Saturday, August 20, 2016

Sukan Ekstrem Berani Mati 'Terjun Maut' Dari Norway, Sesuaikah Untuk Rakyat M'sia?


SUKAN
APABILA terjun ekstream berani mati dari papan lompat dan mendarat dengan perut dahulu ketika menyentuh air bukanlah hasil yang dicari kebanyakan orang, tetapi bagi mereka yang bertanding dalam sukan gila Norwegian ini, itulah yang menentukan sama ada anda kalah atau menang.
Dødsing, atau ‘terjun maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X. 
Matlamatnya adalah untuk mengekalkan posisi tersebut selama yang boleh dan melengkongkan badan sedikit sebelum mengenai permukaan air untuk mengelakkan kecederaan.
Pada Kejohanan Dunia Dødsing, pertandingan aneh yang diadakan setiap musim panas sejak tahun 2008, penyelam yang kekal mendatar paling lama semasa melompat adalah pemenangnya.
Tetapi akibat terlalu ramai penerjun dødsing yang berani pada kejohanan dunia, hakim juga perlu mengambil kira faktor-faktor lain, seperti kelajuan, ketinggian dan kuasa lompatan, keaslian gaya lompatan dan percikan yang dihasilkan apabila mengenai permukaan air.
Dødsing, atau ‘terjunan maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X.
Dodsing, olahraga ekstrem dari Norwegia yang berisiko tinggi
Sukan yang menyakitkan ini dipercayai direka pada tahun 1960-an, di kompleks kolam renang Frognerbadet yang terkenal di Oslo, oleh sekumpulan remaja yang cuba untuk menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakan mereka.
Kejohanan Dødsing yang pertama hanya disertai enam penerjun dan kira-kira sedozen penonton, tetapi selepas penubuhan Det Internasjonale Dødseforbundet (The International Dødsing Association) pada tahun 2011, popularitinya meningkat dengan cepat.
Hari ini, Kejohanan Dødsing Dunia yang diadakan di Frognerbadet adalah satu acara yang besar, yang menampilkan hampir 100 penerjun dan beribu penonton.
Ia tidak mengejutkan bahawa populariti mula merebak ke seluruh Eropah. Ianya menyeronokkan untuk menonton, seperti yang disahkan oleh beribu-ribu penonton yang berkumpul setiap tahun untuk melihat siapa yang boleh membuat percikan terbesar.
Ianya juga menyeronokkan bagi para penerjun walaupun mereka mengakui bahawa apabila keluar dari kolam renang, badan mereka akan dipenuhi lebam.
Sesuaikah sukan ini untuk rakyat Malaysia, di negara umat Islam ini? (IH)

Ibu Tunggal Ini Perlukan Bantuan. Tak Bertanggungjawabkah K'jaan BN?


MIRI – Seorang ibu tunggal Puan Butet Ahmad yang tinggal bersama 6 orang anaknya amat memerlukan bantuan bulanan serta tempat tinggal tetap untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Beliau tinggal bersama dengan anaknya yang berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun amat memerlukan bantuan dan tempat tinggal yang tetap dan selesa. Sejak beliau kehilangan suaminya 3 tahun yang lalu dia terpaksa menyewa rumah usang di Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau bersama anak-anaknya. 

Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Anak sulung beliau seorang gadis lepasan sekolah menengah terpaksa bekerja di sebuah kedai kasut untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pn Butet hanya menjual ikan serta membantu menghantarkan barang jualan di pasar. 

Pendapatan beliau sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung keperluan sekolah anak-anaknya dan keperluan harian mereka. Sekarang beliau menyewa di sebuah rumah usang di kampung Pujut Padang Kerbau dan sudah tentu pada bila-bila masa akan dipindahkan sekiranya beliau tidak mampu membayar sewa bulanan dan lain-lain bil.

Seorang anaknya yang berumur 7 tahun masih tidak bersekolah disebabkan ada masalah dengan pendaftaran kelahiran sedangkan kakak-kakaknya dan abang-abangnya tiada masalah dengan pendaftaran kelahiran. Kes anaknya ini masih dalam proses untuk mendapatkan semula hak kerakyatan disebabkan ayahnya telah meninggal 3 tahun lalu. 

Ayahnya adalah rakyat Malaysia dan sepatutnya anaknya secara langsung diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Kita mengesa pihak Jabatan Kebajikan dan Baitulmal Sarawak boleh memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini terutama sekali kepada anak-anaknya yang masih bersekolah. Mereka juga ada hak untuk diberi bantuan sebab anak-anak arwah Mansur Japal adalah warganegara Malaysia.

