dekat Hua Hin pada jam 10.15 malam dan di sebuah bar pada jam 11 malam. Lapan bom lagi meletup pada pagi Jumaat juga di kawasan Hua Hin iaitu di Surat Thani, Trang, Phang-nga dan sebuah resort di Phuket. – Agensi
Pokemon Jadi Hantu, Merogol Wanita Rusia Ini?
SEORANG wanita telah membuat laporan polis bahawa dia dirogol oleh Pokemon di rumahnya di Moscow, Rusia. Wanita berkenaan mendakwa sebelum tidur dia telah bermain Pokemon Go dan apabila terjaga dia mendapati terdapat Pokemon besar sedang menghempap badannya.
Pokemon itu, katanya hilang sebaik sahaja dia bangun dari katil namun dalam aplikasi Pokemon Go di telefon bimbitnya, dia masih dapat mengesan kehadiran karakter berkenaan secara maya di katilnya.
Dia kemudian mengejutkan suaminya namun lelaki itu memberitahu polis, dia tidak percaya cerita isterinya dan meminta wanita itu berjumpa psikiatrik.
Polis juga dalam masa yang sama tidak mempercayai laporan wanita terbabit dan memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menolongnya.
Dalam pada itu, rakan wanita terbabit, Ivan Makarov berkata wanita itu memaklumkan terdapat banyak Pokemon di rumahnya dan anjing juga boleh mengesannya malah anjingnya akan menyalak tatkala dia bermain permainan terbabit.
Menurut Makarov, rakannya itu menerima nasihat suaminya dan telah membuat temujanji dengan psikiatrik.
Begitu, Pokemon menjadi 'hantu' dalam ingatan pemain-pemainnya. Kepelbagaian rasa dan lamunan bersarang di dalam pemikiran yang lemah, terus menghantui penggila-penggilanya. (IH)
Friday, August 12, 2016
Datuk Bandar Manila Nafi Usir Orang Islam
BEBERAPA wanita berbual di sebuah kawasan perumahan di Bandar Urdaneta baru-baru ini. - Agensi |
Menurut laporan stesen radio tempatan, dzBB, Perez berkata, laporan mengenainya oleh akhbar Manila Times pada 8 Ogos lalu adalah tidak benar.
“Tiada kebenaran dalam laporan ini,” katanya.
Laporan sama turut menyebut bahawa Perez juga meminta pihak berkuasa tempatan membuat peraturan melarang orang Islam daripada berpindah ke bandar itu di wilayah Pangasinan.
Pada 8 Ogos lalu, beliau dikatakan telah mengarahkan semua orang Islam supaya keluar dari Urdaneta.
Arahan itu dibuat selepas ucapan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang menamakan 150 pegawai sebagai terlibat dengan pengedaran dadah.
Menurut stesen televisyen CNN, seramai 18 datuk bandar dan 31 anggota polis menyerah diri tidak lama selepas Duterte berucap dalam tindakan yang dilihat mengesahkan dakwaan Duterte.
Perez pula mengumumkan rancangan baharu untuk membantu perang menentang dadah di Urdaneta dengan memberikan masa tiga minggu kepada penduduk Islam supaya mengosongkan bandar itu, lapor akhbar Manila Times.
Menurut laporan polis oleh Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina, sekitar 84 peratus penduduk beragama Islam berusia lebih 12 tahun di Urdaneta didakwa terlibat dalam pengedaran dadah.
Laporan itu turut mendakwa bahawa jenayah lain seperti membunuh, mencuri, dan rogol berlaku disebabkan oleh pengaruh dadah yang dijual oleh pengedar beragama Islam di bandar itu.
Bertindak atas laporan itu, Perez telah mengarahkan ketua kampung dan pegawai polis untuk menguatkuasakan perintah itu dengan memaklumkan kepada semua tuan tanah supaya memberi notis pengusiran kepada penduduk beragama Islam.
Lebih 5,000 penduduk beragama Islam menetap di Bandar Urdaneta. – Agensi
Neelofa Guna Visa Haji S/Swasta, Swasta Itu Dapat Visa Dari Mana?
KOTA BHARU – Tabung Haji (TH) tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi memastikan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya tiada istilah kuota menteri atau timbalan menteri atau sesiapa sahaja bagi mendapatkan giliran dengan melangkaui giliran untuk menunaikan haji.
“Tidak ada istilah kuota menteri atau timbalan menteri kerana Tabung Haji sentiasa memastikan proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.