Pihak yang berwajib perlu memberi perhatian dengan nasib yang menimpa anak-anak yatim ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi walaupun mereka sudah kehilangan tempat bergantung. Mereka juga perlu tempat tinggal yang tetap kerana mereka boleh disuruh keluar dari rumah sewa mereka sekiranya mereka gagal menjelaskan sewaan mereka.

Pihak kami mengharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan boleh berkunjung ke tempat kediaman Pn Butet di Kampung Pujut Padang Kerbau untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang nasib yang menimpa keluarga ini.Kerjasama dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah keluarga ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Single mothers need monthly assistance and permanent residence

MIRI – A single mother Mrs. Butet Ahmad who lives with her 6 children dire need a monthly assistance as well as a permanent home to resume their daily lives.

She lives with her children, aged from 7 years to 18 years in dire need of help and permanent residence and comfortable. Since she lost her husband three years ago she had to rent a dilapidated house in Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau with her children. She has three sons and three daughters.

Her eldest daughter secondary school leavers had to work in a shoe store to earn a living for their families. Ms. Butet only sells the fish and helps deliver goods sold in the market. Her income is certainly not sufficient to cover the needs of her children's school and their daily needs.

Now she rented in an old house in the village of Pujut Padang Kerbau and of course at any time be moved if she is unable to pay the monthly rent and other bills.

Her 7-year-old son is out of school because there are still problems with the registration of births, while his sisters and his brothers there are no problems with the birth registration. His case is still in the process of regaining their citizenship rights because of his father died three years ago. His father is a Malaysian and his son should directly recognize as a Malaysian.

We urge the Sarawak Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to this family, especially his children who are still in school. They also have the right to be given assistance because the children of late Mansur Japal are a Malaysian citizen.

The authorities should pay attention to the plight of the orphans so that they can continue their lives better even if they've lost a dependent. They also need a permanent residence because they can be told to get out of their rented house if they fail to pay their rent.

We hope that the parties responsible for the affairs of the community can pay a visit to the residence of Mrs. Butet in Kampung of Pujut Padang Kerbau to get more information about the fate of this family.
Cooperation with the authorities to solve these family problems is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Friday, August 19, 2016

Tangkap. Bila Pula Bapa Jerung? Rakyat Bersama SPRM, Tahniah. -Idris Ahmad



TAHNIAH SPRM yang telah berjaya mengekalkan rekod cemerlang dengan menangkap jerung besar di kalangan tiga pegawai tinggi. 

Terus serbu, jangan peduli  walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pegawai yang ditangkap seorang yang dedikasi terhadap tugas. Rakyat tetap bersama SPRM, walau pun kita sedar SPRM mempunyai kekangan kuasa.

Kita mengharapkan supaya akan terdedah pula siapa bapa jerung di belakang mereka. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka hanya dikambinghitamkan sahaja? Kalau mereka pun sudah dapat mengumpul RM13 juta, sehingga ada yang disimpan di atas siling rumah sebanyak RM400,000.

Ertinya berapa banyak wang negara musnah. Berapa juta ketirisan wang negara hilang akibat perbuatan ini. Apakah banyak lagi habuan yang diperoleh oleh orang lain. Semuanya akan terjawab apabila dibicarakan nanti.

Saya pernah menyebut di dalam parlimen, supaya pegawai mesti ada keberanian untuk tidak mengikut arahan daripada mana-mana orang atasan, kecuali dengan bertulis. Kerana banyak sejarah  penangkapan rasuah yang terlibat hanya pegawai. 




Mungkin kerana takut, atau hendak mengampu atau hendak naik pangkat. Apabila jadi seperti begini siapa yang akan menanggung akibat. Maruah kelurga, masyarakat akan ingat sampai mati. 

Lebih malang lagi kebanyakan yang sudah masuk umur pencen, sudah tua. Nikmat hidup pun sudah tidak seberapa. Apakah berbaloi dengan pengakhiran hayat begitu rupa. Makanlah apa yang ada, jangan tamak. Yang paling penting rasuah dan penerima rasuah tempatnya di dalam neraka. 

Indeks rasuah negara yang dikeluarkan oleh Transparency International untuk tahun 2015 masih teruk daripada kedudukan 50 tahun 2014 kepada kedudukan yang ke 54. Skandal 1MDB, RM2.6 bilion, pendedahan DOJ kesemuanya tidak membantu untuk memperbaiki indeks rasuah pada pandangan dunia. Bapa borek anak rintik. 

– HARAKAHDAILY 19/8/2016

Muslimah Berenang Dipantai, Itali Tidak Se Fanatik Perancis, Austria, Jerman...




ROME – Kerajaan Itali tidak akan mengikut jejak Perancis, Austria dan Jerman sebaliknya masih lagi membenarkan pemakaian burkini oleh wanita Muslimah yang ingin berenang di pantai-pantai awam di seluruh negara tersebut.

Sungguhpun demikian, pemerintah Itali merancang untuk memperketatkan lagi peraturan ke atas pelantikan jawatan imam dan kawal selia urus tadbir masjid, menurut Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano ketika bercakap kepada pihak media tempatan pada 17 Ogos.

burkini
Beliau malah memberitahu akhbar terkenal Corriere della Sera bahawa Rome menyifatkan sekatan dikenakan masing-masing oleh Paris, Vienna dan Berlin terhadap pakaian Muslimah sebagai amat tidak produktif kerana ia boleh mencetuskan tidak balas yang lebih negatif.
Tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ialah menjaga keselamatan Itali dan memutuskan agar tindakan kami itu pula tidak akan mengundang sebarang tindak balas yang negatif seperti serangan berdarah berlaku di beberapa negara Eropah sendiri,” kata Alfano.
Apabila ditanya mengenai pengharaman terhadap pemakaian burkini di beberapa tempat peranginan tepi laut di Perancis, Austria dan Jerman baru-baru ini, beliau menambah: “Saya tidak fikir model di negara tersebut dapat membuahkan hasil untuk mereka sendiri.”
Alfano bagaimanapun merancang untuk mengusulkan undang-undang keselamatan baharu pada September depan dan mendedahkan bahawa beliau mahu semua imam yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid-masjid tempatan mesti dilatih di Itali.
masjid MOSCHEA ROMA, MASJID TERBESAR DI BENUA EROPAH. – GAMBAR HIASAn
Semua masjid perlu patuh undang-undang baharu ini. Cukuplah dengan ada masjid yang tiba-tiba muncul di garaj,” tegas beliau merujuk kewujudan banyak masjid baharu yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan berbahaya dari segi keselamatan jemaah.
Alfano setakat ini sudah menghantar pulang sembilan imam warga asing ke negara asal mereka kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman radikal kepada umat Islam di Itali sejak awal tahun ini dalam usaha mengekang penularan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
Beliau turut mempertahankan pendekatan keras tersebut, yang meskipun tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi di Itali malah disambut baik majoriti masyarakat Muslim tempatan, namun perlu diambil bagi mengurangkan risiko radikalisme daripada merebak.
Menurut Alfano, beliau perlu bersikap “praktikal kerana terdapat lebih 1.5 juta Muslim di seluruh Itali dan saya tentu sekali tidak boleh menganggap mereka sebagai pengganas atau penyokong pengganas kerana andaian prasangka tersebut memang agak keterlaluan“.
Islam tiba di Itali seawal kurun ke-9 dan kini dianggarkan 10,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara majoriti Kristian itu waima masjid terbesar di benua Eropah, Moschea Roma dengan kapasiti 12,000 jemaah terletak di ibu kota Itali. – Agensi.

2Shares

Ibu Pejabat Polis Diserang Parti Pekerja Kurdistan Turki, 6 Korban 120 Cedera.

 AGENSI - ANGGOTA polis berkawal selepas insiden letupan bom kereta berlaku di kawasan tersebut.
ANKARA – Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan 120 lagi cedera parah dalam satu letupan kereta semalam di ibu pejabat polis di timur Turki, lapor pihak keselamatan.
Letupan yang didakwa Menteri Pertahanan, Fikri Isik dilakukan oleh parti politik haram, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) itu berlaku di kawasan taman bangunan empat tingkat yang terletak di Elaziq.
Stesen televisyen Turki menyiarkan kerosakan teruk akibat letupan dengan kepulan asap tebal hitam keluar dari bangunan ibu pejabat tersebut.
Kenyataan Fikri itu dikeluarkan ketika temu ramah bersama agensi berita kerajaan, Anadolu yang menyatakan ia dilakukan oleh PKK.
“Kita akan mematahkan serangan PKK seperti dilakukan kepada Feto,” ujarnya yang merujuk kepada Fethullah Gulen, dalang rampasan kuasa bulan lepas.
PKK meneruskan serangan sejak beberapa minggu ini selepas gagal dalam rampasan kuasa pada 15 Julai lepas yang bertujuan untuk menjatuhkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Dalam pada itu, pihak polis Turki melancarkan operasi besar-besaran semalam terhadap suspek perniagaan yang disyaki membiayai Fethullah. Sebanyak 187 waran tangkap dikeluarkan di seluruh negara, lapor CNN-Turk.
Laporan itu menyatakan, seramai 1,000 orang polis terlibat dalam operasi itu di 15 wilayah, termasuk serbuan se­rentak kira-kira 100 alamat di beberapa daerah di Istanbul.
Menerusi operasi sama Selasa lepas, pihak polis menyerbu berpuluh-puluh syarikat di Istanbul dalam operasi mencari 120 suspek. Seramai 100 orang ditahan dalam operasi tersebut. – AFP