“Jadi tidak timbul isu (seperti yang) dimainkan di media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu diberikan pihak tertentu. Itu tidak betul,” ujar beliau.
Beliau juga turut menyangkal dakwaan TH memberikan keistimewaan atau laluan kepada pelakon, Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan mendaftar.
Sebaliknya kelulusan visa tersebut diberikan oleh syarikat swasta dan bukannya melalui TH.
Seramai 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan Rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.
Dr Asyraf Wajdi seterusnya berkata, 76,000 rayuan dibuat oleh pendaftar TH untuk menunaikan haji tahun ini namun kekosongan yang ada hanyalah 3,695.
Katanya, kekosongan itu kerana terdapat pendaftar yang menolak untuk menunaikan haji pada tahun ini atas pelbagai faktor.
Tambah beliau, tidak pernah seseorang itu dikeluarkan daripada giliran, setelah diberikan giliran bagi tahun tertentu.
Kita nak tanya, syarikat swasta itu dapat visa haji dari mana, apakah tiada kena mengena dengan TH dan peruntukan kepada rakyat Malaysia mengikut giliran?
Apakah TH beri melalui syarikat swasta? 2x5 saja!
Jom Lihat Kaabah 130 Tahun Lalu.
KAABAH dibangunkan sejak zaman Nabi Ibrahim Alaihi Salam bersama anaknya Nabi Ismail Alaihi Salam, Yayasan King Abdulaziz baru saja menerbitkan foto-foto dokumentasi Masjidil Haram, Ka’bah dan kota Madinah Al Munawwarah yang diambil hampir 130 tahun lalu. (Alarabiya/Ram)
Bagaimana bentuk Masjidil Haram pada 130 tahun yang lalu?
Berikut dokumentasinya untuk anda:
Foto Ka’bah tahun 1885 Masehi atau 1303 Hijiryah diambil oleh Sayyid Abdul Ghaffar Baghdadi saat umat Islam menunaikan ibadah shalat berjamaah di siang hari.
Tampak dalam gambar tersebut umat Islam yang lain juga sesak memenuhi sekeliling ka’bah untuk melakukan ibadah tawaf.
Foto kedua ada pasar Qatif yang diambil tahun 1371 H / 1952 M oleh Daniel van der Meulen.
Foto ketiga ada jalan tempat Sai, tepatnya di jalan menuju bukit Marwa, di tahun 1366 H / 1947 M.
Di foto keempat ada gambar dokumentasi kota Madinah Al Munawwarah di tahun 1317 H / 1908 M.
Lalu di foto kelima ada Istana Barzan yang diambil pada bulan Mac tahun 1914 M / 1332 H.
(IH)
Pokemon Go, Apa Kata Prof Yusuf Qardhawi & Ulama..
PADA 2001, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.
Qaradhawi juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau mengenai hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.
Beliau mengetengahkan beberapa sebab sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan, iaitu:
1. Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman;
2. Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli;
3. Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal;
4. Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung;
5. Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya; dan
6. Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.
Dalam pada itu, Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik.
Antara alasan diberikan ialah watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memiliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.
Dilaporkan juga masjid sebagai tempat ibadat umat Islam turut dijadikan ‘PokeGyM’, platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi pemain yang sudah mula mencapai tahap lima permainan.
Baik juga Arab Saudi melarang kemasukan Pokemon Go. Jika tidak mungkin Masjidil Haram, Kaabah atau Masjid Nabawi menjadi PokeStops. Orang bersolat dan bertawaf, tetapi pemain Pokemon Go memburu ‘dewa dan raksasa’. (IH)
Ini, 2 Wanita Tempatan Jalankan Kegiatan Pelacuran Di Pusar Karaoke Terbongkar?
Wanita yang dipercayai melakukan aktiviti pelacuran (kanan) ditahan bersama pelanggannya (kiri) dalam serbuan oleh penguatkuasa syariah.
KUALA TERENGGANU – Terdesak dan tiada kerja lain, itu antara alasan diberikan oleh dua wanita tempatan yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah pusat karaoke di bandar raya ini.
Aktiviti gelap dua wanita berusia 40-an itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh 20 pegawai dan penguat kuasa syariah ibu pejabat dan Pejabat Agama Kuala Terengganu dalam satu operasi khas jabatan itu Jumaat lalu.
Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri (JHEAT), Mohd Azam Awi berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang melayan pelanggan, iaitu warga Nepal dan Myanmar di dua bilik berasingan.
“Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang pelanggan manakala seorang lagi dilepaskan kerana bukan beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Menurutnya, suspek menyewa bilik karaoke itu untuk melakukan aktiviti pelacuran bersama pelanggan yang kebanyakannya warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan mengenakan bayaran sebanyak RM50 sekali perkhidmatan.
Mohd Azam berkata, ketika disoal siasat kedua-dua wanita berstatus janda itu mendakwa terdesak untuk menyara anak-anak sebagai alasan mereka melakukan aktiviti pelacuran.
Suspek ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan melacurkan diri yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara 3 tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.
Katanya, operasi khas selama sejam bermula pukul 2 petang itu diketuai Penolong Pesuruhjaya Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Amirul Akram Mohd Hajazi dan ia akan diadakan dari masa ke semasa bagi mengekang aktiviti tidak bermoral. (SH)
DAP/MCA Bersatu Menentang RUU 355, Apa Salah Pas/Umno Bersatu Menyokong -Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh.
SHAH ALAM – “Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).
Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.
“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.
Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.
“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.
“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.
“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.
“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.
“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.
“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.
“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.
“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya.
Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. (SH)
Anak Perempuan Obama Hisap Ganja, Anak Pemimpin M'sia Minum Arak, Apa Beda?
WASHINGTON – Malia Obama yang merupakan anak sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didakwa menghisap sebatang rokok mengandungi ganja pada festival muzik Lollapalooza di Chicago dalam negeri Illinois, lapor akhbar Daily Star semalam.
Malia, 18, membuat kejutan apabila meninggalkan Konvensyen Nasional Parti Demokrat lebih awal bersama ibu bapanya kerana mahu menghadiri pesta muzik itu.
Dia kemudian dirakam memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan sambil menari seksi semasa berpesta.
Seorang remaja perempuan, Jerrdin Selwyn, 18, yang menyaksikan kejadian itu dan memberitahu portal Radar Online bahawa bau asap ganja berlegar di udara.
“Saya melihat Malia menghisap ganja dan saya memiliki gambar untuk membuktikannya. Anda dapat menghidu bau asap ganja,” katanya.
Namun, ramai pengguna Twitter mempertahankan anak gadis Obama itu.
MALIA (kanan) dan adiknya, Sasha dalam perjalanan untuk menaiki pesawat Airforce One bersama ibu bapa mereka di Maryland pada 6 Ogos lalu. - REUTERS
“Jangan sibuk tentang Malia. Dia terkurung di rumah itu (White House) selama lapan tahun. Biar dia berseronok sedikit,” kata seorang pengguna Twitter bernama Khaleed.
“Kepada ibu bapa yang menyibuk kerana Malia berseronok di pesta Lollapalooza hujung minggu lalu, sudahkah anda memeriksa Snapchat (laman sosial) anak anda?” Soal seorang pengguna Twitter lain, Big Wave Dave.
Pemilikan sehingga 10 gram ganja dibenarkan di Illinois.
Malia bukan satu-satunya anggota keluarga Obama yang menghisap dadah itu. Bapanya pernah didakwa menghisap rokok ganja semasa menyertai kumpulan remaja dikenali sebagai Choom Gang semasa beliau menetap di Honolulu, Hawaii.
Malia kini berehat setahun sebelum menyambung pelajarannya di Universiti Harvard pada 2017. – Agensi
Dilaporkan ada anak pemimpin Malaysia minum arak, apa bedanya? Anak Obama dirakam memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan sambil menari seksi semasa berpesta. Apa bedanya dengan Puteri UMNO menari 'goyang punggung depan pemimpinnya baru-baru ini?
Terlalu Fanatik, Pasaraya Halal Dipaksa Jual Arak & Babi.
PARIS: Kerana terlalu fanatik perkauman dan keagamaan sebuah pasar raya tempatan yang terkenal menawarkan produk-produk halal diarahkan oleh pihak berkuasa Perancis supaya turut menjual minuman arak dan daging babi atau jika gagal mematuhi arahan, ia akan ditutup.
Pasar raya Good Price di Colombes di sini disifatkan oleh penguasa perumahan tempatan; yang menyewakan premis tersebut, sebagai tidak mematuhi syarat-syarat sewa yang sudah dinyatakan, iaitu premis berkenaan mesti beroperasi sebagai ‘kedai makanan am’.