Kes Mati Dalam Tahanan: AGC Dakwa 3 Polis.





KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyambut baik pendakwaan jenayah oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap tiga anggota polis yang terlibat dalam kes kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur semasa dalam tahanan PDRM Kota Tinggi, Johor pada 3 November 2014.

Menurut Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam ketiga-tiga anggota polis tersebut telah dituduh di bawah seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan dan kes tersebut telah dipanggil di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 16 Ogos 2016 dan disambung bicara pada 17 Ogos 2016.

Dalam satu kenyataan rasminya hari ini, beliau berkata, bagi pertuduhan ini, jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga anggota tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu pada 30 Oktober 2015,  EAIC telah mengumumkan dapatan (findings) siasatannya ke atas kematian Syed Mohd Azlan semasa dalam tahanan PDRM.

"EAIC mendapati kematian si mati mempunyai kaitan dengan penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat ke atas si mati," ujarnya.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan seksyen 30(1) (c) Akta EAIC 2009 (Akta 700), EAIC telah mengesyorkan kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) bagi pendakwaan jenayah dibawa terhadap pegawai dan anggota PDRM yang didapati telah melakukan salah laku bersifat kesalahan jenayah seperti yang dikenalpasti di dalam laporan penuh siasatan ini.

Sehubungan ini juga EAIC turut mengalu-alukan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) PDRM untuk mengambil tindakan tatatatertib terhadap pegawai dan anggota-anggota yang telah dikenalpasti di dalam laporan penuh EAIC yang didapati telah melakukan salah laku seperti mana skop salah laku yang diberikan di bawah seksyen 24 Akta 700.

"Untuk mendapatkan butiran lanjut kandungan laporan siasatan ini orang awam boleh mengakses laman sesawang EAIC di www.eaic.gov.my," tambah beliau. - HARAKAHDAILY 18/8/2016

Shila Amzah: Hanya Tunjuk Jari Tengah Begini, Jadi Lucah?

Shila Amzah Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat?

HALAMAN HIBURAN

MENURUT berita MYNEWSHUB.CC..

TIADA angin tiada ribut, laman sosial hari ini dikejutkan dengan tersebarnya gambar selfie milik Shila Amzah sedang menunjukkan isyarat lucah. Sekali imbas, gambar tersebut kelihatan tulen menyebabkan wujud persoalan kepada siapa ia ditujukan.

Namun, dengan sedikit pengamatan, nyata ia adalah fitnah dan dihasilkan menggunakan teknik pertindihan. Gambar berkenaan dipercayai telah diedit oleh individu tidak bertanggungjawab dan ia dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan akaun nama @kucinghang.
Pemegang akaun berkenaan siap bertanya; “Mencarut apa tu kak @shilaamzah.”
Susulan itu, Shila tampil meluahkan kekecewaannya dan menjelaskan perkara tersebut adalah fitnah menerusi laman Twitter miliknya.

“Astaghfirullahadzim, maghrib macam ni, semoga adik dapat hidayah daripada fitnah orang macam ni,” katanya.
Shila Amzah Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat?Hasil tinjauan kami (MYNEWSHUB.CC.) juga mendapati, gambar yang diedit itu diambil daripada laman Instagram milik penyanyi itu, di mana gambar asalnya Shila sedang memperlihatkan jari telunjuk sambil berselfie, bukannya jari tengah.
Shila Amzah Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat?
Shila yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku menyerahkan perbuatan fitnah itu kepada Tuhan dan dia juga menjelaskan tidak mengetahui siapa yang melakukan perkara tersebut.
Sekian. (IH)

Thursday, August 18, 2016

Pelajar Ditahan Bantu siasatan Kes Rogol

 Gambar hiasan.
JOHOR BAHRU – Empat pelajar lelaki sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan di sekitar Batu Pahat kelmarin bagi membantu siasatan kejadian rogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sekolah sama yang dilaporkan berlaku sejak April hingga awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kesemua suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun itu ditahan pihaknya pada pukul 1 pagi.
 Guru Bogel Kejutkan Ramai Cuba Rogol Pelajar -gambar hiasan.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar pada 14 Ogos lalu apabila ibu ma­ngsa berumur 34 tahun dipanggil oleh guru sekolah anaknya dan kemudian dimaklumkan kemungkinan anaknya yang berada di tingkatan satu menjadi mangsa rogol. (Kosmo!)

'Stroller' Ini, Punca 361,000 Bayi Masuk Wad.

'Stroller' punca 361,000 bayi masuk wad

PENGGUNA

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Terjatuh dari kereta sorong bayi atau 'stroller' disahkan sebagai punca utama 361,000 bayi cedera di Amerika Syarikat untuk tempoh 21 tahun.

Menurut laporan CNN, statistik tersebut dikeluarkan dalam penyelidikan terbaru dalam jurnal Academic Pediatrics yang dikeluarkan semalam.

Hampir 62 peratus kecederaan kepala dan 25 peratus kecederaan di bahagian muka dikaitkan dengan stroller. Lain-lain adalah kecederaan kecil seperti lebam-lebam di bahagian badan yang tertentu.

Bayi dan kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah mempunyai peratusan tinggi mengalami kecederaan berkaitan stroller pada tahun 1990 sehingga 2010.

Secara purata, 17,187 bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kecederaan berkaitan stoller setiap tahun di Amerika Syarikat. Dari jumlah tersebut, sebanyak 42 peratus kecederaan dialami oleh mereka yang berusia kurang 12 bulan.

40 peratus dari jumlah mangsa juga mengalami kecederaan tisu lembut, dan 15 peratus mengalami kecederaan trauma otak dan gegaran otak. Kecederaan pada bahagian otak, ringan atau kronik sekalipun mampu menggugat tumbesaran dan pembelajaran si kecil.

Penyelidik yang mengumpul data-data berkenaan, Kristin Roberts bagaimanapun jumlah dan peratusan kecederaan berkemungkinan lebih tinggi kerana penyelidikan beliau tidak mengambil kira kes-kes di wad kecemasan hospital swasta dan klinik persendirian.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengguna Amerika Syarikat, Elliot Kaye menggesa ibu bapa sentiasa menggunakan stoller keluaran terbaru.

"Lagi baru lagi bagus," kata Elliot.

Elliot berkata, stroller yang dikeluarkan mempunyai kewajipan untuk mematuhi standard mandatori 2015 yang mampu mengurangkan kecederaan berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak terjatuh dari peralatan tersebut.

"Pastikan stroller anda adalah sesuai dengan saiz bayi dan kanak-kanak anda.

"Kami juga menggesa ibu-bapa supaya membaca manual penggunaan stroller dan menjaganya dengan baik. Jangan biarkan bayi-atau kanak-kanak bermain berdekatan stroller," kata penulis buku 'The Safe Baby', Debra Holtzman.

Debra juga menggalakkan ibu bapa membuat penyelidikan sendiri di internet sebelum membeli stroller dan membaca laporan insident berkaitan stroller di laman kerajaan saferproducts.gov.  (SH)

Wanita Ini Berurusan Di L/Terbang Hanya Pakai Seluar Dalam Saja...

Wanita Muncul Di Lapangan Terbang Pakai Seluar Dalam
Apa agaknya yang difikirkan oleh wanita ini ketika mendaftar masuk di kaunter untuk penerbangan dengan pesawat Virgin Amerika, hinggakan dia terlupa sesuatu?
Wanita ini hanya memakai seluar dalam dan jaket sahaja di sebuah lapangan terbang di California. Ia nyata mengejutkan ramai yang turut menyindirnya mungkin penghawa dingin di lapangan terbang itu sudah rosak.
Gambar berkenaan dimuatnaik dalam media sosial oleh salah seorang penumpang dengan kapsyen “Sementara itu di lapangan terbang…’. Ia kemudiannya menarik perhatian ramai dengan banyak komen-komen pedas diberikan.
Ada juga yang menyindir mungkin disebabkan pemanasan global menjadikan wanita itu berpakaian sedemikian rupa. 

Adakah penyakit 'rendah moral' ini sedang ditiru oleh wanita-wanita di Malaysia?