Pihak berkuasa menyatakan beralasan bahawa anggota masyarakat tempatan tidak diberi khidmat mencukupi jika tiada produk arak atau daging babi di pasar raya Good Price, yang dikendalikan sebagai sebuah francais dan menggantikan sebuah pasar raya kecil pada tahun lalu.
“Datuk Bandar Colombes sendiri, Nicole Goueta, sudah mengunjungi pasar raya itu dan meminta pemiliknya supaya mempelbagaikan rangkaian produknya dengan menambah arak dan daging tidak halal,” kata ketua staf Datuk Bandar, Jerome Besnard kepada media.
Beliau menambah, penduduk warga tua khususnya, terpaksa membuat aduan bahawa mereka tidak lagi boleh mendapatkan rangkaian penuh produk di Good Price dan terpaksa berjalan lebih jauh hanya untuk membeli keperluan harian iaitu minuman arak dan daging babi.
“Kami mahu kepelbagaian sosial, dan tidak mahu satu-satu kawasan yang hanya untuk umat Islam atau tiada langsung masyarakat Islam,” kata Besnard, sambil menambah bahawa reaksi penduduk bandar itu akan sama jika sebuah kedai kosher Yahudi dibuka di lokasi tersebut.
Menurut laporan akhbar Telegraph, penguasa perumahan Colombes menyatakan bahawa Good Price sudah melanggar dasar sekular Perancis dengan mengutamakan hanya kumpulan tertentu dalam masyarakat berbanding memenuhi keperluan harian semua pihak.
Pihak berkuasa bandar tersebut sudahpun mengambil tindakan guaman yang akan menamatkan tempoh sewa, yang sepatutnya berakhir pada 2019 dan kes tersebut akan dibicarakan di sebuah mahkamah pada bulan Oktober. –Sumber Agensi/IH.
Thursday, August 11, 2016
Fanatik Di Eropah, UAE Arah Warganya Tanggal Hijab Muka Di Switzerland.
ABU DHABI – Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Geneva, Switzerland mengarahkan wanita rakyatnya tidak memakai burka susulan pengharaman pemakaian tudung muka purdah di beberapa wilayah negara Eropah itu.
Menerusi satu kenyataan di laman sosial Twitter rasmi, kedutaan tersebut juga meminta wanita UAE supaya mematuhi undang-undang tempatan berpakaian di kawasan awam terbuka yang mula berkuat kuasa pada Julai lalu di sebahagian besar daripada Switzerland.
“Wanita Emirati yang mahu bercuti di Switzerland harus mengelakkan diri daripada memakai burka di beberapa wilayah tertentu ekoran pelaksanaan peraturan antaranya Lugano, Locarno, Magadino, Bellinzona, Ascona dan Mendrisio,” kata kenyataan kedutaan berkenaan.
Switzerland mempunyai 26 wilayah atau disebut canton namun sebahagian besar tidak melaksanakan larangan pemakaian burka antaranya canton Geneva, Zurich dan ibu kota Bern sendiri kerana penduduknya mudah menerima kehadiran ramai warga asing.
Wanita termasuk pelancong asing yang ditahan kerana memakai burka di khalayak awam boleh didenda 10,000 franc (RM41,083) dan kadar itu jauh lebih tinggi berbanding Perancis yang turut melaksanakan larangan tersebut dengan denda hanya €150 (RM670).
“Kami menasihatkan semua warga Emirati agar mematuhi undang-undang setempat dan elakkan diri duduk di restoran atau kafe sesak serta tidak meletak jubah atau bagasi di atas kerusi selain menjaga barangan peribadi di tempat awam,”kata kenyataan kedutaan tersebut.
Pejabat Misi Diplomatik UAE di Geneva turut meminta rakyatnya yang mengembara di Switzerland untuk tidak melanggar peraturan jalan raya kerana jika ingkar, pesalah perlu membayar denda sebelum dibenarkan pihak imgresen keluar meninggalkan negara berkenaan.
Ini termasuk kesalahan lazim iaitu memandu melebihi had laju dan parkir awam manakala rakyat asing juga dinasihatkan untuk tidak membawa wang tunai yang banyak dalam dompet ketika mengembara di seluruh Switzerland. – Agensi
Lagi, Eropah yang fanatik.
Lagi, Eropah yang fanatik.
Misi K/Umat Islam M'sia Di Bidang Sukan Terlaksana.. Wajar?
AKSI memukau daripada Pandelela (kiri) dan Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama wanita awal pagi semalam yang menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara. SUKAN |
Subscribe to:
Posts (Atom)