Wednesday, August 17, 2016

Atlet Mesir Eggan Salam Dengan Lawannya Dari Israel. Wajarkah?

Atlet Mesir dihantar pulang kerana enggan salam

SUKAN

ATLET Judo Mesir, Islam El Shehaby dihantar pulang dari temasya Sukan Olimpik Rio 2016 selepas beliau enggan untuk berjabat tangan dengan lawannya dari Israel, Or Sasson selepas tamat perlawanan.


Tindakan atlet berusia 34 tahun itu ditegur oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berdepan kekalahan pada pusingan pertama perlawanan Jumaat lalu.

IOC berkata, kelakuan El Shehaby itu adalah bertentangan dengan semangat kesukanan dan persahabatan yang terkandung dalam nilai-nilai Olimpik.

Selain itu, Jawatankuasa Olimpik Mesir turut mengutuk tindakan El Shehaby dan mengambil tindakan untuk menghantarnya pulang.

Ekoran kejadian itu, El Shehaby diejek oleh orang ramai dan dia turut dipanggil semula ke pentas perlawanan untuk tunduk kepada lawannya kerana melanggar peraturan judo.

Sasson turut mendedahkan bahawa jurulatihnya telah memberi peringatan bahawa El Shehaby berkemungkinan tidak akan bersalaman dengannya ketika perlawanan itu.

Difahamkan, Mesir telah menerima tekanan daripada suara-suara konservatif di negara berkenaan sebelum ini untuk menarik diri daripada pertarungan tersebut.- BBC


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya memang wajar tindakan El Shehaby itu, walaupun sama-sama bersukan, namun kebenaran dan penindasan mesti diperjuangkan. 

Pembunuhan dan rampasan tanah rakyat Palestn perlu dibantah, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sukan tidak boleh diperalatkan untuk kerakusan politik puak-puak tertentu penjenayah dunia.

Tindakan IOC menghantar pulang El Shehaby amat bertentangan dengan semangat kesukanan dan persahabatan sejati yang terkandung dalam nilai-nilai Olimpik. (IH)

Terlalu Marah, Ibu Lucutkan Bra Lalu Memukul Anaknya..

Amarah Memuncak, Ibu Lucutkan Bra Lalu...

INI didik cara Amerika Syarikat (AS) pula? Seorang ibu didakwa gara-gara menggunakan kekerasan terhadap anak gadisnya yang berusia 21 tahun. Hal ini berlaku dalam kejadian yang cukup pelik di Pennsylvania, AS.

Memetik laman beberapa media, difahamkan Karen Ann Fritz tidak dapat menahan marahnya bertindak melucutkan bra yang dipakainya lalu memukul anak perempuannya menggunakan baju dalam tersebut.
Berdasarkan keterangan polis di Lititz, wanita berusia 51 tahun itu didakwa kerana 'perlakuan ganas dan penderaan'. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan ringan, menurut laman WWWN pada 15 Ogos.
Berdasarkan hasil siasatan polis, mereka mendapati peristiwa luar biasa itu berlaku pada Rabu lalu kira-kira pukul 7.11 malam waktu tempatan. Jelas anggota polis yang menerima laporan berkaitan kejadian itu, mereka terus bergegas ke tempat kejadian yang terlelatak di salah sebuah blok kediaman di Keller Driver.
Tambah mereka, laporan itu dibuat oleh jiran mangsa yang kebetulan mendengar kekecohan pertengkaran antara si ibu dan anak gadisnya. (IH)



Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel. Tahniah!

Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel

Kuala LUMPUR – Malaysia sudah melepaskan haknya untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres FIFA 2017. Ini setelah negara Islam itu enggan memberi visa kepada delegasi rejim Israel, kata seorang pegawai sukan tempatan.

“Kami dinasihati oleh pihak kerajaan untuk menarik diri daripada menghoskan kongres itu atas isu-isu keselamatan,” kata Datuk Seri Affandi Hamzah, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika dihubungi agensi berita antarabangsa AFP.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas tentang ‘isu-isu keselamatan’ itu namun berkata langkah tersebut ada kaitan dengan komen-komen yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada hujung minggu lalu.
Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh menyediakan visa kepada para pegawai Israel kerana kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dan ia mungkin membangkitkan isu sensitif dalam kalangan rakyat negara ini.
“Sesetengah syarat lazim bagi menjadi hos untuk acara berkenaan termasuk perlu meletakkan bendera (Israel) di atas meja negara terlibat ketika kongres tahunan FIFA itu berlangsung,” kata Affandi seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan New Straits Times.
“Setelah FAM mengambil kira segala manfaat dan risikonya, adalah lebih baik bagi Malaysia untuk mengelakkan diri daripada menjadi tuan rumah acara antarabangsa tersebut,” ujar beliau lagi yang dipetik oleh agensi berita MediaCorp Singapura.
Affandi berkata bahawa pihak FAM pada Julai lalu sudah menulis kepada FIFA dan memberitahu, pihaknya terpaksa menarik diri daripada menjadi tuan rumah acara berkenaan atas ‘nasihat kerajaan’ dan badan bola sepak dunia itu menerima keputusan Malaysia.
Malaysia, yang majoriti besar penduduknya beragama Islam, tidak mempunyai langsung sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Israel namun mempertahankan hak-hak penduduk Palestin yang sering ditindas zalim oleh negara haram Yahudi tersebut.
Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel
Mantan setiausaha agung Konfederasi Bola Sepak Asia, Datuk Peter Velappan, dalam reaksi susulan menyifatkan kegagalan Malaysia menganjurkan acara berprestij itu hanya sebab isu visa sebagai ‘mengecewakan’ namun akur dengan penarikan diri oleh FAM.
“Malaysia tiba-tiba mengenakan sekatan. Ini memang melanggar syarat-syarat FIFA dan kehilangan hak menjadi tuan rumah pada tahap sebegini amat mengecewakan,” kata beliau yang pernah membimbing Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
Di sebalik ketegasan Malaysia dalam isu melibatkan Israel, berdasarkan kepadaranking bulan Ogos yang dikeluarkan oleh FIFA, skuad Harimau kebangsaan bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal pada posisi ke-167 dunia iaitu kedudukan yang sama bagi Julai.
Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei) dan 173 pada Jun. Dalam pada itu, skuad Malaysia masih lagi mengekalkan kedudukan ke-31 dalam kalangan 46 buah negara Asia.
Untuk perbandingan di peringkat ASEAN pula, jirannya, Thailand menduduki tangga ke-120 di peringkat antarabangsa manakala Filipina (134), Vietnam (138) serta Singapura dan Myanmar pula berkongsi posisi ke-158.
Pasukan Israel pernah terlepas daripada menyertai Kejohanan Sukan Layar Belia Sedunia 2015 di Malaysia, yang berlaku setelah satu pertikaian serupa tentang isu visa dan pemasangan bendera negara Yahudi berkenaan.
Pada 1997 lalu, apabila sekumpulan pemain muda Israel datang menyertai pertandingan Trofi Majlis Kriket Antarabangsa di Malaysia, ratusan orang mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara sebagai membantah kehadiran negara Zionis tersebut.
Keadaan sama pernah berlaku apabila penunjuk perasaan membakar bendera Singapura dan Israel apabila presiden rejim Zionis ketika itu, Chaim Herzog, melakukan lawatan rasmi ke negara jiran, Singapura pada 1986. – Agensi


Corak Tikar Plastik Ini Merbahaya, Akibatkan Kanser & Rencatkan Pertumbuhan Kanak-kanak.

Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya

PENGGUNA

MUNGKIN ramai yang tidak sedar berkenaan dengan bahaya tikar plastik bercorak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Terutamanya golongan ibu bapa, mulai saat ini adalah sebaiknya berwaspada kerana terdapat laporan mengatakan kandungan bahan kimia yang digunakan pada tikar itu boleh mengakibatkan kanser payu dara dan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.
Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya
Menurut kajian, dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A(BPA) dilaporkan paling banyak digunakan dalam penghasilan tikar berkenaan.
Bahan-bahan ini sudah diharamkan penggunaannya di beberapa buah negara kerana memberi kesan sampingan dan di Eropah sahaja, beberapa buah negara di benua itu telah melarang produk yang menggunakan bahan tersebut sejak awal tahun 2011.
Selain itu, terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti serta penyakit diabetes kepada kanak-kanak.
Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya
Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah.
Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.
Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Mustafa Ali Mohd. berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.
“Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.
“Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.
“Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik,”katanya.  (IH)

Atlet L/Tinggi Jepun Tersingkir, Kerana Lucu Atau Lucah?

Zakar Sebabkan Atlit Lompat Tinggi Jepun Tersingkir

SUKAN

ATLET lompat tinggi Jepun, Hiroki Ogita mengalami insiden memalukan apabila kemaluannya menjadi penyebab kepada kegagalannya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Sukan Olimpik Rio 2016.

Ketika melakukan aksi peringkat saringan pada ketinggian halangan 5.3 meter, kaki Hiroki terlebih dahulu menyentuh palang besi sebelum batang kemaluannya pula tersekat sehingga menyebabkan palang tersebut jatuh.
Video itu telah dikongsikan menerusi laman perkongsian foto, Imgur sehingga ia menjadi viral dengan jumlah tontonan melebihi 3.2 juta.
Pelbagai komen lucu ditinggalkan netizen yang menunjukkan perasaan ‘simpati’ mereka terhadap Hiroki berhubung kecederaan yang dialami oleh alat sulitnya itu. 


Pegawai TNB Ditahan Reman Rasuah.

Pegawai Kanan TNB Direman 7 Hari Berhubung Kes Rasuah

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad ‘Adha ‘Amir Yaseer Amri di Mahkamah Majistret di sini.
Menurut seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM berkaitan meminta dan menerima rasuah dan Seksyen 23 Akta sama kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dilaporkan sebagai berkata tiga penjawat awam – dua daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ – ditahan suruhanjaya itu atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. – BERNAMA

Pegawai Kanan Melaka Bergelar ‘Datuk’ Direman Rasuah.

Hasil carian imej untuk rasuah
MELAKA – Seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Melaka bergelar ‘Datuk’ direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.
Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Syarina Shaarani @ Tan mengeluarkan perintah reman tersebut ke atas suspek lelaki yang berusia 56 tahun itu.
Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Terdahulu suspek yang memakai kemeja-T berwarna oren tertera ‘Lokap SPRM’ tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini dibawa pegawai SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi.
Suspek kemudian dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 30 minit kemudian selepas prosedur reman itu selesai.
Semalam, tiga penjawat awam – dua daripadanya masing-masing bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ – ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram. – BERNAMA

Pegawai DBKL Pun Rasuh & Ubah Wang Haram.

Pengubahan Wang Haram: 'Datuk Seri' Direman 7 Hari

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki yang bergelar ‘Datuk Seri’ itu selama tujuh hari sehingga 22 Ogos.

Peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff yang mewakili lelaki berumur 54 tahun itu memberitahu media anak guamnya itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23, Akta SPRM 2009 bagi kesalahan rasuah dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Beliau berkata anak guamnya itu ditahan di pejabat di bangunan DBKL pada 3.07 petang, semalam.
“Rumahnya digeledah, sebuah kereta BMW dirampas, semua dokumen juga dirampas di pejabat dan di rumahnya,” katanya.
Lelaki itu ditahan sesulan operasi SPRM yang diadakan serentak semalam di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
Operasi itu dibuat selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, kepada Bernama baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Ramas Dada: Guru Ugut Pecahkan Kepala Murid Jika Bongkar. Masih Tarbiah Didikan UMNO?

 Gambar hiasan.

JULAU – Seorang guru lelaki bukan sahaja melakukan jenayah cabul terhadap seorang murid perempuan, malah turut mengugut mahu memecahkan kepala murid itu jika rahsianya terbongkar.

Kejadian gangguan seksual tersebut dikatakan berlaku pada penghujung Julai lalu, apabila guru terbabit pada mulanya memanggil murid tersebut ke pejabatnya sebelum mengunci pintu.
Memetik laporan portal Sarawakvoice, mangsa yang berusia 12 tahun telah dipeluk dari belakang sebelum bahagian dadanya diramas guru tersebut, yang mana mengakibatkan mangsa menjerit ketakutan.
Difahamkan jeritan mangsa didengari oleh guru besar dan seorang guru lain sekolah berkenaan yang biliknya terletak bersebelahan, namun tiada tindakan yang diambil berhubung kejadian tersebut.
Guru terbabit kemudian memberi amaran kepada mangsa agar tidak mendedahkan perlakuan terkutuknya atau dia akan bertindak kejam memecah kepala mangsa.
Ia bukannya kejadian pertama melibatkan guru pedofil terbabit kerana pada penghujung tahun 2015, dia pernah memegang bahu murid yang sama.
Sebaik mengetahui tindakan kejam guru terbabit, bapa mangsa yang juga seorang petani berusia 44 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Julau pada tengah hari Sabtu lalu. 
Apakah peristiwa ini berlaku tiada kena mengena dengan dasar kepimpinan dan pembelajaran di bawah kerajaan sekular UMNO yang memerintah Malaysia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails